بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ganjaran memberi orang lain makan:

"Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberi minum sehingga hilang dahaga, maka Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh dua parit. Dan jarak antara dua khandak (parit) adalah sejauh perjalanan 500 tahun."(HR Hakim)

Banyaknya ganjaran memberi orang lain makan... Untung lah bagi sesiapa yang rajin memasak yang memberi ahli keluarganya dan saudaranya makan... Untung juga bagi sesiapa yang rajin masak dan buat pot luck kat tempat kerja tu kan... 

Nak juga dapat ganjaran ni... Tapi kena rajin memasak la dulu... masak makanan yang sedap dan enak... bukan bagi makan kek tak jadi... kuih yang dah expired kat orang kan... 

Begitu juga... untung sesiapa yang sedekahkah makanan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur tu... Moga beroleh ganjaran yang besar...insha Allah... 

12 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Macamni, kena selalu buat kenduri kat rumah lah. Terima kasih atas perkongsian ini. :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. setiap tangan yang memberi, pasti akan ada ganjaran...

    Jom cuci mata di blog saya "untuk modern mom"

    BalasPadam
  3. banyak pahala yang sukarelawan dapat bantu mangsa banjir..
    bab makanan pula, kena rajin masak, kongsi dengan jiran2..tak pun untuk tetamu yang datang

    BalasPadam
  4. Ni yang buat lebih semangat nak masak bagi kat jiran2 nih..hehehe..saya ni masak tak sedap tapi memang bila masak tu nak berkongsi dengan jiran2..selain niat nak sedekah nak juga dengar pendapat diaorang,apa yang baik dan tak baik..mana tau diaorang boleh kongsi2 tips masakan untuk bagi lebih sedap..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...dah insya Allah...^_^

    BalasPadam
  6. bagi saya , bab makn jgn berkira sama ada dgn org ataupun binatang ... lagi banyak kita share rezeki , lagi banyak rezeki masuk ...

    BalasPadam
  7. nice sharing.. kekadang kita rasa adoiyai asyik kena banje saja kan.. tapi kita tak sedar ganjaran yang menanti.. walaupun banje air minerel hanya Allah tahu nilainya macam mana..

    BalasPadam
  8. besar ganjaran orang yang rajin bersedekah, sekarang la masanya untuk kita bersedekah kepada rakan2 di pantai timur

    BalasPadam
  9. Org dulu² kat kampung rajin masak² bagi kat jiran kan. Org bandar ada lagi yg buat, tapi dah jarang sgt

    BalasPadam
  10. aamiin thanks mf berkongsi
    tambah ilmu pepagi ni

    BalasPadam
  11. mudah sangat nak dapatkan ganjaran ni kan

    BalasPadam
  12. Patutlah kawan saya masak tiap-tiap minggu ke klinik bagi kitorang makan. Swmoga dia mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama