GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mudah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

Tekanan darah tinggi merupakan masalah umum yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit serius seperti strok, serangan jantung, dan penyakit kardiovaskular. Tekanan darah tinggi berlaku pada 1 daripada setiap 3 orang dewasa. Ubat-ubatan telah lama digunakan sebagai penyelesaian, namun ada juga beberapa cara mudah yang boleh mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi.


Bersukan
Sukan rutin merupakan cara yang berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Dianjurkan untuk melakukannya beberapa kali dalam seminggu, kurang lebih selama 30 hingga 60 minit setiap kali bersenam. Aktiviti seperti ini boleh menurunkan tekanan darah sebanyak 4-9 mmHg. Seseorang dengan hipertensi harus sering terlibat dalam aktiviti fizikal. Hal ini juga berlaku bagi pesakit prehipertensi demi mengelakkan terjadinya hipertensi. Sukan juga boleh membantu mengurangkan berat badan, di mana berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Elakkan alkohol
Mengambil alkohol tidak baik bagi kesihatan dan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang pada akhirnya akan memperbesar risiko terjadinya hipertensi. Jadi, jauhkan diri anda dari minuman beralkohol.

Mengurangkan berat badan
Kenaikan berat badan menjadi salah satu faktor penyebab hipertensi. Mengurangkan berat badan walau hanya beberapa kilogram saja sudah dapat menurunkan tekanan darah yang tinggi. Pinggang adalah penunjuk yang baik terhadap berat badan. Bertambahnya saiz lilitan pinggang boleh menjadi penggera akan datangnya hipertensi. Pada orang yang kelebihan berat badan atau obesiti, semakin banyak berat badannya berkurang, maka tekanan darah juga akan ikut berkurang. Untuk mewujudkannya boleh dilakukan dengan pola makan yang sihat, diet, ataupun bersenam.

Mengurangkan pengambilan sodium (natrium)
Mengurangkan pengambilan natrium boleh membantu menurunkan tekanan darah. Umumnya, natrium dikaitkan dengan makanan yang tinggi garam, walaupun kadang-kadang kedua-duanya tidak selalu berjalan berdampingan. Garam yang biasa kita kenal terdiri dari 40 peratus natrium, dan selebihnya adalah ion klorida. Agar kesihatan tubuh selalu terjaga dan terhindar dari naiknya tekanan darah, pengambilan natrium yang disyorkan adalah 2300 miligram atau kurang. Bagi orang-orang yang berusia lebih dari 51 tahun keatas, pengambilan harian yang disyorkan adalah 1500 gram atau kurang.

Elakkan stres
Stres merupakan faktor penting dari beberapa penyakit dan juga sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Kecemasan dan stres boleh menyebabkan naiknya tekanan darah walau sifatnya hanya sementara. Maka dari itu, usahakan jangan sampai stres. Latihan pernafasan merupakan salah satu cara terbaik untuk mengatasi tekanan dan dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Pesakit dengan tekanan darah tinggi sangat disyorkan untuk mencari bantuan dari seorang kaunselor profesion.

Diterjemahkan dari sini

Suami MF juga pengidap darah tinggi...tapi sekali dengan migrain..memang kena kawal dan paling utama kena elakkan diri dia dari stress... Jangan bagi tekanan dan kena jadi penghibur dia... Memang kurangkan masin dah bila memasak sekarang... Lagipun MF guna garam bukit Halal Gel tu... kurang la sikit rasa masin tu.. Bahayanya darah tinggi ni hingga boleh membawa maut... Suami pernah cerita, kawan sekerja dia yang tertiba diserang darah tinggi... rebah dan pembuluh darahnya terhentak di lantai... pecah dan meninggal dunia serta merta... Ajal memang ajal kan... tapi mencegah lebih baik dari mengubati...

7Ulasan

  1. kolestrol tinggi boleh menyebabkan banyak penyakit..memang kena jaga la bab2 makan ni..

    BalasPadam
  2. Akak sejak dua menjak tekanan drh rendah...

    BalasPadam
  3. Cuba bg hubby mf bcomplex shaklee,boleh mngurgkn skt kpala n stres ;)

    BalasPadam
  4. aida skang da join aerobik 2 kali seminggu in shaa Allah.
    umur da nak terjah 40, nak jaga kesihatan...

    BalasPadam
  5. ekin pun kena berjaga2 ma ekin ada kecing manis n darah tinggi.... kena pantang bab2 permakanan....

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ