GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Amalan Terbaik Pada Hari Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur misai, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah.”

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Pernahkah kita terfikir bagaimana baginda Rasulullah s.a.w dalam solat fardu Subuh menggabungkan pembacaan surah as-Sajadah (32) pada rakaat pertama dan surah al-Insan (76) pada rakaat kedua.

Ini kerana kedua-dua surah tersebut mengandungi bahan motivasi dari sudut misi kemanusiaan, daripada isu berkenaan penciptaan awal manusia yang dicipta daripada air mani yang busuk hinggalah perhimpunan manusia pada hari qiamat di padang Mahsyar, iaitu satu masa di mana mereka sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah ia mengajar manusia untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat, ia Allah SWT aan menganjari mereka yang melakukan perkara terbaik dalam hidup mereka dan membalas dengan azab bagi mereka yang melakukan perkara yang bercanggah dengan perintah dan arahan-Nya.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Muslim digalakkan setibanya di masjid untuk melaksanakan sembahyang tahiyatul masjid. Dalam sebuah hadis dinayatakan:

“Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga.”

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin.

Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Hendaklah sedapat mungkin memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata (bagi mereka yang datang awal), jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat (jika bercuti pada hari itu), justeru, hari Jumaat adalah digalakkan kita agar tidak bekerja supaya dapat melakukan sunnah-sunnah Rasulullah .s.aw yang tidak ada janji-janji yang lebih manis pada hari-hari yang lain.

Inilah kejayaan musuh Islam yang mengalihkan pandangan umat dari banyak beribadat pada hari Jumaat digantikan pada hari lain, sedangkan hari kebesaran mereka pada hari Ahad dapat disempurnakan dengan pergi ke gereja dengan selesa dan sempurna, kerana pada hari itu mereka bercuti dan berehat bersama keluarga.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.
Sumber: MyIbrah

Banyaknya sunnah di Hari Jumaat yang kita tak buatkan..bahkan surah-surah tu pun kita tak hafaz... Tak panjang mana surah tu sebenarnya... Bila dah anjak dewasa baru tahu kenapa kat sekolah agama dulu kena hafaz surah-surah ni... kerana inilah surah-surah yang dibaca hari Jumaat dan merupakan amalan Sunnah. Dan untung negeri-negeri yang cuti Hari Jumaat, tapi rugi pula mereka yang tak rebut sunnah-sunnah kalau dah bercuti kan.. 

Nampak macam amalan-amalan tu lebih kepada lelaki kan... sebab Nabi s.a.w dah kata... susah lelaki nak masuk syurga...tapi kalau isteri mudah..cuma susah nak jaga... lelaki memang kena banyak amalan sebegitu untuk jaga hati, jaga diri, jaga masyarakat dan jaga negara.... Namun, amalan-amalan ni tetap boleh dilakukan oleh wanita... Buatlah semampu mungkin untuk beroleh pahala di hari Jumaat... Jaga mata, jaga lidah dan jaga pendengaran... Insha Allah...pahalalah tu buat kita... insha Allah....

7Ulasan

  1. Alhamdulillah, setakat ni ada beberapa amalan sunat hari Jumaat yang saya dah mula amalkan.. InsyaAllah, azam baru kite pun mesti kene jadi orang yang baru juga kan..^_^ Menjadi hamba Alalh yang lebih baik, insyaAllah..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, satu perkongsian dan kupasan cukup baik..

    BalasPadam
  3. kan??macam suami saya pi solat jumaat pun selang seli.pergi tak pergi gitu la..kerja macam tu kena gilir2 solat jumaat..susah betul..padahal apa salahnya bagi kelonggaran untuk solat jumaat sebab masjid nya bukan jauh mana pun dari tempat kerja suami.

    BalasPadam
  4. nice shaaring..
    semoga kita mendapat keberkatan daripadanya.

    BalasPadam
  5. saya baru tau banyak amalan sunat boleh dilakukan di hari jumaat..bukan je potong kuku.. terima kasih atas perkongsian...

    BalasPadam
  6. very good :)
    info umum utk lelaki & perempuan.
    yg perempuan boleh maklumkan yg lelaki in shaa Allah sama2 masuk syurga!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ