GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Sifat Terpuji dan Terkeji Menurut Imam al-Ghazali!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela.

Ilmu tasauf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah.

Antara syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainnah ialah banyak bersabar serta banyak melalui penderitaan.

Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah (Terpuji) di dalam kitab 'Arbain Fi Usuluddin' iaitu:
1) Taubat
2) Khauf (Takut)
3) Zuhud
4) Sabar
5) Syukur
6) Ikhlas
7) Tawakkal
8) Mahabbah (Kasih Sayang)
9) Redha
10) Zikrul Maut (Mengingati Mati)

Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah (Tercela) di dalam kitab tersebut iaitu:
1) Banyak Makan
2) Banyak Bercakap
3) Marah
4) Hasad
5) Bakhil
6) Cintakan Kemegahan
7) Cintakan Dunia
8) Bangga Diri
9) Ujub (Hairan Diri).
10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

Semoga Allah SWT menggantikan sifat Mazmumah dalam diri kita dengan sifat Mahmudah. Amein... [sumber]


Sama-sama perbaiki diri... Moga kita dapat usahakan diri...untuk tanamkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah... 

4Ulasan

  1. Semoga 10 sifat terpuji itu dpt sebati dlm diri ini insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga kita dijauhkan dari sifat2 terkeji dan tergolong dikalangan org2 yg mempunyai sifat2 yg terpuji... aamiin. T kasih atas peringatan & perkongsian ini MF.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ