07 Oktober 2014

Tips Memilih Jenis Kain Tudung

Tips Memilih Jenis Kain Tudung


Nak pilih tudung, perlu tahu juga jenis kain, cara nak pakai ikut jenis kain... Kalau salah pilih kain dan salah pakai, memang tak selesa. Ada beberapa jenis kain/fabrik untuk buat tudung atau selendang. Jom kenali jenis fabrik dan cara nak gayakannya. 

1. Kapas (Bawal)
Apabila melihat selendang jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Selendang jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain kapas dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.

2. Sifon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai selendang daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Selendang jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.

3. Denim
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.

4. Lycra
Ada satu ketika, kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain selendang jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.

5. Satin
Selendang jenis ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepada, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan selendang jenis ini salah satu koleksi anda.

6. Kait
Lebih mudah jika memilih untuk menggayakan tudung jenis kait kerana tidak memerlukan penjagaan rapi dan penggayaan lebih ringkas dan bebas. Cuma perlu disertakan dengan inner neck agar tidak menampakkan rambut ataupun tengkuk ketika memakainya. [sumber]

Dalam banyak-banyak jenis di atas, kain dan jenis tak lapuk dek zaman ialah jenis bawal dan kain cotton... memang senang nak gayakan.. aku pun suka jenis yang cotton lembut... bidang 45 tapi boleh digayakan jadi shawl yang labuh depan dan belakang. 

Jenis fabrik yang takde dalam koleksi ku ialah jenis lycra, sebab walaupun kainnya sejuk dan lembut tapi melekat kat badan walaupun labuh tutup dada, kain satin cantik tapi licin, susah nak pakai. Jenis kait lagi lah xde, sebab rasa macam pakai jala je atas kepala.

Apa-apa pun terpulang kepada individu... tepuk dada, tanya iman.. pakailah apa sahaja, asalkan tutup aurat dan ikut syariat.. tak guna tudung mahal dan cantik tapi tak boleh tutup aset penting wanita di atas dada tu kan... renungkanlah... selamat beramal.. 
D.I.Y: Pewangi Udara

D.I.Y: Pewangi Udara


Hasilkan pewangi udara sendiri semudah 1,2 dan 3. Bukan sahaja jimat belanja malah boleh menghasilkannya pada bila-bila masa sahaja setiap kali di perlukan. Jom cuba.

Bahan-bahan:
Botol penyembur
Sudu
Air
Essential Oil Lavender
Essential Oil Lemon

Langkah-langkahnya:
1. Masukkan Essential oil lavender sebanyak 5 titis ke dalam botol
2. Seterusnya masukkan pula Essential oil Lemon sebanyak 5 titis ke dalam botol yang sama.
3. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga penuh botol
4. Akhir sekali, goncangkan botol tersebut sehingga bahan tersebut sebati dan bolehlah menyembur ke ruang dapur anda untuk menghasilkan aroma yang menyenangkan.

Tip
*Anda boleh mencampurkan Essential Oil mengikut aroma yang di sukai. Contohnya Essential vanila campurkan dengan papermint dan sebagainya.
Sumber: Karangkraf

Ok juga buat sendiri kan... jimat... ada juga juga kalau beli pati minyak wangi ni.. banyak kegunaan... 

Hukum Korban Binatang Bunting

Dari wall fb rakan ku...

Sumber: whatsapps

Musim korban tak habis lagi... jadi isu pula sekarang ni, kes korban binatang bunting... Sebenarnya, ni kes terpencil kot... sebab biasanya jarang berlaku..kecuali kat kampung-kampung yang memang takde bidan binatang... tapi kalau korban yang besar, ada pegawai binatang dari veterinar akan datang check dulu, kot-kot binatang tu bunting... Apa hukum korban binatang bunting??? Sah ke korban dan makan binatang yang dah jadi korban tu???

Sebelum tengok lebih lanjut, kita kena tengok dulu apa syarat-syarat utama binatang yang hendak dijadikan korban tersebut. 

JENIS-JENIS BINATANG YANG BOLEH DIJADIKAN KORBAN SERTA SYARAT-SYARATNYA

Binatang yang sah disembelih untuk dibuat korban itu ialah:

Binatang korban itu hendaklah binatang ternakan (an‘am) seperti unta atau yang sejenisnya, lembu atau yang sejenisnya seperti kerbau dan kambing atau yang sejenisnya seperti biri-biri dan kibasy. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِّيَذْكُرُواْ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُمْ مِّن بَهِيمَةِ ٱلأَنْعَامِ 

Maksudnya: "Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syari‘atkan ibadat menyembelih korban supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu".(Surah al-Hajj: 34)

Seekor unta, lembu atau kerbau itu boleh dikongsi oleh tujuh orang sama ada daripada keluarga yang sama atau yang lain walaupun tidak semuanya bermaksud korban, misalnya ada di antaranya bermaksud aqiqah dan yang lainnya kerana mahukan dagingnya sahaja ataupun daging korban. Ini dijelaskan dalam sebuah hadits:

خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم مهلين بالحج فأمرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشترك في الإبل والبقر كل سبعة منا في بدنة

Maksudnya: "Kami keluar bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم (dari Madinah) mengucapkan لا إله إلا الله, dengan berniat untuk mengerjakan haji, maka Baginda صلى الله عليه وآله وسلم menyuruh kami berkongsi pada unta dan lembu, setiap tujuh orang daripada kami bagi seekor badanah".(Hadits riwayat Muslim)

Seekor kambing pula hanya untuk seorang sahaja tidak boleh dikongsikan. Jika dikongsikan seekor kambing itu untuk dua orang atau lebih, maka tidak sah korban tersebut.

Afdhalnya binatang yang dibuat korban itu yang berwarna putih, kemudian yang berwarna kuning, kemudian yang putih tetapi yang tiada bersih putihnya, kemudian yang sebahagian badannya berwarna putih, kemudian yang sebahagian berwarna hitam, kemudian berwarna hitam semuanya, kemudian yang berwarna merah semuanya.

Binatang itu hendaklah cukup umur. Dari Jabir bin Abdillah رضي الله عنه, sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

لاَ تَذْبَحُوا إِلاَّ مُسِنَّةً إِلاَّ أَنْ يَعْسُرَ عَلَيْكُمْ فَتَذْبَحُوا جَذَعَةً مِنَ الضَّأْنِ

Maksudnya: "Jangan kamu menyembelih korban melainkan yang telah musinnah kecuali jika kamu sukar mendapatkannya, maka sembelihlah anak daripada biri-biri." (Hadits riwayat Muslim)

Adapun musinnah itu ialah ats-tsaniy (yang gugur gigi hadapannya) daripada binatang ternakan unta, lembu dan kambing. Maka ukuran umur bagi binatang korban itu ialah:
  • Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam.
  • Lembu, kerbau dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga.
  • Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup satu tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya satu tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath-Thalibin 2/518)

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Nabi صلى الله عليه وآله وسلم bersabda bermaksud: Binatang korban yang paling bagus adalah jadza kambing (Hadith riwayat Termizi dan Ahmad)

Uqbah bin Amir رضي الله عنه telah bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku mempunyai jadza. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: Berkorbanlah dengannya. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Syafie kalimah jadza dalam hadith-hadith diatas itu bermaksud kambing biri-biri yang berumur satu tahun. Dan menurut Imam Nawawi: Keseluruhan ulama mazhab telah mengharuskan anak biri-biri yang berumur satu tahun (untuk korban) meskipun ia mendapat binatang lain ataupun tidak.

Didalam kitab Hasyiah al-Baijuri, Juz 2, halaman 306, ada menyebut “Mengikut pendapat yang rajih, apabila biri-biri yang belum sampai umur satu tahun tetapi telah bersalin giginya selepas ia berumur enam bulan maka boleh dibuat korban.”

Binatang jantan yang tidak banyak berkahwin lebih afdhal dari binatang betina. Sebaliknya binatang betina yang belum melahirkan anak adalah lebih afdhal daripada binatang jantan yang banyak berkahwin untuk disembelih sebagai ibadat korban.

Yang lebih afdhal berbuat korban bagi seseorang itu dengan seekor unta, kemudian seekor lembu, kemudian seekor kibasy, kemudian seekor kambing, kemudian berkongsi seekor unta atau seekor lembu dan tujuh (7) ekor kambing lebih afdhal dari seekor unta dan seekor lembu atau kerbau. 

Binatang terafdhal untuk dijadikan korban ialah unta, kemudian lembu kemudian biri-biri dan kemudian kambing. Ini dinisbahkan dengan banyaknya daging kepada setiap jenis binatang.

Tujuh (7) ekor biri-biri untuk korban adalah lebih afdhal daripada tujuh (7) ekor kambing untuk korban. Manakala tujuh (7) ekor kambing adalah lebih afdhal daripada satu ekor unta untuk korban kerana bertambahnya taqarrubnya kepada Allah dengan banyaknya darah yang mengalir daripada sembelihan binatang korban.

Binatang korban itu hendaklah sihat (tidak berpenyakit) dan selamat daripada kecacatan atau aib yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya atau anggota lain yang boleh dimakan. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِيِّ فَقَالَ: الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا، وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا، وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ضَلْعُهَا، وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى 

Maksudnya: "Empat perkara yang tidak boleh ada pada binatang korban itu, lalu Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: "Buta yang nyata butanya, sakit yang nyata penyakitnya, tempang yang nyata tempangnya dan yang kurus dan lemah." (Hadits riwayat Abu Daud)

Daripada hadits di atas dapat difahami bahawa binatang yang tidak sah dijadikan korban itu ialah:
  • Binatang yang buta atau rosak matanya atau yang tidak dapat melihat sekalipun biji matanya masih ada. Jika matanya itu ada sedikit kecacatan seperti sedikit rabun tetapi ia masih boleh melihat, maka ia sah dibuat korban.
  • Binatang yang jelas tempang kakinya yang mana jika ia berjalan bersama-sama sekumpulan kawan-kawan binatang yang lain di padang untuk mencari makan, ia tidak boleh ikut berjalan bersama dengan binatang-binatang itu, bahkan ia tertinggal jauh di belakang. Jika tempangnya itu sedikit iaitu tempang yang tidak menghalang daripada mengikuti kawan-kawannya, maka ia sah dibuat korban.
  • Binatang yang nyata sakitnya sehingga menjadikan binatang tersebut kurus dan kurang dagingnya. Tetapi jika sakitnya itu sedikit dan tidak mengurangi dagingnya maka ia sah dibuat korban.
  • Binatang yang kurus sama ada kerana sakit, gila atau kurang makan dan sebagainya.
  • Binatang yang telinganya terpotong walaupun sedikit atau yang tidak bertelinga sejak dilahirkan kerana telah hilang sebahagian anggota yang boleh dimakan dan mengurangkan dagingnya. Tetapi tidak mengapa jika telinganya koyak atau berlubang dengan syarat tidak gugur daripada dagingnya, walaupun sedikit.
  • Binatang yang terpotong ekornya walaupun sedikit atau terpotong sebahagian lidahnya atau yang terpotong suatu yang nyata daripada pahanya. Adapun yang dilahirkan tanpa berekor sejak dilahirkannya adalah sah dibuat korban. (Sabilal Muhtadin 2/227)
  • Binatang yang gugur semua giginya sehingga menghalangnya makan rumput. Adapun yang tanggal sebahagian giginya dan tidak menghalangnya makan rumput dan tidak mengurangkan dagingnya (tidak kurus) ia boleh dibuat korban. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)
  • Binatang yang berpenyakit gila atau yang kena penyakit kurap sekalipun sedikit.
  • Binatang yang bunting kerana bunting itu mengurangkan dagingnya. (Al-Majmu‘ 8/293-2966 dan Mughni al-Muhtaj 4/520) Pendapat ini adalah muktamad. Mengikut Ibn al-Rif’ah memadai korban daripada binatang yang bunting. Bagi binatang yang baharu beranak boleh dibuat korban berdasarkan pendapat Ibnu Hajar dalam Tuhfah dan Ar-Ramli dalam Nihayah, manakala mengikut pendapat Khatib Syarbini dalam Mughni bahawa binatang tersebut tidak memadai dibuatkan korban. (Sabilul Muhtadin 2/213)
Binatang yang harus dibuat korban itu tidak kira samada jantan atau betina atau khuntha.

Binatang yang dikasi, sah dan harus dibuat korban, kerana dengan dikasi tubuhnya semakin bertambah gemuk. (Muhammad Asy-Syarbibi, Al-Iqna’ fi hilli al-Faaz Abi Syuja’, Juz 2, halaman 280)

Tambahan: Ibnu Abbas رضي الله عنهما berpendapat bahawa adalah memadai korban itu hanya dengan “menumpahkan darah” walaupun dengan binatang seumpama ayam atau itik, sebagaimana yang dikatakan oleh Midaani. Syeikh (guru) bagi Syeikh al-Bajuri menyuruh supaya bertaqlidkan kepada pendapat Ibn Abbas ini dan beliau mengqiaskan ‘aqiqah keatas korban dan menyuruh sesiapa [yang tak mampu] yang memperolehi anak membuat aqiqah dengan ayam jantan berdasarkan kepada mazhab Ibn Abbas. (Hasyiah al-Allamah Baijuri & Matla al-Badrain) – Yang ni bagi mereka yang tersangat tak mampulah!

Jadi, jelaskan syarat-syarat binatang yang boleh buat korban dengan tak boleh.. Jadi persoalannya jika dah terkorban.. kita tak tahu, boleh ke makan??? ok.. ni jawapan dari Mufti Perak:
Umat Islam dibolehkan menyembelih dan memakan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang sedang bunting, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Beliau berkata, Islam tidak melarang umatnya berbuat demikian, malah membenarkan memakan janin atau anak lembu dalam kandungan sekiranya didapati sudah tidak bernyawa selepas induknya disembelih. 
"Tujuan larangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak itu mungkin untuk memperbanyakkan baka lembu dan bekalan daging dalam negeri supaya tidak perlu diimport dari luar. "Dari segi syarak, tiada larangan untuk sembelih lembu bunting. Malah, anak lembu dalam kandungan yang sudah mati selepas induknya disembelih juga boleh dimakan tetapi kalau masih hidup, ia wajib disembelih sebelum dimakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini. 
Beliau mengulas tindakan JPV negeri mengeluarkan notis menguatkuasakan larangan menyembelih lembu bunting dan masih produktif bagi mengelak unsur kekejaman terhadap haiwan itu dan menjejaskan inisiatif meningkatkan populasi lembu serta bekalan daging pada masa depan. 
Namun, larangan tersebut mendapat bantahan daripada kumpulan penternak, pemborong, peniaga dan penyembelih kerana ia boleh menjejaskan bekalan daging di pasaran, apatah lagi menjelang persiapan menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. [sumber]
Jadi, hukumnya boleh makan kalau dah terkorban kan... Janin tu pun boleh makan, tapi atas sifat belas kasihan, kita tak sanggup nak makan sebenarnya... Sebab itu, sebaiknya korban atau akikah orang lebih cari lembu atau kerbau jantan...sebab takut kes macam ni la berlaku... Apa-apa pun, insha Allah binatang tu ke syurga Allah...

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

KLIK BANNER UNTUK JOIN

GA ringkas anjuran Tengku Butang... dengan kerjasama Embun Beauty House
Join cepat sebelum 30 Oktober 2014.

Antara hadiah-hadiah hebat Mini GA ini:

NO.1
Jam Hiasan
NO.2
1 Paket Coklat Daim
N0.3
Bawal Cantum
NO.4
Bawal Channel
NO.5
Bawal Rose Ayu
NO.6
Keychain Comel untuk 2 pemenang

Jom join support Tengku Butang... 

06 Oktober 2014

Anak Menangis Ketika Tidur

Anak Menangis Ketika Tidur

Entry Autopublish
Sumber: google images

Sejak dua menjak ni, si adik sukar tidur siang, jika tidur pun sekejap dan mudah terjaga dan menangis tetiba dalam tidur.. memang rasa pelik la, sebab sebelum ni boleh je tidur dua tiga jam walaupun siang hari. Setakat ni, tidur malam memang takde masalah la..  Tapi aku buat juga rawatan ringan, kot-kot la mimpi yang menakutkan.. selain tu pasang ayat rukyah juga.. biasa la, budak kecik, ada je yang suka 'menyakat'. Tapi andai ada anak sesiapa yang ada masalah tidur malam baik berubat. 

Sebab-sebab bayi menangis:
  • Tidak selesa seperti lampin basah, panas, rimas dan sebagainya
  • Sakit seperti jatuh atau demam
  • Dahaga atau lapar
  • Terkena gangguan makhluk halus.
  • Sawan tangis

Kes yang kena gangguan tu kita boleh kenal melalui cara anak kita menangis.. sebenarnya nada, atau rima bayi menangis tu ada petanda nak disampaikan. sebagai ibu, kena tahu lah nada dan rentak rima tangis tu petanda apa... Jika menangis sakit lain, nangis lapar pun lain... nangis manja dan nak perhatian pun lain. Tapi jika nangis yang kuat, berpanjangan dan secara tiba-tiba setelah semua sebab di atas takde, memang kena berubat la.. Langkah awal, jangan panik tapi sebaiknya ibu atau bapa bacakan ayat kursi sentiasa... baca 3 Qul dan hembus di kiri dan kanan telinga anak... biasanya itu yang aku dan suami buat. Jika tiada kesan, aku suruh suami ku cepat-cepat amik wuduk dan azan kuat-kuat... 

Dalam masa yang sama, pastikan dalam smartphone simpan MP3 Ayat Rukyah.. download dan simpan... pasangkan ayat rukyah ni menjelang senja atau maghrib... tapi kat rumah aku sentiasa je pasang... 

Rasulullah s.a.w. juga ada mengajarkan kita cara atasi masalah gangguan tidur anak ni, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.
Sumber rujukan dan Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Jadi, sentiasalah amalkan tiga Qul serta ayat kursi walau ke mana pun kita pergi dan juga ketika menguruskan anak.. biasalah budak kecik, selalu je yang nak jadi pendamping dia.. jadi, kitalah kena mohon perlindungan dari Allah untuk anak kita.



p/s: Alhamdulillah, dah adik dah nyenyak tidur lepas tiga kali dibacakan ayat kursi tadi... risau betul tengok dia tak nyenyak tidur macam tu... 

Bot Tempur TLDM berjaya ditemui!

Baru kejap je aku up pasal kehilangan bot tempur TLDM petang tadi, dalam masa dua jam lepas entry tu, alhamdulillah... Bot tersebut berjaya ditemui dengan selamat...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Berkat doa semua orang... Berkat Hari Raya Kurban... Segalanya selamat... Usaha menyelamat sedang giat dijalankan...

Alhamdulillah.. Moga dipermudahkan semuanya...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

Mudahnya Akikah dan Qurban dengan EZ Qurban


Sekarang musim orang kurban kan... belum habis lagi sebab baru raya kedua. Semalam tengok kat TV9 pasal syarikat EZ Qurban buat korban di Filiphina... jadi, aku nak kongsi pengalaman aku menggunakan perkhidmatan dengan EZ Qurban ni. 

Masa yang terhad untuk mengurusakan akikah untuk si Faiqah dan Faqiha antara sebab aku memilih untuk buat akikah untuk anak-anak aku secara online... Ealah, kos nak buat kenduri dan masa nak buat agak terhad... Jadi, aku memilih untuk buat akikah online dengan EZ Qurban. Faktor utama pilih syarikat ni, sebab pengiklanannya meluas, jadi mestilah boleh dipercayai kan... 

Untuk Faiqah, kami dah lama buat, masa umur dua bulan lebih masa tu, ikutkan sunnah hari ketujuh kelahiran, tapi nak buat camne, rezeki takde masa tu, jadi umur dia dua bulan lebih kami buat. daftar online je dengan EZ Qurban. 

Mudah sangat nak uruskan. 
Langkah pertama bank in kan jumlah pembayaran akikah kat no akaun syarikat EZ Qurban. 
Kemudian, isi je borang akikah online di laman web EZ Qurban. 

Borang Akikah Online EZ Qurban: DI SINI

Sebab kena bank in dulu, ialah nanti masa isi borang tu, kena attach bukti pembayaran sekali. Mudah je, guna bank in transfer melalui mesin deposit atau ATM. Lepas bank in, amik gambar dan isi borang. 

Selesai isi borang, nanti pihak syarikat akan hantar email pengesahan. 
Sijil Akikah Adik

Dah selesai tu, kita tunggu ajelah, nanti diorang akan telefon bagitau bila akan dibuat. Masa buat untuk kakak agak lama, mungkin dia kumpul beberapa ekor, baru buat kan.. ealah sebab diorang buat kat luar negara dan kat tempat yang betul-betul miskin. (boleh tengok kat page EZ Qurban tempat-tempat yang diorang buat tu... dhaif sangat... ) Tapi yang adik ni tak lama mana la.. dalam tiga atau empat bulan dah buat. Bila dah dibuat, pihak EZ Qurban akan hantar resit dan juga sijil sebagai bukti yang diorang dah buat Aqiqah untuk adik. 

Alhamdulillah, selesai sudah akikah untuk kedua-duanya... untuk kenduri biasa, nanti bila-bila kita boleh buat kan... buat dulu online ni, sebab tak nak bertangguh la bab akikah ni.. walaupun sunat, tapi sunat yang sangat digalakkan untuk buat. 

Bagi yang terfikir-fikir atau takut-takut, jangan risau insha Allah syarikat EZ Qurban ni banyak dah buat Akikah dan Qurban. Dah masuk TV dan akhbar lagi... jadi, insha Allah mereka buat yang terbaik. 

Kisah akikah Faiqah ada DI SINI

Bagi yang nak buat boleh hubungi:


Alamat: No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

email: ezqurban.adm@gmail.com 
Pejabat: +603 618 619 11
Handphone: +6013 238 6000
Fax: +603 6186 7872
Whatsapp: +6013-318 6984
Isu Semasa: Bot Tempur TLDM Hilang!!!

Isu Semasa: Bot Tempur TLDM Hilang!!!


Pencarian MH370 masih diteruskan.. dan kini, satu lagi aset negara pula yang hilang... Bot Tempur milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hilang diperairan Sabah. Operasi masih giat dijalankan hingga ke saat ini... 

Bot jenis CB90 membawa 7 orang anggota TLDM berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.

Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus. Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan. Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik. Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.
sumber: harian Metro

Sama-samalah kita berdoa moga misi pencarian bot tempur CB204 dan pesawat MAS MH370 berjalan lancar... Dugaan demi dugaan Allah bagi untuk negara kita tahun ni... semuanya untuk peringatan kita... Tetapi hanya orang yang berfikir dan orang beriman yang akan fikir ini adalah teguran dan peringatan Allah, orang yang lalai dan leka, anggap ini satu mainan dunia... 

Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita demi agama, bangsa dan negara kita.. 



p/s: fikir-fikir balik, rasa gerun juga... kiamat dah dekat..negara pun rasa tak selamat... Ya Allah peliharalah keselamatan kami, dan matilah kami dalam iman... :'(

Senarai Pemenang Segmen Bloglist Oktober Truly Love

Maaf atas kelewatan publish senarai 15 blogger yang menang dalam Segmen Bloglist Oktober Truly Love... Jom kita lihat siapa yang tersenarai untuk bloglist Oktober Truly Love.


Kesemua pemenang sudah pun dimasukkan dalam bloglist Oktober blog ini..
Tahniah diucapkan..
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua...

05 Oktober 2014

Kenangan Beraya di Perantauan

Sumber: google images

Santai di petang raya... Raya aidiladha tak semeriah raya aidilfitri... Tapi masih disambut meriah dengan penuh kesederhanaan...

Tetiba teringat kenangan beraya di perantauan... Sejak kahwin memang dah kisah sangat la beraya dari keluarga kandung...sebab ada tanggungjawab lain.

Pertama kali pengalaman beraya di perantauan ketika berada tahun kedua bergelar mahasiswi di UTM, Skudai... Waktu tu memang kena daftar masuk sem awal tiga hari...

Memang rasa sedih... Tapi rasa terubat bila ada rakan seperjuangan bersama... Yang bestnya.. Pagi raya ramai-ramai menapak cari makan sebab kebanyakan cafeteria tak buka... Memang susah betul hari tu nak cari makan... Makan aje apa yang ada... Mujurlah sehari je... Esoknya dah kembali seperti biasa..

Tulah pengalaman beraya jauh dari keluarga... Sekarang dah kahwin... Bergilir-gilir dah raya... Jika waktu Raya Puasa di Kedah, Raya Haji di Johor... Begitulah sebaliknya... Jadi, tak terkesan la jauh dari keluarga... Sebab bila kahwin kan.. Itulah yg kita kena terima... Tak boleh la nak kepit bawah ketiak mak bapak je kan...

Alhamdulillah... Setiap pengalaman dan kenangan mematangkan kehidupan... Yang penting raya tetap bersama keluarga tersayang... Alhamdulillah...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

Nuffnang: Patah Tumbuh Hilang Berganti


Alhamdulillah...
dah credited satu, diganti pula yang lain...

alhamdulillah..
rezeki sampingan berblog..
tabung untuk Faiqah dan Faqiha...

terima kasih nuffnang...
terima kasih para pengiklan...
terima kasih rakan yang sudi menabung di sini,... 

7 Amalan Sunat Di Hari Raya

7 Amalan Sunat Di Hari Raya


1. Bertakbir berjemaah di masjid atau surau

2. Makan sebelum solat sunat Hari Raya

3. Memakai pakaian yang baik dan elok

4. Bergembira di hari raya

5. Ziarah menziarahi

6. Melaksanakan ibadah korban

7. Bersedekah

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat hari raya aidil adha buat semua rakan yang mengenali, rakan alam nyata dan alam nyata...

Maaf zahir dan batin...
Mohon maaf atas segala salah silap kami...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

04 Oktober 2014

Renungan Sebelum Tidur: Nasihat Kubur...

Renungan Sebelum Tidur: Nasihat Kubur...


Nasihat Kubur:

  • Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
  • Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
  • Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
  • Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
  • Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
  • Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
  • Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...
  • Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

Terasa Meriahnya Raya!

Tengah merebus daging untuk dimasak rendang...

Alhamdulillah...
Dapat juga merasai bahang raya... Walaupun berada diperantauan...

Tahun ni beraya di KL je... Tak balik kampung pun.. Cuti pun sekejap tambah pula dengan keadaan suami yang baru nak sembuh dari pembedahan apendiks minggu lepas...

Esok nak raya... Hari ni sibuk la buat persiapan raya... Pepagi lagi kami ke Econsave Festival City.. Memang awal la sampai... Pintu Festival City pun tak buka lagi... Sebab tak nak berebut punya pasal...

Siap beli belah di Econsave... Singgah makeup mata vivi... Lepas tu cari barang yang tak cukup kat OTK Jalan Gombak... Aku je pergi suami tunggu dalam kereta... Sebab tak boleh nak angkat barang berat kan...

Tengok kat luar ok lagi... Masuk kat dalam bahagian barang basah... Fuhhh... Sesak sungguh... Sampai berlanggar bahu... Berhimpit orang nak beli ayam dan daging... Aku beli barang yang dah siap di senaraikan... Siap beli... Terus la berbaris panjang nak membayarnye...

Lebih sejam berdiri nak bayar je... Memang dasyat la... Terasa betul nak rayanya tu walaupun diperantauan... Ramai yang tak balik kampung juga... Cuti pun tak panjang... Silap-silap ada yang kerja esok...

Apa-apa pun... Esok buat juga persediaan raya ala kadar... Baju raya dok pikir nak pakai baju nikah je sebab kalau ikut hari ulang tahun perkahwinan kami...memang dalam bulan raya aidiladha... Sesaja nak imbau kenangan kan.. Hehe... Tapi suami suruh pakai baju masa kenduri... Owhh... Terlebih grand plak nanti pakai baju hari kenduri kahwin.. Haha...

Malam ni siapkan rendang dulu... Esok tak tahu lagi nak ke mana... Tengok la yang mana larat... Kalau takde aral ke umah kak ipaq je la kot...

Sepatutnya raya aidiladha juga kita seharusnya meraikan macam raya aidilfitri juga... Sebab itulah dua perayaan untuk umat Islam... Sebab tu haram berpuasa pada hari raya...

Tapi kat Malaysia sebaliknya kan... Meriahnya raya aidiladha bila ada korban... Moga kita hayati makna pengorbanan yang sebenar..


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

Mood Bercuti!!!

Mood bercuti mengatasi mood berblog...
Mungkin kah blog juga bakal raya..
Tu pasal juga lambat bersiaran hari...
Buat persiapan serba sedikit untuk raya esok...

Ada masa mmg spend masa untuk blogwalking pula hari ni..

Selamat hari raya... Maaf zahir batin...

P/s: bahan untuk entry ada tapi mood nak menulis bercuti.. Maka segalanya tergendala...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

03 Oktober 2014

Waktu Doa Makbul: Setahun Sekali!

Antara waktu doa paling dimakbulkan ialah ketika waktu para haji berwukuf di Arafah...

Kita juga patut ambil peluang ini... Setahun sekali... Peluang terhad ni...

Bermula jam 5.10 petang hingga 11.07 malam ini... Jangan lupa doakan yang baik-baik...niat yang baik-baik... Moga Allah makbul dan permudahkan...

Jom doa jom...
Moga Allah cepat makbulkan.. Mintalah apa sahaja yang baik-baik!... Moga Allah makbulkan...

P/s: jom doa harga minyak turun... Ok tak?? Doa yang baik la tu kan... Ke camne???


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

Ranking Alexa Terkini: 3 Oktober 2014!

Lama tak  up entry pasal ranking alexa ni... 
Hari ni macam hilang mood nak up entry... idea tak datang-datang... jadi, sesaja la semak ranking alexa.. tengok naik ke turun... 

Alhamdulillah... 
Status terbaik sepanjang berblog

Satu pencapaian yang cukup membuatkan aku rasa bersyukur sangat..
Ni yang rasa sayang kot nak tinggal blog ni..

Terima kasih juga atas sokongan semua.. 

Ranking sebelum ini di SINI

Semak ranking anda Di SINI

Hukum Akikah

Hukum Akikah


Maksud Akikah
Menyembelih binatang ternakan ( al-An’am ) yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

Dalil Akikah
Dalil disyari’atkannya aqiqah adalah hadis nabi s.a.w., antara lain:

(عن عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنْ الْجَارِيَةِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ (رواه الترمذي وصححه

“Dari Aisyah r.a., sesungguhnya rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada para sahabat untuk mengaqiqahkan anak laki-lakinya dengan dua kambing yang besar dan anak perempuan satu kambing” HR. al-Tirmidzi, dan menurutnya hadis ini shahih.

(عَنْ سَمُرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ غُلَامٍ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ وَيُسَمَّى (رواه أحمد وصححه الترمذي

“Dari Samurah r.a., nabi s.a.w. bersabda: setiap anak digadaikan dengan aqiqahnya, yang disembelih untuknya pada hari ke 7 kelahirannya, dan dicukur rambutnya dan diberi nama” HR. Ahmad, dan dianggap shahih oleh at-Tirmidzi.

Hukum Akikah

  • Sunat Muakkad: Bagi ibu bapa yang mampu atau orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut
  • Wajib: bagi ibu bapa yang bernazar

Kadar  yang disunatkan akikah

  • Lelaki: 2 ekor kambing/biri-biri/dua bahagian daripada lembu atau kerbau atau unta
  • Perempuan: Seekor kambing/biri-biri atau sebahagian daripada lembu atau kerbau atau unta

Syarat Sah akikah
  • Berniat akikah ketika menyembelih
  • Menyembelih binatang ternakan yang halal
  • Menyembelih binatang ternakan yang tidak cacat
  • Binatang ternakan cukup umur
  • Menepati syarat-syarat sembelihan

Perkara sunat ketika Akikah
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik
  • Dagingnya dimasak manis terlebih dahulu sebelum disedekahkan
  • Dagingnya hendaklah dibuat jamuan
  • Tidak mematah-matahkan tulang binatang
  • Mencukur rambut bayi selepas sembelihan
  • Dilakukan pada hari ketujuh
  • Menamakan bayi dengan nama yang baik.

Pembahagian daging akikah
  • Sunat: disedekahkan kepada fakir miskin
  • Haram: dipindah milik atau dimakan oleh orang kaya
  • Harus: Menjual daging akikah dan diberi kepada orang kaya

Perbezaan antara korban dan akikah

Korban
  • Dilakukan pada masa-masa tertentu
  • Mengingati peristiwa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
  •  Sunat disedekahkan ketika mentah

Akikah
  • Dilakukan pada bila-bila masa
  • Sempena kelahiran bayi
  • Dagingnya sunat dimasak manis

Hikmat Akikah
  • Tanda kesyukuran kerana mendapat cahaya mata
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim antara  ahli keluarga dan masyarakat
  • Dapat menjamu selera kepada fakir miskin
  • Membiasakan amalan bersedekah kepada kanak-kanak
  • Mendekatkan bayi kepada penghayatan Islam.
Sumber rujukan: Buku Pendidikan Islam Tingkatan 4.

Nuffnang: CPUV Sunsilk dan Proton


Alhamdulillah... rezeki di awal Oktober...
Dua CPUV melekat di awal bulan... 

Alhamdulillah..
Pertama CPUV dari Sunsilk...
terima kasih sunsilk.. Sunsilk Perfect Straight sekarang ni pun tengah buat peraduan dengan tawaran hadiah RM10000... Siapa berminat boleh cuba sertai DI SINI... mana tau ada rezeki kan.. aku tak join pun sebab serabut nak cipta slogan.

CPUV kedua dari Proton
Aku uga pengguna kereta Proton.. tapi yang lama.. tapi tu la orang kata kereta lama lagi tahan. Sekarang proton dah pun keluarkan kereta kompak baru iaitu Proton Iris... comel la bila sebut kereta kompak ni... sesuai untuk orang-orang bujang kan.. Sesiapa yang tengah plan nak beli kereta tu, boleh la tengok-tengok Proton Iris ni.. mana tau berkenan...

Terima kasih Nuffnang,,,
Terima kasih rakan-rakan blogger yang rajin singgah menabung.. mga kalian dilapangkan rezeki,

Siapa Lagi Hebat???

Siapa Lagi Hebat???


Jadilah seperti resam padi
"Makin berisi makin tunduk, bukan ikut resam lalang, tiada isi makin lama makin tinggi"

Tidak kiran sehebat mana pun kita,ada orang lain yang lagi hebat.

Jika kita rasa kita hebat dan sudah cukup segalanya,
Ingatlah itu hanya pinjaman dan Allah boleh tarik balik bila-bila masa. 

ALLAH lagi HEBAT!!!
Syukur seadanya... 

02 Oktober 2014

Tutup Pandangan Anak dari Alam Ghaib

Boleh juga siapa yang nak amalkan cara ini... Paling mudah ingat ayat kursi walau ke mana kita pergi... 

Hari sabtu lepas, ada sekolah ganti... Kebanyakan sekolah memang sekolah pun hari tu... 

Dan buat pertama kalinya aku terpaksa mengusung kedua-dua anakku ke sekolah memandangkan suami baru lepas operation apendiks dan pengasuh ada urusan keluarga... 

Memula bawa memang takde masalah sangat...sebabnya pelajar datang tak ramai... Jadi, cikgu-cikgu buat jadual giliran. Giliran aku waktu akhir, jaga budak perempuan solat Asar di surau. 

Jadi, sepuluh minit sebelum tu aku dah usung la kakak adik ke surau perempuan... Memula kakak ok je main dengan adik... Sekali tetiba dia tunjuk kot pintu belakang belah atas... Ummi, ada helikopter katanya... Dok pusing-pusing... Aku cakap mana ada...sebab dengar pun takde kan.. Sekali dia dah tunjuk dan banyak kali cakap gtu... Pastu dia dah takut... Aihhh... Meremang juga la.. Tapi kuatkan semangat demi anak... Dalam hati... Jangan la kacau anak aku... Aku nak tumpang kejap je... Terus aku dakap, baca ayat kursi dan tiup kat ubun-ubun... Lepas buat tu, kakak dah ok dan tak takut lagi ... Main macam biasa... 

Memang kena juga, tutup pandangan anak dari lihat alam ghaib... Sebab budak memang sesetengahnya boleh nampak dengan mudah... Aku da terbaca pada entry kat blog kak Farah Waheeda pasal Ash yang pernah kena juga suatu ketika dulu... 

Antara cara-cara yang ustaz tu buat pada anak kak Farah, boleh juga kita buat. 


1. Baca ayat kursi kuat-kuat kat telinga anak. Ayat terakhir ayat kursi tu.. Baca 33x, tiup 10 saat pada muka dan ubun-ubun.

2. Azan kuat-kuat sebanyak 3 kali.

3. Baca ayat 9 dari surah Yassin sebanyak 7x, tiup pada tapak tangan kanan, sapu pada seluruh muka dan mata anak serta niatkan  supaya ditutup penglihatan dari alam Jin. 

Itulah yang kak Farah kongsikan.. Harap kak farah halalkan lah ilmu ni.. Untuk kita amalkan bersama... 

Kat rumah memang 24jam pasang ayat rukyah... Sebab kalau tak memang ada la dok main guli 24jam juga... Tapi itu.. Hidup kita berkongsi dengan diorang juga kan.. Harap diorang jangan lah ganggu anak cucu kita sudah la... Nak duduk kita tak kisah kan...sebab kita makhluk Allah dan berkongsi alam juga... 

ATM Digodam: Salah guna akal!

ATM Digodam: Salah guna akal!

Sekarang ni, rasa tak selamat dah simpan duit kat dalam bank... simpan kat bank pun boleh hilang juga la ni... ramai yang risau duit hilang, selepas diberitakan ATM digodam menggunakan virus Trojan. 

Kes ini didalangi oleh warga negara Amerika Latin.. yang menggodam duit-duit dalam ATM dan sehingga kini hampir 3 juta ringgit dah lesap... 


Ni lah orang kata, cerdik tapi tak boleh pakai.. salah guna kecerdikan yang ada... 
Risau pula dah bila ada kes macam ni..

Kena simpan duit dalam bantal atau bawah tilam gamaknya...
tapi risau pun ye.. kot orang datang rumah pula.. 

Itulah payah kalau banyak duit ooii..
tidur tak lena kot.. 
jadi tak yah la banyak duit sangat...
cukup untuk hidup dah la kan..
hati pun senang.. 

Buat orang Islam.. simpan aje lah duit kat Tabung Haji.. niat nak buat Haji.. 
apa-apa pun, dikatakan duit digodam tak libatkan akaun pengguna pun.. cuma duit dalam ATM tu sendiri yang hilang... camne diorang buat kita pun tak tahu... 

salah gunakan akal kurniaan Allah, menyusahkan semua orang.. payah juga kalau bijak sangat ni kan... 

Maaf Ye ASTRO!!!

Sumber: google images

Elok sampai je kat sekolah.. Dapat call dari no company...

Terus angkat, berangan kot la panggilan dari mana-mana kan.. Kot la menang peraduan ke kan.. Haha... Tak habis-habis verangan kan.. Eh.. Mana tau jadi kenyataan...

Sekali bukan dari mana-mana peraduan... Tapi dari pihak ASTRO... Dalam hati dah tahu, mesti nak promote aku la ni... Suruh tambah pakej dia... Maklumlah aku amik pakej ASTRO yang paling basic... Bayar tak sampai RM50 sebulan...

Sebelum dia bgtau, pihak ASTRO tanya aku dah dapat panggilan tak dari ASTRO... Aku cakap la memang ada... Dia tanya tentang apa? Aku cakap la pasal promosi ASTRO... pastu dia tanya kenapa ea tak terima dengan tawaran tu... Aku cakap la tak minat...

Dia tanya lagi, kenapa tak minat... Terus terang je aku jawab... Jarang la tengok ASTRO! Haha... Terus dia cakap, ok...terima kasih... Dari nada memang macam kecewa habis...

Adeh... Sorry ea ASTRO... Itu jawapan jujur.. Memang aku jarang tengok tv... Kami rajin layan dvd je.. Anak-anak sesekali je tengok TViQ... Selebihnya kami layan DVD...

Pasang ASTRO pun sebab tak dapat langsung siaran tv... Kalau tak..memang tak pasang... Ingat kontrak tahun depan memang tak sambung, sebab nak langgan internet je... Connect dengan TV.. Boleh layan movie macam-macam...

Huisshh... Hidup sekarang kena fikir budjet dah... Kena kreatif... Maklumlah...segalanya dah naik kan.. Opsss... Jangan terasa... Tapi memang terasa dengan kenaikan ni... Huhu...

Nota:
Tadi suami dah buat calculation.... Budjet minyak kereta aku sebulan untuk viva660 RM200... Kalau kereta yang cc tinggi.. Bayangkanlah kan.... Hmmm... Redha je la... Jom kita meniaga untuk tambah pendapatan... Kang ada yang siang kerja, malam juai burger kan... Apa-apa lah asal halal...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish
Harga Minyak yang Baru

Harga Minyak yang Baru

Semalam kepenatan betul setelah hadapi jem dua hari berturut-turut.. maklumlah lama tak hadap jem teruk... sampai rumah dah hampir habis maghrib.. selesai solat maghrib tidurkan di adik sekali dengan aku-aku pengsan...

Bangun pagi, dapat berita minyak naik lagi... huhu... nak kata apa??? sebagai rakyat memang tak semua suka pun.. tapi apa mampu aku buat kan... anggap je lah ini ujian Allah bagi... itu adalah penyedap hati.. 


Bila tengok harga minyak memang kena budjet betul-betullah kali ni.. sekarang pun dah terasa, kalau dulu isi penuh untuk viva 660 manual tak sampai RM50... tapi lepas naik RM0.20 tu, dah terasa... RM50 tak cukup... lepas ni, memang makin rasa kuranglah.. agak-agak isi minyak penuh untuk viva660 tu mau makan sampai RM70... 

Bukan nak mengeluh atau merungut... tapi orang yang tak dok bandar besar, yang hari-hari ngadap jem pergi balik kerja tahulah kos hidup macam mana. 

"owhh..org kl memang hidup mewah je..makan hebat, pakai hebat sebab tu duit tak cukup". memang hangin bila ada angi sepoi2 bahasa kata macam tu.. hebat tang mana aku tak tau... aku sendiri nak berbelanja pikir 200%... dah berkurun aku tak shopping baju bajan sebab budjet ciput... mewah tang mana la tu.. 

"Eleh, 20 sen pun kecoh"
Memang lah kecoh... separuh gaji untuk isi minyak je.. kereta kecik pun nak kena isi minyak... kalau hari-hari ngadap jem lagi parah la minyak.. orang yang tak merasa dia tak kan tahu... 
Orang dok kat tempat yang taraf hidup rendah memang la tak terasa sangat.

"Dah, susah sangat naik la kenderaaan awam, tak pun naik basikal"
Orang bujang boleh la kan.. aku yang beranak dua ni, nak usung anak naik LRT???, nak pikul naik basikal.. agak-agak la kan.. 

Entah lah... walaupun kos hidup dah naik. aku doa, moga Allah terus lapangkan rezeki untuk kami.. beri kami jalan keluar untuk hadapi musibah akhir zaman ini... sebab merungut banyak, maki hamun orang itu ini, bukan boleh ubah apa-apa pun... buat tambah dosa je... 

Bertabahlah wahai hati..
Anggaplah ini dugaan Ilahi...
Untuk kita perbanyakkan amal lagi...
Menghadapi kiamat yang hampir tiba nanti...
Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah

Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah


Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. [HR Bukhari]

Huraian Hadith: 
  • Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.

  • Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang dibawah tanggungan.

  • Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.

  • Perbelanjaan dan pemberian yang telah dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.

  • Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.

  • Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.

  • Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.

  • Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.
Sumber : Kitab Riyadhus Solihin
Rujukan: JAKIM

Memberi makan dan berbelanja untuk keluarga itu dikira sedekah, dan itulah sedekah yang terbaik yang dianjurkan dalam Islam bagi seorang suami. Jadi, suami atau isteri usah berkira bab nak berbelanja cuma jangan sampai membazir pula... Syukur dengan apa yang ada dan usah bandingkan kehidupan kita dengan orang lain, kerana jika kita redha dan rajin bersedekah serta memberi walaupun kita tak kaya, pasti Allah akan cukupkan keperluan kita.. insha Allah... 

01 Oktober 2014

WW~Bekal Perjalanan Pulang~

Bekalan makanan...standby dalam kereta untuk si kakak...

Cara untuk bagi anak diam ketika memandu...

Dapat pandu dengan tenang, tanpa anak meragam...

Bagi makan keropok ni dan pasang video upin ipin... Cukup untuk diamkan diorg ni..

P/s: hope tak jem lagi hari ni...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

WW ~Lupa Nak Cantik~


Sepatutnya biarlah seimbang...
Cantik depan Allah yang patut diutamakan...

Harap... kita bukan seperti dalam gambar ni... 
Renungan bersama..
Di mana dan pada siapa yng patut kita cantik???

Rakan Setia Julai hingga September 2014!


Akhirnya dapat juga aku keluarkan senarai rakan blogger penyeri blog ini yang sentiasa memberi sokongan... Tahniah kepada semua yang tersenarai... 

Dan tiga blogger yang paling setia memberi inspirasi di sini:



Tiga orang blogger ni macam berlumba pula kalau tengok kan.. hehe... terima kasih sebab selalu komen setiap entry di sini.. 


Buat yang lain.. terima kasih atas sokongan... terima kasih atas komen-komen yang membina.. komen korang inspirasi dan semangat untuk aku terus menulis... 

Terima kasih buat semua yang pernah komen, pernah singgah, pernah jengah, pernah buka blog ni.. Terima kasih juga buat cik anony dan silent reader.. 
Tanpa sokongan kalian... tiada maknalah blog ini, sampai ke tahap ini... 

Terima kasih daun keladi..
Lain kali singgah dan komen lagi...