07 Ogos 2014

[UPDATE] Tambahan Syarat dan Hadiah GA Anak Merdeka Malaysia


Alhamdulillah, hari ni masuk hari ketiga.. ada sedikit pertambahan syarat GA dan juga senarai hadiah dari sponsor. 

Syaratnya ialah:

Like Page:


Follow Instagram


Jadi, bagi yang dah join... sila ikuti syarat tambahan yang baru ni ea... 
Terima kasih atas sokongan semua. 





Senarai hadiah yang bertambah ialah:

Cash RM10 + Sehelai Kemeja untuk dua orang pemenang. Hadiah ni ditaja oleh MG schmidt
Kemeja yang bakal dimenangi beserta duit cash RM10 untuk dua orang pemenang. 

Antara gambar hadiah GA:
Buku agama yang ditaja oleh Nurul Hidayah
Persoalan Terjawab: Telur dan Ayam Mana Yang Dulu?

Persoalan Terjawab: Telur dan Ayam Mana Yang Dulu?


Masih ingat tak dengan teka taki “antara telur dan ayam, siapa yang tercipta dulu ?”

Pasti ingat bukan ? Tiada siapa yang dapat jawab soalan ini dengan tepat dan yakin. Hingga ia terus menjadi tanda tanya orang ramai dan akhirnya soalan itu tergantung begitu sahaja dan orang ramai mula hilang minat teka-teki yang tidak berkesudahan ini.

Walaubagaimanapun, teka-teki ini sebenarnya bukan sahaja popular di negara kita sahaja. Rupanya luar negara juga terfikir soalan yang sama.

Tetapi baru-baru ini satu kumpulan penyelidik dari Universiti Shefield dan University Warwick, United Kingdom telah membuat penyelidikan dengan menggunakan super komputer HECToR dan mendapat jawapan kepada soalan lagenda yang sering membuatkan orang ramai terdiam bila di tujukan soalan seperti itu.

Penyelidik menemui bahawa protein yang diberi nama Ovocledidin-17 atau OC-17 bertindak sebagai katalis bagi mempercepatkan proses pembentukan cengkerang telur dalam tubuh seekor ayam dalam tempoh 24 jam sebiji telur terhasil.

Penemuan ini jelas membuktikan bahawa telur tidak dapat di hasilkan tanpa protein OC-17 yang ada dalam setiap tubuh ayam. Maka terbuktilah bahawa ayam yang terlebih dahulu wujud sebelum sebiji telur. 

Memang femes teka teki ni dulu... siap bertekak lagi... sekarang dah dapat jawapan dengan bukti saintifik lagi... hehe... Jadi, ayam lah dulu sebelum adanya telur.... 

Cekak dan Headband Raya dari Ashutz's Creative Collection!


Raya belum habis kan... baru nak warm up sikit citer pasal raya... tiada apa yang menarik... cuma tahun ni rasa teruja raya dengan dua orang puteri... Rasa macam ada anak kembar... 

Beberapa hari sebelum raya, akhirnya dapat juga cari baju raya sedondon kakak dan si adik... bertemakan background macam dalam pic di atas tu... Lepas tu terfikir sesuatu.. si kakak bertudung... si adik kena pakaikan headband sebab rambut yang sangatlah jarang.. kang orang kata lelaki pula... 

Jadi, teringat kawan sekerja ku yang rajin buat kraftangan ni... maka, lagi tiga hari nak bercuti aku order on the spot kat dia.. mujur dia boleh buat... hehe... Jadi, sehari sebelum cuti dapat la tempahanku... 

Si kakak aku tempah cekak dan ditulis nama Faiqah... dan si adik ku tempah headband tertulis namanya Faqiha.... Tema pink di matchkan dengan warna maroon tema raya kami tahun ni... Sangat puas hati dengan hasil tangan tokey kraftangan ni dengan harga yang berpatutan... 

Kawan aku ni banyak buat hasil kraf yang lain antaranya brooch, tali jam bertatahkan manik korea dan juga headband serta cekak macam yang aku order ni... Banyak koleksi yang dia dah buat... Antaranya...

Felt Pillow
Pin Tudung
Brooch
Cover Buku RPH
Tali jam

Banyak lagi yang kawan aku ni buat... Tak larat pula nak bubuh semua... Korang boleh tengok kat page dia di Ashutz's Creative Collection... Kalau sudi like lah page tu... PM owner untuk tempahan... Insha Allah pasti puasa hati dengan hasil kerjanya... 

Terima kasih Shud atas hasil tangan yang terbaik... ^^,

10 Benda Yang Tidak Boleh Dibeli dengan Duit!


1. Hidayah Allah
Sekaya mana pun seseorang tu dia tak mampu nak beli hidayah Allah... HidayahAllah tiada ternilai... Nikmat iman dan Islam tu anugaerah dan kekayaan yang tak ternilai. Kerana itu, bersyukurlah jika kita dalam lindungan dan hidayah Allah.

2. Kebahagiaan dan ketenangan jiwa
Banyak duit, kaya harta belum tentu dapat beli kebahagiaan dan ketenangan jiwa dan hati. Orang miskin tak semesti dia tak bahagia.. Kadang-kadang orang yang miskin tu lebih bahagia dari kaya... Ea lah.. Tak perlu bayar hutang... Dan itu lebih menenangkan jiwa dan hati.

3. Kesihatan
Duit banyak tapi selalu sakit tiada maknanya... Duit itu dihabiskan untuk berubat tapi itu bukan satu kesenangan. Sebab bila sakit banyak benda tak boleh makan.. Jadi apa guna banyak duit bukan..

4. Akhlak yang baik
Sikap dan akhlak yang baik tak boleh dijual beli. Sebba tu kalai orang kaya tapi perangai buruk orang tak pandang... Biar miskin harta tapi kaya budi bahasa.

5. Cinta
Kaya macam mana pun, banyak duit macam mana pun pasti tak dapat beli cinta seseorang apatah lagi cinta Allah.

6. Persahabatan
Persahabatan yang indah berasaskan cintai Ilahi... Banyak duit macam mana pun kita tak mampu beli persahabatan yang ikhlas. Bersahabat kerana duit tidak kekal lama, bahkan boleh cetuskan permusuhan dan pergaduhan.

7. Kejayaan
Nak berjaya tak semestinya kaya... Banyak cara untuk berjaya... Orang yang banyak duit tak semestinya orang yang berjaya. Orang miskin kadang-kadang lebih berjaya... Kejayaan dinilai dari banyak segi... dan kejayaan yang sebenar ialah berjaya di dunia dan di akhirat.

8. Bakat
Bakat seseorang dah memang ditentukan sejak azali... Setiap orang ada bakat tersendiri... Banyak duit tak mampu beli bakat yang dia tak miliki.

9. Masa
Masa itu ibarat emas... kerana harganya bukan kerana ia boleh dibeli. Masa yang lepas tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Walau berkepuk duit yang kita ada... kita tak mampu beli masa depan dan masa lepas. Hargailah masa sebaiknya.

10. Kedamaian
Kedamaian hati dan fikiran datangnya dari keimanan yang tinggi kepada Allah dan Rasul... Banyak duit belum tentu hati dan fikirannya... berapa ramai orang kaya, tapi hati da fikirannya tidak perlu temui kedamaian... Kerana kedamaian tidak boleh dibeli, sebaliknya perlu dicari dan dekatkan diri dengan Ilahi...

Banyak duit tak bererti mewah
Tiada duit tak bererti miskin
Banyak duit tak bererti bahagia
Tiada duit tak bererti derita
Banyak duit tak bererti sihat
Tiada duit tak bererti sakit

Hidup memerlukan duit, tapi duit bukanlah segalanya-galanya... Ku sendiri pernah laluinya.. akhirnya aku memilih kebahagiaan, bukan duit... kerana duit buatkan hidupku serba tak kena... biar miskin asal tenang dan bahagia... hidup sederhana asalkan tak meminta-minta... asalkan damainya jiwa menghadap Yang Esa...
Pinggan Mangkuk Dari Tulang Babi: Semak Pinggan Mangkuk Anda!

Pinggan Mangkuk Dari Tulang Babi: Semak Pinggan Mangkuk Anda!

Aku pernah dah tulis isu ni DI SINI sekali lagi aku naikkan isu ni, supaya orang alert dan berjaga-jaga dalam membeli pinggan mangkuk... Jenis seramik dan juga melamin antara pinggan mangkuk yang sering orang guna terutama di kedai-kedai makan. Jadi, berhati-hati... 

Ini antara petikan  fatwa tentang pinggan mangkuk dari tulang:

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010 telah membincangkan mengenai Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash).

Alhamdullillah fatwanya :
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.
  • Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.
  • Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkuk tersebut.
  • Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan. (Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)

  • Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".

Jom semak pinggan mangkuk sebelum membeli dan menggunakannya... 


Jom semak semula pinggan mangkuk kat rumah atau kat kedai makan.. tak semua dr china guna tulang babi... tapi mengelak daripadanya lebih baik... beli pinggan kaca aje lah kan... plastik pun kna cari yg bebas BPA pula kan... kaca aje lah... tak pun aluminium macam kat kedai mamak... hehe...

Renungan Pagi: Lupakan Kebaikan!

Manusia akan lupa seribu kebaikan kerana satu kesalahan...
Tetapi Allah lupakan seribu kesalahan kerana satu kebaikan...

Penyayangnya Allah kepada kita melebihi cintanya manusia kepada manusia...

Kejarilah cintai Ilahi, kerana itu yang hakiki dan sejati...


Posted via Blogaway

06 Ogos 2014

WW ~ Kisah Orang Kelantan di Airport~

Sumber: Fb

Senyum sorang daku aih...
Mu pehe dok????

Tok pehe...
Cer cari ore kelate...

Soalan: Muslim???
Jawapan: Dok kawe gemok...

Orang putih tanya dia lain... Dia paham kot lain... Muslim bukannya Mu Slim!...
Hehe...


Posted via Blogaway

WW~Bilalah Nak Mula Blogwalking Ni... ~

Tengok kak mimi dan Fiza dah mula blogwalking dah..

Hadoii.. Bila la nak mula blogwalking ni... Kesibukan yang tak mampu dibendung...
Sejak bercuti hingga nek cuti... Memang sibuk tahap gaban...rasa tak cukup 24jam... Sempat update blog tu pun taip laju tahap chetah...

Saborlah kengkawan eh... Nanti aku jenjalan juga kat blog korang... Terima kasih rajin dok drop komen kat sini...

Nota: Rindu nak berblogwalking... Huhu


Posted via Blogaway

ISU BOIKOT: Produk Yahudi vs Amalan Yahudi!

Soalan: yang mana lebih utama,boikot cara hidup yahudi atau boikot produk yahudi?

Jawab: dua-dua afdal..

Soalan: tapi yang mana lebih utama?

Jawab: boikot cara hidup mereka...

Soalan: kenapa?

Jawab: seluruh kehidupan Nabi S.A.W memboikot kehidupan yahudi dan nasrani, kalau Nabi S.A.W nampak yahudi pakai kopiah, Nabi S.A.W arahkan para sahabat pakai serban, Nabi S.A.W nampak orang arab jahiliah pakai jubah meleret, Nabi S.A.W arahkan para sahabat potong jubah dan seluar mereka hingga terdedah buku lali, Nabi S.A.W dpt tahu yahudi puasa 10 muharam, Nabi S.A.W arahkan para sahabat puasa 9 dan 10 muharam, dan banyak lagi pemboikotan Nabi S.A.W terhadap cara hidup yahudi nasrani.

Soalan: tapi kenapa zaman sekarang orang sibuk nak boikot produk yahudi je tapi kehidupan mereka tak ubah/sama seperti yahudi?

Jawab: itu salah faham agama yang besar sebab Nabi S.A.W dulu tak boikot produk yahudi bahkan banyak hadis menceritakan Nabi S.A.W dan sahabat bermuamalah dengan yahudi nasrani...tapi zaman sekarang kita boikot produk yahudi JUGAK kerana kebencian kita terhadap kezaliman mereka membunuh saudara kita, bahkan juga kerana tidak mahu menyumbang wang kepada mereka untuk beli senjata dan bunuh saudara kita tapi boikot produk tanpa boikot cara hidup mereka ialah khilaf sunnah Nabi S.A.W yang besar.

Soalan: jadi apa patut kami buat?

Jawab: buatlah dua2, tapi yang lebih penting dan yang lebih diutamakan baginda Nabi S.A.W ialah memboikot cara hidup yahudi nasrani....pahala memboikot cara hidup yahudi insyaallah lebih besar kerana ia perjuangan Nabi S.A.W dari mula hidup sampai wafat berbanding boikot produk mereka yang kita tahu secara logiknya nampak memberi kesan tapi sebenarnya mereka sudah bersedia untuk hadapi pemboikotan seluruh dunia, dalam masa yang sama yahudi sangat gerun jika umat islam kembali kepada Allah, penuhkan masjid, hidupkan malam dengan nama Allah, hidupkan amalan sunnah, menjaga aurat, menjaga pergaulan lelaki perempuan dan yahudi tidak dapat bertahan jika itu yang DISIBUKKAN OLEH UMAT ISLAM SEDUNIA..baca qunut nazilah yang diajar Nabi S.A.W ketika dapat khabar berita penderitaan saudara islam yang jauh lebih berganda2 dapat menarik nusratullah (pertolongan Allah) kerana ia diajar Nabi S.A.W...tapi apa2 pun,semua usaha yang baik itu baik dan kita jangan tinggalkan kebaikan,cuma kita UTAMAKAN yang Nabi S.A.W ajar dulu kerana Nabi S.A.W itu imam kita...

‪#‎TAHU_FAHAM_AMAL‬ 

Sumber: whatsapps

Nota: Baca... Faham... dan Renungkan... Berusahalah untuk kembali kepada Islam... Itu lebih menggerunkan musuh... Jika umat Islam berpecah belah... Boikot macam mana pun kurang kesannya berbanding jika kita kembali hayati perjuangan dan persaudaraan Islam satu masa dahulu... Bersatu hati demi Islam... Insha Allah... Itulah yang terbaik....


Posted via Blogaway

WW ~ Penyakit Hati ~

Sumber:fb

Riak, ujub dan takabbur...
Hampir sama tapi tak serupa...

Waspada diri...
Jangan sampai terjebak dengan penyakit ini...

Renungan bersama...


Posted via Blogaway

WW ~ Tanda Orang Sakit Jiwa ~

Sumber: fb

Orang yang merasa sakit hati saat dia melihat orang lain lebih baik, lebih berjaya dan lebih bahagia darinya itulah salah satu tanda orang sakit jiwa!

Renungkanlah...


Posted via Blogaway

05 Ogos 2014

24 Tips Asas Servis Kereta Yang Patut Anda Tahu!

24 Tips Asas Servis Kereta Yang Patut Anda Tahu!

Sumber: google images

Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel..
(WANITA TERUTAMANYA)

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Nuffnang: CPUV Ogos-Mayfair dan Air Asia!

Terbaca status Shida Radzuan tentang nuffnang.. Katanya CPUV Ogos dah mula.. Apa lgi.. Aku cuba juga check.. Saja tengok melekat ke tak...

Alhamdulillah... Rezeki awal Ogos... Tiga CPUV melekat... CPUV Mayfair Bodyline dan juga Air Asia... Kedua-dua perkhidmatan ni aku tak pernah guna lagi... Hehe... Mana tau satu hari de rezeki...

Syukur... Rezeki anak-anak solehah... Memang aku setia dengan nuffnang aje setakat ni... Rasa mudah dan senang berurusan dengan nuffnang... Tempek je widget tu... Pastu setting serba sikit dah la kan... Tak yah nak pikir banyak...

Terima kasih nuffnang...
Terima kasih juga buat sahabat-sahabat blogger yang rajin menabung di sini...
Moga kalian sentiasa bahagia dan dilapangkan rezeki... Ameen...


Posted via Blogaway

Longan ke Mata Kucing???

Ini buah longan.. Isinya putih... Dan kulitnya licin berdebu...
Ini buah mata kucing... Isinya jernih dan kulitnya sedikit berbintik...

Sedapnya menikmati buah ni... Aku panggil buah longan... Buah longan ni hampir sama dengan buah mata kucing... Tapi lepas buat sedikit penyelidikan ada sedikit beza dari saiz dan wrna kulit buah...

Aku lebih suka buah longan.. Buah mata kucing sedikit kuat baunya.. Tapi buah longan kurang bau... Memang sedap...

Aku suka beli banyak... Lepas tu kupas kulit masuk dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk... Sedap makan sejuk-sejuk...

Kadang ralit makan sampai tak ingat dah hbis satu bekas... Hehe..

Khasiat buah mata kucing dan buah longan ni lebih kurang je... Biji nya pun banyak khasiat iaitu untuk buat ubat jika dipatuk ular.

Buah longan kering pula direbus dan airnya diminum untuk membantu memulihkan tenaga dan membantu menghasilkan susu ibu.

Tapi aku suka buah segar... Pasti lebih banyak khasiatnya... Buah mata kucing kaya dengan antioksidan yang membantu awet muda serta sesuai untuk wanita mengandung.

Air rendaman isi buah mata kucing yang dikeringkan merupakan penyegar dan ubat untuk masaalah  insomnia, Lelah yang kronik, perasaan lemah, tidak dapat konsentrasi, tidak nafsu makan.

Banyak khasiat kedua-dua jenis buah yang hampir sama tapi tak serupa nih... Sedapnya makan sejuk-sejuk... Orang lama kata tak boleh makan... Nanti sakit urat... Haha... Aku balun ja.. Janji sedap.. Hihi...


Posted via Blogaway

Terima Kejutan Hadiah!

Alahai... Sahabat...
Buatkan ku terharu saja...

Pagi tadi terima lagi kejutan hadiah ..
Tetiba ada saja bungkusan...
Sapa pulak lah yang bagi...
Aku takde beli online lagi...

Tertanya sendiri...sambil tangan ligat buka bungkusan...
Sekali tengok ada kismis sekotak besar...
Dan kad raya...

Sekali baca dari dalam... Ianya dari si empunya diri... Iaitu Raudzah a.k.a owner kepada Blog Santai...

Alahai... Buatkan ku terharu saja...
Terima kasih raudzah... Atas kad raya dan hadiah tu... Sangat menghargainya...

Nota: indahnya persahabatan alam maya...    


Posted via Blogaway
Sunnah Rasulullah s.a.w Dalam Rumah Tangga

Sunnah Rasulullah s.a.w Dalam Rumah Tangga

Sumber: google images

Perhubungan suami isteri yang sihat amat dituntut oleh Islam. Amalkan Sunnah Rasullullah s.a.w., InsyaAllah rumah tangga bahagia hingga ke hujung usia walau apa pun ujian dan dugaan yang datang.

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI
Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI
Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana.Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA
Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA
Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

Pengharapan...

Sumber: fb

Bergantung haraplah kepada Allah lebih dari bergantung harap kepada manusia..

Jika sgalanya untuk Allah, pasti kita tak kan merasa kecewa...


Posted via Blogaway

04 Ogos 2014

Cabaran Melayan Anak Bapak!

Kembali ke rutin biasa dah hari ni. Setelah bercuti panjang sempena hari raya.. Maka hari kembali seperti biasa.
Kelam kabut betul hari ni... Rasa tak terkejar betul... Melayan karenah si anak-anak bapak nih...
Betullah kot orang kata, anak perempuan rapat dengan bapak... Dari malam lagi, si kakak dan adik meragam lain macam. Tak nak sangat aku melayan... Nak dengan abi aje...
Memang rasa macam relax... Tapi kesian kat si suami... Tak boleh nak buat kerja jadinya... Ingatkan esok paginya ok... Huhu... Tak juga...
Si kakak dah buat perangai dari bangun tido.. Elok aku dah siap nak g kerja lagi sekali meragam... Si adik ok je.. Tapi terlajak tido sampai jam sepuluh pagi... Biasa kul lapan dah gelisah dah sebab tak mandi...
Memang ketara lah kepenatan sikit pepagi tuh.. Melayan si anak-anak bapak... Sabor aje lah... Memang aku relax.. Tapi kesian si suami yang melayan... Hehe... Apa nak buat si anak bapak...

Posted via Blogaway

Hukum Gabungkan Niat Puasa Ganti dan Puasa Enam Syawal


Dah lepas puasa Ramadhan, dah masuk Syawal... rindu pula dengan Ramadhan... jadi, dengan itu Allah dan Rasulullah s.a.w menganjurkan sesiapa yang rindukan Ramadhan, sambung pula dengan puasa sunat Syawal. Amalan yang sangat digalakkan untuk meraih pahala lebih dan kesinambungan dari Ramadhan. Tetapi bagi wanita, amalan ini menjadi satu persoalan sebab mereka tak puasa penuh... jadi bagaimana nak puasa enam. Dan kalau dulu, aku sendiri pernah dengar, gabungkan sahaja niat puasa enam dan puasa ganti. Maksudnya, niatkan puasa ganti, tetapi pahala puasa syawal dapat juga sebab kita puasa dalam bulan Syawal. Betul ke macam tu??? Persoalan terjawab dengan penjelasan panjang lebar serta hujah dari Ustaz Zaharuddin. 

Pandangan dan hujah beliau mengatakan:

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : "Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awlawiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

"Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh dibuat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Rujukan:SINI

Jadi, wajib buat yang WAJIB dulu iaitu Qada' atau puasa ganti. lepas tu baru buat yang sunat. Insha Allah, Allah tahu kemampuan kita.. Kita tinggalkan puasa bukan sengaja, tapi Allah juga yang bagi kelonggaran itu kan... Banyak pahala lain boleh buat dan boleh direbutkan... Buatlah dengan ikhlas dan jangan paksa diri. 

Panduan Menu Makanan Bayi


Adik dah mula makan sejak sebelum raya hari tu... Makanan pertama yang diperkenalkan ialah bubur nasi sahaja. Nasi lenyek makanan pertama dia... dan tak sangka, sesenduk nasi habis dimakannya... Alhamdulillah... Melihat adik suka makan, buatkan aku semakin teruja nak memasak untuknya... Setiap hari ada sahaja bekalan bubur untuk dia... Nasi dengan brokoli antara bubur kegemarannya. Jika anak pertama dulu, aku agak buntu nak sediakan makanan bayi... Anak kedua aku lebihkan membaca dan study cara nak sediakan bubur bayi... Alhamdulillah... senang aje rupanya. 

Ini antara menu cadangan bayi dari usia 6 bulan hingga 1 tahun 6 bulan. 

Umur 6 bulan

  • Tekstur makanan – Puri (halus).
  • Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).
  • Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.
  • Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.

Umur 6-8 bulan

  • Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 8-9 bulan

  • Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.
  • Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.
  • Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.

Umur 9-12 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.
  • Makanan cadangan -  Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.
  • Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.

Umur 12-18 bulan

  • Tekstur makanan – Cincang.
  • Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan
  • Makanan cadangan -  Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.
  • Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.

Sumber: Majalah PaMa

Aku masih tak perkenalkan puree untuk adik... sebabnya dia suka bubur nasi... dan aku memang elakkan nestum... tambah-tambah nestum kan antara produk Nestle yang menyokong Israel.. so, boikot terus!... Jadi, aku memang masak bubur nasi aje. Lagipun air tangan ibu kan.. lebih berkat dan selamat.. Insha Allah.

Mudah sahaja nak masak bubur adik...Rebuskan segenggam beras dalam 3 cawan air, masukkan sayur dan rebus hingga nasi dah lembik dan air hampir kering. Kemudian kisar (blender) halus dan bolehlah dimakan... Alhamdulillah.. si adik kuat makan... buatkan aku bertambah suka nak masak untuk dia... Menu si kakak ialah speghati, tapi jarang bawakan bekal, sebab pengasuh dah siap masak untuknya. Jadi, sediakan menu untuk adik je... 

Download:

Boikot Israel: Perlu Kekuatan Dalaman!


Gaza terus diserang... Makin ramai mangsa dan umat Islam yang kebanyakan terdiri dari kanak-kanak dan wanita serta warga emas yang jadi mangsa korban. 

Satu dunia senang mengkecam Israel atas serangan tak berperikemanusiaan itu. salah satu langkah yang boleh dibuat iaitu memboikot dan mengenakan sekatan ke atas Israel serta sekutu-sekutu yang menyokongnya. Bukan Malaysia, tapi satu dunia buat. 

Nak boikot bukan sekadar share gambar, bukan sekadar laungan boikot bukan sekadar tukar pic profile... tapi nak boikot perlukan keimanan dari dalam. Kebanyakan produk yang kita guna seharian guna produk buatan mereka. Yang mana kita mampu boikot, kita boikot secara berterusan.

Memboikot perlu kekuatan dalaman sebab produk yang kita suka, kita perlu tinggalkan kerana dasar kemanusiaan dan keislaman kita. Kita kena tinggalkan apa yang kita suka dan apa yang kita sayang demi agama dan saudara seagama kita di Gaza. 

Jadi, teruskan memboikot secara istiqamah.. Insha Allah.. moga usaha yang sedikit ini akan bernilai di sisi Allah dan membantu rakyat Palestin di Gaza. 

Teruskan memboikot dan membaca doa Qunut Nazilah serta doa-doa untuk mereka di sana. 

#supportGAZA
#prayforPalestine

15 Bukti Keimanan!

Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami beri salam dan beliau tertarik sehingga beliau bertanya, "Siapakah kamu ini ?"

Jawab kami, "Kami adalah orang beriman." Kemudian baginda bertanya, "Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu ?" Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasakan sejak zaman jahiliah ?"

Tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu ?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, percaya kepada takdir Allah yang baik mahupun yang buruk." [RUKUN IMAN]

Selanjutnya tanya Nabi s.a.w, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu ?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan Allah, hendaknya kami mendirikan solat wajib, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan berhaji bila mampu." [RUKUN ISLAM]

Tanya Nabi s.a.w selanjutnya, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasakan sejak zaman jahiliah ?" Jawab mereka,"Bersyukur di waktu senang, bersabar di waktu kesusahan, berani di waktu perang, redha pada waktu kena ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa pada musuh." Mendengar ucapan mereka yang amat menarik ini, maka Nabi s.a.w berkata, "Sungguh kamu ini termasuk di dalam kaum yang amat pandai sekali dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara, hampir saja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan segala macam yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi s.a.w selanjutnya, "Mahukah kamu aku tunjukkan kepada lima perkara amalan yang akan menyempurnakan dari yang kamu punyai? Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak akan kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu tempati, janganlah kamu berlumba- lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan, berusahalah untuk mencari bekal ke dalam akhirat."

Sumber: Himpunan Kisah-kisah Teladan.

Itulah bukti keimanan.. Iman tak dapat diwarisi dan juga tak boleh dijual beli. Iman bukan sekadar hafaz rukun Islam dan rukun Iman...tapi wajib dizahirkan dengan perbuatan yang Ikhlas kerana Allah...

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

03 Ogos 2014

Cantiknya Wanita...

Wanita yang paling cantik ialah wanita solehah...
Senyum dan tabah dalam tangis...
Tangan yang lembut mampu menggegar dunia...


Posted via Blogaway

Personality Test: Mana Satu Jenis Kuku Anda???


Kenali personaliti melalui bentuk kuku... Opss... Jangan percaya ok! Aku suka-suka je nih... Kurafat dan boleh jatuh syirik ooo... Kalau korang percaya... Tak betul pun...

Setiap personaliti seseorang dipengaruhi oleh genetik, didikan, pengaruh persekitaran dan juga amalan serta iman... Jadi takde kena mengena eh... Aku sesaja je syok-syok pepetang merapu gini... Hehe... 

Jangan dok gi belek kuku orang pula... Hehe... Belek kuku sendiri je dah ea... Hehe



Kerja Keras!

Segalanya pinjaman cuma...
Tiada milik kita...
Semuanya atas kehendak Allah jua...

Jangan berbangga dengan apa yang da..
Kerana tanpa izin-Nya kita tak punya apa-apa...

Selamat bekerja bagi yang dah bekerja hari ni... Dan bakal bekerja untuk hari esok... :-)


Posted via Blogaway

02 Ogos 2014

Tiada Rezeki Nak Jumpa!

Kisah raya...
Balik raya Johor... Planning nak jumpa kengkawan dan rakan blogger di Johor... Ada juga contect blogger MiaLiana tapi kak Mia balik kampungnya di Batu Pahat... Tak pe lah takde rezeki...

Lepas tu rancang nak jumpa kengkawan masa di UTM, Skudai dulu... Tak jadi juga. Ealah memasing dah de keluarga sendiri... Mesti kita utamakan keluarga kan...

Lepas tu balik dari Johor.. Lalu Jenjarom sebab hantar mak mentua kat rumah kakak, rancang nak jumpa blogger Cekgu Norazimah... Akhirnya tak menjadi juga... Maklumlah..perjalanan yg panjang dengan bawa anak kecik kan.. Meragam lah bila lelama dalam kereta... Memang plan nak singgah tak jadi...

Itulah.. Memang takde rezeki lagi nak jumpa dan raya dengan kengkawan... Minggu pertama raya habiskan masa dengan keluarga... Keluarga diutamakan...

Itulah perancangan manusia... Semuanya atas kehendak Allah... Kita merancang dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang ialah Allah...

Insha Allah... Jika ada rezeki jumpalah ti nanti kan...


Posted via Blogaway

Prihatin Tak Bertempat!

Kisah semalam...
Balik dari Johor ke KL.. Semak status jalan dengan gula Aplikasi PLUS Mobile... Memula semak memang tak jem jalan... Alhamdulillah.. Jadi tak buka Waze dah... Buka GPS je untuk tengok camera speed trap...

Tapi...
Lagi 10km nak sampai susur keluar ke Nilai Utara, boleh jem pulak... Terus la semak dengan PLUS mobile dan juga Waze... Aik.. Xde pula laporan kerosakan atau eksiden pun... Mulalah buat andaian sendiri kenapa eksiden...

Memula ingat orang buat jalan... Sekali dah nak lepas jem tu baru nampak... Eksiden rupanya... Tapi masalahnya bukan kereta eksiden tu dok tengah jalan pun... Kereta yang eksiden tu dah ke tepi dah pun... Tak ganggu lalu lintas pun... Tapi sebab sikap pengguna jalan raya kat Malaysia ni yang terlebih PRIHATIN nak tengok... Tu yang jem habis tiga lorong...

Geram betul haihh... Sibuk nak jenguk tengok... Nak amik gambar lah.. Tu yang jem teruk... Hampir dua kilometer gak jem semalam... Alahai...sikap oh sikap...

Yang punca eksiden pun sama juga... Nampak cam kena tonjol sebab kemek depan ketenye..suka sangat follow rapat kan.. Kalau en.somi org yg suka follow rapat... Tonjol-tonjol dok buat kalut tu, dia brek je tetiba... Lepas tu dia beringat lah...
Itulah kan... Susah betul dgn sikap pemandu Malaysia ni kan.. Sebab sikap sampai menyusahkan orang lain... Itulah..kengkadang kita diuji memacam mungkin sebab kita tak jaga hubungan kita dgn manusia lain kat jalan raya...


Posted via Blogaway

01 Ogos 2014

3 Things...

3 things in life that never come back when gone:
-⌚Time
-Words
-Opportunity

3 things in life that should never be lost:
-Peace
-Hope
-Honesty

3 things in life that are most valuable:
-Love
-Faith
-Prayer

3 things that make a person:
-Hardwork
-Sincerity
-Commitment

3 things that can destroy a person:
-Lust
-Pride
-Anger

3 things in life that are constant:
-Change
-Death
-ALLAH

I asked ALLAH for these three things:
- To bless you
- To guide you
- To ALWAYS protect you

Source: fb


Posted via Blogaway

Nuffnang: CPUV Xperia Z2

Alhamdulillah...
Raya-raya pun tak sangka ada rezeki lagi untuk terima CPUV baru...

Alhamdulillah..
Rezeki anak-anak solehah...

CPUV kali ni dari Sony Xperia...
Sempena perlancaran smartphone terbaru keluaran Sony iaitu Xperia Z2...

Aku dan suami memang pengguna Sony... Suami Sony Z dan aku guna Z1... Yang pasti setakat ni, smartphone Sony yang terbaik... Sepadan dengan harga dan agak tahan penggunaannya... Susah nak hang atau lembap walaupun banyak dok install macam-macam aplikasi. Memang best nak blogwalking dan mobile blogging macam daku ni... Laju dan smooth ajeee...

Kakak aku juga pengguna Xperia... Dah hampir empat tahun masih bertahan... Batery yg agak tahan jika betul penggunaannya... Apa pun... Sony memang produk terbaik... Resolusi kameranya yang power dengan lebih 20 megapixel ketajaman kameranya.

Sony Xperia Z2 upgrade dari Sony Xperia Z1 dari segi prosesor dan kapasiti softwarenya yang lebih up to date... Aku memang berpuas hati dengan produk Sony... Dan ianya pasti tak mengecewakan...

Terima kasih nuffnang...
Terima kasih Sony...
Teirma kasih semua yang menyokong blog ini...


Posted via Blogaway

Sebut INI Di Kala Susah!

Amalkan...
لاحول ولا قوة إلا بالله...

Sebutlah bila kamu rasa:
# lelah
# lemah
# gelisah
# resah
# payah
# pasrah
# mudah
# punah
# susah

Sebutlah... Amalkanlah... Di kala susah dan senang...
Pasti kamu akan rasa satu kekuatan disebalik kalimah ini...
Sesungguhnya kekuatan itu datangjnya dari Allah disandarkan kepada diri kita... Tanpa izin Allah... Lemahlah kita...susahlah kita...gelisah dan resahlah hati kita...

Sebutlah dan amalkanlah...

لاحول ولا قوة إلا بالله...

Nota: Lazimi zikir di kala susah dan senang, bukan susah baru nak ingat Allah...


Posted via Blogaway