31 Julai 2014

Masih Mood Cuti!

Masih mood cuti beraya... Tiada mood nak blogwalking dan pedulikan blog... Internet baru pulih tadi.. Maka dijenguk kejap ranking dan status... Giler menjunam macam terjun tiruk... Pageview tak payah cakap... Dari sehari 1k terus junam separuh dari tu...

Jenuh la nak kejar balik... Takpe... Blog tak sepenting keluarga kan... Kalau susah kita tak cari blog atau gadjet, kita cari family kita kan... Jadi..waktu raya, raya lah puas-puas kan...

Entry pun tak sehangat biasa... Masih suam-suam kata orang... Idea pun dok tepu lagi... Mood bercuti masih ada... Mega Giveaway tak tahu sempat launching esok ke tak.. Kalau tak sempat... Tapi ku cuba juga utk buat... Sebab dah janji kan... Sponsor pun dah tak sabar-sabar tuh... Mohon maaf atas kekurangan ini...

Entry raya kena tunggu lepas raya... Lepas raya memang pulun blogwalking lah juga... Sabor je lah blog ea... Nanti kan mood itu datang... Hehe


Posted via Blogaway

Jangan Mengata!

Biasa raya- raya ni kan...
Kadang asyik bersembang...
Suka juga dibanding-bandingkan...

Jangan mengata dan jangan bandingkan...
Hakikatnya kehidupan seseorang pasti tak sama... Walaupun lahir dari rahim yang sama...

Jangan mengata orang kerana hakikatnya masa depan kita tak pasti lagi bagaimana...
Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan pengajaran dan pedoman...


Posted via Blogaway

30 Julai 2014

Kouta Data Internet di Blocked!

Kouta Data Internet di Blocked!

Segala aktiviti online tergendala... Termasuk berblog... Kouta data internet ku di block... Bila request untuk on balik, tak boleh nak diproses... Makanya tertangguh aje lah sgala aktiviti online...

Mohon maaf semua ea...
Mega Giveaway pun akan ditangguh, hingga internet kembali pulih..
Hadiah duit raya untuk Mini GA saya yang lalu pun masih bertangguh sebab tak boleh online.. Mohon maaf atas segala kesulitan... Insha Allah... Dah pulih nanti, sy kembali online ea... Maaf sangat-sangat.

Nota: Hanya boleh whatsapps dan ni pun boleh buka kejap selepas berjam-jam cuba buka blog... Huhu... Takpe lah.. Kita raya dulu lah kan... Nanti kita kejar balik lah blog yg tertangguh... Huhu...

28 Julai 2014

Sunnah di Hari Raya

Sebelum solat raya , Rasulullah akan makan kurma dalam bilangan yang ganjil... Namun bagi uruf di Malaysia, boleh sahaja makan apa-apa sahaja amalan sunnah dan alas perut.

Antara amalan sunnah yang dianjurkan ketika menyambut hari raya:

1. Mandi sunat hari raya
2. Makan sebelum solat hari raya
3. Memakai pakaian cantik, kemas dan wangi. Tetapi awas bagi wanita, haram berwangian berlebihan.
4. Sunat berjalan kaki ketika hendak menunaikan solat sunat Hari Raya
5. Melalui jalan berlainan ketika pergi dan balik semasa dan selepas solat hari raya.
6. Mengucapkan selamat kepada umat Islam.
7. Bertakbir di sepanjang jalan ketika menunaikan solat sunat hari raya.
8. Kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi.

Itu antara amalan yang dianjurkan. Jika kita lihat antara amalan yang bukan sunnah selalu masyarakat Malaysia buat ialah menziarahi kubur. Yang ni bukan amalan sunnah. Kerna bila-bila sahaja kita boleh ziarah bukannya waktu raya sahaja.


Posted via Blogaway

Awas!!! Ramai yang Buat Silap di Hari Raya!

Ramai yang tak perasan atau buat-buat tak perasan kesilapan ketika beraya...

Jom checklist... Adakah kita buat kesilapan ni???
1. Bermegah-megah dengan persiapan raya... Semuanya nak serba baru...

2. Solat sunat hari raya tapi tidak solat fardhu Subuh dan fardhu Zohor. Akibat asyik beraya, ramai yang leka dengan Zohor.... Ingat! Solat Raya tu sunat sahaja walaupun setahun dua kali je... Yang fardhu tetap wajib kena buat lima kali sehari semalam.

3. Tabarruj. Berlebih-lebih dalam berhias. Terutama wanita... Bersolek dan berpakaian secara berlebihan.

4. Tak menziarahi sanak saudara. Asyik dengan hiburan di tv atau gadjet masa kini...hingga tidak kenal sanak saudara dan maaf bermaafan.

5. Minta maaf bermusim. Waktu raya je sibuk bersalaman dan minta maaf, tetapi lepas raya kembali bermasam muka, mengumpat dan menfitnah sesama sendiri.

6. Bersalaman tak kira mahram. Walaupun sanak saudara tapi tak semua kita boleh bersentuhan lelaki dan perempuan. Cukup sekadar ucapan, tak perlu salam apatah lagi cium tangan walaupun orang tu lebih berusia dari kita... Matlamat tak menghalalkan cara.

Sama-sama muhasabah diri... Moga kita beroleh pahala bukannya bertambah dosa di hari lebaran yang mulia.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai ada yg terasa dengan entry-entry saya sebelum ini dan sepanjang saya menulis blog...


Posted via Blogaway

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Ramadan sudah sampai ke penghujungnya
Ada hajat nak disampaikan; 
Saya ingin membawa ucapan sebagai tanda ingatan mungkin disebabkan
> Bicara kadang²
      tak terjaga..
> Janji kadang²
      terabaikan..
> Hati kadang²
      berperasangka..
> Sikap kadang²
     menyakitkan.. 
Saya harap maafkan segala salah silap saya selama ini
       Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya★ 。* 。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚.
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
Aidilfitri mohon Maaf zahir dan Batin..
Drpd: Firdzaus, Mariah, Mu'affah dan Mu'azara...


Posted via Blogaway

Baru Siap Merebus Ketupat!

Ramai dah lena dibuai mimpi... Aku baru nak lelapkan mata ni ha... Siap merebus ketupat jam empat pagi... Rekod baru untuk diri sendiri.

Hajat hati nak siapkan siang tadi, target sebelum berbuka dapat siapkan.. Tapi rupanya si anak solehah ku Faqiha, tak bagi peluang langsung aku ke dapur. Masakan siang tadi pun mak mentua aku masakkan...

Memang mencabar betul persiapan raya dengan anak-anak kecik ni kan... Itu tak tahu lagi gayanya di pagi raya... Moga dipermudahkan Allah... Supaya tak hilang mood raya kami esok..  Huhu...

Betullah kata mak, waktu mak dulu ada anak kecik mak memang tak jalan ke mana... Dok umah aje, sebab nanti jadi penat layan karenah anak-anak. Tunggu dah besar baru mak jenjalan.

Alhamdulillah.. Walaupun begitu, aku suka dan syukur dengan kehadiran anak-anak kecil ini... Penyeri dan penghibur keluarga... Alhamdulillah...


Posted via Blogaway

27 Julai 2014

Doa Akhir Ramadhan


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

Ya Allah.

Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidup kami. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasa kami ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.

Seandainya masih ada pada kami dosa yang belum Engkau ampuni dan dosa yang menyebabkan kami diseksa kerananya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya Wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.

Ya Allah.

Terimalah puasa kami dengan sebaik-sebaik penerimaan, perkenan kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaanMu Ya Allah. Sehingga Engkau memenangkan kami dengan segala kebaikan yang dituntut, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.

Selamatkan kami di dalamnya dari kebimbangan terhadap bencana yang mengancam dan dosa yang berterusan. Demikian jua dengan rahmatMu, golongkan kami ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di malam Lailatul Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.

Semoga perpisahan kami dengan Ramadan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan juga pertemuan terakhir kami. Moga kami dapat kembali bertemu pada Ramadan mendatang dalam keadaan penuh harapan dan kesejahteraan.

آمــــــــــــــــــين 
يا ربّ العالمين


Posted via Blogaway

26 Julai 2014

Blog Dah Sunyi!

Alhamdulillah... Nampak gayanya,ramai dah tangguhkan aktiviti berblog... Aku pun dah kurangkan aktiviti berblog...

Tumpuan kepada keluarga dan persiapan akhir raya... Segala aktiviti blog ditangguhkan hingga lepas raya... Jadi sebarang komen dan blogwalking akan sambung lepas raya...

Jadi, tak hairan lah ranking page, alexa dan trafic blog jatuh menjunam time ni... Memang sesuatu yg positif... Kerana warga blogger memang prihatin dengan keluarga dan tahu manage time utk berblog dan keluarga kan... I love blogging...

Selamat hari raya semua...
Lepas raya kita berblog semula ea..
Maaf Zahir dan Batin...
Kosong-kosong...


Posted via Blogaway

Giliran JDT!

Tahun ni giliran JDT pula... Tahun lepas tahun hijau kuning a.k.a Baling Kedah...

Adat kahwin jauh-jauh... Sudah pasti wajib bergilir kan... Cinta utara selatan tiada masalah sebab dah de highway PLUS dah kan...

Tiada gaduh-gaduh, memang dah rutin... Setiap kali raya, balik sebelah pihak je... Kalau tahun lepas kami balik Kedah, tapi tahun ni balik Johor sahaja...

Ramai kata, tak sedih ke tak balik kampung sendiri? Bagi aku, bila dah kahwin wajib kahwin juga dengan keluarganya bukan... Bukan kahwin dengan empunya badan je... Kena la terima.. Tak kira la pasangan jauh beribu kilometer atau dekat sebelah rumah pun...

Jadi, aku dah biasa begitu... Jika raya raya kat belah suami, sebelum raya kami balik kampung aku dulu... Berpuasa bersama keluarga ku... Kira macam pra-raya gitu... Family ku Alhamdulillah, sangat memahami... Memang dah lumrah anak berkahwin kan... Tak pernah desak anak-anak balik kampung mak bapa sendiri... Mesti utamakan juga belah suami atau isteri...

Alhamdulillah... Semalam selamat sampai di Johor... Hampir lapan bulan tak balik Johor... Penat kemas rumah yang ditinggalkan... Mujur ada masa... Tapi lepak lah juga... Kat Johor berbuka awal dari KL, tapi rasa lama sebab cuaca panas kat sini... Jadi, sabar je lah kan... Dugaan akhir Ramadhan...

Insha Allah... Tahun ni bersama Family kecil belah suami... Bagi ku sama sahaja... Kecil tapi meriah... Alhamdulillah...

Nota: Sapa blogger Johor??? Kami nak terjah rumah nanti boleh??? Hehe...


Posted via Blogaway

25 Julai 2014

Elak Dari Kena Saman!!!

On the way balik kampung...
Nak elak dari kena saman punya pasal...
Sampai dua navigation dipasang...
Satu GPS tapi versi lama tak boleh detect AES, jadi pasang pula Wase kat handphone... Nak elak kena saman punya saman... Mencegah lagi bagus kan...

Nota: Doakan kami selamat sampai ya...


Posted via Blogaway

Last Day Before Raya!!!

Hari ni hari akhir sebelum raya...
Sekolah dijadikan satu sesi...
Kebanyakan sekolah mula buat majlis khatam al-Quran hari ni...
Aku tak terkecuali memang terlibat secara rasminya...

Tapi, sedih sebab pelajar dh beraya dulu... Gabungan pelajar dua sesi tak sampai suku je... Sedihkan... Huhu..

Apa-apa pun happy, balik keje tengah hari.. Pastu prepared pape yang patut untuk agenda seterusnya...

Bagi yang dah gerak balik kampung.. Hati-hati di jalan raya... Moga selamat sampai ke destinasi...


Posted via Blogaway

24 Julai 2014

Hati-hati Pilih Jubah Raya!!!

Sumber: fb

Raya dah makin tiba.. Tahun dapat rasakan antara fesyen pilihan ialah Jubah atau dress...

Hati-hati memilih jubah raya... Khuatir juga pahala yang anda kumpul di bulan Ramadhan hanya sia-sia sahaja nanti...

Lihatlah jenis kain, pasti tidak melekat dibadan dan pinggang... Bukan juga jenis yang jarang dan boleh buat penapis teh...
Raya yang Allah kurniakan bukan untuk kita gila dressing... Tapi untuk kita gembira dan syukur dapat tempuh sebulan berpuasa... Amal ibadah di bulan Ramadhan jangan sia-sia...

Hati-hati pilih baju raya... Lihat cermin sebelum membeli...


Posted via Blogaway

Duit Raya: Sedekah ke Adat???

Sumber: google images

Bila sebut pasal raya, pasti tak lepas juga sebut isu duit raya. Sebelum raya, berpusu-pusu orang ke bank untuk tukar duit raya. Ada juga yang sibuk membeli sampul duit raya. Nilai duit raya dulu dan kini pun dah berubah. JIka dulu RM0.50 tu dikatakan banyak, tapi jika nilai tu diberikan pada anak-anak zaman sekarang pasti dicemuhnya pemberian tu. Sebenarnya, kalau dilihat dari sudut memberi duit raya ni, lebih kepada adat dan budaya kita di Malaysia sebab setahu aku takde dalil suruh bagi duit raya pun kan... Jadi, duit raya ni dikira sedekah sahaja sebenarnya. Tapi bila ada nilai tertentu ikut zaman seolah-olah ianya dijadikan sebagai adat pula... So! Duit raya ni Sedekah ke Adat???

Isu ni, ada dijelaskan oleh Ustaz Zaharuddin di laman web nya. Jom ikuti penjelasannya:
Isu memberikan duit raya kepada kanak-kanak terdapat pro dan kontranya. Bagi saya, hukumnya berubah-ubah mengikut keadaan pemberi dan penerima.

Perspektif Baik :

Jika dilihat dari persepktif baik, ia dapat memupuk semangat dan sifat menderma sebagai bukti hasil keberkatan yang diperolehi dari tarbiyah Ramadhan.

Malah, sebenarnya ia lebih baik jika di berikan sebelum tamatnya Ramadhan, ia bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w dari Ibn Abbas r.a yang menyebut :-

كان النبي صلى الله عليه وسلم أجود الناس بالخير , وكان أجود ما يكون في رمضان , حين يلقاه جبريل , وكان يلقاه كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ , يعرض عليه النبي القران , فإذا لقيه جبريل كان أجود بالخير من الريح المرسلة

Ertinya : "Adalah Nabi SAW adalah manusia yang paling bagus dan pemurah dengan segala jenis kebaikan, dan Nabi paling pemurah adalah di bulan Ramadhan, dimana ketika bertemu Jibrail yang datang di setiap hari di bulan ramadhan membentangkan (menyemak) al-Quran dari Nabi SAW, apabila ditemui Jibrail maka Nabi akan menjadi paling pemurah dengan kebaikan lebih dari angin yang bertiup" (Riwayat Al-Bukhari)

Justeru,  sekiranya ia dapat diberikan dalam bulan Ramadhan sebagai sedeqah sudah tentu keberkatan pahalanya berlipat kali ganda berbanding memberikannya di bulan syawal.

Oleh kerana kemungkinan pada hariraya sahaja kebanyakkan kita dapat berkumpul sekeluarga, mungkin kerana itulah akhirnya duit sedeqah kepada ahli keluarga yang eloknya diberikan di akhir Ramadhan itu menjadi ‘duit raya di hari raya'.

Saya harap masyarakat yang mengamalkannya akan memperbetulkan niat mereka dengan memasang niat ia sebagai sedeqah dari bulan Ramadhan dan bukan sekadar adat hari raya semata-mata.

Perspektif Negatif

Ia boleh menjadi amat buruk dan sewajarnya di jauhi apabila : -

1) Seseorang memberikannya dengan niat ingin menunjuk-nunjuk kekayaannya dengan menayangkan jumlah yang diberinya dan ada pula yang terpaksa berhutang demi memberikan ‘duit raya'. Ini tidaklah di benarkan sama sekali menurut Islam.

Justeru, perbezaan niat seseorang menentukan samada pemberian duit rayanya menjadi ibadat atau tidak.

2) Terdapat juga ‘duit raya rasuah' yang mungkin diberikan oleh ahli perniagaan kepada pegawai tertentu bagi mempengaruhi keputusan pegawai itu di kemudian hari. Ia adalah tidak dibenarkan sama sekali di dalam Islam.

3) Disebutkan juga, duit raya sebegini boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak yang bersifat materialistik dan mengkritik individu yang tidak memberikan duit raya kepada mereka.

Ini boleh menjadikan kanak-kanak lebih bersifat rakus dengan harta dunia di setiap kali tiba hari raya. Pandangan ini ada benarnya.

Walaupun demikian, pada hemat saya faktor sebegini sukar untuk menjadikan seluruh amalan pemberian duit raya sebagai haram. Bagi mengelakkannya dari jatuh kepada haram, si pemberi mestilah mengingatkan penerima agar bersyukur dengan apa jua jumlah yang didermakan dan berhati-hati dengan keseronokan sementara dari fitnah bernama ‘duit' dan ‘wang' ini.

Jika seseorang itu lebih cenderung kepada pendapat ianya haram. Wajiblah ia untuk menahan diri dari memberikan sebarang duit raya kepada kanak-kanak. Tiada ertinya ia mengatakannya haram, dalam masa yang sama ia sendiri masih memberikannya sewaktu hariraya.

Justeru, pada hemat saya, pandangan membenarkan dengan syarat-syarat tertentu adalah lebih ringan dan mampu dilaksanakan oleh masyarakat hari ini yang telah membudayakannya sebagai amalan tahunan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah ‘adjust' niat, dan beberapa hal lain agar pemberian itu menjadi sebuah sedeqah yang berguna buat ahli keluarga terdekat, pemberi dan penerima.

4) Bagi mereka yang amat sensitif isu halal haram, saya kira adalah amat terpuji jika dapat dipastikan sampul duit raya itu bukan dari mana-mana bank dan institusi kewangan konvensional yang haram.

Ini kerana ia boleh dianggap mempromosikan perbankan Riba yang amat haram. Ia jelas termasuk dalam larangan Allah s.w.t dan Nabi s.a.w dari memberikan bantuan dan promosi kepada perkara yang haram.

Sebuah hadis menyebut :

لعَنَ رسولُ اللَّهِ في الخمرِ عشرةً عاصِرَها ومُعتصِرَها وشارِبها وحامِلَها والمحمولَةَ إِليهِ وساقيَها وبائعهَا وآكلَ ثمنِها والمشتَري لها والمشترى لهُ

Ertinya  : Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Ibn majah, 2/1122 ; Tirmidzi, Hadis Gharib ; Albani : Hasan Sohih)

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapi ia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

Sebuah Hadith lagi : ertinya

قال لَعَنَ رسول اللَّهِ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ قال قلت وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ

Ertinya : "Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya" ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Justeru, jika ia berlaku juga, saya bimbang pahala hasil sedeqah duit raya itu pastinya tergugat. Ia sama seperti memberi duit raya menggunakan sampul duit yang tertulis jenama arak. Apa pandangan anda?.
Sumber: Zaharuddin.net

Itu pendapat dan pandangan Ustaz Zaharuddin. Jangan jadikan duit raya sebagai satu bebanan dan kemestian. Apa yang penting, kita sebagai ibu bapa sedari kecil wajib didik anak-anak supaya sederhana dan tegaskan yang duit raya bukan kemestian. Takde duit raya pun wajib puasa dan raya. Didik anak-anak bersyukur walau seberapa banyak pun duit raya yang diterima. Duit raya bukan satu kemestian dalam beraya. Bersederhanalah... Apa yang lebih penting ialah lazimi anak-anak dengan ziarah menziarahi.


Adab Berhari Raya Menurut Islam


Sana-sini orang cakap pasal raya... Dah tak sabar dah nak raya... Berpusu-pusu orang mula membeli belah dan buat persiapan untuk beraya... Alhamdulillah, moga kita sempat menyambutnya nanti... Lagu raya pun dah lama berkumandang sejak 15 Ramadhan dulu dah... buatkan mood nak raya bertambah meluap-luap kan... Namun begitu, dalam Islam telah menggariskan beberapa adab dan panduan berhari raya yang mendatangkan pahala serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w...

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah :

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik. Memberikan ucapan yang terbaik untuk semua umat Islam yang menyambutnya kerana hari Raya adalah hari kemenangan kita yang berjaya puasa di bulan Ramadhan. Sebab tu, dok kata kat anak-anak yang baru belajar nak puasa tu, kalau tak puasa tak boleh raya....

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

8. Solat Hari Raya.
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.
Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.
Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat Fitrah.
Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.

Semoga Hari Raya yang bakal kita sambut nanti beroleh keberkatan dan rahmat serta pahala dari Allah, bukan kemurkaan Allah.

Pemenang Mini Giveaway Raya Anak Soleh Solehah!


Alhamdulillah... Pasti tak sabar dan tertunggu kan... siapalah yang menang kan... 
OK, tak nak buat masa... 

Setelah difikir-fikirkan... Akhirnya, saya berbesar hati untuk memberi RM5 duit raya kepada anak-anak soleh dan solehah ini... Ini kerana memandangkan penyertaan yang tak sampai 20 orang. Walaupun pada asalnya saya nak bagi untuk 10 orang je jika penyertaannya ramai, tapi sebab sedikit je join.. jadi semua dikira sebagai PEMENANG. Mungkin, sebab ramai kata takde akaun CIMB, dan mungkin tempoh contest yang singkat kan... tapi takpe... itu bukan penghalang... anggap aje ini rezeki anak-anak sahabat-sahabat sekalian. 

Terima kasih kepada yang join dan bagi nama anak-anak ea... Sila Emailkan no akaun CIMB dan No. Telefon secepat mungkin... insha Allah saya akan bank in selewat-lewatnya hari Sabtu atau Ahad. 

Emailkan di : myfirdaussy@gmail.com




Bagi yang tak join atau tak sempat join... jangan kecewa pula... sebenarnya, sebab saya kata dan prefer kepada yang ada akaun CIMB sebabnya saya nak bank in online, jadi jika ke akaun lain amik masa untuk kredit ke akaun bank lain... walaupun RM5 je, tapi khuatir tak masuk... tapi tak bermakna tak boleh join sebenarnya... 

Mohon maaf sepanjang saya mengendalikan dan menganjurkan segmen mini ini. Ini first time segmen mini saya anjurkan tahun ni. Mohon maaf atas segala kekurangan ea. Kosong-kosong... ^^,

Tahniah dan terima kasih buat semua yang menyokong sama ada join ataupun tak join. 
Moga Allah merahmati kita semua. 

Selamat hari raya
Maaf Zahir dan Batin. 

Nuffnang: CPUV Rakuten!


Alhamdulillah.. 
lapang juga rezeki dengan nuffnang Ramadhan kali ni...
Setelah satu dikreditkan, kini diganti yang lain pula... 

Alhamdulillah...
rezeki anak-anak...

Terima kasih Allah..
Terima kasih Nuffnang,
Terima kasih semua... 

Beristiqamah dan Beristghfar

Beristiqamah dan Beristghfar

Sumber: fb

"Barang siapa yang BERISTIQAMAH dan BERISTIGHFAR, Allah akan memberi JALAN KELUAR  dari setiap KESEMPITAN, menghindarkan dari setiap KECEMASAN dan memberi REZEKI daripada sumber yang TIDAK DISANGKA-SANGKA." [HR Ibnu 'Abbas r.a.]

Istiqamah lah walaupun dengan sekecil-kecil ibadah dan kebaikan. 
Lazimilah istighfar kerana itulah permulaan sebuah penyesalan dan taubat.

Senarai Peserta Mini Giveaway Raya Anak Soleh Solehah


Alhamdulillah... terima kasih kepada yang sudi join segmen mini ini...
Berikut ialah senarai peserta iaitu anak soleh solehah bagi segmen ini...
  1. Nur Ainul Madhiha Mazhar (25.11.2010)
  2. Muhammad Alif Amsyar Mazhar (06.06.2012)
  3. Nur Qurratu'ain ( 2 tahun)
  4. Amirul Zafran (13 Januari 2010)
  5. Ammar Zulfikar (24 Julai 2012) 
  6. 'Ammar bin Sulaiman (19 April 2013)
  7. Aisyah Humaira Muhammad Nadzri (2 Mei 2012)
  8. Mohd Ahnaf Ziqri bin Mohd Faizal (D.O.B.: 11/09/2010)
  9. Nur Hana Azzalea binti Mohd Faizal (D.O.B.: 05/02/2012)
  10. Mohd Anas Zuhayr bin Mohd Faizal (D.O.B.: 24/10/2013)
  11. Nur madihah binti Mohd Azman (dob 19/8/2009)
  12. Muhammad Adam Danial bin Mohd Azman (dob 28/8/2010)
  13. Muhammad Aman Wafiy (13.06.2009)
  14. Muhammad Ameen Waiz, (10.09.2011)
Terima kasih bagi yang sudi join ea... 
Nantikan pengumuman pemenangnya nanti ea... 

                          23 Julai 2014

                          Mini Giveaway Raya Anak Soleh Solehah


                          Tertiba terdetik nak bagi duit raya untuk anak-anak soleh solehah rakan-rakan blogger. Ea lah, korang rajin klik tabung untuk anak-anak solehah kami kan... jadi saya pun berbesar hati nak bagi duit raya untuk anak soleh solehah korang.  Insha Allah.

                          Mini Giveaway Raya Anak Soleh Solehah ni khas untuk anak2 yang berumur 0 hingga 5 tahun... Saya nak bagi DUIT RAYA RM5 SEORANG... 

                          Syarat-syarat:
                          1. Blogger warganegara Malaysia
                          2. Follow blog INI
                          3. Follow G+ (ada kat sidebar)
                          4. Tinggalkan Nama Ibu/Bapa, Nama Anak serta tarikh lahir, dan URL Blog di ruangan ENTRY ni.

                          Mudah je kan.. tak perlu buat entry... tapi kalau rasa nak buat di alu-alukan.
                          Mini Giveaway ni berlangsung selama 12 jam sahaja... 
                          iaitu jam 10.00 pagi (23/07/2014) hingga jam 10.00 malam (23/07/2014).

                          Sila bagi nama anak-anak soleh solehah yang berumur dari 0 hingga 5 tahun sahaja!



                          P/S : ANAK SENDIRI BOLEH BAGI SEMUA NAMA SELAGI TAK MELEBIHI UMUR 5 TAHUN TAPI JIKA BUKAN ANAK SENDIRI, HANYA BOLEH BAGI 1 JE NAMA...

                          1. PADA YANG TAKDA ANAK OR BELUM KAHWIN : 
                          BOLEH BAGI 1 NAMA ANAK SAUDARA, NAMA ADIK, NAMA CUCU PUN BOLEH JE..... 

                          2. PADA YANG ADA ANAK SENDIRI: 
                          CONTOH, KALAU SAHABAT-SAHABAT ADA LEBIH DARI SEORANG ANAK YANG UMUR 5 TAHUN KE BAWAH, KESEMUA ORANG ANAK SAHABAT-SAHABAT BOLEH JOIN YER...


                          3. Pastikan sahabat-sahabat atau family sahabat ada akaun CIMB yer.. senang saya nak bank in secara online.

                          SERAMAI 10 ORANG PEMENANG DICARI.
                          CABUTAN AKAN DIBUAT OLEH ANAK SOLEHAH KAMI IAITU FAIQAH MU'AFFAH.

                          Pengumuman Pemenang akan diumumkan secepat mungkin! Please alert... 
                          (jika tak keberatan masukkan dalam blog ini dalam bloglist anda supaya tidak terlepas pandang... Insha Allah...)

                          Koleksi Kad Raya 2014!

                          Alhamdulillah... Ni antara koleksi kad raya yang diterima tahun ni...

                          Tak sangka banyak sebegini...
                          Tadi pun lima serentak sampai kat pejabat sekolah... Haha... Siap kena perli mehhh... Hehe... Ok la ramai peminat...

                          Terima kasih bebanyak kepada yang memberi... Moga kalian dilapangkan rezeki dan dirahmati Allah selalu...

                          Antara yang memberi:
                          - Big boss Homemadestickers a.k.a My Husband... ^^,
                          - Blogger Mialiana.com a.k.a Kak Mia
                          - Blogger Duniashida.com a.k.a Shida
                          - Blogger Mimi Azirah a.k.a Kak Mimi
                          - Blogger Azhafizah.com a.k.a Fiza
                          - Blogger Suria Amanda a.k.a SA
                          - Blogger Ainim Rashihah a.k.a Ainim
                          - Blogger Akif Imtiyaz a.k.a Kak Lya

                          Tahun depan gayanya kena budjet lebih untuk kad raya sahaja.. Moga diberi rezeki dan kesempatan...

                          Terima kasih buat semua...


                          Posted via Blogaway

                          WW ~ Cara Terbaik untuk Balas Dendam!~

                          Sumber:fb

                          Cara terbaik untuk balas dendam dengan orang yang menghina kita, ialah berusaha untuk menjadikan diri kita lebih baik dari orang yang menghina itu...

                          Balas kejahatan dengan kejahatan itu perkara biasa;
                          Membalas kebaikan dengan kebaikan juga perkara biasa;
                          Membalas kejahatan dengan kebaikan itu perkara yang luar biasa...


                          Posted via Blogaway

                          22 Julai 2014

                          Persediaan Raya!


                          Sana-sini citer pasal raya aje... Kuih raya tak payah citer la kan... Kat facebook dan blog dok citer pasal kuih raya aje... 

                          Aku masih tak banyak persiapan yang dibuat... Setakat ni baru dua jenis kuih raya.. Baju raya memang masih dok kat kedai.. Tak fikir lagi nak g beli... Kasut raya anak-anak pun tak beli lagi... 

                          Semuanya tunggu balik kampung aje nanti... Masih tak datang mood nak raya sebab sibuk dengan kerja... (maaf tak sempat nak blogwalking) Jadi, relax aje... Tengok lah yang mana sempat nanti... Nak raya lebih-lebih pun kenangkan nasib saudara seagama di Palestin sama... Jadi, relax lah dulu kan... Raya tak ke mana pun... Sambut seadanya saja... 


                          * kisah mood raya yang tak datang... Hehe

                          Rancang Perjalanan Balik Raya


                          Minggu ni orang dah mula citer pasal raya aje... Tak kurang juga yang dah rancang nak balik kampung. 

                          Kalau kat sekolah ni, hari khamis dan jumaat pelajar dah surut dari biasa... Yang balik kampung jauh seberang laut, dah mula dah bergerak balik... 

                          Tapi bagi yang ikut jalan darat, kena rancang perjalanan sebab pasti akan berlaku sedikit kesesakan. Rata-rata kengkawan aku yang dok Pantai Timur, dah biasa hadapi jam di jalan raya. 

                          Bagi yang dok Utara atau Selatan sudah pasti akan guna lalu biasa iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Maka, kena rancang bebetul bila nak balik sebab takut jam yang luar biasa. Setakat banyak kereta ok lagi la kan... Tapi jam yg teruk menyebabkan stress dan minyak kereta pun makin banyak guna. Badan penat dan anak-anak lagilah meragam... 

                          Plus telah buat jadual perancangan perjalanan untuk balik raya dari hari Jumaat hingga hari Ahad. Boleh rujuk di www.plus.com.my untuk lihat jadual perjalanan yang disarankan oleh pihak PLUS. 

                          Pesanan bersama... Jadilah pemandu yang bertimbang rasa... Semua orang nak cepat nak selamat sampai, jadi bawalah kereta bebaik jangan sakitkan hati orang lain semasa memandu... Sabar dan fikirkan pengguna jalan raya yang lain juga sebab masing-masing bayar cukai jalan kan... (pesanan yang sedikit tegas untuk peringatan bersama)

                          Moga perjalanan balik kampung dipermudahkan... Selamat sampai ke destinasi... 

                          Puasa Yang Berkat


                          Hadith: 
                          Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga. [Riwayat Ibnu Majah]

                          Huraian Hadith: 

                          Pengajaran Hadis:
                          1. Setiap muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah puasanya itu tidak menjadi suatu perbuatan yang sia-sia.
                          2. Berpuasa mengikut perspektif Islam ialah menahan diri dari makan dan minum serta mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkannya mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
                          3. Selain itu puasa juga bermakna menahan diri daripada perkara-perkara berikut iaitu:
                          • Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya daripada tertuju kepada segala yang tercela.
                          • Menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang sia-sia, dusta, fitnah, cacai maki dan menyinggung perasaan orang lain.
                          • Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang ditegah agama di mana perkara yang haram diucap adalah juga haram didengar seperti mengumpat dan sebagainya.
                          • Mencegah tangan, kaki dan perut serta semua anggota badan daripada melakukan atau mengambil perkara yang haram.
                          • Seorang muslim hanya akan terbentuk melalui ibadah puasa yang ditunaikan dengan penuh penghayatan di mana bagi mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya yang dituntut oleh agama maka mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa tersebut malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung.
                          • Bulan Ramadhan adalah bulan di mana pada awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu setiap daripada kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dan sentiasa mengingati-Nya dengan melakukan amalan-amalan baik di samping menjauhi segala sifat-sifat yang keji dan mungkar.


                          Sumber: JAKIM

                          Sesekali di hujung Ramadhan ni, pasti ramai yang tengah sibuk raya... Tapi jom sama-sama kita koreksi semula puasa kita dari awal hingga kini yang hampir ke penghujungnya... Adakah puasa kita berkat seperti mana yang kita azam dan niatkan diawal Ramadhan dulu... 
                          Cara Peroleh Kebahagiaan dan Ketenangan!

                          Cara Peroleh Kebahagiaan dan Ketenangan!

                          Sumber: fb

                          Cara mudah untuk peroleh kebahagiaan dan ketenangan:

                          1. Syukur
                          Syukurlah dengan apa yang ada. Syukur bukan sahaja mengucap Alhamdulillah tetapi perlu dizahirkan dengan perbuatan dan juga taat kepada segala perintah Allah dan Rasul S.W.T

                          2. Bersihkan hati
                          Bersihkan hati sifat dengki dan dendam. Bersihkan hati dari sifat cemburu dan iri hati... Insha Allah hati tenang dan bahagia. Memaafkan walaupun berat, melupakan walaupun sakit.

                          3. Sabar dan Redha
                          Sabar dan redha dengan nikmat dan ujian. walaupun sesak di dada, tapi positifkan minda, beriman dengan rukun iman yang keenam... Allah tahu yang terbaik untuk kita. 



                          Ada harta, ada keluarga masih tidak bahagia namanya jika hati masih ada sifat mazmumah di dalamnya... Buangkan dendam, bersihkan hati terima dengan sebenar-benar redha... Pahit! Payah! Tapi memaafkan itu yang terindah... Cubalah! Anda pasti bahagia!




                          psstt: Penulis juga sedang mendidik hati ke arah hati bahagia... kita usaha sama-sama ya..

                          21 Julai 2014

                          Renungan Sebelum Tidur: Siapa Kita???


                          ....................
                          SEBATANG POKOK DAPAT MEMBUAT JUTAAN BATANG MANCIS,
                          TAPI SATU BATANG MANCIS JUGA MEMBAKAR JUTAAN POKOK.
                           ✅✅✅✅✅
                          JADI, SATU FIKIRAN NEGATIF DAPAT MEMBAKAR SEMUA FIKIRAN POSITIF.
                          ..................
                          MANCIS MEMPUNYAI KEPALA, TETAPI TIADA OTAK,
                          .......... ..
                          OLEH ITU SETIAP KALI ADA GESEKAN KECIL, SANG MANCIS
                          TERUS TERBAKAR. 
                          ...........
                          KITA PULA MEMPUNYAI KEPALA, DAN JUGA OTAK, 
                          
                          KITA TIDAK PERLU MUDAH TERBAKAR MARAH HANYA KERANA GESEKAN
                          KECIL.
                          
                          KETIKA BURUNG HIDUP, IA MAKAN ULAT,
                          
                          KETIKA BURUNG MATI,
                          ULAT MAKAN BURUNG.
                          ..........
                          WAKTU TERUS BERPUTAR.
                          KITARAN KEHIDUPAN TERUS BERLAKU.
                          
                          JANGAN MERENDAHKAN
                          SESIAPAPUN DALAM HIDUP,
                          BUKAN KERANA SIAPA MEREKA, TETAPI
                          KERANA SIAPA DIRI KITA.
                          ..........
                          KITA MUNGKIN BERKUASA TAPI ALLAH LEBIH BERKUASA DARIPADA
                          KITA. 
                          ..........
                          WAKTU KITA SEDANG BERJAYA, KITA RASA RAMAI TEMAN
                          DI SEKELILING KITA.
                          
                          WAKTU KITA SUSAH, BARU KITA KENAL SIAPA SAHABAT KITA. 
                            ......
                          DAN WAKTU KITA SAKIT, BARU KITA TAHU BAHAWA NIKMAT SIHAT ITU SANGAT BERNILAI, JAUH MELEBIHI HARTA.
                          
                          KETIKA KITA TUA, KITA BARU TAHU BAHAWA MASIH BANYAK YANG
                          BELUM KITA KERJAKAN.
                          ...........
                          DAN, SETELAH DI AMBANG AJAL, KITA BARU
                          TAHU BEGITU BANYAK WAKTU YANG TERBUANG SIA-SIA.
                          ...........
                          HIDUP TIDAKLAH LAMA,
                          SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA
                          MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA.
                          ................
                          SALING MENGHARGAI, SALING MEMBANTU DAN MEMBERI, 
                          JUGA SALING MENYOKONG.
                          JADILAH TEMAN PERJALANAN HIDUP YG TANPA BANYAK SOAL DAN
                          SYARAT.
                          
                          BELIEVE IN "CAUSE AND EFFECT"
                          APA YANG DITABUR,
                          ITULAH YANG AKAN KITA TUAI .
                          ....................
                          SAMA2 MERENUNG SIAPA KITA DI HARI INI DAN JGN
                          BIARKAN MASA BERLALU TANPA SEBARANG AMAL SOLEH & KEBAIKAN. APATAH LAGI HARI2 YG BERLALU PENUH DENGAN DOSA DAN KEJAHATAN SERTA KEDENGKIAN PADA
                          ORANG LAIN.
                          
                          SELAMAT BERAMAL...
                          Santai: Jom Cuba Ujian Penyakit ALZHEIMER!

                          Santai: Jom Cuba Ujian Penyakit ALZHEIMER!

                          Assalamualaikum..
                          Aku dapat ni dari whatsapps.. tak pasti betul ke tak tapi seronok juga mencuba untuk lihat ketangkasan dan ketajaman mata dan otak kita... Jom cuba!


                          Sila Cuba ujian penyakit ALZHEIMER dibawah ini..secara Percuma...!

                          1. Cari huruf "C" di bawah ini. Jangan gunakan bantuan cursor.

                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
                          OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O

                          2. Jika anda telah menemukan huruf "C", sekarang cari angka "6" di bawah...

                          9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999
                          9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
                          9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
                          9999699999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
                          9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
                          9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999

                          3. Sekarang temukan huruf "N" di bawah. Ini agak lebih susah.

                          MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MNMMMM
                          MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
                          MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
                          MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
                          MMMMMMMMMMMMMMMMMMM

                          4. Sekarang temukan huruf "O" di bawah. Ini agak lebih susah.
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQ
                          QQQQQQQQQQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQOQ QQQQQQQQQQQQQQQQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQ
                          QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ

                          5. Sekarang temukan huruf "I" di bawah. Ini agak lebih sukar.
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLI
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
                          LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LL

                          Ini bukan gurauan!!
                          Jika anda dapat melepasi 5 test ini, maka anda tak perlu berjumpa pakar neurologi.
                          Otak anda masih baik dan jauh dari penyakit Alzheimer. Tahniah!

                          For your info,
                          Alzheimer atau kenyanyokan merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Tahniah bagi anda yang lulus...

                          Camne??? Korang lulus tak buat tugasan/ujian ni dalam masa 5 minit??? Jika tak berjaya, maknanya kena banyak makan kismis dan lebihkan zikir....

                          Menunjuk-nunjuk dalam Beribadah!

                          Isu ni, biasa dah dalam kalangan masyarakat kita, tambah sejak ada smartphone yang sentiasa boleh online dan juga boleh bergambar, menyebabkan setiap pergerakan ke mana saja, orang lain boleh tahu termasuklah beribadah. Sebenarnya, aku menulis entry sebagai menjawab persoalan "Anonymous" tentang selfie:


                          Soalan ni buatkan aku tersenyum... Jika aku, bersangka baik sajalah kan.. Tapi bagi menjawab persoalan tu, aku sendiri pun tertanya.. apa motif buat macam tu kan.. apa tujuannya buat begitu??? hmmm...

                          Sebenarnya, bab ni senang dikatakan sebagai menunjuk-nunjuk. Walaupun tujuannya bukan nak tunjuk kat orang, tapi kenapa perlu dipost pada facebook atau laman sosial yang lain. Sebab perkongsian di laman sosial ialah untuk tujuan menunjukkan sesuatu kepada orang lain. Melainkan post kat facebook tapi setting privacy la kan.. orang lain tak boleh tengok. Itu baru betul tak menunjuk, tapi kalau setting post public atau friend... bukankah untuk menunjukkan sesuatu kepada rakan dan orang lain??? 

                          Sumber: google images

                          Menunjuk-menunjuk sangat dilarang dalam Islam. Islam tak meraikan perbuatan ini. Dalam beribadah atau apa sahaja perbuatan baik, ISLAM MELARANG umatnya MENUNJUK-NUNJUK.

                          Terdapatkisah tentang Menunjuk-nunjuk a.k.a RIAK (kisah ni popular, tapi aku sendiri kurang pasti kesahihannya, jika ada yang tahu status kisah ni, mohon maklumkan ea)
                          Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
                          Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka." 
                          Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
                          Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
                          "Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
                          Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
                          Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit." 
                          Sumber: google images
                          Riak memusnahkan pahala baik yang kita buat. Bukan sahaja beribadah, apa sahaja perbuatan tetap dilarang untuk menunjuk-nunjuk kerana dalam hati manusia ada perasaan cemburu dan iri hati. Apa sahaja kelebihan yang kita ada, usah tunjukkan tetapi berikan manfaat kepada yang lain. Kebahagiaan juga tak harus ditunjukkan kerana tak semua kawan kita berhati mulia boleh doakan kebahagiaan yang kita tunjuk itu. 

                          Hal peribadi kita tak semua boleh dikongsikan. Jadikan hidup peribadi sebagai satu privasi yang orang lain tak tahu. Jika segalanya hendak ditonjolkan, apa makna hidup peribadi???. Jadi, pasti tahu had batasan untuk berkongsi hal peribadi.

                          Usah menunjuk dalam beribadah...kerana ianya adalah sia-sia. 
                          dalam dakwah, KITA MENGAJAK ORANG BUAT BAIK, BUKAN TUNJUK KEBAIKAN YANG KITA BUAT!... 

                          #muhasabahdiri
                          #renungan bersama.


                          entry autopublish

                          Menang Segmen Kad Raya Mialiana.com



                          Alhamdulillah.. tak sangka pula boleh menang Segmen dari Mialiana.com nih...
                          Asalnya 20 orang pemenang sahaja dicari, tapi last minit kak mia tambah lagi 20 orang lagi...
                          Alhamdulillah.. nak dijadikan rezeki la katakan... 
                          Boleh menambah koleksi kad raya tahun ni.. 

                          Terima kasih Kak Mia... 
                          Renungan: Pilihan Hidup

                          Renungan: Pilihan Hidup

                          Sumber: fb

                          Jangan jadikan Allah pilihan akhir bila kita gembira dan tiba-tiba jadikan Allah pilihan pertama bila kita sedih

                          Ingatlah Allah ketika susah dan senang...
                          Ingatlah, kesenangan, kegembiraan, kebahagiaan serta ketenangan itu juga datang dari Allah.

                          Ujian Allah dalam bentuk nikmat lebih bahaya, dari ujian berbentuk musibah, kerana ramai yang leka dan kufur nikmat pabila mendapat nikmat dan kesenangan. 

                          Ingatlah Allah susah dan senang.

                          20 Julai 2014

                          10 Resepi Kebahagiaan Rumah Tangga

                          10 Resepi Kebahagiaan Rumah Tangga

                          Banyak perkara yang perlu diketahui dan dipraktikkan oleh anda berdua selepas bergelar ibu dan ayah. Selain mempelajari teknik asuhan anak, anda berdua juga perlu terus mengukuhkan ikatan suci bergelar suami isteri.
                          Sumber: google images

                          Jangan abaikan hubungan suami isteri apabila sudah mempunyai anak. Seimbangkan keduanya kerana masing-masing memerlukan perhatian khusus. 10 perkara tersebut adalah antara resipi kebahagiaan rumah tangga terus kekal harmoni.
                          1. Utamakan keluarga berbanding rakan-rakan. Anda kini bergelar ibu ayah dan bukan bujang lagi. Jadi, utamakan tanggungjawab menguruskan keluarga di rumah.
                          2. Setiap hari pastikan anda memeluk pasangan sekurang-kurangnya 30 saat. Namun, jika berpeluang memeluknya lebih dari tempoh masa itu ia pasti lebih baik dan bermakna buat anda berdua.
                          3. Setiap kali selepas solat, doakan hubungan anda dan suami dieratkan seerat-eratnya di samping doa-doa biasa.
                          4. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
                          5. Biar sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia lakukan ketika itu.
                          6. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja daripada isu rumah tangga hinggalah isu politik sebelum masuk tidur. Sebelum melelapkan mata jangan lupa ucapkan kata-kata sayang kepada pasangan.
                          7. Luangkan masa untuk bercuti berdua sahaja. Percutian sebegini dapat menyemarakkan hubungan mesra anda berdua.
                          8. Amalkan untuk mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biarkan ia berlarutan untuk satu jam apatah lagi berhari-hari.
                          9. Tinggalkan nota ringkas ‘manis’ untuk isteri atau suami. Lekatkan pada cermin solek atau di hadapan pintu.
                          10. Amalkan sembahayang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepas itu

                          Keyword Sepanjang Minggu: Nampak Dah Nak Raya!

                          Keyword sepanjang minggu...
                          Resepi biskut aje orang cari kan..
                          Nampak sangat dah nak raya kan...

                          Aku sendiri tak buat kuih lagi..
                          Baru ada satu..
                          Entah bila nak menjadi kuihnya entah lerr...
                          Ntah-ntah kuih tunjuk gak ler nanti.. Hehe


                          Posted via Blogaway

                          Darurat di Sabah!



                          Kita ditenggelamkan dengan berita MH17 hingga kita lupa nasib masyarakat Sabah yang darurat sekarang.

                          4 daerah dikuatkuasakan perintah berkurung berkuatkuasa semalam.. Ini berikutan pencerobohan yang berlaku di perairan Sabah sehingga ada anggota Polis yg terkorban.

                          Sama-sama kita doakan Sabah kembali aman... Risau pula memikirkan sahabat2 yg ada di sana.. 

                          Moga Allah lindungi dan peliharakan kita semua... 

                          Doakan untuk:
                          Umat Islam yang berjuang di Palestin
                          Takziah buat keluarga MH17
                          Keamanan di Malaysia...

                          Motivasi Pagi: Jangan Bersedih...

                          Jangan bersedih...
                          Jika apa yang kita minta Allah tak makbulkan..
                          Kerana Allah beri apa yang kita perlu...
                          Bukan apa yang kita mahu...

                          Bersangka baik dengan Allah...
                          Syukur dengan apa yang Allah beri...
                          Dan jangan putus asa dengan rahmat Allah...


                          Posted via Blogaway

                          19 Julai 2014

                          Cekodok Durian Kampung!


                          Alhamdulillah... 
                          Dapat menikmati suasana kampung...
                          Dan kebetulan pula balik kampung kali ni musim durian gugur... 

                          Durian kampung harta pusaka turun temurun masih segar dan berbuah hingga kini.. Mak kata dah seratus tahun pokok durian tu... Alhamdulillah... 

                          Dan, kali ni sempat lagi untuk melihat dan menikmati cekodok durian kampung air tangan mak.. 

                          Sebenarnya dah hampir sepuluh tahun aku tak makan durian... Selepas makan dua ulas durian terus masuk hospital sebab asma teruk... Sejak tu aku fobia dengan durian.. 

                          Tapi ni buat cekodok boleh la makan sebab dah campur tepung kan... Mudah je nak buat cekodok durian..

                          Bahan-bahan: isi durian, gula, tepung gandum, sedikit air dan minyak untuk menggoreng....

                          Cara nak buat: satukan isi durian, tepung dan gula serta sedikit air.. Gaul sebati, dan buatlah jemput2 dalam minyak yg panas... 

                          Dah siap... Tepung kena agak betul-betul.. Kalau tepung banyak, cekodok jadi keras tapi kalau tepung sikit cekodok jadi lembut...

                          Alhamdulillah... Dapat rasa lagi kali ni... Cekodok durian air tangan mak..