07 Jun 2014

Dia Suamiku!


Setuju sangat dengan qoute ni...
Dia suamiku... 
Walaupun dia tak de lah nak bawa aku melancong ke tempat yang best pun, dia takde lah selalu nak beli emas berlian, dia takdelah nak belikan baju bajan mahal-mahal, tapi dia segalanya untukku... Suami terbaik untukku... Baik macam mana, tak perlu kot aku nak ceritakan dan tayangkan... Nanti orang jeles kata nak tayang laki dia baik pula kan... Takut ada orang cemburu pula... Kebahagiaan bukan untuk dipertontonkan kan... Cukuplah aku bersyukur kerana Allah kurniakan dia menjadi suamiku... Walaupun banyak beza antara kita, tapi itu bukan penghalangnya... kerana Kau yang terbaik untukku suamiku... 

Dia suamiku
Baik buruknya, dialah anugerah Allah untukku... yang terbaik untukku...
Syukur aku kerana Kau dianugerahkan untukku... 

Kau Tercipta Untukku

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

Jika Sebab Rupa Anda Pilih Dia, Fikirkan Semula


Renungkan lirik lagi dari kumpulan Hijjaz ini:

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia ?kan tetap setia
Setelah kau serah jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu
Jika kau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi
Jika kau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika kau mencintai Ilahi
Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi 

Jika cintai seseorang hanya kerana rupa, sedarlah suatu hari rupa itu akan kedut, rambut akan putih, badan pun dah tak slim lagi walaupun beribu produk digunakan... Tapi jika kan kerana hati dan imannya, kau dapat bajai dan semaikan sepanjang masa.. insha Allah

Siapa yang nak minta maaf dulu ni???


Minta maaf dan memaafkan...
Dua-dua sifat ni, sifat yang mulia...
Kerana bukan mudah...
Dua-dua memerlukan kekuatan rohani dan iman...

Moga kita diberikan kekuatan untuk mudah minta maaf dan memaafkan kesalahan orang lain... Insha Allah...

Jadi...
Siapa nak minta maaf dulu ni???
Ok... Aku minta maaf ya... 

Maafkan kami...
Maafkan kami...
Maafkan kami...

06 Jun 2014

Panduan Ibu Menyusu di Bulan Ramadhan

Bulan puasa dah makin hampir. Bagi ibu yang menyusukan anak pasti risau bagaimana nak meneruskan puasa sebab ibu menyusu memang cepat letih dan lapar. Dan ada yang berfikir susu akan kurang jika berpuasa. Walaupun dalam Islam membenarkan ibu menyusu berbuka puasa, namun kita wajib berpuasa jika tak mampu barulah diharuskan berbuka. Berikut beberapa panduan untuk ibu menyusu ketika bulan Ramadhan.

1. Bersahur
Bagi ibu menyusu, jangan miss untuk bersahur setiap hari. Lewatkan sahur juga merupakan sunnah yang banyak fadhilatnya. Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w; “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.” [HR Abu Daud, Ibn Hibban & al-Baihaqi]. Dalam buah kurma/tamar banyak manfaat dan keberkatannya… Jika tak sempat nak makan nasi pun, selawat dan makan 3 biji kurma dan minum air kosong dua gelas, insha Allah cukup untuk membekalkan tenaga dan susu sepanjang hari. 

2. Solat dan Berdoa
Apa-apa yang kita buat, jangan lupa minta pertolongan dari Allah, moga Allah permudahkan urusan untuk kita menyusukan anak kita. Doalah moga Allah kurniakan rezeki untuk kita dan anak kita. Doa adalah senjata bagi orang mukmin… Doa…doa.. dan terus berdoa… 

3. Menyusukan anak
Susuilah anak secara kerap dan lebihkan diwaktu malam, sebab kita boleh recover balik denan minum air. Untuk mengumpul stok EBM, amalkan buat tendem nursing (menyusu dan mengepam serentak), kerana cara ini lebih meningkatkan produktiviti susu. 

4. Minum Air
Minum air secukupnya. Amalkan air kosong dan bukan air sejuk atau berais kerana air berperisa dan ais membuatkan badan kita lemah dan bukan untuk cover tenaga kita yang hilang. 

5. Jangan stress
Jangan tertekan dan memaksa diri. Jangan terlalu banyak berfikir. Kena tenang dan relax serta banyakkan doa dan zikir sebagai penenang diri. Stress akan menyebabkan susu 'malu' nak berhasil. Cuba dapatkan rehat yang mencukupi dan sentiasa tenangkan diri. 

Tips Menyusu Ketika Berpuasa
  • Minum air secukupnya. 3 liter atau 8 gelas sehari.
  • Minum susu, jika tidak minum susu gantikan dengan sumber kalsium yang lain seperti keju dan yogurt.
  • Bersahur, jangan terlepas sahur.
  • Makan kurma kerana di dalam kurma banyak fadhilat dan keberkatan. Insha Allah.
  • Makan buah dan sayur. 
  • Amalkan madu kerana madu lengkap dengan nutrisi dan pembekal tenaga sepanjang hari.
  • Elakkan minuman bikarbonat dan berkafein tinggi seperti the dan kopi. 
  • Mind set! Jangan fikir susu sikit. Yakin dan yakin serta berdoalah moga dipermudahkan urusan penyusuan. 

Moga dipermudahkan urusan ibu-ibu menyusu semua... Lets prepare for Ramadhan... Insha Allah, niat yang baik dan murni pasti Allah akan permudahkan... 

Kanak-kanak 9 Tahun Terima Pampasan RM2.7 Juta!


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mengalami kecacatan otak ketika dilahirkan di sebuah hospital kerajaan menerima pampasan sebanyak RM2.7 juta sebagai penyelesaian daripada kerajaan dan 29 yang lain.

Nurul Husna Muhammad Hafiz yang dilahirkan pada 22 Julai 2005 melalui bapanya, Muhammad Hafiz Abd Wasit (plaintif) sebelum ini memfailkan saman terhadap kerajaan, 21 doktor dan lapan jururawat Hospital Selayang (defendan). 

Ia berikutan akibat kecuaian defendan, Nurul Husna mengalami kecacatan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan. 

Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna ketika ditemui berkata, kanak-kanak itu menerima ganti rugi khas (RM345,031.90), ganti rugi pra bicara (RM151,330), ganti rugi am (RM350,000) dan ganti rugi masa depan sebanyak RM1,937,810.

Selain itu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM213,864 kepada plaintif.

Sumber: Harian Metro

Rezeki menyebelahi dia... Alhamdulillah... Mungkin dengan wang itu, boleh pulihkan dia dan perbaiki taraf hidup anak ini... Di sebabkan sgelintir kes macam ni lah, ada yang serik nak bersalin di hospital kerajaan... Tapi, sebagai manusia yg berakal kita tak patut nak salahkan semua hospital kerajaan begitu... Semua itu rezeki masing-masing... Baik buruk dan hikmahnya hanya Allah yang tahu... 

Peraturan Baru Cermin Gelap (Tinted) Kenderaan Mulai 1 Jun 2014

Bagi pemilik kenderaan, yang suka modifikasi dan hias kereta, bab cermin gelap atau tinted tak terkecuali... Pabila JPJ buat satu gerak gempur mencari pemilik yang tinted gelap melebihi had yang dibenar ramai tak puas hati... maklumlah undang-undang tu dah lama... Akhirnya, atas desakan banyak pihak, JPJ dan beberapa agensi lain membuat satu bengkel bagi membincangkan semula peratus cermin gelap yang dibenarkan. 

Akhirnya, satu kuatkuasa undang-undang baru telah diputuskan dalam bengkel tersebut... Kadar ketelusan cahaya (VLT) untuk cermin penumpang belakang dan bahagian belakang kenderaan dikurangkan sehingga 25 peratus berbanding 50 peratus sebelum ini. Ia termasuk lima peratus toleransi atau kelonggaran diberikan untuk penguatkuasaan dengan mengambil kira ketidaktepatan alat pengukur ketelusan cahaya. 

Bagaimanapun, VLT 70 peratus untuk cermin depan dan 50 peratus untuk cermin sisi pemandu dikekalkan. Peraturan baru itu dijangka berkuat kuasa bulan ini selepas mendapat persetujuan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Bagaimanapun pemilik kenderaan akan diberi masa untuk menanggalkan cermin gelap yang melebihi had yang dibenarkan. Jadi ada masa la untuk buka balik bagi yang tampal tebal tu ea.. Bagi yang degil, maka saman sebanyak RM500 akan dikenakan atau 2 minggu penjara bagi kesalahan kali pertama, bagi kesalahan berulang RM1000 akan dikenakan atau sebulan penjara. 

Sebenarnya, orang ramai tak puas hati pasal isu cermin gelap ni, sebabnya tak telus dan adil... Golongan VIP boleh pula pakai cermin gelap, dan yang kereta biasa ni tak boleh pula nak gelapkan. Tambah bagi wanita, cermin gelap satu langkah keselamatan terutama memandu sendirian... Bila gelap sikit, orang tak perasan yang memandu tu wanita.

Bagi yang ada anak, pasti gelapkan cermin untuk elak panas, sebab tak semua orang mampu nak pakai tinted yang tahan panas tapi tak gelap sebab mahal tinted jenis tu... Apa-apa pun, kami masih ikut peraturan sebab malas nak lari dan hidup dalam perlarian bila ada roadblock JPJ. Pernah tengok dekat highway PD baru-baru ni... ramai berhenti tepi jalan sebab ada roadblock JPJ di hadapan... 

sumber rujukan: Berita Harian

05 Jun 2014

Rebut RM3000 Dengan Safi White Trilogy!


Semalam semasa jenjalan blogwalking kat blog Akif Imtiyaz, terbaca satu entry pasal Peraduan produk SAFI pula... haha... mood tengah baik untuk layan peraduan... jadi ketagih pula masuk peraduan ni.., tak menang tak pe, janji masuk je kan... 

Jadi, aku terus je join.. Memandangkan aku memang pengguna Safi Balqis White Trilogy ni, maka sudah pasti aku tak lepaskan peluang.. mana tau rezeki kan... 

Peraduan yang mudah, jawab teka-teki mudah dan pantas dari Facebook Safi kemudian buat slogan kata tak lebih 10 patah kata lepas tu hantar... Alahai mudah sungguh kan... Teka-teki tu pun memang best jawab sebab dia nak tengok kepantasan otak kita jawab soalan spontan. Seronok!

 Aku memang pakai produk Safi Balqis sebab ada halal. Walaupun orang dok tak yakin dengan JAKIM, tapi lebih baik ada dari tak ada langsung kan.. Ahh.. lupakan pasal tu... Aku pakai je sebab aku rasa yakin... 

Ni merupakan botol kedua aku guna pencuci muka Safi Balqis White Trilogy ni.. sebelum ni botol biru, yang ni (dalam gambar)  dengan rumusan buah delima.. untuk kulit berjerawat dan berminyak. Aku dan suami memang kongsi je pakai pencuci muka.. sebab suamiku dah pakai yang macam-macam jenis pencuci muka lelaki, tak berkesan untuk kulit muka dia... Iklan bukan main lagi kan... tapi tak berkesan untuk dia.. Akhirnya dia pakai je apa pencuci yang aku pakai... 

Pertama kali aku cuba pencuci muka ni, rasa best sangat sebab pencuci dan penyegar 2 in 1... Lepas cuci terasa segar dan lembut je muka... wah.. best-best... Maka teruskan pakai sampai habis... Lepas dah habis sebotol, suamiku beli pula yang warna oren tu... yang tu pun best... terasa segar dan lembut aje... suamiku pun kata minyak pun dah kurang pada muka dia... Alhamdulillah... cuma bab jerawat aku takleh nak review, sebab muka aku jarang dihinggap jerawat... Alhamdulillah.. 

Ingat lepas ni nak cuba krim muka pula kot... sebab sejak aku minum Ephyra aku malas nak pakai krim, sebab muka 'berkrim' aje... Cuma pakai pelembap minyak kelapa dara aje... Tapi ingat rasa macam nak pakai krim muka balik je... Nak try jenama SAFI ni pula.. mana tau serasi kan.. 

Owh.. panjang pula membebel... Bagi yang nak join juga boleh KLIK SINI... Mana tau rezeki dapat RM3000 tu kan.. Hehe.. Doa-doakan moga aku berjaya ye... Bagi yang berminat, jom la join sekali... 

Sekitar Banjir Kilat di UIA Gombak [Gambar]

Semalam memang lebat hujan... Kat depan rumah pun banjir juga... Sekali suami balik kata banjir kat belah Gombak sana... Tak lama kemudian masuk berita, banjir teruk di UIA gombak...

Ini antara gambar-gambar sekitar banjir kilat di UIA Gombak petang semalam...







Pandanglah dari mata hati kejadian ini..
Teguran Allah untuk semua...
Bagi hamba-hamba Allah yang berfikir... 


sumber gambar: astroawani

Minyak Bawang Putih Penawar Selesema Bayi


Kakak dan adik mula selesema semalam. Si kakak asyik menangis je, jiwa terlebih sensitif, cakap sikit belum marah pun dah nangis... Pengasuh dia kata, air mata kakak macam air terjun, mudah sangat jatuh... 

Disebabkan tu, dia kena selesema dan batuk semalam, pastu dah jangkit pula dengan si adik... 
Maka mulalah membuat natural remedy... Penawar semulajadi lebih baik dari bagi ubat untuk bayi dan kanak-kanak. Lagipun aku memang tak biasakan ubat... Usaha yang natural je dulu.

Jadi semalam mula buat kan minyak bawang putih untuk si adik dan kakak.. 
Mudah aje nak buatnya..

Amik seulas bawang putih, bakar diatas api hingga agak garing dan keluar bau.
Lepas tu lenyek hingga pecah-pecah di dalam satu sudu minyak masak. Aku guna minyak masak sebab takde minyak kelapa dara dan minyak zaitun pula.. Lepas tu, sapu pada ubun-ubun, batang hidung, dada, belakang, dan urut lembut pada tapak kaki... Jangan sapu banyak, buat rasa je, sebab bawang putih ni panas takut kulit bayi yang tak tahan boleh melecur..

Alhamdulillah, semalam si kakak dan adik dapat tidur lena. Walaupun masih bersisa selesema nya tapi nampak la boleh nafas ikut hidung dah... Kalau tak nafas ikut mulut je... 
Yang ni dah dibekukan dalam peti sejuk..
Jadi Balm Minyak Bawang Putih... 
Alhamdulillah dengan izin Allah.. 
Sebelum ni, aku biasa letak minyak kelapa dara je, tapi kali ni minyak kelapa dara takde stok pula.. Jadi madu dan kismis serta kurma sebagai standby untuk natural remedy... 

Maafkan Daku Wahai Anakku :'(


"WITHOUT MY CHILDREN MY HOUSE WOULD BE CLEAN AND MY WALLET WOULD BE FULL BUT MY HEART WOULD BE EMPTY"

Tersentuh dengan kata-kata ni...
Kebetulan jumpa kata-kata ni di facebook ketika hatiku tengah kecewa dengan anakku sendiri... Allahu Akbar... Automatik Allah tegur aku, sebab tu Dia temukan aku dengan kata-kata indah ini.. 

Memang hatiku kadang-kadang kecewa tapi itulah anak... 

Kemudian jumpa pula kata-kata ini...


Ya Allah.. tak tahu nak kata apa..
Kecewa dengan diri sendiri yang kadang kala tak sabar melayan karenah anak-anak... 

Ya Allah, didiklah hati kami untuk menjadi orang-orang yang sabar melayan karenah anak-anak kami... Berilah kami kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang tinggi untuk anak-anak kami... Lembutkanlah hati anak-anak kami untuk memudahkan kami mendidik amanah-Mu menjadi hamba-Mu yang diredhai.

Stress??? ingat Allah!


Sumber: fb

Tiada manusia yang tertekan bila sebut dan ingat Allah...

Bila stress lah kena ingat Allah banyak-banyak... Zikrullah juga penawar stress...

Jika stress pabila ingat Allah,  maknanya hati dan iman anda dalam keadaan parah yang paling parah!

Jadi, ingatlah Allah selalu... Ketika susah dan senang, ketika sempit dan lapang... Insya Allah... Pasti tak kan stress...

04 Jun 2014

WW ~ Teknik Matematik: Kiraan Tambah 10 ~

Boleh cuba untuk ajar anak cepat matematik...

Kreatif dan menarik untuk tarik minat anak-anak dengan matematik...

Matematik itu mudah!


Posted via Blogaway

Renungan: Buka Aib Secara Tak.Sedar

Sumber: fb
Memang ada betulnya apa yang dikatakannya..
Ku berkongsi untuk hati-hati dan berfikir 10 kali untuk update status atau tulis di blog apa-apa yang berkaitan dengan hal peribadi

Perkara ini selalu diingatkan oleh suamiku juga...
Ku tak nafikan, aku juga pernah lakukan dan pernah lalui zaman jahilliyyah dalam diriku sendiri...
Tapi tak bermakna, aku tak boleh berubah dan perlu berada dalam kejahilan selamanya.. 

Marilah kita berubah dan kurangkan buka aib sendiri secara tak sedar...
Maaf aku cakap, bagi isteri... Nak update hal peribadi wajib minta izin suami juga... 

Di Facebook, kita tak tahu rupa mata-mata yang membaca... otak dan fikirannya bagaimana... tapi di facebook kita itu ibarat air mengalir... sekejap aje hilang suda... 
Tapi di blog ibarat sebuah buku... Tak kan hilang selagi kita tak delete dan orang boleh cari dan baca balik...

Jadi, hal-hal kewanitaan perlu tapisan... Tak perlu lah cerita hal kita period, mengandung dan bersalin secara berlebihan... 

Mohon maaf jika ada terasa... 
Marilah sama-sama kita berubah.. masih belum terlambat jika kita pernah buat dulu... 
Berusaha ke arah isteri solehah bidadari syurga...

WW ~Kafeteria Mukmin: Menu Istimewa Setiap Hari!~

Sumber: fb

Cukup lengkap "kafeteria mukmin" ni... 
Kalau "makan" ni, insha Allah kaya dan sihat ler kita kan...

Nak buat memang mudah, tapi nak Istiqamah tu memang mencabar, tapi kena usaha untuk sentiasa beramal kan... 



Resepi: Muffin Nestum Coklat

Selepas hantar suami pergi kerja, masa untuk layan anak-anak... Pepagi gini melayan diorang tengok tv di TViQ aje...

Rancangan Kids Detective antara rancangan kegemaran si kakak...sekali dalam rancangan tu ada pula pasal kek... Apa lagi, umi... Kakak nak kek, umi masak la kek... Muhahaha... Memula pujuk la juga... Sebab takde idea ni nak buat kek... Tapi setelah kakak merayu-rayu akhirnya aku mengalah... Layankan juga permintaan si kakak...

Maka mulalah tung tang tung tang di dapur. Mudah aje nak sediakan muffin nestum ni... 

Bahan-bahannya (sukatan ni untuk 6 biji muffin sahaja, jika nak buat banyak tambah la ea):
  • 100gm marjerin (aku guna planta aje)
  • 50gm gula kastor/gula halus
  • 1 sudu kecil madu ( tak nak letak pun tak pe)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur saiz A
  • 50gm nestum
  • * 150gm tepung gandum - diayak bersama 1 sudu baking powder da
  • * 1 sudu baking powder
  • * 2 sudu besar tepung jagung
  • [* diayak bersama]
  • 2 sudu besar serbuk coklat
  • 3 sudu besar susu tepung yang dibancuh pekat bersama air suam / kalau guna susu cair atau susu segar pun boleh 
  • coklat urai/cip coklat untuk hiasan
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven suhu atas bawah 180 darjah selama 15 minit.
  2. Pukul marjerin dan gula halus hingga kembang.
  3. Masukkan esen vanila, dan pukul rata.
  4. Masukkan telur perlahan, dan pukul lagi hingga sebati dan kembang.
  5. Kemudian masukkan nestum dan pukul dengan kelajuan perlahan.
  6. Pabila sebati, masukkan pula tepung yang siap ayak tu diselang seli dengan susu, pukul hingga adunan sebati.
  7. Kemudian, masukkan serbuk coklat dan pukul lagi dalam 2-3 minit dengan kelajuan minima.
  8. Dah sebati semua, boleh la dimasukkan dalam acuan muffin (sapu marjerin dulu pada acuan tu ea), kalau guna cawan kertas pun boleh... lagi mudah...dan nampak cantik.
  9. Hiaskan dengan coklat urai atau cip coklat.
  10. Bakar dengan suhu 180 darjah selama lebih kurang 25 minit.
Kek cawan atau muffin ni aku ambil dari web myresepi.com. Tapi aku olah sendiri kuantiti dan bahan tambahan tu... Kalau korang nak sedap boleh juga tambah kismis atau cip coklat dalam adunan sebelum dituang dalam acuan... mesti anak-anak suka.. 

Selesai masak, tak sabar-sabar si kakak nak makan... Alhamdulillah menjadi.. Muffin ni lembut dan lembap. Aku guna sebiji telur sebab tak nak bau telur sangat, nanti muak... Tapi bau coklat cukup menyengat... Aku guna serbuk coklat vanhouten.. memang sedap baunya... dan sedap rasanya... 

Sesiapa yang mencuba dipersilakan mencuba... Meraikan anak-anak dimusim cuti sekolah.. bukan selalu kan.. Selamat mencuba... :)



SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Klik Banner untuk Join
Jom support ayuinsyirah reramai...
Insha Allah, jika berkesempatan aku blogwalking... 




Nota:
Masa terhad nak blogwalking walaupun cuti sekolah... 
Tanggungjawab hakiki tetap keutamaan... 


WW ~Makna KUAT yang Sebenarnya~

Sumber: fb

Bukanlah kuat itu dengan:
Meninggikan Suara
Menghina orang lain 
Berdebat dan bertengkar
Berbangga diri

Tetapi

Kuat itu ketika:
Mampu berbincang dengan tenang
Menghormati perasaan orang lain
Bermaafan dan Bersikap terbuka
Merendah diri

Jom, Jadi Kuat yang sebenarnya... 

03 Jun 2014

Carta Pengomen Setia Mei 2014!

Sedikit kelewatan mengeluarkan 20 pengomen setia bulan ini... Walau apa pun tahniah buat 20 orang blogger yang setia di sini... mengeluarkan kata-kata inspirasi untuk blog ini... 

  1. Cikgu Norazimah
  2. Khir Khalid
  3. Mimi Azirah
  4. RDZ Z
  5. Yana Yani
  6. Muhammad Khairuddin Lim
  7. Atie Yusof Family
  8. Qasehnya Rania
  9. Azlan Strider
  10. Fidah Shah
  11. Azhafizah Md Nor
  12. Zara Nurhaidah
  13. Ain Diyana
  14. Mar Mansor
  15. Farah Waheda Wahid
  16. Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
  17. Akif Imtiyaz
  18. Kisah Si Diary
  19. Ainim Suju
  20. MaMa MuRsYiD
Tahniah buat mereka yang tersenarai, dan buat yang tak tersenarai anda juga sangat supportive. Terima kasih buat semua yang beri sokongan kepada blog ini dan inspirasi untuk aku menulis dan berkongsi ilmu di sini... Semoga ukhwah di alam maya, kekal hingga ke syurga.. 

Terima kasih semua... Seperti biasa, yang tersenarai ini automatik jadi bloglist blog ini...
dan buat blogger no.1 hingga no.3 itu, sila emailkan nama dan alamat di myfirdaussy@gmail,com.. ada sedikit buah tangan atas kesetiaan anda... 


Mereka ni tak asing lagi dalam dunia blogger, bagi yang belum terjah.. kenal-kenallah mereka semua, mereka sangat peramah and very supportive... 


nota: mencabar betul nak siapkan entry penghargaan ni... huhu... 

Tips Tegur Anak!


Tips menarik ni dapat dari group whatsapps... 
Memang betul pun kan... Mulut ni, kadang-kadang terlepas cakap... 
Lepas ni, tak nak dan cuba untuk kawal tak nak lepas cakap lagi...

Mulut mak bapa ni masin, jadi kena jaga dan jangan cakap sebarangan.
Buat anak pula, bagi yang dah dewasa, jangan lawan cakap mak bapa sebab apa yang keluar dari mulut mak bapa tu satu doa, dan doa ibu bapa sangat mustajab untuk anaknya.. 

Beware your mouth!
Jangan lepas cakap lagi!

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Klik Banner Untuk Join

Giveaway sempena Ulang Tahun Perkahwinan Shuhada Baharudin yang ke-8.
Syarat mudah, dan hadiah wang tunai RM50 + Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang

Ucapan buat kak Shuhada:
Selamat hari ulang tahun yang ke-8... Moga kekal bahagia hingga ke syurga... Moga keluarga akk diberkati dan dirahmati Allah selalu... 

Jom join ramai-ramai..
Jika tak dapat duit, dapat kawan ramaikan... insha Allah... 

Hukum Menghadiri Jemputan

Cuti ssekolah bermula, maknanya ramailah yang ambil kesempatan untuk adakan majlis kenduri. Macam-macam kenduri dam paling banyak kenduri kahwin. Aku ada juga terima jemputan tapi melalui facebook aje lah. Mak aku cakap, kat kampung pun banyak juga kenduri. Apa hukum kita pergi jemputan majlis atau kenduri? 

Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput. [HR at-Tabrani]

Huraian Hadith: 
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

Ada terdengar dalam kuliah ustaz Azhar Idrus, memenuhi jemputan sekadar pergi makan, lepas tu balik... Jika kita join sekali majlis tarian, bergambar dalam keadaan si pengantin perempuan tidak tutup aurat dengan sempurna, atau tabarruj secara berlebihan, maka kita turut berdosa...

Tapi kalau kenduri tahlil, kenduri doa selamat wajib hadir jika takde keuzuran, sebab dah sah-sah majlis tu untuk ibadat dan keagamaan... 

Dan ustaz aku pernah juga pasal ucapan Insha Allah pabila terima jemputan... Ucapan insha Allah tu hanya digunakan dengan niat kita hendak pergi, tapi andai kata kita tak nak pergi atau tak boleh pergi, tak boleh guna insha Allah. Sebaliknya kena berterus terang dengan orang yang menjemput tu, alasan kita dapat hadir... Tak boleh guna insha Allah... Sebab insha Allah maknanya dengan izin Allah kita akan pergi jemputan tu... 

02 Jun 2014

Kuih Pra Raya


Cuti sekolah kali ni memang tak ke mana-mana... Ada kekangan yang menghalang untuk ke mana-mana... 


Jadi, waktu cuti begini memang dah rancang dengan projek cuti sekolah... Apa lagi, masak memasak... Hobi baru sejak suami belikan kelengkapan dapur... 



Asal petang je, tak tahu nak buat apa, maka masuk dapur mula la main masak-masak. 



Kali ketiga dah buat kuih ni... Butter cookies... Yang pernah aku kongsikan resepinya di SINI. Nak buat camne, asal buat aje tak sempat pusing belakang dah habis sedulang... Tukang buat dapat rasa yang sipi-sipi aje... 



Kali ni, tak ubah cuma tambah, buat perisa coklat pula... Resepi tetap sama, cuma tambah serbuk coklat... 



Kali ni buat banyak terus, guna sebuku buttercup... Terus dapat la satu tin biskut... Memang sedap... Sama juga, sedulang pertama mesti habis kat Faiqah je... Tak penat buat, bila lihat yang tersayang suka makan... 



Butter cookies dah masuk senarai dalam biskut raya tahun ni... Jadi yang buat hari ni kira kuih pra raya aje lah... 



Tahun ni memang plan tak nak beli kuih, nak buat sendiri aje... Moga dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk buat kuih raya tahun ni... Insha Allah... 

Sayangkan Cucu, Kesiankan Anak

Sumber: google images

Sebelum pergi kerja, sambil layan anak dan buat kerja rumah melayan la tv kejap.. Owh.. Dilema Wanita kat Astro Prima... Kengkadang rajin juga aku melayan... Tapi isu dilema wanita hari Jumaat yang barakah yang lalu, buatkan aku terfikir dan sebagai renungan bersama... Kisah yang memang berlaku dalam masyarakat hari ni... 

Kisah dilema wanita mengisahkan tentang sepasang suami isteri Mak Mah dan Pak Samad yang sudah berusia yang menjaga cucu-cucu kepada dua orang anaknya... Memandangkan rumah mak bapak diorg ni dekat jadi diorang menyuruh mak bapak diorang mengasuh anak-anak diorang... Itu sinopsis drama ni... Antara yang diisukan ialah:

Si anak mengambil kesempatan terhadap maknya... Menyuruh maknya menjaga anak-anaknya kerana mereka suami isteri bekerja. Ini termasuklah hari minggu... Nak g jenjalan pun tinggalkan anak dekat umah mak. 

Selain itu, antara isu yang diutarakan ialah duit upah dan belanja. Anak-anak dia bagi duit kat mak bapa sebab mengasuh anak-anak mereka.. Sebab nak berjimat dan tak percaya kepada pengasuh... Jika dah beranak, sudah semestinya ada rezeki si anak... Bukan camtu cara nak jimat, tapi kena kurangkan kehendak kita sendiri...

Memang menarik drama ni... Sebab rata-rata ini sering berlaku... Memang banyak kes melibatkan bayi dan kanak-kanak di taska dan rumah pengasuh buatkan ramai fobia nak hantar anak kan... Tapi sebagai anak, renungkan sudah penat mak bapa kita jaga dari kecik sampai dah besar, rasanya tak kan kita nak bebankan mak ayah dengan jaga anak kita pula... 

Aku minta maaf, aku mungkin tak faham situasi anda yang suruh mak pak jaga anak-anak kita, tapi kita diberi pilihan, kita ada Allah sebaik-baik pelindung kan... Kita ada akal untuk berfikir. 

Tak salah nak hantar anak atau nak minta mak bapa kita jagakan anak-anak kita waktu kita bekerja, tapi kita kena ada timbang rasa dan bijak berfikir.

Jika nak suruh mak jaga, biar mak jaga waktu kita bekerja sahaja. Balik dari kerja, semua kerja rumah kita amik alih semula... Ini bagi yang mak bapa tinggal sekali, tapi bagi yang tinggal asing, cepat-cepat selesai kerja dan cepat-cepat amik anak...walaupun penat kerja, pastikan amik anak dulu sebelum buat kerja rumah. Sebab jaga anak lagi penat rasanya dari kerja kita tu kan... Dengan kudrat org tua, mana mampu nak layan cucu yang tengah lasak dan membesar.

Hari tak kerja jangan hantar anak ke rumah mak... Nak pergi jenjalan bawa anak sekali, kenapa perlu tinggalkan anak-anak dengan mak bapa kita??? Itu anak kita...waktu tak kerjalah anak-anak perlukan masa dan kasih sayang kita. 

Beri duit sebab tanggungjawab kita sebagai anak, bukan sebab jaga anak-anak kita... Sebab mak bapa kita bukan pengasuh, bukan kerja dengan anak-anak ataupun bukan orang gaji... 

Ibu bapa kita bila berusia, perlukan masa lebih untuk bekalan akhirat pula... Jadi, berikan masa untuk ibu bapa kita tumpukan hal-hal ibadah pula... Tak salah nak minta tolong mak bapak kita jaga sekejap tapi kena berpada-pada... Jangan sampai urusan dan diri mereka pun terabai sebab nak jaga anak kita... Memang mak ni sanggup je nak jaga sebabkan sayangkan cucu dan kasihankan anak-anak tapi kita sebagai anak la kena pula berfikir.

Berumah tangga memang mudah disebut, happy masa nak kahwin, selalu orang rancang hari nak kahwin, tapi jarang orang rancang 5-10 tahun selepas kahwin tu... Bila berkahwin, bermakna kita bebas dan kena berdikari sendiri... Kena terbang dengan sayap sendiri... Tapi tak bermakna abaikan ibu bapa selepas kahwin... 

Minta maaf jika apa aku coretkan ni ada yang terasa... Aku tak kata kat sapa-sapa sebab aku tahu anda ada sebab dan alasan sendiri... Tapi fikir-fikirkanlah... Kita ada hati dan akal untuk berfikir yang terbaik.. Banyakkan doa mohon pertolongan dari Allah... Hanya Allah tempat kita bergantung dan mohon pertolongan... Moga Allah permudahkan urusan kita semua...

01 Jun 2014

Ibu Bapa Cuai Bakal Berhadapan Penjara 20 Tahun???

Kes melibatkan kanak-kanak dah mula balik dah.. Dulu dah reda... Ni mula balik pula... Dua hari bertrut ada kes melibatkan kanak-kanak. 
Ibu bapa yang cuai bakal berhadapan dengan penjara hingga 20 Tahun... Itu yang diberitahu oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat kepada media... 

Ini berikutan kes melibatkan kanak-kanak semakin serius... Kes anak-anak jatuh, tersepit, kena culik, lemas dalam kereta, tinggal dalam kereta dan macam-macam lagi... 

Tindakan itu, sebagai pengajaran buat ibu bapa...sebab ibu bapa tak pernah nak belajar dari kes-kes terdahulu... 

Ada pro dan kontra juga la... Ajal dan musibah memang ujian dan ketentuan Allah, tapi Allah bagi kita akal, Nabi s.a.w ajar kita doa mohon perlindungan... Amalkan dan beringatlah... Memanglah cakap senang, tapi kita kena usaha untuk pastikan diri kita dan anak kita selamat... 

Aku pernah tengok satu alat, macam gelang yang dipakaikan pada tangan si anak dan si bapa... Untuk keselamatan supaya anaknya tak hilang... Tapi orang mencemuh pula dengan alat tu...kononnya macam binatang je heret dan tambat pada tangan gitu.. Bagi aku, biarlah asalkan kira usaha untuk anak kita selamat.

Aku tak nafikan juga ibu bapa zaman moden sekarang ni yang taksub dengab gadjet sebab banyak kali aku jumpa... Leka dengan gadjet, sibuk nak update status di facebook, sibuk nak amik gambar post kat instagram...hingga tak sedar dan tak peka keselamatan anak-anak...

Anak-anak memang nakal, memang sukar nak kawal tapi kita yang berakal tahu bahaya dan selamat ni lah kena kawal dan pantau... 

Menurut Menteri PWKM lagi, tindakan undang-undang itu akan dikaji mengikut Akta Kanak-kanak. Ibu bapa yang cuai juga, boleh dikenakan tindakan kaunseling, khidmat masyarakat dan lain-lain mengikut jenis kesalahan.

Apa-apa pun usahalah untuk pastikan anak-anak kita selamat. Berdoalah moga Allah pelihara keselamatan anak-anak kita... Doalah moga kita dijauhi sifat lalai dan leka... Antara doa yang boleh diamalkan:


Berdoalah, berusahalah untuk kita dapat menjaga amanah Allah sebaik mungkin.

Sumber rujukan: Harian Metro

Nota: Al-Fatihah buat kedua-dua anak ahli syurga.. Insha Allah....

Ranking Alexa 1.6.2014

Lebih sebulan aku tak semak ranking di Alexa.com... Selepas 38 hari dari status sebelumnya iaitu last aku semak pada 23 April 2014... 

Status pada hari ni merudum teruk... 

Statistik sebelum ini: DI SINI

Jika nak bandingkan dengan status sebulan yang lepas... Ranking di Malaysia jatuh teruk, tapi Global Ranking meningkat sedikit... 

Namun statistik lain-lain menunjukkan peningkatan... Alhamdulillah...

Syukur walaupun jatuh... Walaupun aku jarang blogwalking sebab kesibukan dengan tanggungjawab hakiki, tapi sokongan kalian tak pernah putus... Syukur... Tanpa sokongan kengkawan, blog picisan ini tak mampu nak berada pada tahap ni... 

Terima kasih semua...


Pssst: Special thanks for my beloved husband foe his support... 

Note: Selepas ni nak semak secara berkala baru senang nak pantau... 

Renungan: Kebahagiaan Tanpa Suara

Sumber:fb

Kebahagiaan itu lahirnya dari hati..
Kebahagiaan itu kata rasai dari hati yang suci... Ketenangan dan kedamaian dijiwa.

Jika kita selalu memberitahu orang yang kita bahagia, jika kita sering berkata kepada orang lain, kita bahagia. Jika kita sering berkongsi bahawa kita adalah bahagia, maknanya kita belum bahagia... 

Kita mungkin bahagia dari zahirnya, namun belum bahagia dari segi batinnya...

Sembunyilah kebahagiaan... Kebahagiaan untuk disyukuri bukan untuk dikongsikan...
Kebahagiaan perlu diterjemahkan, bukan untuk diceritakan...

Renungkanlah....