31 Mei 2014

Ini Rupanya Kambing Kena Hujan!


Ini rupanya kambing kena hujan...
Hasil imiginasi dan lukisan budak 2 tahun lebih... Haha... 

Aku tengok pun pening aje... 
Tang hujan tu ok la..tang kambing tu... Rupa tang mana la dia kata kambing... Haha...

Tapi ok la...budak dua tahun kan lukis...
Satu perkembanagn yang membanggakan...

Resepi: Butter Cookies Mudah, Rangup dan Sedap!


Cuti-cuti sekolah... Buat apa lagi kalau tak habiskan masa dengan memasak... Masa untuk naikkan berat badan, waktu ni lah kan... Hehe... 

Semalam, waktu hujan redup-redup si adik ketiduran, mulakan projek mega... Buat biskut mentega atau butter cookies... 

Mudah sangat biskut ni... Guna bahan yang memang sedia ada je... 

Sukatan bahan-bahan yang aku guna ni, untuk satu tupperware yang macam dalam gambar tu... Korang nak banyak, lebihkanlah bahannya... 

# 1/2 buttercup
# 1/4 cawan gula castor
# 1 sudu kecil esen vanila
# 1 sudu baking powder
# 1 cawan tepung gandum
# 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul buttercup dengan gula castor hingga warna keputihan (kembang).
2. Sementara tunggu adunan tu kembang, ayakkan tepung gandum dan baking powder.
3. Lepas adunan buttercup dan gula tu kembang, masukkan esen vanila.
4. Bila dah sebati, masukkan tepung yang siap ayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Adunkan hingga sebati dan semuanya bersatu... Lepas tu baru masukkan tepung jagung dan gaul lagi sebati...
6. Dah sebati, buatlah bentuk apa yang disukai... Nak buh dalam paiping bag pun boleh... 
7. Hias ikut suka... Macam aku guna cip coklat je...
8. Bakar dalam oven, api atas bawah suhu 160 darjah celcius selama 15 minit... 

Dah masak, sejukkan dan boleh la makan... 
Sedap dan ranggup je... 

Selamat mencuba.. 

Psst: dah buat kali kedua... 

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

Orang-orang yang dikasihi Allah!


Antara orang yang Allah kasihi:

# Orang yang berusaha untuk perbaiki amalannya.

# Orang yang sabar.

# Orang yang banyak bertawakal dan berserah kepada Allah selepas usaha dan doa.

# Orang yang banyak bertaubat dan beristghfar menyuci diri dari dosa.

# Orang yang berbuat kebaikan dan sentiasa buat baik.

# Orang yang berlaku adil walaupun sukar, tapi usaha untuk adil... 

Jom muhasabah dan usaha untuk jadi orang yang Allah kasihi... 

Feel free to share...
Moga kebaikan yang anda kongsikan ini... Menjadi salah satu usaha untuk menggapai kasih Allah... ^___^

30 Mei 2014

Hukum Pertandingan Cabutan Bertuah

Ramai zaman sekarang, orang suka bagi hadiah tapi dengan cara cabutan bertuah.. bahkan banyak juga dimain oleh blogger-blogger kan.. Sebenarnya aku terfikir nak cari info pasal ni, berikutan contest terbaru dari Yeo's... Iaitu 80 Hari Cabaran Minum Yeo's... Kena amik gambar Cod pada produk Yeo's atau Gambar resit pembelian... Peserta yang join, akan dipilih melalui sistem cabutan bertuah. Itu yang buat aku terfikir, nak cari dulu hukum berkaitan... Tak nak la ada rasa was-was kan... Ini artikel yang menjelaskan isu dan hukum pertandingan secara cabutan bertuah...


Apa hukum cabutan bertuah? Adakah ianya judi?. Soalan sebegini agak banyak menerjah kotak email dan sistem sms 33221 saya. Cabutan bertuah mempunyai pelbagai bentuk dan jenis, ada yang halal dan ada yang haram. Dalam tulisan ringkas ini saya cuba dedahkan beberapa bentuk dan hukum setiap satunya.

Namun sebelum kita melihat bentuk-bentuk semasa cabutan bertuah, jika dilihat dari sudut hukum kes atau isu cabutan bertuah ini tergolong dalam perbincangan ‘al-musabaqat' atau ‘pertandingan'. Namun jika tidak kena caranya, dengan mudah ia akan jatuh dalam masalah judi ataupun gharar.

Dalam masalah judi, keputusan majlis Fiqh Antarabangsa "Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy" dalam sidangnya ke 14 pada 8 - 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan (keputusan nombor 127 (14/1), unsur perjudian dalam sebarang peraduan, permainan dan pertandingan dalam dua bentuk seperti berikut :-

1) Disebabkan oleh jenis permainan : Iaitu apabila ia bersifat permainan yang hanya bergantung kepada tuah (game of luck) untuk menang serta memerlukan bayaran untuk menyertainya .

2) Disebabkan oleh hadiahnya : iaitu apabila hadiahnya diambil dari kumpulan wang penyertaan semua peserta.

Para ulama kontemporari dalam persidangan fiqh di atas mentakrifkan judi (al-qimar) mengandungi dua unsur utama :-

* Setiap permainan yang mensyaratkan mereka yang kalah untuk membayar sesuatu.

* Mengambil harta orang lain dalam situasi 'mukhatarah' atau risiko samada akan dapat atau tidak dapat.

* Disebutkan oleh ulama silam sebagai :-

هو كل لعب تردد بين غرم وغنم
Ertinya: "Iaitu setiap permainan, peraduan, pertandingan yang tidak pasti akan kerugian atau untung" (Hasyiah Al-Bajuri, 2/521)

Disebutkan :-
 إذا كانت الجوائز من المتسابقين فإنها تعد حراماً لانها من باب القمار ولأن كل واحد من المتسابقين لا يخلو إما أن يغنم أو يغرم , ولا يخفى من أكل أموال الناس بالباطل وإيقاع العداوة والبغضاء

Ertinya : Dan jika hadiah pertandingan atau permainan itu datang dari kumpulan yuran peserta, maka ia adalah haram kerana ia tergolong dalam bab judi nasib "qimar", dan kerana setiap peserta tidak sunyi dari peluang untuk meraih untung atau menanggung rugi, justeru amat jelas ia dari kategori memakan harta orang lain secara salah, membenihkan permusuhan dan perengkaran" (Al-Mughni, Ibn Qudamah ) 

Berdasarkan keputusan di atas, berikut adalah bentuk cabutan bertuah yang jatuh dalam kategori judi :-

1) Mereka yang ingin menyertai cabutan mestilah membayar yuran tertentu secara langsung iaitu: 

a- Secara tunai iaitu berdepan : iaitu dengan memberikan RM xxx kepada penganjur secara tunai bagi membolehkan penyertaan. Tanpa mengira sama ada yurannya sama atau berbeza. Hukumnya tetap haram. (Al-Badai' Al-Sonai', Al-Kasani) 

b- Secara tunai melalui alat telekomunikasi : bayaran dibuat disekalikan dengan kos telefon, internet, sms dan lain-lain. Sebagai contoh kos biasa bagi satu minit bercakap di talian telefon adalah 15 sen, tetapi bagi mereka yang ingin menyertai cabutan ini, satu nombor telefon khas akan diberikan dan kos 1 minit juga lebih tinggi, iaitu RM 1. Kadar baru ini diberitahu secara jelas di awal kontrak.

c- Syarikat menganjurkan makan malam dengan bayaran RM 100 yuran bagi seseiapa yang ingin menyertai cabutan bertuah. Bagi sesiapa yang tidak ingin menyertai cabutan bertuah, yuran hanyalah RM 90. Cabutan bertuah sebegini adalah judi.

d- Menang cabutan bertuah dari Hong Kong atau Macau dan lain-lain ; Peserta menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara. Peserta bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang ke dalam akaun tertentu. 

Hukum : haram kerana judi dan gharar, malah telah dilaporkan banyak kes penipuan menggunakan cara ini.

 2) Mereka yang ingin menyertai cabutan perlu membayar yuran secara tidak langsung iaitu:-

Yuran dimasukkan dalam harga pembelian barangan biasa. Ini menyebabkan harga menjadi lebih tinggi dari biasa. Sebagai contoh, pihak pasaraya mengadakan cabutan bertuah kereta MyVi. Bagi sesiapa yang ingin menyertainya mestilah membeli barangan tertentu yang telah dinaikkan harganya dari harga biasa. Ia jatuh dalam kategori judi kerana bayaran lebihan itu dianggap sebagai yuran penyertaan.

Jenis Cabutan Yang Halal 
Semua jenis cabutan bertuah yang tidak memerlukan sebarang bayaran untuk menyertainya adalah halal dan harus. Ia adalah disepakati oleh ulama kerana melihatnya sebagai pemberian hadiah biasa dari satu pihak (yang memberi dan menawarkan). Tiada sebarang pihak aakan menanggung kerugian walaupun tidak terpilih, tatkala itu tiada timbul isu memakan harta orang lain secara batil (salah) yang diharamkan oleh Allah swt. (Syarah Al-Zarkasyi Ala Mukhtasar Al-Hiraqi, 4/320 ) 

Sebagai contoh :

a- Cabutan Bertuah Khas Untuk Pekerja : Semua pekerja layak untuk memasuki peraduan yang dianjurkan syarikat, hadiah istimewa disediakan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Hukum : Ia adalah halal.

 b- Cabutan di Majlis Makan Malam : Syarikat menganjurkan makan malam, dan semua kakitangan dijemput hadir tanpa sebarang bayaran. Ketika itu, cabutan bertuah dibuat sama ada cabutan bagi nombor meja, nombor kakitangan ataupun secara melekatkan tanda tertentu di bawah kerusi.
Hukum : Semuanya adalah halal dan tiada sebarang pihak menanggung kerugian.

 c- Cabutan bertuah di pasaraya : Terdapat beberapa buah pasaraya yang melaksanakan promosi dengan menawarkan mana-mana pelanggan yang membeli barangan berharga lebih dari RM100 dalam satu resit, pelanggan tersebut akan diberikan borang untuk penyertaan cabutan bertuah, HARGA BARANGAN PULA KEKAL PADA HARGA BIASA.

Hukum : Cabutan ini adalah halal dan tiada unsur perjudian kerana pelanggan tiada kerugian apa-apa dan semua wangnya bukan untuk menyertai pertadningan cabutan ini tetapi untuk membeli barangan, dan demikian juga pihak pasaraya. Pelanggan membeli barangan pada harga asal dan tiada sebarang yuran dikenakan.

Permainan @ Peraduan Moden 

Sebentar tadi kita telah membicarakan perihal cabutan bertuah yang haram dan yang halal. Terdapat beberapa ulama yang cuba menganggap permainan atau pertandingan yang beserta hadiah sebagai 'Wa'd Bi Tabarru' atau janji untuk bersedeqah, namun majoriti ulama tidak bersetuju dengan pandangan ini dan mengklasfifikasikannya sebagai aqad mu'awadat atau kontrak komersial untuk meraih pemilikan dan untung. ( Al-Furusiah, Ibn Qayyim, hlm76)

Dengan berubahnya klasifikasi ini semua hukum akan berubah bentuknya. Di kesempatan ini saya akan menyentuh dengan ringkas beberapa jenis cara pemainan yang boleh dijumpai dalam masyarakat kita, ia seperti berikut :-

1) Dua orang bermain tenis, namun hanya satu pihak meletakkan hadiah sebanyak RM200. Siapa menang dia akan memiliki hadiah itu. 

Hukum : Para ulama berbeza pandangan dalam bab ini kerana hanya satu pihak yang mengeluarkan. Fatwa ulama seperti berikut ;-

a- Harus : Demikian pendapat majoriti ulama dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.

b- Haram : Ia adalah pendapat mazhab Maliki kerana wang RM 200 telah keluar dari miliknya dan jika ia menang, wang itu akan kembali kepadanya atas nama 'qimar'.

Pendapat yang lebih kuat (rajih) : adalah pendapat pertama yag mengharuskannya kerana wang RM200 itu adalah miliknya dan pihak kedua tidak terlibat dalam memberi sebarang wang, dengan sebab itu pihak kedua tidak terdedah kepada sebarang risiko. Dengan demikian, wang RM200 tadi dikira seperti hadiah biasa sahaja dan bukan judi.

 2) Dua orang bermain tenis, kedua-duanya mengeluarkan wang lalu diletakkan sebagai hadiahnya. 

Para ulama terbahagi kepada tiga kumpulan dalam hal ini. Namun majoriti ulama termasuk Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali serta Majlis Fiqh Dunia memfatwakannya sebagai HARAM. Malah Ibn Rusyd Al-Hafid menyebut telah terdapat ijma' tentang pengharamannya. (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/228 ; Al-Kafi, Ibn Abd Barr, 1/489 ; Al-Umm, Al-Syafie, 3/230 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93; Al-Jami', Ibn Rusyd, hlm 336)

3) Dua orang sedang bermain tenis, mereka bersetuju siapa yang kalah perlu membayar harga sewaan gelanggan tenis. 

Hal seperti ini telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi, hingga ia dicatatkan contoh sepertinya oleh ulama silam dengan kata :-

لا يجوز لأنه في معنى القمار نحو أن يقول أحدهما لصاحبه : إن سبقتني فلك عليّ كذا , وإن سبقتك فلي عليه كذا فقبل الآخر

Ertinya : "Tidak harus ( haram) kerana terdapat dalamnya erti atau unsur judi seumpama seorang berkata kepada rakannya : Sekiranya engkau tewaskan aku maka bagiku hadiah itu dariku, dan jika aku menewaskanmu, mestilah engkau memberinya kepadaku, lalu kedua-duanya bersetuju"( Badai As-Sonaie; Al-Kasani)

Hukum : Ia adalah judi walaupun ada unsur usaha dari kedua belah pihak dan bukan permainan nasib semata. Unsur judinya datang dari sudut hadiah, seolah-olah kedua-dua pihak meletakkan sejumlah wang untuk membyaar sewa gelanggang, hanya yang kalah akan terkena. Ia tetap judi walaupun kedua-dua pihak redha meredhainya. Tiada redha dalam perihal haram.

Namun jika hanya salah seorang yang menjanjikan hadiah, seorang lagi tidak, hukumnya berubah menjadi harus atau halal. Ia adalah pendapat mazhab Al-Hanafi, Syafie dan Hanbali (Tabyin Al-Haqaiq, Az-Zaila'ie, 6/227 ; Qawanin Al-Ahkam, Ibn Juzai, hlm 177 ; Hasyiah Al-Qalyubi, 4/266 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 6/93 ) 

4) Dua orang atau lebih sedang bertanding futsal, kumpulan yang kalah disyaratkan belanja makan kumpulan yang menang. 
Hukum : Ia juga perjudian dan sama bentuknya dengan bentuk nombor tiga di atas.

5) Beberapa kumpulan ingin menganjurkan pertandingan bola sepak, namun tiada sebarang sumbangan hadiah dan tiada tajaan diperoleh. Natijahnya mereka menggunakan wang terkumpul dari yuran penyertaan sebagai hadiah atau untuk membeli hadiah. 

Hukum : Ia adalah judi walaupun permainan bola sepak bukannya permainan yang bergantung kepada nasib semata-mata. Namun unsur judinya datang dari bahagian kedua iaitu hadiah yang wang terkumpul semua peserta. Ini menjadikan semua kumpulan terdedah kepada untung dan rugi. Tatkala itu Majlis Fiqh Dunia menganggapnya sebagai perjudian. Demikian juga jika ditinjau dari perspektif empat mazhab.

Tetapi jika hadiah datang dari sumbangan mana-mana pihak yang tidak menyertai pertandingan itu, permainan tadi menjadi halal secara sepakat ulama.

Ada yang bertanya, bagaimana jika semua kumpulan diberi hadiah saguhati?. Jawabnya, ia tetap judi sekiranya pemenang utama mendapat hadiah yang berbeza nilainya. Namun jika semua hadiah sama nilainya tanpa kira yang menang dan yang tewas. Ia menjadi harus dan bukan lagi judi. Tatkala itu pemenang hanya mendapat keseronokan dan kepuasan perasaan sahaja.

Ringkasnya para ulama bersepakat bahawa setiap permainan yang memerlukan penyertaan yuran untuk bermain dan hadiahnya diambil dari wang itu, semuanya adalah judi tanpa mengira sama ada permainan itu bersifat ilmiah, minda dan lain-lain.

6) Membeli surat khabar untuk menyertai pertandingan teka bola dan sebagainya.

Hukum : Majlis Fatwa ulama Mekah dan Madinah memfatwkannya sebagai harus. Demikian juga pandangan terkuat menurut beberapa ulama kontemporari seeprti Prof Dr Uthman Syabir. (Ahkam Al-Musabaqat Al-Mu'asiroh, Majma Fiqh Islami, Ke 14, tahun 2003 ) 

Keharusan ini adalah kerana si pembeli tidak rugi apa-apa kerana ia beroleh manfaat surta khabar, kecualilah jika dibelinya surat khabar sehingga 10 naskhah hanya kerana ingin menyertainya banyak-banyak. Tatkala itu hukum bertukar menjadi haram dan judi.

Keismpulannya, hadiah pertandingan yang dibenarkan dalam Islam hanyalah jika :- 
1. Hadiah di dermakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala wang yuran peserta hanya untuk kegunaan pentadbiran pertandingan.

2. Hadiah diambil daripada sebahagian yuran peserta sahaja, manakala yang lain digunakan untuk kegunaan pentadbiran pertandingan 

Semoga artikel ringkas ini dapat menyedarkan umat Islam di sekeliling akan keterlibatan mereka dalam perjudian tanpa disangka.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Jelaskan... Jadi bergantung kepada niat kita.. jika kita beli banyak-banyak semata-mata nak join pertandingan tu,  dan mempertaruhkan untuk menang, maka haram hukumnya... Jika sekadar mencuba tapi tak harap apa-apa, harus hukumnya... Dan antara lucky draw yang dianjurkan oleh blogger tu, harus ea hukumnya, sebab peserta tak perlu nak bagi apa-apa duit pun... tapi kalau ada yang jenis klik iklan, pastu dari duit iklan tu buat hadiahnya, fikirkan semula la ea pihak penganjur... Harap semua faham dan baca dulu bab hukum ni sebelum menyertai sesuatu pertandingan,,, Hal sebegini pun boleh jadi darah daging, bukan bab makan coklat yang ada DNA babi je ea... 

Isu Coklat Cadbury dan Babi yang Masih Berlarutan

Salam Jumaat semua... 
Sebelum ni, aku hanya memerhati, tapi rupanya melarat juga isu coklat Cadbury ni... dari mana punca kemelaratan ni, aku sendiri tak pasti... Yang pasti, memang teruk bebenarlah isu ni... sampai mufti-mufti kena bersidang untuk keluarkan Fatwa pasal status darah daging orang yang makan coklat Cadbury ni... Aku rasakan orang yang keluarkan kenyataan pasal nak samak mulut, perut bagai segala tu, mesti jenis yang tak berapa nak cukup ilmu lagi, dan dia tak faham Islam lagi... 


Islam tu mudah sangat... tapi bukan untuk dipermudahkan...
Sebenarnya orang yang melenting bila bab haram babi ni, dia tak faham kot, dan tak baca artikel dan laporan penuh dalam akhbar.. baca tajuk je, terus hentam. Sebenarnya, coklat Cadbury yang dilaporkan ada DNA babi tu, adalah beberapa keluaran sahaja, yang dikenal pasti beberapa bulan lalu... Yang korang makan, tahun lepas punya kira tak haram la sebab masa tu memang tak jumpa pun DNA babi... Lagi satu, korang semak ke tak proses beri status halal kepada sesuatu produk makanan kat web JAKIM??? Bacalah kat situ... setiap produk ada tarikh tamat tempohnya, dan JAKIM buat pemeriksaan berkala untuk sesuatu produk... bukan aku nak backup JAKIM, tapi faham la dulu orang kerja macam mana, bukan main hentam aje... 


Kadang-kadang pelik gak manusia ni... Bab babi bukan main marah dia... kononnya jadi darah daging dia... padahal bab rokok tu dah lama Majlis Fatwa fatwakan haram... relax je lagi... bab solat, puasa dan bab tutup aurat dah lama dah fatwa dalam al-Quran dan Hadis 1400 tahun lebih dah... relax je kan... tapi bab babi, melenting tu... 



Renungkan aje lah gambar-gambar tu... Banyak lagi perkara haram yang berlarutan tapi kita tak amik kisah pun... Dan bukan isu Cadbury yang ada unsur babi je jadi darah daging, tapi segala perbuatan seperti makanan dari sumber haram juga jadi darah daging..

Jangan sempitkan pemikiran sangat la.. inilah tanda kiamat sebenarnya, bila si jahil bercakap soal agama... Islam tu tak menyusahkan umatnya.. dan tak menghukum seseorang disebabkan kejahilan... Belajarlah ilmu agama habis-habis sebelum nak melenting tak tentu pasal... 

sumber gambar: Facebook

Lagi Kisah Kanak-kanak dibunuh Kejam!!!

Lagi kisah kekejaman pembunuhan terhadap kanak-kanak... Rabu lepas, berita kematian seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang mati akibat dipukul dan disimbah air panas oleh ibunya sendiri... Sungguh sadis... menderita dulu budak tu sebelum mati... Masalahnya mak kandung sendiri pula tu... Kemana belas kasihan dan perikemanusiaan nya tu... Dah takde rasa agaknya... bila syaitan dan nafsu amarah menguasai... Insan tak berdosa menjadi mangsa... 



Pagi ni, satu lagi kisah kekejaman terhadap kanak-kanak berlaku... seorang kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun (sebaya anak aku aje nih) mati dikelar hingga putus leher (terpisah kepala dari badan)... Pembunuhan kejam ni dipercayai dilakukan oleh orang asing... Kanak-kanak tu dikatakan dilarikan dari sebuah pusat membeli belah di Pudu Sentral... 
Sumber: Harian Metro

Alllahu Akbar... Nak salahkan sapa??? Salahkan ibu bapa sebab cuai pun boleh jadi juga, salahkan pemimpin sebab tak kuat kuasakan undang-undang dan tak cuba nak laksanakan hudud? Semua salah la senang kata... 

Pendapat aku, ini bukan kes pertama... tapi dah banyak kali kes dera, bunuh kejam ni... Kenang balik ajelah peristiwa kes pembunuhan kejam adik Nurin dulu kan... 


Tak patut juga samakan manusia dengan binatang... Binatang tak kejam, sebab memang fitrahnya memburu untuk makan... Jika dia cukup makan, dia tak kacau orang lain,.. Binatang takde akal... Manusia ada akal.. tapi manusia bila hilang akal lebih teruk dari binatang takde akal... 

Renungkanlah...

Moga peristiwa macam jadi iktibar untuk semua... kita nak salahkan pemerintah, apa kuasa kita ada??? Jadi, kita sendirilah kena beringat dan doa moga Allah sentiasa lindungi kita dan keluarga kita...dan jauhi kita dari sifat marah dan hilang akal... 

Psst: Salam takziah buat +adzairdawati makdara atas kehilangan suami tersayang pada malam semalam... Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Moga Mak Dara dan keluarga tabah hadapi dugaan Allah... 

Membalas Celaan Orang!

Sumber: fb

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dan bila ada seseorang memaki dan mencela kamu dengan apa yang ia ketahui tentang dirimu, maka janganlah kamu mencelanya dengan apa yang kamu ketahui tentang dirinya, kerana sesungguhnya akibat dari caci maki itu akan kembali kepadanya."

[HR Abu Daud & at-Tirmizi dari Abu Juray  Jabir bin Sulain r.a.]


Rasulullah s.a.w melarang kita membalas cacian dan makian orang... Biarlah orang nak cerita tentang keburukan kita atau nak jaja kisah kita, tapi kita balasnya... sebab kalau kita balas, maknanya kita pun sama je dengan dia... Lagi satu, apa yang dia caci maki tu akan kembali kepadanya, jadi tak payah balas... Bior aje.. doa moga Allah bagi hidayah kepadanya... Lagipun, selama mana dia nak mengata dan mencaci maki kitakan.. Biarkan saja... 

Hadis ni sesuai juga untuk stalker-stalker... Aku takde kot stalker.. tapi kalau ada terima kasih sebab jadi stalker aku... maknanya ada yang minat nak tahu tentang aku... sebab bukan senang nak jadi stalker kan.. 

Renungkanlah.. selamat beramal.. 

29 Mei 2014

Kisah Perangkap Tikus

Kisah Perangkap Tikus

Sumber: google images

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.
Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Prihatinlah bila ada orang mengadu kesusahan dengan kita... Jangan mencemuh bahawa itu bukan masalah kita, kerana boleh jadi suatu hari kita mungkin akan hadapi masalah yang sama... 

Renungkanlah...

Sambutan Hari Guru 2014!

Tanggal 27 Mei 2014, merupakan tahun keempat aku dan semua rakan seperjuangan yang bergelar guru diraikan. Alhamdulillah, merasainya lagi tahun ni... Tahun ni tema lain sikit,... Stylista Warna Block.. Memang ceria dan berwarna-warni... 

Tahun ini, ada sedikit kelainan... Jika tahun lepas jemput Dato' Hj. Aznil Nawawi (Pak Nil), tapi tahun buat sederhana je, tambahan pula tarikh tu kena tarikh bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mikraj. Lepas tu, menghormati juga rakan-rakan guru yang diuji dengan kehilangan orang tersayang baru-baru ini, amat tidak sesuai nak buat havoc lebih-lebih kan... Apa-apa pun aku suka dengan konsep sederhana tu... 

Tahun ni, persembahan Qasidah dari Sekolah Tahfiz Darul 'Ulum di Hulu Kelang... Sejuk hati pepagi lagi dengar dendangan qasidah dan alunan selawat dari anak-anak ini... Semasa perarakan masuk guru ke pentas pun, dialunkan selawat beramai-ramai... Alhamdulillah... 

Selepas tu, barulah upacara rasmi, Lagu Negaraku, Lagu Guru Malaysia dan Lagu tema hari guru 2014 dinyanyikan.. Lepas ucapan VIP, ada acara potong kek hari guru... sedap juga keknya, dua tingkat, Tingkat atas kek red velvet dan yang bawah, kek coklat... Dan sudah pasti ada gimik.. kali ni gimik kapal terbang pula.. mungkin sempena MH370 juga kot, tapi ada juga makna yang tersirat disebalik itu.. Sambil-sambil makan kek, melayan persembahan dari pelajar-pelajar... 


Persembahan dari kumpulan KRS amat menghiburkan... Kemudian penyampaian anugerah guru... Guru Prihatin, Guru Kreatif, Guru Paling Tegas... Habis je anugerah-anugerah tu, penyampaian hadiah kepada pemenang kad hari guru... Opss.. sebelum tu persembahan dari Guru Cemerlang amat menyetuh... sebab cikgu ni memang kreatif.. Memang layak sangat dapat anugerah guru Paling Kreatif. Majlis di sekolah ditutup dengan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah... Sukaneka ditangguhkan sebab masa tak cukup dah nak buat... Tkut lajak sampai petang pula.. 


Selesai segala urusan di sekolah, cikgu-cikgu berkonvoi ke Restoran Nelayan untuk jamuan Hari Guru.. Memang jadi kebiasaan dah kami makan di luar... Bagi meraikan hari bersejarah kan... Alhamdulillah.. semasa majlis makan-makan, ada acara tukar-tukar hadiah... Alhamdulillah... segalanya selesai lebih kurang jam 3 petang lebih... Itu ajelah sambutan Hari Guru tahun ni, yang serba sederhana... Cukuplah sebagai kenangan sebagai guru yang diraikan... 

Apa-apa pun, bukan hadiah dan keraian yang diminta cikgu, tapi sebuah kejayaan menjadi manusia berguna untuk agama, bangsa dan negara dan itulah harapan dan hadiah terbesar bagi seorang guru... 

Berjaya Sahut Cabaran Suria Amanda!



Alhamdulillah... sahut cabaran blogger Suria Amanda... Tengok tu... tarikh 11 Mei 2014 dia cabar aku supaya jadi Top Comentor blog dia... Aku memang jarang juga g blog dia sejak dua menjak dulu... Terasa kot cabaran tu... tapi itu bukan bermakna aku menyerah kalah.. Aku sahut cabaran tu... Perkara pertama aku buat, masukkan blog dia dalam bloglist aku... Jadi, aku tak terlepas untuk komen setiap entry dia.. dan cara aku blogwalking, ialah satu blog yang aku singgah memang habis entrynya aku terjah... 



Dan pada hari ni 29 Mei 2014 aku memang jadi Top Comentor blog dia.. Cabarannya aku sahut dan aku berjaya... hehe... Itulah, jika aku kata boleh, pasti aku boleh lakukannya... 

Terima kasih Suria Amanda atas penghargaan... 
Cabaran mu berjaya ku sahut dengan jayanya... hehe...

Google Bakal Keluarkan Kereta Tanpa Stereng!!!

Baru-baru ni dok sembang-sembang dengan suami, iaitu bab kereta la... Suami kata mungkin satu hari nanti, manusia akan cipta kereta tanpa stereng pula... Nah kau... Sekali betui apa yang suamiku cakap... Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng.


Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri. Kereta itu mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam. 

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.

Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ 

Muhaha... Canggih kan... Cakap je nak g mana, kereta tu akan bawa... Bagus memang bagus... Tapi takut manusia makin malas pula lepas tu... Sebab nak bergerak ke mana-mana just cakap je... Kaki tangan tak payah nak bersusah payah pulas stereng dan tekan minyak lagi... 

Tapi tak sure pula kereta ni pakai minyak atau bateri kan... Apa-apa pun ni satu evolusi dan kecanggihan teknologi... Itulah kehebatan Allah menciptakan akal manusia... 

Sumber rujukan: Harian Metro.

3 Perkataan Pertama Anda!!!


Tiga perkataan utama yang anda jumpa pabila terpandang aje "papan hitam" ni.

Itulah yang menggambarkan apa yang anda fikir dan ingin capai sepanjang tahun 2014 ini... Insha Allah...

Tiga perkataan yang saya jumpa ialah:
1. LOVE
2. BEUTY
3. SUCCESS

Insha Allah... Memang itu harapan saya sepanjang tahun ini... Saya ingin gapai cinta Allah, dan mempertahankan mengembangkan cinta saya kepada suami, anak-anak dan keluarga... Serta anak-anak didik saya... Insya Allah...

Saya mula mementingkan kecantikan juga.. Kerana itu, saya mula mencuba produk kecantikan dan kesihatan...

Saya juga merancang untuk kejayaan di dunia dan di akhirat... Insha Allah...

Pabila ada matlamat begini... Insha Allah, kita akan usaha untuk menggapainya...

APA 3 PERKATAAN PERTAMA ANDA JUMPA??? Boleh kongsikan... Insha Allah, saya juga doakan untuk anda berjaya gapai apa yang anda cita-citakan sepanjang 2014.

28 Mei 2014

Doakan Untuk Pembedahan Rayyan!

Bila kes-kes melibat anak kecil ni, tersungguh naluri dan hati kecilku... mana sanggup lihat anak sekecil itu, derita kesakitan... Sedang semak komen-komen untuk dipublish... terbaca komen kak Norhidana Miswan.. Akak ni selalu juga datang komen, aku je jarang jengah sebab tak sempat nak jengah semua...


Sekali akak Norhidana minta doakan untuk anak dia... Rayyan yang akan dibedah bulan depan iaitu 4 Jun 2014...
Rayyan akn dibedah kerana sakit jantung... sedih lihat si kecil ni.. dah la nama Rayyan ni sama dengan anak sedara aku... dan usianya pula lebih kurang anak sulungku juga... 


Moga pembedahan Rayyan berjalan lancar... dan selamat serta dipermudahkan Allah..
Buat akk, doa banyak-banyak sebab doa seorang ibu sangat mustajab, buat solat hajat dan yassin banyak-banyak... Moga Allah permudahkan urusan segalanya.. 

Sesiapa yang baca ni... tolong doakan moga Allah beri kekuatan buat adik ini, dan buat keluarganya juga.. 

Boleh baca kisah adik Rayyan di sini:

Jom Semak Arah Kiblat Petang Ini!

Macam mana kita semak arah kiblat, zaman canggih dan moden ni, pasti ramai yang guna kompas ataupun aplikasi smartphone untuk semak arah kiblat, Namun, sebenarnya cara tersebut boleh digunakan pakai tapi kurang tepat... Cara terbaik ialah dengan melihat bayang matahari, seperti cara orang dahulu melihat jam... 

Jom semak arah kiblat petang ini tepat jam 5.16 minit petang... Iaitu berlaku fenomena Istiwa Kaabah atau Istiwa A'zam di mana kedudukan matahari akan bergerak dan berada tepat di atas kaabah.

Fenomena itu berlaku dua kali pada setiap tahun iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai tepat jam 5.28 petang. Istiwa Kaabah boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di seluruh dunia. 

Ketua Unit Kembara Angkasa, Persatuan Falak Syarie Malaysia, Mohd Razlan Ahmad, berkata kedudukan Kaabah Masjidilharam ketika itu pada kordinat latitud 21 darjah, 25 minit dan 24 saat (utara) manakala longtitud 39 darjah, 49 minit dan 24 saat (timur).

"Jika berada di sana (Masjidilharam), umat islam akan lihat kaabah serta apa saja yang berdiri tegak di persekitarannya seolah tidak ada bayang-bayang dan ketika itu waktu di sana adalah sekitar jam 12.16 tengahari.

"Jika di Malaysia pandang ke arah matahari, bermakna sedang menghadap tepat ke arah kiblat," katanya. 


Katanya, cara untuk tentukan kedudukan adalah dengan menggunakan bayang-bayang tiang atau dinding bangunan serta apa saja benda tegak 90 darjah sebagai panduan. 

"Umat Islam perlu mengambil peluang ini dan memanfaatkan kejadian yang menunjukkan kebesaran tuhan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad berkata, Istiwa Kaabah berlaku disebabkan laluan peredaran matahari pada dua waktu ini setiap tahun di mana akan melalui tepat garisan Kaabah. 

"Tidak timbul dakwaan sama ada arah kiblat berbeza atau sebagainya. 

"Penggunaan kompas sering digunakan untuk menentukan arah kiblat dan kadang kala berlaku ketidaktepatan menentukan arah itu disebabkan tarikan magnet kompas itu sendiri. 

"Begitu juga arah kiblat di masjid apabila berlaku kekeliruan arah kiblat. Pembinaan sebuah masjid adalah berdasarkan batu sempadan masjid yang kadangkala tidak begitu tepat bagi menentukan arah kiblat," katanya. 

Katanya, fenomena Istiwa Kaabah dimanfaatkan untuk umat Islam menyemak dan menentukan kedudukan arah kiblat berdasarkan tiang, bangunan dan sebagainya. 
Sumber: Harian Metro

Nota: Jom semak petang ini... Harap tak lupa ni...

Terlupa Bilangan Rakaat Ketika Solat

Sumber: fb

Kengkadang pasti pernah jadi juga kan...
Sebab syaitan sentiasa mengganggu kita...

Biasanya terjadi dalam kekalutan atau solat dalam keadaan tergesa-gesa... 

Kaedah yang mudah... Tak perlu batalkan solat jika keliru... Ambil bilangan yang sedikit, dan tambahkan sujud sahwi sebelum beri salam... 

Solat tu mudah saja kan... 
Tapi sebaiknya, jika selalu terjadi begini pasti ada yang tak kena, semak pakaian solat kita, semak wuduk kita dan semak niat dan hati kita sebelum solat... 

Semoga bermanfaat...

WW~ Reuse Ephyra Box ~



Kotak ephyra yang cantik sayang sekali nak dibuang... 

Manfaatkan dan guna semula... 
Aku buat tempat letak kerongsang dan butang, jarum peniti, dan aksesori lain...
Kemas dan cantik... 

Psstt: Dah masuk kotak kedua ephyra... Alhamdulillah... Serasi bersama... *_^

WW~Bahana Rezeki HARAM!!!~

Klik untuk pembesaran yang lebih jelas
Sumber: fb

Renungan bersama...
Koreksi diri, scan dan tapis semula rezeki kita...
Nilai semula, halal dan berkatkah ia...
Jika ada kekurangan, infaklah ke jalan Allah Taala...
Semoga rezeki kita bersih hendaknya...

27 Mei 2014

Ada Apa dengan Isra' Mikraj

Sumber: fb

Ada apa dengan Isra' Mikraj... Isra' Mikraj bukan sebagai cuti umum beberapa negeri di Malaysia tetapi peristiwa penting dalam Islam... 

Inilah peristiwa yang besar dalam Islam... Bukti keimanan dan ketaatan kepada Nabi s.a.w... Mukjizat yang sukar diterima oleh akal yang waras. 

Peristiwa perintah solat secara rasmi... Dari 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sahaja... Sayangnya Allah kepada kita... Itu pun kita lalai... Kita sengaja lengah-lengahkan... Kita memberi pelbagai alasan... Bayangkan jika 50 waktu??? 

Daripada peristiwa ini, sahabat karib Nabi s.a.w mendapat gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan... Iaitu Saidina Abu Bakar... Saat orang lain sukar nak percaya, Abu Bakar yakin secara mutlak apa yang diceritakan oleh Nabi s.a.w... 

Peristiwa ini juga, Nabi s.a.w dipertontonkan nikmat syurga dan neraka... Jenis seksaan di neraka mengikut dosa-dosa di dunia... Segalanya sebagai pengajaran untuk Nabi s.a.w sampaikan kepada kita... Nabi s.a.w tak buat cerita, tapi segalanya adalah benar... Sebagai renungan dan peringatan bagi orang-orang yang berfikir... 

Jadi, renungkan dan hayatilah hikmah disebalik peristiwa Isra' dan Mikraj... Perjalanan bersejarah bagi umat Islam... Jika orang beriman, inilah peristiwa yang akan lebih menambah keimanannya, namun jika kurang iman...sudah pasti berbolak-balik kepercayaannya... Renungkanlah dan hayatilah... 

Petua Atasi Keguguran Rambut

Sumber: google images
Ramai juga wanita yang mengalami masalah rambut lambat panjang. Ini semua bergantung kepada keadaan genetik wanita itu sendiri. Pun begitu jangan khuatir kerana terdapat petua yang boleh membantu anda untuk mendapat rambut yang panjang dengan cepat dan selamat. Ikuti panduan petua seperti di bawah.

Agar rambut yang dimiliki cepat panjang, dapatkan lima batang serai. Tumbuk tetapi jangan hingga hancur. Rebus serai sehingga airnya mendidih. Biarkan sejuk dan siram di atas kepala. Kemudian, perapkan rambut selama lima hingga 10 minit dan bilas dengan air yang bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Sumber: karangkraf

Petua tambahan yang pernah diamalkan:
Ramas daun bunga raya dan daun rambutan yang muda, kemudian gosok air tu ke seluruh kulit kepala dan rambut... Biarkan 15-20 minit, pastu bilas seperti biasa... Agak menjadi petua ni... Cubalah ea... Sesuaia juga bagi yang selalu keguguran rambut... 

Info:
Elakkan makan dan ambil makanan berminyak...Lebihkan protein untuk hasilkan rambut yang sihat dan kurang gugur... 

Bayi sembur air liur, sebabkan keguguran rambut???
Itu hanyalah mitos orang melayu lama... Secara saintifiknya, rambut ibu gugur selepas bersalin kerana berlaku perubahan hormon... Tambahan pula, jika ibu mengamalkan jamu juga mempengaruhi faktor keguguran rambut selepas bersalin... 

Suratan Jodoh: Ajal 3 Hari Sebelum Akad

Sumber: Berita Harian

Jika dah suratan... Bukan jodoh... Walau apa pun tak dapat kita menghalangnya..
Allah tahu yang terbaik...
Itulah yang berlaku kepada seorang anggota polis yang meninggal akibat kemalangan motosikal yang ditunggangnya  dirempuh oleh penjenayah...

Lagi tiga hari nak nikah... Namun, Allah menjemputnya... Itulah suratan yang tak mampu kita menghalangnya... Allah Maha Mengetahui, Maha Berkehendak...
Kita merancang, Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang ialah Allah Taala...

Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga mangsa.


Posted via Blogaway

Trend Warna Block

Sumber: google images

Baju merah, tudung biru, baju kuning kain hijau kasut kelabu... Begitulah trend atau fesyen warna block... Warna lain-lain ataupun contra antara baju dan kain atau baju dengan tudung. 

Memula aku rasa pelik, tapi bila tengok orang gayakan macam ok pula... Not bad lah... Tapi walaupun macam tu, si pemakai kena tahu cara nak gayakan... Bukan main terjah je... Nanti mencacatkan penampilan... Biru-merah, hijau-kuning, biru-ungu itu antara warna block yang menarik.boleh juga matching kan ikut warna.kenegerian...

Pendapat aku, warna block ni sesuai digayakan dengan baju atau kain yang kosong atau plain... Tak sesuai jika baju bercorak atau berbunga.. Serabut plak mata nanti...

Tapi aku sendiri tak pernah cuba nak gayakan warna block ni... Masih baru bagi aku.. Tengok la... Mungkin nak rasai kelainan.. Aku akan cuba nanti.. Insha Allah... 

*walau apa pun fesyennya pastikan ikut syariat dan jangan keterlaluan dalam berfesyen... :-) bersederhana itulah yang terbaik!!! *______^

Renungan: Ciri-ciri Munafik Sejati!


# Dusta
 # Ingkar janji
# Khianat
# Mempercepatkan solat
# Enggan berinfak
# Sumpah palsu
# Memperolok-olok al-Quran, Sunnah dan Rasulullah
# Tidak menghiraukan nasib kaum muslimin
# Mencela orang yang taat dan soleh
# Riak
# Malas beribadah
# Sedikit beribadah

Renungkan... Adakah kita tergolong dalam golongan munafik!!!


26 Mei 2014

Tips Menyambut Suami Pulang Kerja


Tip Isteri Menyambut Suami Pulang Kerja
 Jangan banyak soal dan jangan tanya apa-apa, sebaiknya senyum, salam dan sediakan minuman...

Jangan bertanya:
"Mengapa abang balik lambat hari ni?
"Mengapa muka masam je..banyak masalah kerja?"
"Tiap-tiap kali balik, nampak letih, banyak kerja di Ofis tadi?"
"Cubalah tengok anak tu, saya pun letih juga."
"Ambillah sendiri air di dapur, saya mahu mandi, mahu siap-siap masak."

Tips yang Patut diamalkan ialah:
* Isteri diam, jangan bertanya apa-apa
* Jangan bertanya, "Mengapa...?", "Kenapa...?"
* Jangan menyiasat, menegur atau menasihati.
* Cepat-cepat beri air apabila diminta.
* Biarkan suami mula bercerita.
* Kemudian, hiburkan suami dengan pujian

Jom amalkan bersama..
"Ke arah usaha menjadi isteri solehah dan bidadari syurga"

Rahsia dan Khasiat disebalik Biji Tembikai

Tak pernah terfikir biji tembikai ada khasiat, selama ni dok buang aje bijinya kan... sebab keras, dan tak hadam oleh perut, tapi rupanya banyak khasiat biji tembikai... Jom baca:
Sumber: google images
Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain.

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. 

Ia kaya vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama. 

Ramai yang sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapat­kan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup. 

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki. 

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan. 

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan ­lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan. 

Tubuh memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan. 

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual. 

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein. 

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein. 

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah penuaan pramatang. 

Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.

Tak sangka pula biji tembikai banyak khasiat, selama ni kalau beli tembikai mesti cari yang takde biji, lepas ni kena beli yang ada biji pula la... Khasiat lengkap untuk badan, tulang, protein dan anti penuaan... 

Hukum Isteri Menanggung Belanja Rumah


Soalan; 
Assalamualaikum. Sy ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, sy pernah memberitahu suami bahawa sy akan membantu suami untuk membayar bil2 utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang2 sy turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, sy dapati pendapatan suami telah meningkat dan sy yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil2 tersebut. Masalahnya adalah sekarang suami seolah2 menganggap sy wajib membayar bil2 rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila sy memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak sy sebagai isteri dlm permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

1. Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.[1] Berkata Imam an-Nawawi; terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.[2]

2. Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan , tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW –tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).

3. Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.[3]

Wallahu a’lam.

[1] Mirqaat al-Mafatih, Syeikh ‘Ali al-Qari (5/1772). Mir’aat al-Mafatih, al-Mubarakfuri (9/25).

[2] Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi (8/184).

[3] Fatawa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (2686).

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
sumber: facebook

Kerana Dirimu Begitu Berharga..


Bila ada orang menasihatimu, bukanlah bermaksd mereka lebih baik, 
Bila ada orang menasihatimu, bukan bermakna mereka lebih alim
Bila ada orang menasihatimu, bukan bererti mereka menunjuk pandai
Tetapi semata-mata kerana mereka itu menyayangimu dan mereka menginginkan yang terbaik buat dirimu...

Diri mu begitu berharga buat mereka...
Syukurlah jika ada orang yang sentiasa menasihati kita.. 

25 Mei 2014

Fenomena Oat Choco: Akhirnya Terjebak Juga


Fenomena hot sekarang... Rata-rata orang tengah gilakan dengan oat choco ni... 

Aku pun terjebak juga akhirnya...
En.suami aku beli kat kawan dia... RM12 katanya.. Tapi kat NSK dalam RM8 lebih je katanya... 

Sedapkan makan sambil dok tengok tv... Memang mengenyangkan... Tapi lecehnya, kalau makan sikit-sikit kena tadah tangan... Kalau tak bersepah satu umah... 

Bagi, ok la... Kalau sapa yg rajin boleh je kot buat sendiri... Sebab kalau tengok ramuan dia tak susah mana... Bagi penggemar coklat..pasti kena merasainya...