30 April 2014

WW ~ Makanan Yang Baik Selepas Bersenam~


1. Telur (Separuh Masak)
2. Buah-buahan atau Jus Buah-buahan Segar
3. Yogurt
4. Mentega kacang dan biskut kering...

Bukan nasi lemak dengan teh tarik ea...
atau keropok lekor dengan teh ais... 


Kelebihan Jin!

Semalam ada terbaca kisah seram dan pengalaman Saudara KhirKhalid tentang pengalamannya kemalangan di Pagoh. Dalam kisah itu, ada sesuatu yang misteri berlaku. Nak baca korang boleh ikuti kisah tu di blognya www.khirkhalid.com

Lepas tu, semalam aku dok layan citer Ahmad Albab. Minggu ni dah dua kali layan citer... Tak bosan plak rasa citer P.Ramlee ni kan... Dalam citer tu... Da dikisahkan pasal Jin... Jadi aku nak kongsi sikit apa kelebihan Jin yang tiada pada manusia... 


1. Jin mampu berjalan dalam pembuluh darah manusia

2. Jin tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Dan Jin mampu lihat manusia.

3. Jin hidup lebih lama dari manusia.

4. Mampu melakukan perkara yang sukar dilakukan manusia. Mungkin apa yang dalam citer P.Ramlee tu betul kot kan.

5. Bergerak dengan laju.

6. Mampu bertukar rupa dalam bentuk fizikal (mampu dilihat oleh mata kasar manusia) dengan izin Allah. Yang ni selalu orang nampak bunian atau binatang hitam kemungkinan itu Jin.

7. Mampu terbang dan menerokai angkasa.

Itu Lah kelebihan jin yang juga makhluk ciptaan Allah... Apa-apa pun manusia tetap makhluk terbaik yang Allah ciptakan... Kerana Allah telah sebutkan dalam surah at-Tin ayat 4:

Jadi...bersyukurlah kita diciptakan sebagai manusia... Setiap ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangan untuk kita sama-sama berfikir kebesaran dan kekuasaan Allah serta hikamh disebalik ciptaan-Nya... 

WW ~ Rasa Nikmat Khasiat Hebat dengan Ephyra ~

Tak perlu kata apa-apa...
Siapa minum dialah rasa nikmat dan khasiatnya (dengan izin Allah Taala)


Kini, khasiat hebat ini dinikmati setiap hari
Oleh kami berdua suami isteri
Untuk kehidupan yang berseri-seri
Kurniaan hebat ciptaan Ilahi...



P/s: kisah aku dan ephyra tunggu next entry ye... Camne aku bekenalan dengan ephyra... Tunggukan kisahnya nanti... 


Bil Makan Tengah hari RM17 017 itu Biasa???

Bil Makan Tengah hari RM17 017 itu Biasa???

“Bil makan tengah hari RM17,017?” Itu perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru di sini.

Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan, kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish.



"Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit),” katanya yang tidak mahu dikenali.

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa kerana membabitkan makanan yang diketahui mahal seperti patin buah dan udang galah.

Sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish bertarikh 26 April 2014 itu tersebar luas di media sosial menjadi topik perbicangan hangat.

Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu.

Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

"Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan," katanya jurucakap itu lagi.
Sumber: Harian Metro

Mungkin harga tu untuk kuantiti yang banyak. Memang munasabah bagi aku harga tu, sebab nama pun makan eksotik. Sumber asas makanan tu susah nak dapat bekalan, jadi berpadan la dengan harga tu. Bagi orang yang mampu nak makan, biasa lah kan... Tapi aku, kalau sampai beribu-ribu... erk... tak pe lah... Tapi kalau mengidam pula camne??? Haissh... janganlah mengidam benda-benda yang tak mampu dicapai tu.... Tapi kalau nak menikmati udang galah, aku cadangkan pergi ke Restoran Adam Lai atau Restoran Bisik-bisik... ada dijual udang galah kat situ ea.. Boleh la untuk lepaskan rasa mengidam tu... 

WW~Doa Mohon Perlindungan Keburukan Semasa dan Akan Datang~


Mulakan pagi dengan doa dan selawat menyebut nama Allah dan Kekasih Allah Muhammad Pesuruh Allah.
Jom amalkan doa ni bersama...
Moga kita terlindung dari segala keburukan pada masa kini dan akan datang.

Insha Allah...

29 April 2014

Pendidikan Seks Di Sekolah: Perlu Ke???


Tadi aku ajar Tajuk Mandi bagi pendidikan Islam tingkatan satu. Biasalah ajar budak- budak kan, kena banyak mukhadimah dan bercerita... 

Bila masuk bab mandi sudah sentuh bab mandi wajib kan... Memula aku ajar ok lagi... Penerangan tentang sebab-sebab mandi membuatkan sel-sel otak bebudak ni mula berhubung dengan laju... (haha ayat saintifik gitu)...

Lepas penerangan aku, aku bagi peluang bebudak ni tanya soalan... Huh! Memang kering juga tekak bagi penerangan kat bebudak ni... 

Soalan-soalan yang mencabar juga aku kira... Antaranya: 
Ustazah, kenapa air mani tu bukan najis?
Ustazah, kenapa kena mandi wajib lepas keluar air mani?
Ustazah, kenapa kena mandi wajib selepas bersetubuh?
Ustazah, lelaki dan perempuan yang belum kahwin kalau diorang bersetubuh berdosa tak? Kalau tak sengaja pun berdosa ke ustazah?
Ustazah, boleh ke potong kuku ketika haid?

Semua soalan 18sx tu... Kena bijak cari jawapan supaya jawapan yang diberi tu diorg puas hati dan logik.... Memang ligat juga otak aku berfikir mencari jawapan. Alhamdulillah.. Jawapan yang diberi memuaskan hati... Berdasarkan pembacaan ilmu, alhamdulillah aku kongsikan jawapan dengan mereka... Supaya sel otak mereka terus berhubung..

Pendidikan Seks pernah jadi isu hangat dulu kan... Sebenarnya dalam Islam dah lengkap dah... Sepanjang aku belajar dan mengajar pendidikan Islam, memang secara tak langsung aku mengajar pendidikan seks. 

Banyak tajuk atau isu dibincangkan dalam Pendidikan Islam membincangkan bab pendidikan Seks... Contohnya bahagian tilawah tajuk sunnatullah...dikisahkan tentang penciptaan manusia menurut Islam. Bahagian Akhlak bab Fitrah Lelaki dan Perempuan... Semua tu membincang bab pendidikan seks... 

Jadi, jika betul-betul dalami dan fahami pendidikan Islam tu, sebenarnya pelajar-pelajar dah pun didedahkan dengan pendidikan seks... Tak perlu lagi wujudkan sukatan baru...sebab Islam tu dah lengkap... 

Waktu aku mengajar suka aku kaitkan dengan subjek lain macam Geografi, Sejarah, Matematik dan Sains. Aku tak nak pelajar nampak Pendidikan Islam itu terasing dengan subjek lain sebab semua subjek tu terangkum dalam Pendidikan Islam sebenarnya... Seronok mengajar pendidikan Islam tapi kena betul-betul dalami ilmu agama... Sebab tu, tiada siapa boleh ganti cikgu agama jika cikgu tu bercuti melainkan guru agama juga... 

Nampak mudah, tapi amanah tu berat sebab mengajar ilmu dunia akhirat... Moga Allah permudahkan untuk aku sampaikan ilmu dunia dan akhirat... Ameen...

Hukum Gantung Gambar Makhluk Bernyawa

sumber: google images

Adalah menjadi satu kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menggantung gambar kenangan bersama keluarga, perkahwinan dan sebagainya di dinding-dinding rumah. Selain bertujuan untuk menghiaskan kediaman, ada yang menggantung gambar-gambar ini agar tetamu mahupun sanak-saudara mengenali susur galur mereka.

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”

Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.

Oleh itu gambar-gambar makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang disimpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan. Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.

Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 )

Jadi, gambar yang ada, cukuplah dibuat album sebagai kenangan, gantunglah perhiasan yang cantik seperti ayat al-Quran dan pemandangan menarik sebagai tanda kekuasaan Allah... 

Aisberg seluas Singapura mula hanyut


Dunia semakin, zaman makin nampak akan berakhir... Banyak sudah tanda-tanda akhir zaman dan tanda bumi tua timbul. Terbaru aisberg telah pecah dan sedang bergerak menuju ke lautan terbuka... Aisberg yang bersaiz Singapura itu dikatakan ialah salah satu rekahan ais terbesar yang pernah wujud. Ia pecah daripada glasier Antartika dan sedang menuju lautan terbuka.

Pakar glasier NASA, Kelly Brunt pada Rabu lalu berkata, aisberg itu meliputi kawasan seluas 660 kilometer persegi dan setebal 500 meter.

Dikenali sebagai B31, aisberg itu terpisah daripada Glasier Pulau Pine Antartica pada November lalu, kata Brunt.

“Ia adalah ketulan ais cukup besar untuk mencetuskan pemantauan,” kata Brunt dalam perbualan telefon, sambil mengesahkan pertubuhan kerajaan termasuk Pusat Ais Kebangsaan yang memerhatikan beberapa aisberg pada satu-satu masa.

Lokasi terkini aisberg itu bukanlah kawasan yang dipenuhi laluan kapal.

“Tiada banyak kapal melalui kawasan ini. Kami tidak bimbang mengenai laluan kapal. Kami tahu semua lokasi aisberg besar,” katanya.

Saintis amat tertarik dengan aisberg ini bukan saja disebabkan saiz besarnya tetapi ia berasal daripada lokasi yang tidak dijangka, kata Brunt. “Ia seperti kepingan kek yang terapung di Lautan Selatan,” katanya.

Rekahan glasier yang menghasilkan aisberg itu kali pertama dikesan pada 2001, menurut Brunt, seorang saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA dan Universiti Negeri Morgan di Maryland.

Pulau Glasier Pine sudah dikaji secara dekat sejak dua dekad lalu kerana ia kian menipis dan mencair pantas. Ia mungkin penyumbang utama peningkatan paras air laut, kata saintis.

Mereka berkata, aisberg itu sudah terapung di sekitar Teluk Pulau Pine, kawasan perairan Laut Amundsen dan kemungkinan besar akan hanyut kerana arus deras Lautan Selatan. - REUTERS

Sumber: Berita Harian

Kun Fayakun... Segalanya milik Allah... Bukti kekuasaan Allah... Bila tengok aisberg teringat kisah kapal Titanic yang karam kerana terlanggar Aisberg tu... Bila ais semakin cair, lautan bertambah dalam dan kemungkin negara-negara dan kepulauan kecil boleh tenggelam... Segalanya dalam kekuasaan Allah...

Tertarik aku satu komen di FB pasal ni... Iaitu kata-kata seorang wanita bukan Islam yang mengatakan "dia pelik melihat komen orang Islam yang mengaitkan kejadian aisberg ni dengan agama." Itulah hebatnya Islam... Kepercayaan orang Islam terhadap kekuasaan Allah... Sebab kita percaya kepada kiamat... Takpelah.. Moga ada hidayah Allah buat wanita tu untuk fahami Islam... Insha Allah...

Giveaway Birthday by Syira Lokman

KLIK BANNER untuk JOIN!

Ucapan Birthday untuk Syira:Seiring dengan pertambahan usia, ku ucapkan kepadamu sahabat, semoga bertambah juga kesihatanmu, kejayaanmu, kebahagiaanmu, dan keimananmu....
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Selamat hari lahir buat sahabat... (^_^) Moga Allah sentiasa memberkati hidupmu dunia akhirat... 

4 Kunci Zuhud!


Zuhud iaitu cintakan akhirat melebihi dunia tetapi tak meninggalkan dunia secara langsung. Jadikan dunia sebagai asas dan jambatan untuk bekalan di akhirat.

4 Kunci Zuhud menurut Imam Hassan al-Basri:
Renungkan kata-kata beliau:

"Aku tahu REZEKIKU tidak akan diambil oleh orang lain, maka hatiku tenang"
Jangan memikirkan sangat harta dunia, kerana tiada yang akan kekal dan tidak boleh dibawa mati.

"Aku tahu AMALANKU tidak akan dilaksanakan oleh orang lain, maka aku sibukkan diri untuk melakukannya."
Di dunia belum tentu akan ada orang yang sanggup buatkan amal kebaikan untuk kita, maka kita harus sibukkan diri dengan amalan kebaikan untuk bekalan akhirat sana.

"Aku tahu Allah s.w.t sentiasa MEMERHATIKAN diriku, maka aku malu untuk melakukan maksiat terhadapNya."
Sentiasa merasa bahawa ALLAH memerhati gerak geri dan niat kita, pasti kita takut melakukan dosa.

"Aku tahu KEMATIAN sentiasa menungguku, maka aku akan sentiasa menambah amalanku untuk menghadapi pertemuan dengan ALLAH SWT."
Merasa dekatnya MATI, dan sentiasa bersedia dan berfikir amalan yang akan dibawa. 


28 April 2014

Bisikan Syaitan dan Malaikat


Renungan malam sebelum tido...
Jika niat baik tu bisikan malaikat... Jadi kalau kita buat dapat ganjaran pahala... Tapi jika niat jahat, tapi tak buat tak dapat pape... 

Syukuri jika dapat bisikan malaikat... Jika niat baik jangan tangguhkan... Cepat-cepat buat, takut-takut peluang tu datang sekali je... 

Jadi sebelum tido,jom niat dan doa yang baik-baik untuk esok... 

Moga hari esok lebih baik dari hari ini... 

~ Selamaat Malam ~

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Rumahtangga!

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Rumahtangga!

Sumber: google images

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi. 
"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan." 

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa mencintai atau dicintai setiap hari. 
"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai. 

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana. 
"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata." 

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan. 
"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal." 

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban. 
"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumah tangga kucar-kacir." 

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa. 
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu. 

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara. 
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula. 

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia. 
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumah tangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing. 

9. Hubungan seks ada turun naiknya. 
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberangsangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling. 

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya. 
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati. Sanggupkah anda?

Pelik Ada Air!

Macam satu kejutan je bila pulas kepala paip ada air... Haha.. Itulah gara-gara sebab dah terbiasa dengan catuan air ni... 

Sumber: google images
Alah bisa tegal biasa... 
Semalam dan hari ni sepatutnya air kat rumah kena catu, tapi, elok je air tu laju keluar... Aikk.. Dah habis catuan dah ke??? Kata rabu ni??? 

Apa-apa pun, seluruh penduduk yang alami catuan air, bersyukur sebab dah habis musim catuan... Tapi air tadahan tetap ada... Bukan apa..beringat.. Kang tetiba je takde air.. Masak la nk angkut air bertong-tong kan... Payah plak nak beristinjak dan sebagainya... 

Alhamdulillah... Hujan pun dah makin kerap... Segala puji bagi Allah yang kurniakan air... 

Catuan air ni mengajar kita supaya berjimat cermat... Hargai air... Jangan dah takde baru nak hargai ea dak... 


P/s: teringat ustaz aku dulu kata... Kat Malaysia ni memang sinonim dengan pembaziran air tambah-tambah bab amik wuduk... Sebesar-besar buka air... Padahal Nabi s.a.w pernah bersabda:

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya:

"Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?"

Saad bertanya:

"Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?"

Baginda SAW menjawab:

"Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir."

~Riwayat Ahmad~

Jadi... Membazir amalan syaitan, jika sebelum solat kita dh ikut syaitan..agak-agak khusyuk tak solat kita???
Sama-sama renungkan...

Ubat Kesedihan!

Sumber: fb

Ubat kesedihan bukan hiburan atau keseronokkan... 
tetapi ialah merendahkan diri sujud dan mengadu kepada Allah... 
Hanya Allah boleh ubati kesedihan kita...
Mengadu kepada manusia, mungkin manusia boleh lahirkan simpati;
tetapi mengadu kepada Allah, Allah hapuskan kesedihan dan tunjukkan jalan kebahagiaan dan keluar dari kesedihan itu.. insha Allah... 
Bila sedih, mengadulah kepada yang benar-benar sayang dan kasih kan kita iaitu ALLAH

La Tahzan.. Innallahama'ana...

27 April 2014

7 Penawar Ubati Suami Cemburu


Cemburu lelaki lebih dasyat dari cemburu perempuan sebenarnya:

1. Berlaku jujur
Jujur dan berterus terang dalam apa jua keadaan. Supaya dia tak mudah syak wasangka. Nak buat apa pun ceritakan kepada dia.

2. Berfikiran secara waras
Jangan cuba lakukan kalau tahu perkara tu dia tak suka.

3. Tenangkan dirinya dan pandai memujuk
Layan cemburunya dengan waras. Jika dengan tengah marah dan menuduh, diam dan tenangkan jangan menjawab dengan kasar. 

4. Tunjukkan sikap ambil berat.
Lelaki/suami cemburu sebenarnya penyayang dan manja. Mereka memerlukan perhatian dan belaian dari isteri. Jadi, tinggalkan segala aktiviti dan hobi anda, dan layan serta ambil berat suami serta lakukan aktiviti bersama serta luangkan lebih masa bersamanya walaupun ada anak.

5. Sentiasa buat kejutan
Buatlah apa sahaja kejutan. contohnya titipkan kad ucapan kecil dengan kata-kata cinta yang diselitkan di walletnya... Atau selitkan di beg atau kocek bajunya.

6. Layani kehendak seks
Yang ni, memang salah satu fitrah kenapa lelaki dan perempuan berkahwin. Bila dah kahwin, seks halal dapat pahala.. Jadi syaitan pun takde peluang nak hasut lagi dah...

7. Berdoa
Doa senjata mukmin.. berdoalah moga cemburu itu tanda sayang bukan cemburu buta. Amalkan doa untuk kesejahteraan bersama. Antara doa dan amalan yang boleh dibuat ialah amalkan membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr setiap kali selepas solat.. Insha Allah... bertambah rukun rumah tangga dan mengelakkan pergaduhan.. amalkan... 

Petua Atasi Ruam Bayi

Petua Atasi Ruam Bayi

Sumber: google images

Disebabkan kulit bayi yang dilahirkan begitu lembut dan sangat sensitif maka mudah baginya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kulit. Ibu bapa jangan sesekali mengambil ringan perihal bayi anda kerana masalah penyakit kulit seperti ruam, amat mudah dihidapi bayi. Terdapat beberapa kategori ruam yang biasa dialami oleh bayi. Di bawah berikut adalah jenis-jenis ruam berserta beberapa petua yang boleh dipraktikkan mengikut kemudahan dan kemampuan anda:

Ruam Lampin
Bayi akan mengalami ruam lampin jika dia dibiarkan memakai lampin untuk satu tempoh yang lama kerana air kencing akan bertindak balas dengan kulit bayi seterusnya menyebabkan timbul bintik-bintik merah. Bintik ini boleh bernanah jika tidak dirawat degera. Oleh itu, pastikan anda kerap menukar lampin bayi untuk mengelak masalah ini.

Ruam Panas
Cuaca panas menyebabkan bayi berpeluh. Peluh-peluh yang terkumpul di celah pelipat tubuh kemudiannya akan bertindak balas dengan kulit bayi sehingga menyebabkannya mengalami keradangan. Memakaikan bayi pakaian yang sesuai adalah langkah terbaik mengelakkan mereka daripada mendapat ruam panas.

Ruam susu
Ruam ini juga disebut sebagai ‘kurap susu’. Masalah ini terjadi kerana lebihan susu yang meleleh ketika bayi minum tidak segera dibersihkan. Akibatnya berlakulah tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi.

Cara-cara mengatasinya

Cara mengatasi ruam-ruam ini adalah boleh dengan menggunakan beberapa petua tradisional melayu. Seperti ambil sebiji ragi bersaiz sederhana dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, ayak dan campurkan dengan bedak talkum. Sapukan pada kulit bayi.

Petua yang kedua adalah, tanak nasi sehingga menjadi bubur. Kemudian, ambil sedikit dan letakkannya ke dalam kain jarang. Ikat dan picit sehingga keluar kanjinya. Air kanji yang keluar itu kemudiannya disapukan pada tempat yang meruam.

Ketiga,  dengan mengambil satu senduk tepung ubi kayu dan masukkan ke dalam kain jarang dan bungkus. Selepas anak mandi, sapukan bungkusan tepung ubi tadi pada bahagian yang ada ruam. Lakukan dua kali sehari.

Cara yang seterusnya, menggunakan tepung kanji dan sedikit bedak bayi, kemudian lumurkan pada bahagian badan yang ada ruam.

Selain itu, bedak sejuk  (bedak yang diperbuat daripada beras), tumbuk halus dan sapukan pada bahagian tubuh yang dijangkiti ruam.

Akhir sekali, gunakan dua helai daun sirih muda bersama sedikit air dan ketepikan. Selepas itu, tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelingking. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan bancuh bersama bedak sejuk. Sapukan pada kulit yang terkena ruam. 

Untuk elakkan ruam susu, bersihkan atau lapkan mulut atau badan bayi yang terkena susu tu cepat-cepat selepas menyusu. Jangan biarkan susu kering sendiri pada kulit bayi. 

Cara mudah rawat ruam, ialah dengan amalkan menyapu minyak zaitun atau minyak kelapa dara selepas mandikan bayi... selain menghangatkan badan bayi, ia juga merawat kulit supaya lebih tahan alahan. elakkan sapu bedak atau sapu losyen kerana kandungan bahan kimia yang kita tak tahu kesan jangka panjangnya... Jadi menyapu minyak yang diproses semula jadi itu, alternatif yang lebih baik...insha Allah... 

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Diari Doa Seorang Muslim

Sumber: internet

Indahkan Islam (^_^)
Sepanjang hari sangat lengkap dengan aktiviti untuk dunia dan akhirat yang seimbang... Manfaatkan setiap detik dengan doa dan akhiri juga dengan doa... 

Jika kita dapat amalkan, insha Allah kita sendiri akan rasa lengkap seharian hidup kita. Kita kan terasa sia-sia nya 24 jam yang Allah kurniakan... 

Waktu yang berkat ialah, masa yang singkat kita rasa lama untuk selesaikan banyak kerja dan tanggungjawab, tetapi waktu yang sia-sia pula kita rasa waktu yang banyak sentiasa tidak cukup untuk kita... 

Jom kita ikut diari Islam supaya setiap detik kita terisi dengan perkara yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat... Dan semoga setiap pekerjaan dan amal mendapat berkat di sisi Allah...
Insha Allah... 

Selamat bekerja dan selamat berhujung minggu...

26 April 2014

Oh My Student! sob...sob...sob... 😂

Saat bertugas enam hari di minggu pertama mula bekerja..terjumpa pula kata-kata ni... 


Oh My Student... So touching!!!
Itulah cikgu kan...
Memang letih.. Tapi keletihan itu lenyap pabila melihat kejayaan mu... Pabila melihat perubahanmu...dan kelelahan itu musnah pabila melihat kau menjadi manusia dewasa yang berguna untuk agama, bangsa dan negara... 

Oh My Student... Tiada kamu tiadalah daku, tiadalah kerjaya ku kini... 

Harapanku hanya ingin melihat kejayaanmu dunia akhirat...
Insha Allah....

Wordless Saturday: Ada Apa???

Renungan bersama...
Biar gambar saja yang berbicara...
Renungan di hari minggu...
Biarpun hari santai...
Jangan lupa dengan hari pengakhiran kita...
Kerana kita tiada apa-apa...
Melainkan pinjaman semata...

Renungkanlah...


Posted via Blogaway

25 April 2014

Santai Petang: Teka Amin Tengok Gambar Siapa??


Santai petang... 
Relax-relax...

Amin tengah tengok sekeping gambar... Amin tak de adik beradik tapi orang dalam gambar tu anak kepada ayah amin... 

Siapa yang amin tengok???
Cer jawab... 
Kalau dapat jawab aku bagi...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Bagi DOA je kat korang sebab itu yang lebih berharga dari sebuah hadiah kan... 
Pastinya doa itu yang baik-baiklah...

Teka ek... Semoga berjaya...

Kiraan Dos Ubat Demam Untuk Kanak-kanak

Sumber: google images
Kena belajar juga cara kira dos ubat... Biasa kalau pergi klinik atau hospital doktor akan tanya tinggi, berat dan umur...sebab ada formula tertentu untuk doktor kira dos ubat yang sesuai... 

DOS UBAT  DEMAM UNTUK KANAK-KANAK

Bagi kanak-kanak, hanya disyorkan untuk merawat demam dan dos ubat yang lebih kecil diberikan berbanding dos dewasa. Pilihan dos ubat mestilah disesuai kan dengan umur pesakit dan kebiasaannya pesakit kanak-kanak diberikan ubat cecair bagi memudahkan pengambilan ubat.

Dos paracetamol seharusnya bergantung pada berat kanak-kanak. Dos biasa ialah 10-15mg setiap kg. Contohnya, jika kanak-kanak itu beratnya 10kg, dos sepatutnya ialah 100-150mg. Boleh diambilsetiap 4 jam dengan maksimum empat kali sehari sahaja kecuali atas nasihat doktor. Maksimum dalam sehari ialah 100mg setiap kg berat badan....Jika kekuatan paracetamol ialah 160mg/5ml, bermakna kanak-kanak 10kg memerlukan 100mg bersamaan 3-4.6ml. Jika kekuatan adalah 100mg/ml pula, ia memerlukan 1-1.5ml. Berbeza bukan?

CONTOH PENGIRAAN

Berat 10kg : dos perlu ialah 10kg x 10mg = 100mg
• Sirap paracetamol 250mg/5ml : setiap ml terdapat 50mg paracetamol
Dos yang diperlukan dalam ml = 100mg/50mg = 2 ml

Begitulah seterusnya untuk sirap paracetamol kekuatan yang lain seperti 160mg/5ml, 100mg/ml, dan 120mg/ml. Anda boleh gantikan pada pengiraan di atas untuk mengetahui dos yang paling sesuai untuk anak anda.

Tambahan: Selang waktu pemberian ubat kepada anak ialah empat atau enam jam sekali bergantung kepada suhu semasa... Pastikan badan anak sentiasa dibasahkan dan kerapkan mandi...

Cara Pemberian Ubat Kepada Kanak-Kanak

Apakah jenis peralatan yang diperlukan?

Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak (rujuk jadual di bawah)

Bagaimana memilih jenis persediaan?
Pemilihan teknik pemberian ubat bergantung kepada umur kanak-kanak dan keupayaannya untuk menelan ubat.

Persediaan cecair.
Kanak-kanak yang baru lahir hingga usia berusia 1 tahun

Cara pemberian
  • Mengenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.
  • Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45°
  • Balut bayi anda dengan kain / selimut bayi.
  • Pakai peralatan yang sesuai untuk pemberian ubatan bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.
  • Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.
  • Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang telah dipecah atau hancurkan

Kanak-kanak yang berumur di antara 1 tahun hingga pra-sekolah.

Panduan pemberian
  • Campurkan ubat dengan puding.
  • Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.
  • Jangan marah atau denda anak anda sekiranya dia mengeluarkan semula ubat tersebut.
  • Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun dan keatas selalunya boleh menelan ubat.

Kanak-kanak sekolah

Panduan pemberian.
  • Dalam kes tertentu anda mungkin perlu menghancurkan dan mencampurkan ubat biji dengan ais krim atau puding.
  • Jangan benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibubapa

Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda muntah?

Jika anak anda memuntahkan ubat:
  • Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama
  • Berulang kali, berhenti dan hubungi doktor.

Bagaimanakah cara menghancurkan ubat biji?
  • Bila anak anda perlu makan ubat dalam jangkamasa yang panjang, anda boleh membeli alat pemecah ubat
  • Bila ubat diperlukan untuk jangkamasa yang pendek, hancurkan ubat dengan menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas
Bagaimanakah cara melarutkan ubat?
  • Ikut seperti arahan yang tertera di bungkusan ubat.
  • Jika anda kurang pasti tentang arahan ini, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis.

Sumber: SINI, SINI

Alhamdulillah si kakak jenis mudah makan ubat... Tak de lah susah sangat... Perkara paling penting!!! JANGAN TAKUTKAN ANAK-ANAK DENGAN UBAT!!! Bila ditakutkan itu yang buat diorg fobia dengan ubat.

Syukuri Pabila Sakit


Alhamdulillah, badan semakin imun dengan sakit sebab dah kerap sangat sakit agaknya masak zaman sebelum kahwin. Bila dah kahwin Alhamdulillah jarang sakit atau demam... Syukur sangat-sangat dan aku memang sentiasa doa aku tak sakit... Supaya aku dapat jaga suami dan anak-anak jika diorang sakit.. 



Namun, sakit bukan hukuman, tapi sebagai NIKMAT tanda KASIH SAYANG ALLAH kepada hamba-Nya... Bersyukurilah jika kita sakit atau JIka Allah beri kesakitan kepada orang yang kita sayang... Itu juga sebagai dugaan kepada kita... 

Pabila suami atau anak sakit, kita turut sakit kan... Sebab berjaga malam, risau dan berjaga-jaga saja.. Itulah tanda kasih sayang Allah... Alhamdulillah... Terima Kasih Allah.. 

Sakit juga teguran Allah kepada kita.. Sebab kadang-kadang kita lalai dengan nikmat kesenangan yang DIA bagi.. Jadi, Allah berikan sejentik ujian, untuk kita kembali ingat Kepada-NYA... 

Syukurilah jika kita sakit.. sama ada sakit badan atau sedih di hati... Segalanya tanda KASIH SAYANG ALLAH kepada kita... ALHAMDULILLAH... 


Sumber pictures: google images

10 Tanda Hati Mati!!!

Sumber:fb

Jom koreksi diri:
10 Tanda Hati Mati:

1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya
2. Kita mengaku cinta Rasulullah, tetapi mengabaikan sunnahnya.
3. Kita membaca al-Quran tetapi tidak mengamal dengan hukum-hakam di dalamnya.
4. Kita memakan nikmat Allah, tetapi tidak mensyukuri nikmat pemberian-Nya.
5. Kita mengaku musuh kita ialah syaitan, tetapi kita masih mengikutinya.
6. Kita mengakui nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kita mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalan.
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tetapi tidak pernah ingat akan aib diri sendiri.
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah daripadanya.

Hati-hati dan pergilah berubat jika ada salah satu dari tanda ini...

24 April 2014

Mudah Hilang Ingatan Jika Perut Buncit!!

Sumber:fb

OMG!!!
Orang perut buncit mudah hilang ingatan!!!
Risiko untuk hilang ingatan bagi orang yang perut buncit bertambah tiga kali ganda tu... 

Nampak gayanya kena la amalkan Tips dan Petua Kempiskan Perut macam ni... 

Tapi ni hanya kajian je la ek... Insha Allah jika kita tak amalkan 10 perkara yang merosakkan otak.. Insha Allah otak kita berkeadaan baik... 

Jadi... Jom.. Rajin-rajin baca Al-Quran #peringatanbersama...

Info: Periksa Tarikh Luput Alat Kosmetik Anda!!!

Hari minggu lepas, berkemas-kemas dengan en.somi... Memeriksa segala botol-botol bedak dan alat penjagaan diri yang ada tu...sebab dah nampak semak sangat... Dalam dok periksa tu rupanya banyak produk dah tamat tarikh luput... Memang kalau makanan kita selalu la alert bab tarikh luput ni, tapi bab penjagaan badan dan kosmetik kurang pikir.. Itu aku lah... Kdang-kadang men pakai je... Bila bau dah tak sedap baru buang...  Jom baca sedikit info yang aku dapat bab tarikh luput barang kosmetik dan penjagaan badan... 
Sumber: fb

Apa kesannya menggunakan produk tamat tarikh luput?

- Produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan

- Takut memberi efek pada kulit ( radang dan sebagainya )

Sebenarnya ada barang yang tiada tarikh luput sebab tiada peraturan khusus yang dikenakan. Ada juga produk yang mempamerkan tarikh luput seperti pelindung matahari, ubat jerawat, dan produk yang merawat kelemumur. Akan tetapi jika anda membeli produk dari negara Eropah, anda mungkin bernasib baik kerana Kesatuan Eropah mempunyai arahan supaya tarikh luput ditunjukkan-sekurang-kurangnya untuk produk yang wujud kurang dari 30 bulan.

Bagaimana pula di Malaysia? 

Seperti makanan, produk kosmetik dan pembersihan ada yang meletakkan tarikh tamat tempoh atau tarikh pembuatan contohnya seperti “Exp 12/2015″ dan “MFG 07/13″ tetapi tidak semua. Ada juga yang meletakkan tarikh Tempoh Selepas Pembukaan (PAO) seperti produk ini meletakkan logo seperti ini contohnya “12M” atau “24M”. Itu bermakna, produk itu boleh digunakan 12bulan ataupun 24bulan selepas dibuka. Selain itu juga, ada (undecipherable) kod kumpulan khas dicetak pada bekas produk dan anda boleh memeriksa sama mereka meletakkan tarikh luput produk di CheckCosmetic.net.

Produk penjagaan kulit dan rambut 

Pelembap, Krim Wajah dan Krim mata: 6 bulan hingga 1 tahun. Bahaya jika menggunakan krim tamat tempoh bukan sahaja terletak pada keberkesanan produk, tetapi juga kemungkinan anda mengalami kerengsaan dan jangkitan bakteria. Krim yang diletakkan di dalam bekas boleh disimpan sehingga 9 bulan manakal produk yang menggunakan pam boleh digunakan sehingga setahun.

Pelindung matahari : 1 tahun . Ini adalah dikawal selia oleh FDA , jadi ia datang dengan tarikh luput biasanya boleh digunakan dalam masa satu tahun. Simpan di tempat yang jauh daripada cahaya matahari dari matahari untuk menghalang formula daripada menjadi tidak stabil.

Krim anti- penuaan atau anti -jerawat : sehingga 1 tahun , bergantung kepada bahan-bahan. Produk anti -jerawat yang mengandungi Benzoyl peroksida mempunyai jangka hayat tiga bulan selepas dibuka. Produk dengan antioksidan seperti retinol, Glycolic asid dan vitamin C juga akan menjadi tidak berkesan dalam masa yang cepat lepas dibuka.

Syampu, perapi rambut, dan produk rambut : 1-2 tahun dibuka, 3 tahun jika belum dibuka. Air dan udara yang masuk ke dalam botol boleh memecahkan formula produk.

Loofas dan span mandi: 3 minggu untuk loofas , 7 minggu untuk span. Ini kerana bakteria mudah berkumpul di dalam span lembap.

Pembersihan badan
  • Deodoran / Anti -perspirant :3 tahun atau semak tarikh tamat tempoh, jika ada.
  • Krim pencukur : 2 tahun atau mungkin lebih lama jika disimpan dengan baik.
  • Ubat gigi : Semak tarikh tamat tempoh, dicetak pada ubat gigi yang mengandungi fluorida. Ia biasanya 2 tahun selepas tarikh pembuatan.
  • Pencuci mulut / Listerin : 3 tahun dari tarikh pembuatan, juga biasanya dicetak pada botol.
  • Sabun : 3 tahun bagi kedua-dua sabun buku dan sabun cecair. Malah sabun boleh tamat tempoh dengan cepat jika ia mengandungi minyak pati.

Alat solek dan haruman
  • Perfume / Cologne : 2 tahun. Botol mungkin kelihatan cantik di kaunter , tetapi anda harus menyimpan ia dari cahaya matahari dan kelembapan.
  • Maskara dan pelapik mata cecair : 3 bulan. Dapatkan yang baru setiap  3 bulan dan jangan gunakan terus jika ia kering atau jika anda mempunyai jangkitan mata.
  • Bedak asas cecair : 6 bulan hingga 1 tahun.
  • Kosmetik berasaskan serbuk (contohnya, eyeshadows dan bedak asas serbuk) : 2-3 tahun.
  • Gincu dan lipgloss : 2 hingga 3 tahun.
  • Mata dan pensel bibir : 3 hingga 5 tahun. Tajamkan sebelum digunakan untuk memelihara produk ini.
  • Pengilat kuku : 1-2 tahun


Tips: Untuk membantu anda supaya ingat bila tarikh tamat tempoh produk, selepas membeli produk anda, tulis tarikh pembelian atau tarikh anda membuka produk.

Entry ni sebagai reminder kat aku juga... Sebab aku pernah baca kat akhbar... Pastu bila search jumpa artikel ni... Jadi molek kiranya aku kongsikan dan catatkan di sini...supaya kita sama-sama beroleh manfaat... Insha Allah... 

Tips Cerdaskan Minda Anak!

Sumber: google images

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, di tahap ini urusan mendidik dan mengasuh adalah lebih mudah. Hanya penting ketika ini adalah kesediaan dan kecukupan ilmu ibu bapa dalam mengajar mereka. Dan pastinya ibu bapa mahukan anak-anak mereka membesar dalam keadaan yang sihat lagi bijak.

Namun, sekiranya tidak diketahui cara atau kaedah mendidik tersebut, keinginan untuk memiliki anak yang bijak itu sedikit sebanyak terjejas. Dengan adanya panduan serta kaedah seperti  berikut, ibu bapa jangan lagi berasa bimbang. Semoga dengan mempraktikkan panduan ini, anak-anak anda lebih bijak.

Kurangkan menonton TV
TV disifatkan boleh merosak ketrampilan mental dan mensia-siakan waktu untuk perkembangan otak si manja. Sebaiknya, buka ruang untuk si manja lebih banyak berbual.

Bahasa penting untuk pembelajaran anak-anak dan bahasa yang diperoleh menerusi program  televisyen selalunya tidak sesuai dengan keperluan si manja. TV tidak akan menjawab pertanyaan atau melayani keinginan si manja. Di mana perkara inilah yang membuat si manja pintar.

Hasilkan buku binatang
Ketika melawat zoo, ambil gambar-gambar haiwan di sana untuk diabadikan di dalam buku khas. Kemudian, keraplah membaca buku itu bersama-sama sambil menamakan dan membuat bunyi-bunyi binatang terbabit.

Beriadah
Dorong si manja untuk mengamalkan cara hidup yang sihat dan aktif. Luangkan masa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk berjogging atau mengajak si manja bersama-sama melakukan aktiviti luar rumah yang boleh mengeluarkan peluh. Aktiviti menyihatkan ini membantu merangsang otak si manja agar lebih cergas dan cerdas.

Nyanyikan lagu untuknya
Ada kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitannya dengan pembelajaran matematik. Oleh itu, belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau reka lagu sendiri untuk dinyanyikan kepadanya.

Main dengan warna
Pilih satu warna dan suruh anak cari objek lain yang sama warna sewaktu anda meluangkan masa dengannya. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

Guna kad imbasan
Gunakannya untuk mengajar anak mengenal A-B-C atau 1-2-3. Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan. Dalam tempoh seminggu, lihat kesannya. Pasti dia dapat menghafal perkataan dan nombor yang anda perkenalkan kepadanya.

Buat kraf tangan
Melakukan kerja kraf bererti kita mengerah otak kanan. Jadi, ajak anak anda bermain tanah liat, menggunting kertas, membuat origami dan lain-lain.

Bermain teka teki
Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak meneka apakah benda itu. Mulakan dengan memberi petunjuk seperti warna atau bunyi. Ia dapat mengaktifkan otak kanan.

Doa sambil nasihat
Sama ada sebelum anak tidur, sedang tidur atau baru bangun tidur, ambil sedikit waktu untuk membacakan doa sambil mengusapkan kepalanya dan pada masa yang sama memberi nasihat berguna. 


Hukum membayar fidyah sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang sudah meninggal dunia.

Sumber: google images

ISU:
Apakah hukum membayar fidyah sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang sudah meninggal dunia?

PENJELASAN: 
Isu membayar fidyah sembahyang yang pernah ditinggalkan oleh individu yang meninggal dunia merupakan isu yang diperselisihkan oleh para ulama terdahulu. Terdapat tiga pendapat berkaitan isu ini: 

1) Individu yang meninggal dunia dan dia pernah meninggalkan sembahyang, maka ahli waris tidak perlu melakukan solat qadha' untuk si mati dan juga tidak perlu membayar apa-apa fidyah. Ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu ulama bermazhab Maliki, pendapat yang muktamad menurut mazhab Syafi'i dan juga pendapat ulama bermazhab Hanbali. Hujah mereka, sembahyang adalah ibadah yang dilakukan dengan anggota badan semata-mata dan tiada hadis sahih yang mengatakan perlu membayar fidyah sembahyang yang ditinggalkan, berbeza dengan puasa. Sembahyang yang ditinggalkan juga tidak perlu diqadha' oleh ahli waris kerana terdapat hadis sahih yang dilaporkan oleh Abdullah bin 'Abbas, Nabi Muhammad saw bersabda, "Janganlah seseorang itu melakukan sembahyang untuk orang lain dan janganlah seseorang itu berpuasa untuk orang lain." (al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33; al-Buhuti, Kashshaf al-qina', jil. 2, hlm. 336; Ibn Qasim, Hasyiah al-raudh al-murabba', jil. 3, hlm. 440). 

2) Menurut sebahagian ulama bermazhab Syafi'i, jika si mati ada meninggalkan sembahyang fardhu semasa hidupnya, maka ahli warisnya perlu menqadha'kan sembahyang itu, serta boleh diambil daripada harta peninggalan si mati untuk membayar kafarah kerana meninggalkan sembahyang tetapi ia bukan fidyah. Dilaporkan bahawa Imam al-Subki pernah menqadha'kan sembahyang untuk ahli keluarganya yang sudah meninggal dunia (al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33). Hujah pendapat ini, diqiyaskan qadha' sembahyang si mati dengan qadha' puasa si mati. Manakala menurut sebahagian ulama bermazhab Hanbali, jika si mati pernah bernazar untuk melakukan sembahyang tetapi dia tidak sempat melaksanakan sembahyang nazar itu, maka wajib ahli warisnya untuk melakukan sembahyang tersebut (al-Buhuti, Kashshaf al-qina', jil. 2, hlm. 336) 

3) Menurut ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama bermazhab Syafi'i, jika si mati ada meninggalkan sembahyang semasa hidupnya, maka wajib membayar fidyah bagi setiap waktu sembahyang yang ditinggalkan dengan kadar 15 tahil beras. Tetapi tidak perlu mengqadha'kan sembahyang tersebut. Menurut Imam Abu Hanifah, fidyah tersebut hanya wajib dibayar jika si mati mewasiatkan agar dibayarkan fidyah itu selepas kematiannya. Namun menurut sebahagian ulama bermazhab Hanafi, wajib membayar fidyah itu walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati. Hujah pendapat ini, berdasarkan hadis yang dilaporkan oleh Abdullah bin 'Abbas, Nabi Muhammad saw bersabda, "Janganlah seseorang itu melakukan sembahyang untuk orang lain dan janganlah seseorang itu berpuasa untuk orang lain. Tetapi bagi setiap hari yang ditinggalkan itu diberi makanan sebanyak satu mud bijirin." Hadis direkodkan oleh Imam al-Nasa'i. Hadis ini secara jelas menyatakan bahawa orang yang meninggalkan sembahyang dan puasa hendaklah dibayar fidyah sebanyak satu mud bijirin (al-Sarakhsi, al-Mabsut, jil. 3, hlm. 90; al-Malibari, Fath al-mu'in, hlm. 272; al-Dimyati, Hasyiah I'anah al-Tolibin, jil. 1, hlm. 33). Namun menurut majoriti ulama yang berpendapat bahawa tiada fidyah sembahyang, hadis ini dha'if serta ia lebih tepat merujuk kepada fidyah puasa sahaja. 

Oleh itu, pendapat yang paling tepat ialah jika si mati pernah meninggalkan sembahyang, maka ahli warisnya tidak perlu membayar fidyah dan tidak perlu mengqadha'kan sembahyang tersebut. Beberapa fatwa menjelaskan hukum ini: 

1) Menurut keputusan Fatwa Negeri Pulau Pinang: "Tiada diqadhakan dan juga tidak dikeluarkan fidyah bagi sembahyang si mati. Manakala hukum fidyah puasa, sekiranya orang yang mati sedang menanggung puasa fardhu dan berkesempatan untuk menqadhakanya tetapi ia tidak berbuat demikian maka dikenakan fidyah bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan sebanyak 15 tahil beras. Jika puasa itu tidak diqadhakan lewat bertahun maka fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun."

2) Menurut keputusan Fatwa Negeri Perlis: "Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha'." 

3) Menurut Fatwa Negeri Melaka: "Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil 3/2007 yang bersidang pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12 Disember 2007 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa: Tiada qadha' dan tiada fidyah bagi sembahyang yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Malik bin Anas dalam kitab al-Muwatta' daripada Ibn Umar radhiyallahu anhuma: لاَ يَصُوْمُ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ وَلاَ يُصَلِّىْ أَحَدٌ عَنْ أَحَدٍ .

Wallahu a'lam.

Renungan: Mencari Kebahagiaan

Sumber: google images
Jom semak!!!


1. Bebaskan diri dari dendam, ego, sombong dan takut... 
Dendam adalah punca utama hati kita tak bahagia... Jika kita benar redha, maka lepaskn...serahkan segalanya kepada Allah... Allah tahu rencana yg terbaik utk kita.... Buang dendam dan ego... Jadilah pemaaf dan orang yang sentiasa minta maaf.

2. Hidup sederhana
Banyakkan memberi jika kita ada lebihan rezeki... Hidup untuk berkongsi... 

3. Berkasih sayang
Sayangilah sesiapa saja terutama yg terdekat dengan kita... Kasih syg sesama sahabat... Dan berkasih sayanglah kepada semua makhluk Tuhan..

4.  Jangan pentingkan diri
Hidup kita ni ada sangkut paut dengan orang... Hari ni kita senang bantulah orang lain... Jangan pentingkan diri.. Jangan menindas saat kita di atas kerana suatu hari kita mungkin adalah yg di bawah.

5. Berbuat baiklah semasa manusia
No body perfect... Berbuat baiklah kepada sesiapa sahaja... sama ada kenal atau tidak, kecil atau dewasa, ikhlas tanpa balasan... 

Lakukan semua dengan rela tanpa paksaan... 
Niatkan dalam meniti hidup, hanya mencari redha Ilahi..
itulah kebahagiaan yang hakiki dan sejati...

~Insha Allah~

23 April 2014

WW ~ Status Terkini Blog: Alexa dan Berat Blog ~

Saja pepagi check status blog. Biar gambar berbicara...
Berat terkini blog ni setakat jam 0915 am tadi... Nak Check boleh semak SINI

Ranking Alexa Setakat jam 0915 am: 23 April 2014... Nak Check boleh semak SINI

Syukur dengan pencapaian yang memberangsangkan ini... Tapi ini tak kan terjadi tanpa sokongan pembaca dan rakan blogger semua...
Terima kasih kerana memberi sokongan kepada blog ni...
Semoga bermanfaat dan dapat ilmu baru bila berkunjung ke sini... 

Alhamdulillah...

Note: Special Thanks to my husband for his support... This is trulylove from Allah...