31 Mac 2014

Bahaya Pakai Baju Kuning!

Bahaya Pakai Baju Kuning!

Sumber: google images

SETIAP orang mempunyai warna kesukaan masing-masing, termasuk kuning.

Satu kajian mendapati, penggunaan warna kuning dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius.

Berdasarkan penemuan awal daripada kajian sebelumnya mendapati, bahan kimia beracun yang dikenali sebagai bifenil berpoliklorin (PCB), ditemui dalam pewarna kuning pada pakaian dan peralatan cetakan.

Bahan kimia itu dianggap mungkin menjadi karsinogen kerana diketahui dapat menyebabkan kanser pada haiwan, namun kesannya terhadap manusia belum diketahui.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati, bahan kimia tersebut dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kecacatan ketika lahir, kanser dan masalah perkembangan anak.

Penyelidik dari Universiti Rutgers di New Jersey, AS, Lisa Rodenburg berkata, produk kegunaan harian paling banyak mengandungi bahan kimia terbabit.

Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Environmental Science & Technology itu menguji 16 helai pakaian kuning dan 28 sampel kertas.

"Sebanyak 16 sampel pakaian dan 26 sampel kertas disahkan positif bahan kimia terbabit.

"Penggunaan bahan ini berada pada fasa yang membimbangkan dan dikhuatiri jika pengguna telah berusaha menghindari produk berwarna kuning, mereka masih berisiko terkena racun tersebut melalui udara dan air, yang akhirnya dapat masuk ke dalam tubuh mereka," jelasnya.

Ujarnya, PCB juga boleh memasuki tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang terdedah kepada bahan tersebut.
Sumber: SINI

Mujur aku suka warna hijau dan selalu pakai baju purple je.. hehe... Tapi warna kuning melambangkan keceriaan kepada si pemakai... habis tu camne... Kuning kan warna diraja... hmm... ni kajian je.. 

Kesan Makan Nasi Lebih???

Sumber: google images

Makanan yang dimakan setiap hari akan dihadam untuk menjadi tenaga kepada tubuh dalam bentuk glukosa. Karbohidrat pula sumber utama glukosa kepada tubuh.

Tanpa karbohidrat, kita berasa letih dan lesu serta tidak bermaya kerana tubuh kekurangan glukosa. Tanpa disedari, setiap hari kita makan secara berlebihan, terutama makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, kuih-muih, kek, pastri, tepung gandum, kentang dan gula.

Kita mengambil jumlah karbohidrat berlebihan tanpa disedari, sedangkan kalori diambil daripada karbohidrat tidak diguna disebabkan kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

Kesan jangka panjang mengakibatkan terjadinya sindrom metabolik (Insulin Resistance Syndrome) yang juga dikenali sebagai Sindrom X.


KARBOHIDRAT menyebabkan kegemukan.

Sindrom X akhirnya menyebabkan seseorang menghidap penyakit kencing manis (diabetis mellitus) dan masalah kegemukan. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam darah setiap kali kita makan makanan berkarbohidrat tinggi.

Sebenarnya karbohidrat penting untuk kesihatan tubuh tetapi bukan semua orang sama. Ia dikategorikan mengikut kesannya pada paras glukosa dalam darah selepas makan dan ini dipanggil sebagai indeks glisemik (GI).

Apakah indeks glisemik (GI)?

Diperkenalkan pada 1981 oleh ahli sains, Dr Jenkins, GI dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia.

GI dinilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100. Seterusnya nilai GI dipecahkan kepada GI rendah, sederhana dan tinggi.

Makanan yang cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) dengan nilai GI lebih daripada 70. Makanan lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) dengan nilai GI kurang daripada 55.

Nilai GI antara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (Medium glycemic index). Makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah.
Sebaliknya, makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi selepas makan tidak baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Kita perlu menstabilkan paras glukosa darah selepas makan untuk mendapat kesihatan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi, strok dan kanser.

Oleh itu kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai GI rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan perlu mengurangkan makanan mempunyai nilai GI tinggi.

Nilai GI sesuatu makanan boleh dirujuk dalam buku tulisan saya “Lapan Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet” atau membuat carian di Internet dengan menaip ‘Glycemic Index’ seperti dalam senarai di bawah.

Contoh Makanan/ Nilai GI

1. Roti dan Bijirin
• Roti Putih - 78
• Nasi Putih - 77
• Kentang Lenyek - 82 [ni snek utama Faiqah bila dia tak nak makan nasi... gantikan dengan kentang...]
• Beras Perang - 55
• Pasta - 60
• Mi - 80
• Tepung Gandum - 75
• Oat - 80
• Bijirin Jagung - 54

2. Sayur-sayuran
• Lobak merah - 50
• Asparagus - 15
• Brokoli-15
• Kacang Buncis - 30

3. Buah-buahan
• Epal - 39
• Oren - 42
• Pisang - 40
• Kismis - 64

4. Minuman/makanan ringan
• Minuman bergas - 70
• Teh tarik - 72
• Gula pasir - 70
• Madu - 87 [tinggi juga nilai karbohidrat dalam madu, patut la rasa kenyang seharian bila makan madu]
• Jus Oren - 80
• Kacang pea - 10
• Kentang goreng - 58

Secara umumnya jika sesuatu makanan mempunyai GI tinggi, kita patut makan sedikit saja dan jika mempunyai GI rendah, kita perlu makan lebih banyak.

Kita perlu memikirkan nilai GI sesuatu makanan berkarbohidrat sebelum makan. Contohnya, roti putih mempunyai GI=78 dan buah epal GI=39.

Oleh itu, makan epal tidak akan memuncakkan paras glukosa dalam darah berbanding makan roti putih, menyebabkan kita lebih elok makan lebih banyak buah- buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian untuk kesihatan yang baik.

Journal of American Medical Association (JAMA) edisi Mei 2002 melaporkan, lebih 311 kajian berkenaan GI dijalankan dan kebenaran teori ini dibuktikan secara saintifik.

Ia dijadikan rujukan berhubung cara pemakanan sihat, terutama untuk pesakit diabetes di Kanada sebagaimana dicadangkan Persatuan Diabetes Kanada dalam risalah yang menggalakkan pesakit diabetes mengamalkan makanan dengan indeks glisemik rendah dan sederhana sebagai cara mengawal paras glukosa dalam darah dan mengelak komplikasi diabetes jangka masa panjang.

Mengapa kita perlu makan makanan yang mempunyai GI rendah dan sederhana?

Apabila memakan makanan mempunyai GI rendah seperti beras perang dan oat, paras glukosa dalam darah lebih mudah dikawal selain membantu menurunkan paras kolesterol.

Amalan makan makanan GI rendah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi akan mengawal selera makan serta kajian mendapati ia menurunkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi dan membantu mengelak masalah kegemukan.

Makanan yang mempunyai GI rendah menyebabkan paras insulin menurun dan bagi pesakit diabetes, pengawalan paras glukosa darah menjadi lebih mudah.

Makan makanan mempunyai GI tinggi secara berlebihan menyebabkan masalah perut buncit dan kegemukan. Ini kerana makanan ini menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah disimpan sebagai lemak dalam sel lemak, terutama di kawasan perut dan dalam abdomen di sekeliling organ dalaman seperti hati, limpa dan usus. Keadaan ini menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’.

Kajian mendapati kebanyakan makanan proses seperti biskut, kek, pastri, roti, kuih-muih, kerepek, donut, mi, pasta, mi segera kaya dengan gula mempunyai nilai GI tinggi.

Makanan ini mudah didapati di kedai dan menjadi pilihan kebanyakan kita. Tidak hairan masalah diabetes atau kencing manis semakin meningkat.

Tepung apabila dimakan memuncakkan paras glukosa dengan cepat dalam badan, malah ia lebih cepat daripada kita makan sesudu gula. Ini kerana ia mempunyai nilai GI lebih tinggi berbanding gula pasir.

Tepung gandum bahan asas kepada pembuatan kek, roti, biskut, mi, roti canai, jemput-jemput, kuih-muih dan pelbagai jenis masakan. Makanan ini kegemaran masyarakat umumnya di Malaysia, menyebabkan masalah kegemukan semakin bertambah setiap tahun.

Di Amerika Syarikat, NCEP (National Cholesterol Education Program) – ATP (Adult Treatment Panel) III pada 2001 memberi beberapa kriteria sindrom X ini.

Sindrom X terjadi akibat pemakanan tinggi karbohidrat yang mempunyai GI tinggi secara berterusan bertahun lamanya. Akhirnya ia menyebabkan keadaan pra- diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kolesterol dan kencing manis (diabetes mellitus).

Tanda di atas mudah kita lihat dalam masyarakat sekarang, terutama apabila umur meningkat melebihi 30 tahun. Berat badan dan saiz pinggang bertambah manakala perut semakin buncit.

Ujian darah menunjukkan paras kolesterol tinggi. Ini tanda anda mempunyai Sindrom ‘X’ yang meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 50 peratus. Tidak hairan ramai dalam kalangan masyarakat sekarang mendapat serangan jantung seawal usia 30-an.

Menurut kajian sains perubatan terbaru, perut buncit sangat berkaitan dengan risiko serangan jantung. (part ni tak best..biarlah buncit seksi yang sihat... hehe) Banyak kajian membuktikan kaitan antara ukur lilit pinggang yang besar dengan risiko tinggi menghidap penyakit jantung.
Sumber: Harian Metro

Bagi aku yang jenis perut Melayu ni, tak boleh tak amik nasi.. mesti nak makan nasi... Pernah seharian tak makan nasi, gantikan dnegan roti dan kentang dan speghati juga... tapi malamnya tak boleh lena tido.. haha... Nama pun perut Melayu kan,, dari kecik makan nasi aje... berangan nak jadi org putih plak... hehe.. Kan dah kena... :)

AWESOME GIVEAWAY BY KIERA RASHID


KLIK BANNER untuk join
Tarikh tutup sebelum 10 April 2014

***********************************
REVIEW KHAS QUEENARA ACCESORIES
Anda peminat tegar aksesori. Dan sedang mencari aksesori yang sangat gojes tapi murah? Jangan risau, @Queenara Accesories adalah jawapannya. :D Dan yang paling best, ada free gift tu!! Mari cuci mata dan beli ^____^

Sebab Tidak Bahagia!

Sumber: fb

Hati tak bahagia??? Tidur tak lena??? Hidup serba tak kena???
Jom koreksi diri kenapa kita tak bahagia???

# Pemarah
# Pendendam
# Hasad dengki
# Bakhil
# Tamak
# Tidak Sabar
# Ego
# Riak
# Cintakan dunia

Dah semak???
Jika ada salah satu tanda ni WAJIB cari penawarnya... 
Penawar sakit hati paling mudah ialah Zuhud dan Zikirullah...
Kerana itulah pendinding utama syaitan masuk ke hati manusia...

Moga kita dijauhkan dari sifat-sifat tidak bahagia ini... 

30 Mac 2014

Papan Gelongsor Bentuk Orang!

Sumber:fb

Unik tapi dua kali pandang macam seram pula kan...

Tapi agak-agak bebudak seronok ke, takut nak main agaknya ni???

Aku tak tahu la kat mana...
Ataupun hanya ilusi je ni...
Tapi kalau ada teringin pula nak try main... Opss... Bagi anak main.. Hehe...

Seronok santai-santai hujung minggu mcm ni sambil.main kat papan gelongsor kan...

Selamat bersantai...


Posted via Blogaway

Kunci Kebahagiaan dalam Hidup

Sumber: fb

# Jangan membenci sesiapa pun walau ada yang menyalahi hakmu.
Walaupun orang rampas hak kita jangan lah membenci,kerana di dunia ni tiada satu pun hak mutlak kita sebenarnya, semuanya hanya pinjaman semata-mata... Apa yang kita ada kini adalah anugerah Ilahi.

# Jangan pernah bersedih secara berlebihan sekalipun masalah memuncak.
Jangan sedih berlebihan, menangis meratap kesedihan secara berlebihan kerana akan membunuh segala kebahagiaan yg ada... Hadapilah masalah secara positif... Semakin kita hebat, semakin hebat juga ujian dan masalah kepada kita datang. Itulah tanda Allah sayang.

# Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun serba ada.
Walaupun kita banyak duit, banyak harta dan serba serbi ada, sederhanalah... Usah menunjuk-nunjuk... Usah berlebih-lebihan... Harta yang ada lebih baik diinfakkan... 

# Buatlah kebaikan sekalipun banyak musibah.
Buatlah apa sahaja kebaikan walaupun kita dilanda masalah tika itu... Kerana kebaikan membawa kebaikan hatta kebaikan kepada seekor haiwan jalanan.

# Perbanyakkanlah memberi sekalipun kamu sedang susah.
Walaupun dalam kesempitan berilah sedekah. Dengan sedikit pemberian adanya barakah.. Dan barakah itu membahagiakan penerima dan juga pemberi sendiri.

# Tersenyumlah walaupun hatimu sedang menangis.
Sumber: google images
Senyum penawar duka... Senyumlah sekali hatimu pahit... Memberi senyum dan menerima senyum menghilangkan duka di hati... Senyumlah seikhlas hati... Pasti harimu berseri... (cuba tengok bayi senyum, pasti hilang masalah). (^_^)

# Jangan memutus doa untuk saudara mukmin.
Doa senjata mukmin, berdoalah utk mukmin dan orang lain... Kerana doa jugalah pengerat silaturrahim dan ketautan hati mukmin dan muslim... 

29 Mac 2014

Selesa dengan shawl dari Red Delima

Hari ni dating berempat dengan pertama kalinya menggayakan shawl hadiah GA Dunia Shida tajaan Red Delima...

Shawl yang tidak jarang sama sekali.. Mudah dibentuk dan senang nak lilit...
Memang selesa bergaya dan paling penting bidang besar dan labuh depan dan belakang...

Dengan gaya berjubah dan ber'ring sling' tadi shawl dari red delima sebagai pelengkap gaya... Dengan labuh itu buatkan ku selesa sekali nak NIP (Nursing in Public).

Terima kasih blogger Shida dan Red Delima... Memang terbaik shawl ni...

Jom cuci mata shopping di Red Delima..


Posted via Blogaway

Rethink Your Drink!

Berapa banyak gula kita pernah amik???
Elakkan minum minuman dikedai...
Sesekali tak apa lah...

Galakkan bawa air kosong ke mana sahaja kita pergi...
Beli bekas air mahal-mahal, rugi lah tak guna kan...

Renungkan...
Selamat beramal...


Posted via Blogaway

Bas Amfibia (dua alam) di Terengganu.

Bukan binatang je dua alam, bas pun kini boleh jadi bas dua alam... Waktu kemarau dok atas darat, bila banjir jadi bot pula...

Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.

“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.

Sumber: Harian metro

Ingat binatang je, bas pun dah de dua alam... Bagus ni... Kalau banjir tak payah sibuk-sibuk nak cari bot... Hehe. Nak try naik, boleh g Tasik Kenyir.. Elok ni melancong time cuti.sekolah ni...


Posted via Blogaway

28 Mac 2014

Makanan yang Kaya Kalsium

Makanan yang Kaya Kalsium

Smber: google images

Kalsium merupakan salah satu sumber makanan yang sangat penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu pastikan anda memberikan mereka sumber makanan berkalsium atau suplemen tambahan kalsium. Ada beberapa makanan yang mengandungi banyak kalsium dan boleh dimasukkan dalam senarai menu harian mereka.

Susu
Ia minuman wajib dalam menu harian kanak-kanak. Umum sedia maklum tentang pembekal sumber kalsium terbanyak yang ada dalam susu. Pastikan anak-anak menikmati hidangan susu setiap hari tanpa halangan. Anda boleh variasikan perisa susu seperti strawberi, coklat atau vanilla untuk rasa yang lebih enak. Susu membantu pertumbuhan tulang dan gigi si manja.

Keju
Selain susu keju juga makanan yang kaya dengan kalsium. Anda boleh menambahkan keju pada roti atau makanan kegemaran si kecil. Hidangan keju bagus untuk anak-anak yang sedang dalam proses tumbesaran.

Telur
Selain menjadi sumber protein, telur juga mengandung kalsium yang baik untuk kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak suka makan telur. Untuk mengelakkan mereka bosan makan telur begitu sahaja, anda boleh berkreatif dalam menyediakan hidangan telur. Antara menu cadangan berasaskan telur seperti salad telur, omellete, telur hancur, sandwic telur dan lain-lain lagi. Telur kaya  dengan protein yang bagus diambil secara rutin.

Brokoli
Memang lumrah kanak-kanak tidak mahu makan sayur-sayuran. Tetapi anda tetap perlu menyuruh mereka makan sayur-sayuran terutama brokoli kerana ia tinggi kandungan kalsium yang dapat membantu pertumbuhan tulang yang sihat dan kuat.

Oren
Buah oren memang sedap dinikmati terutama ketika cuaca panas. Paling penting ia kaya dengan kandungan kalsium. Biasakan si kecil menikmati buah oren yang juga kaya dengan vitamin C bagi menguatkan sistem imun badan anak anda.

Sumber: SINI

Kalsium penting untuk kanak-kanak dan ibu mengandung atau ibu yang menyusu untuk tumbesaran yang sihat...dan tulang yang kuat. 

Baby Wear: Ber"Ring Sling"

Baby Carrier??? Stroller??? Baby Wrap??? Baby Ring Sling??? apa lagi ek??? 
Ni antara gadjet yang digunakan untuk travel atau jenjalan bersama si kecil... 
Yang mana satu pilihan kalbu???
Sekadar berkongsi pengalaman setelah ada dua anak... 

Lain anak, lain pengalaman...
Sebelum ada anak, mula berfikir yang mana perlu beli antara jenis-jenis gadjet tu... sebab semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan memasing kan... 

Masa Faiqah dulu aku membeli Baby Carrier murah aje... agak keras tetapi sesuai la gendong dia masa lepas 2 bulan dan memandangkan dia pun sedang-sedang aje bandannya... maka, laratlah aku gendong... Kenapa memilih baby carrier???
Sebab utama, baby kecik lagi, tak sesuai nak dedahkan dia dengan persekitaran yang luas. Baby pun rasa selamat dan lebih rapat dengan ibu/bapa. Baby carrier mudah di pakai pada badan, just click2 dah siap... 

Bila Faiqah dah besar, memilih beli stroller sebab dia nak tido dan beratnya dah bertambah, maklumlah masa Faiqah, badanku memang slim melim aje... si suami pun masih maintain aje... jadi, tak larat plak nak dukung masa tu... Jadi, beli stroller jenama Pliko.. Syarat utama beli stroller ialah yang jenis boleh laras ke depan dan ke belakang. Tujuannya, stroller boleh laras lebih sesuai untuk anak yang baru nak membesar, biar baby mengadap kita (ibu/bapa), selamat sikit ngadap ke kita kan... dan juga ustaz aku pesan mengelakkan baby melihat persekitaran yang tak elok di luar sana (faham-faham la persekitaran shopping compleks camne kan), sebab baby bila dia melihat, dia merakam dan takut tersimpan dalam memory dan dia mengikut.. Nauzubillah... moga tak tersimpan la dalam memory anak-anak apa yg dia lihat tak elok tu... 
NI baby wrap...  memang terikat kemas mendakap gitu... Sesuai juga kalau nak nursing... tapi aku lihat baby sling mcam mudah nak pakai sikit, tapi terpulang lah nak pilih mana... dua-dua pun ok.. 

Masa Faiqah, aku belum berkenalan dengan Baby Wrap, Baby Sling dan lain-lain tu... Tapi bila si adik, aku mula memikir kena beli sesuatu yang lain. Adik lebih berisi badannya dan semangat sikit... Nak guna baby carrier kakaknya aje, tapi badannya berisi, takut dia tak selesa sebab baby carrier tu kecik aje... Guna stroller??? dia tak selesa sebab masih bayi... 

Jadi, kena beli sesuatu yang lebih sesuai.. mula belajar tentang baby wrap dan baby sling... cara penggunaan dan pemakaian... Setelah dikaji, diselidik tengok testimonial di internet, akhirnya aku tertarik dengan baby ring sling... sebab lebih mudah nak pakai, fleksibel dan nampk mudah dan selesa... 

Mula, mencari jualan baby ring sling di internet... Banyak dijual di internet nk murah ada, nak mahal pun ada.. Tapi aku cari yang harga RM100 ke bawah aje... Setelah dibelek-belek terjumpa di dua laman web iaitu Manjakuhappy dan juga Onebabyworld... yang lain-lain RM100 ke atas, tapi cantik la kan.. Sebab aku pilih bawah RM100 sebab berpadanan dengan penggunaan aku yang bukannya kerap sangat nak berjalan pun... Antara dua tu aku memlih Onebabyworld sebab, dekat dengan rumah aje... tak perlu beli online.
Baby Ring Sling pilihan.

Jadi, semalam ke Onebabyworld di Taman Permata... lagi setengah jam nak tutup baru sibuk nak g kan.. Tapi sokongan padu dari suami, buatkan ku semangat nak memiliki baby ring sling... Alhamdulillah, setelah membeli, dan hari ni mencuba mengikut tutorial yang diberi dan dilihat di internet.

Sumber: google images
Pertama kali mencuba, adik ketawa mengekek (memang adik dah pandai ketawa mengekek walaupun baru 2 bulan...cepatkan.. Alhamdulillah)... Tu maknanya dia suka la tu... Senyum aku sendiri... 

Tak sabar pula nak berjalan-jalan dengan Baby Ring Sling... 
Sedikit review dan kelebihan Baby Ring Sling (Aku memilih jenama Autumz... ramai ea jual jenama ni, kena pandai la survey harga.. aku beli kat OBW RM79.90 selepas diskaun sebab harga asal RM99.90... )
# Kainnya tebal dan lembut
# Jahitan kemas dan selesa
# Siap poket berzip
# Anak selesa sebab kainnya lembut dan dakapan selesa
# Boleh nursing smbil berjalan tapi kena pakai baju khas untuk menyusu
# Anak siap boleh lena la kalau kena gaya
# Baby Ring Sling boleh laras ikut keselesaan bayi dengan hnaya tarik je kain ring tu... 

Nota ungu: Ring SLing ni cara orang dulu kendong bayi tetapi dimodenkan... Orang dulu pakai kain batik lepas aje... 

Anne Nurain's Birthday Giveaway


Simple GA ni...
Hadiah boleh tahan...
Syarat pun mudah...

Join cepat sebelum 31 Mac 2014

KLIK BANNER untuk join... 

***********************
UCAPAN untuk ANNE

Selamat hari lahir buat Anne...
Ku doakan sahabat alam maya ku ini, 
sentiasa dalam pemeliharaan Allah, diberkati dan dirahmati oleh-Nya;
Mendapat berkat dan lindungan dari-Nya;
Mencapai segala impian dan keinginan yang dihajati;
Disayangi dan bahagia disamping keluarga tersayang;
Dilapangkan rezeki dan dilanjutkan usia..
Selamat hari lahir ANNE... (^_^)


Renungan Jumaat: Dan Apabila...

Sumber: Internet

Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Apabila umat aku mengagungkan dunia, dicabut daripada mereka kehebatan Islam;
Apabila mereka meninggalkan suruhan terhadap kebaikan dan penegahan daripada kemungkaran,
diharamkan mereka daripada keberkatan wahyu;
Apabila mereka saling mencaci antara mereka, gugur mereka daripada pandangan (rahmat) Allah."
[HR al-Hakim at-Tirmizi]

Huraian Hadis:
# Seimbangkan dunia dan akhirat, jadikan dunia sebagai jambatan bekalan ke akhirat. Dunia hanya sementara dan akhirat itu yg kekal selamanya.
# Teruskan berdakwah mengajak orang berbuat baik, dan tegurlah orang lain jika dia membuat sesuatu yang tidak baik.. Berkata benarlah walaupun pahit!.
# Hentikanlah mencaci maki sesama sendiri... kerana inilah punca Allah turunkan bala kerana hilangnya rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita, kerana umat Islam tiada kesatuan lagi.. Bersatulah! Renungkan sahaja peristiwa +MH370 ... macam mana perangai umat Islam dalam isu ni kan... Sedih sungguh rasanya.. Sebab tulah kita diuji macam-macam, sebab sikap kita sendiri... huhu.. 

Renungkanlah...
"Tazkirah Jumaat"

27 Mac 2014

5 Tip Elak Menjerit Pada Anak!

Sumber: google images

Ramai ibu bapa terpaksa menjerit untuk menarik perhatian anak-anak yang degil. Semakin anda menjerit, semakin kurang perhatian yang diberi oleh anak-anak. Ikuti lima teknik mudah anak mendengar kata tanpa perlu meninggikan suara.

Bagi amaran. Anak-anak lebih takut apabila anda memberi amaran kerana mereka takut mereka tidak dapat apa yang mereka mahu. Sebagai contoh, selagi anak anda tidak mengemas barang-barang permainan, selagi itu mereka tidak boleh bermain di bermain basikal di taman.

Sentiasa bertenang. Hati ibu bapa mana yang tidak 'panas' apabila melihat makanan bersepah di ruang tamu gara-gara sikap anak yang gemar makan di depan tv. Teknik terbaik sebelum anda mahu menjerit adalah dengan bertenang sambil melihat anak-anak yang kian membesar dan semestinya sikap mereka hanya boleh dilihat ketika mereka masih kecil.

Ingat peranan anda. Apabila anda memilih untuk menjerit pada anak anda, sebenarnya anda telah merendahkan peranan anda sebagai ibu. Anda tidak boleh menuntut penghormatan daripada anak anda dengan menjerit sebaliknya anda perlu ingat peranan anda sebagai ibu adalah menunjukkan moral yang baik. Bercakap perlahan dan kawal dengan tenang menunjukkan anda ibu yang bijak.

Jadi lebih rapat. Anda menjerit dari tingkat atas atau dari dapur, namun anak-anak tetap mengabaikan anda. Ramai ibu bapa bertindak demikian kerana sudah memanggil anak-anak banyak kali tapi tidak didengari. Cara terbaik adalah pergi ke arah anak, tarik perhatiannya, lakukan 'eye contact' dan bercakap perlahan dengannya.

Bayangkan anda mempunyai tetamu. Kawal kemarahan dan rasa mahu menjerit dengan membayangkan jeritan anda mungkin akan didengari oleh jiran atau tetamu di dalam rumah anda. Membayangkan anda mempunyai tetamu membuatkan anda menolak untuk menjerit kerana memalukan anda sekeluarga.

Ada ibu bapa memang terpaksa memanggil anak berulang kali sambil menjerit kerana sikap anak yang sukar memberi kerjasama apabila dipanggil. Menjerit bukanlah jalan penyelesaian kerana sikap anda akan dijadikan contoh buat mereka kelak sama ada bersama adik-beradik atau rakan-rakan di sekolah. Jika anda tidak mahu anak-anak anda menjerit sesama sendiri, anda sendiri perlu datang dan bercakap perlahan di depan mereka.

Sumber: Karangkraf.com

Terkena kat batang hidung sendiri maa... memang tak dinafikan kengkadang jerit bak tarzan dah... sebab sekali cakap lembut tak dengar, dua kali tak dengar...tiga kali.. hangin naik ke kepala... memang nak menangis saat aku menahan sabar... ealah.. orang hot temper macam aku ni... tapi itulah.. istighfar dan doa je pendindingnya... astaghfirullah.... Moga aku diberi lebih kesabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak... Tapi sebenarnya, cakap secara lembut memang berkesan pun.. ntah hangin apa la kengkadang buatkan aku menjerit.. tulah setan kan... haishhh... astghfirullah... 

Segmen: Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


Meraikannya sempena cuti sekolah.. 
Jom support blogger ayu reramai.. 
 Saya supported je segmen ni ea... tapi tak janji nak blogwalking semua... 
Insha Allah ada masa saya blogwalking... ^^
Harap maaf kerana banyak kekangan lain dan masa yang tak mengizinkan.. 

KLIK BANNER untuk join
Sebelum: 30 Mac 2014

Aplikasi Semak Status Halal dan Info Addin di Hujung Jari!

Pergi pasaraya, ragu-ragu nak beli barang.. Eh! halal ke tidak ek ni.. Logo ni diiktiraf JAKIM ke tak ek...

Pergi musafir, melilau mencari masjid terdekat untuk solat... lelaki tak kisah sangat kan.. tapi wanita kalau nak solat kena cari tempat solat selesa sebab nak berwuduk kena buka aurat juga kan... kena jaga tu... 
Bila ada isu agama tak tahu nak cari jawapan kat mana... 

Kini, segala persoalan di atas hanya ddengan hujung jari... segalanya mudah... Memandangkan ramai pakai smartphone kini tiada masalah lagi... 

JAKIM sudah pun buat satu aplikasi mudah, untuk semua pengguna Islam... Anda boleh download secara percuma di Play Store anda... 



Segalanya mudah... 
Kini boleh semak status halal, kemusykilan agama, khutbah Jumaat, info solat, fatwa Yassin dan Tahlil... memang terbaiklah aplikasi ni... 

Jom download... memang mudah... aku dah download... paling teruja pasal info solat, siap kalau musafir akan ada petunjuk masjid berhampiran, memang membantu betullah... 

Satu aplikasi lengkap semua... Apa-apa pun aplikasi ni masih baru, perlu banyak penambahbaikan.. tapi sangat berguna... 

Jom jadikan smartphone anda SMART bukan SEMAKphone ea... 

Sumber: Page JAKIM

Hukum Sedekahkan Pahala Bacaan al-Quran kepada Si Mati


Selepas PM mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di lautan Hindi dua hari yang lalu, seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah dan menyedekahkan al-Fatihah kepada penumpang dan anak kapal yang beragama Islam. Namun, dalam masa yang sama pelbagai spekulasi lain timbul... sebabnya tiada bukti atau mayat ditemui, jadi ada orang yang mempertikaikan amalan menyedekahkan bacaan al-Quran dan al-Fatihah kepada si mati. Sebenarnya, perkara ni satu amalan dan menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia khususnya.. Jadi, apakah hukum sebenar menyedekahkan bacaan al-Quran dan al-Fatihah kepada si mati??? 

Jadi, aku mencari maklumat di internet... memandangkan tak terdaya nak menggodek buku dan kitab tatkala ini... Mencari pendapat ustaz yang diketahui keilmuannya tentang ini... rujukan dan dalil yang sahih... Sekadar pendapat sebelah pihak, tak boleh pegang sangat kan... jadi, aku terjumpa satu artikel tulisan Ustaz Zaharuddin di laman webnya zaharuddin.net. Penjelasan yang jelas beserta dalil-dalil nas serta ijmak ulama. Ini antara petikan artikel berkenaan permasalahan hukum menyedekahkan bacaan al-Quran dan al-Fatihah kepada si mati.
**************************************************
Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan  boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut (Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567) :-
  1. Sedeqah harta dan yang sepertinya.
  2. Doa & istighfar.
  3. Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

Antara dalil utama mereka adalah :-
a) Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu, berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" (Al-Hasyr : 10)

b) Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" (Muhammad : 19)

c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya " Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : " Ya" (Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya " Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya" (riwayat Muslim, Nasaie, Tirmidzi dan lain-lain)

Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

* Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh" (Qawa'id al-Ahkam , 1/135).

* Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani (w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha (w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar, 4/99).

Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

1)  Ijma', ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H),  An-Nawawi dan Ibn Khathir.

2)  Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.

b-   Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah'  semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -

* Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

1)     ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))
Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan.." (An-Najm : 39)

2)     ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))
Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain" (Al-An'am : 164)

3) Hadith Nabi SAW
   إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له   

Ertinya  : "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"

Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran  kepada si mati.

Imam ahmad mengatakan :

" وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير "

Ertinya : "Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan" (Al-Mughni, 2/566)

Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : "sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh sampai kepada si mati.." (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang  menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah' semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias'kan kepada semua jenis ibadah.

Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya, maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh.... Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna." (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)
Sumber: SINI

Kesimpulannya:
  1. Hukum secara putus (qat'ie) dalam bab ini, tiada kerana ulama berbeza pendapat dan mengemukakan dalil masing-masing.
  2. Ada ulama mengharuskan dan ada yang tidak menggalakkan kerana Nabi s.a.w tidak pernah melakukan sedemikian rupa.
  3. Dalil yang jelas ialah, amalan si anak kepada arwah ibu bapa memang sampai berdasarkan dalil: "Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"
  4. Jadi, tiada masalah untuk menyedekahkan atau mendoakan si mati kerana ayat-ayat al-Quran itu pun terdiri daripada doa-doa.
  5. Kesimpulan daripada Ustaz Zaharuddin: Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu'alam.

Kita Tahu...

Sumber: wechat

Kita tahu hamba Allah
Tapai kita tetap langgar perintah-NYA...

Kita tahu kudrat kita dari ALLAH
Tapi kita tetap sombong
dengan kekuatan dan kelebihan kita...

Kita tahu kita sentiasa bergantung dengan ALLAH
Tapi kita bangga dan angkuh dengan kejayaan kita...

Kita tahu kita banyak meminta dari ALLAH
Tapi kita jarang bersyukur dengan apa yang kita ada...

Kita tahu ALLAH sayang kita
Tapi kita marah bila DIA menguji kita...

Kita tahu bila-bila masa kita akan kembali kepada ALLAH
Tapi... Kita tetap menjalani hidup kita
seolah-olah kita akan hidup selama-lamanya...

Kita tahu.... :'( 

Ya Allah... Ampunkanlah dosa-dosa kami atas kelalaian dan kealpaan kami dengan duniawi... Jadikanlah kami orang yang bersyukur dan beramal soleh serta orang yang teguh imannya di sisi MU... Ameen...

#terkesan sungguh kata-kata ni... Jika anda baca tetapi tiada kesan di hati bermakna hati anda sudah parah! Perlu dirawat dan kembalikan kepada ALLAH dengan segera! AWAS!!!

26 Mac 2014

Seksanya Seriau Gigi!

Seksanya Seriau Gigi!

Memalam je terasa berdenyut-denyut gigi, macam nak tercabut semuanya... Fuh! Ngilu je rasanya... Mula perasan jadi macam elok habis pantang.. Mencari punca juga, pasai la gigi aku jadi macam ni... Nak kata tak minum susu, haisshh... memang bergelas-gelas susu sehari... tak kan terlebih kalsium pula kot jadi macam ni... Seriau gigi... ishhh...ngilu betul... disebabkan itu, solusinya, kena la tukar ubat gigi... Iaitu... Ubat gigi untuk gigi sensitif... 

GIGI SENSITIF : PUNCA DAN RAWATAN

Gigi sensitif terjadi kerana ada penipisan pada lapisan email (lapisan luar gigi) sehingga lapisan tengah gigi, yang disebut dengan "dentin" menjadi terbuka. Dentin terdiri atas tabung-tabung kecil (tubula) yang menyambung ke ujung saraf dan dipenuhi dengan cairan. Apabila dentin yang terbuka ini terkena rangsang dari makanan/minuman yang dingin, panas, manis, ataupun asam dapat menyebabkan cairan ini untuk bergerak. Gerakan cairan inilah yang menyebabkan ujung saraf bereaksi, memicu timbulnya rasa ngilu yang pendek tajam.

Beberapa kebiasaan sehari-hari yang dapat menyebabkan terjadinya gigi sensitif, diantaranya:

Menyikat gigi dengan tekanan yang terlalu kuat
Berupaya menyikat gigi sebersih mungkin, dengan menyikat gigi terlalu sering dengan tekanan yang terlalu kuat, serta menggunakan sikat gigi dengan bulu sikat yang keras (kasar), perlahan dapat menyebabkan terjadinya penipisan lapisan email gigi yang mengakibatkan dentin gigi terbuka.

Gangguan pada gusi (Gingivitis)
Apabila gusi mengalami gangguan ataupun pergerakkan struktur gusi (gusi turun) maka akan menyebabkan terdapatnya area pada gigi yang pada awalnya terlindung oleh gusi, menjadi terbuka. Dan kondisi inilah yang disebut dengan gigi sensitif, dimana terdapat lapisan leher gigi yang seharusnya terlindung oleh gusi menjadi terbuka.

Menggertak-gertakkan gigi
Terdapat beberapa orang yang memiliki kebiasaan menggertak-gertakkan gigi saat sedang diam maupun ketika waktu tidur. Kebiasaan ini perlahan-lahan dapat menyebabkan pengikisan lapisan email pada gigi yang mengakibatkan dentin gigi menjadi terbuka.

Gusi Turun
Penurunan gusi yang terjadi pada gigi menyebabkan kondisi gigi sensitif. Penurunan gusi ini menyebabkan lapisan gigi yang pada awalnya terlindung oleh gusi, menjadi terbuka. Dan kondisi inilah yang disebut dengan gigi sensitif, dimana terdapat lapisan tengah gigi (dentin) yang terbuka.

PUNCA GIGI SENSITIF

  1. Gigi berlubang (decay tooth)
  2. Gigi yang retak (crack tooth)
  3. Permukaan gigi yang telah haus dan terhakis
  4. Tampalan gigi yang telah pecah dan retak
  5. Permukaan akar gigi yang terdedah akibat masalah gusi (penyakit gusi) atau/dan resesi gusi yang teruk (boleh berlaku akibat tekanan yang melampau pada gusi semasa memberus gigi).
  6. Kesan sampingan daripada rawatan pergigian tertentu. Contohnya, rawatan pemutihan gigi (teeth whitening procedures). Kebiasaanya sensitif jenis ini adalah sementara sahaja.

RAWATAN GIGI SENSITIF
a) Ubat Gigi Nyah-Sensitif (Desensitizing Toothpaste)
- Memerlukan beberapa kali aplikasi untuk mengurangkan rasa sensitif pada gigi.

b) Topikal Florida/Agent Pen-Nyah-Sensitif
- Sekiranya, penggunaan ubat gigi untuk gigi sensitif masih tidak berjaya. Doktor gigi anda boleh meletakkan salah satu bahan diatas pada permukaan gigi yang sensitif.

c) Rawatan Tampalan
- Sekiranya 2 cara diatas masih tidak berjaya, doktor gigi anda akan menutup kawasan sensitif pada permukaan gigi samada dengan lapisan sealant, tampalan ataupun korona gigi (dental crown).
- Jenis pilihan rawatan adalah bergantung kepada faktor yang menyebabkan gigi tersebut sensitif.

d) Rawatan Akar (Root Canal Treatment)
- Sekiranya rasa sensitif semakin teruk dan tidak berjaya dirawat dengan segala rawatan diatas, doktor gigi anda akan mengesyorkan rawatan akar (root canal treatment) dilakukan pada gigi tersebut.

e) Pembedahan Gusi
- Pembedahan gusi juga merupakan salah satu pilihan untuk menutup permukaan akar yang terdedah dengan teruknya. Prosedur ini melibatkan rawatan pembedahan kecil yang memerlukan pemantauan dari pakar.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dan membuat pemeriksaan gigi dengan doktor gigi anda untuk mengetahui punca utama gigi sensitive tersebut. Ini kerana setiap punca gigi sensitive mempunyai pilihan rawatan yang berbeza.

Langkah mudah atasi gigi sensitif

  • Selalu menjaga kebersihan gigi dan mulut, dengan menyikat gigi dua kali sehari, pagi setelah sarapan, dan malam sebelum tidur
  • Menggunakan pasta gigi khusus gigi sensitif dua kali sehari secara teratur
  • Tidak melakukan penyikatan gigi dengan tekanan yang terlalu kuat
  • Menggunakan sikat gigi dengan bulu sikat yang lembut
  • Mengurangi konsumsi makanan/minuman yang banyak mengandung asam
  • Hindari kebiasaan menggertak-gertakkan gigi saat sedang diam dan saat tidur
  • Berkunjunglah ke dokter gigi secara rutin untuk memeriksakan kondisi gigi Anda, serta berkonsultasi mengenai masalah yang ada pada gigi Anda
Sumber: SINI, SINI

Akhirnya, aku memilih ubat gigi Sensodyne macam gambar kat atas tu. Walaupun baunya dan rasanya memualkan tapi Alhamdulillah sekali guna je dah tak alami lagi seriau gigi a.k.a gigi sensitif... huhu... jadi kena teruskan pengambilan kalsium yang banyak memandangkan aku menyusu anak... Lepas ni, kena minum susu banyak-banyak dan makan keju selalu... 

p/s: Tak sabar nak menikmati kek keju... ^^

autopublish entry

Banyak Iklan Menyakitkan Mata!!

Entry ni sekadar luahan dan mungkin teguran kepada sesiapa yang ingin menerimanya secara positif... Maaf aku katakan, sejak dua menjak ni, terlalu banyak iklan menyakitkan mata berlegar-legar di blog-blog yang aku kunjungi untuk blogwalking. 

Sekadar iklan biasa aku tak kisah, ni terlalu banyak iklan sensored dan seksi... yang tak patut ada di interface blog... Ini gara-gara ramai yang join sistem pengiklanan baru iaitu H12... Aku pun tak pasti bagaimana fungsi iklan H12 ni... tapi pabila nampak iklan sedemikian, ianya amat mendukacitakan. 

Buat blogger-blogger, janganlah difikirkan dan dikejarkan duit sampingan berblog. Jika ingin jana pendapatan carilah cara yang halal dan selamat seperti tolong kawan review produk dia jual ka, sewa tapak iklan ke atau join pengiklanan yang berdaftar dan Islamik. 

Sebelum join satu-satu sistem pengiklanan semak dahulu, bagaimana sistem pengiklanan tu berfungsi... siapa penerajunya... wangnya, pelaburannya... Macam aku berblog, sebelum join nuffnang, aku semak dulu hukum nuffnang tu dengan Ustaz Zaharuddin. Bila tahu hukum harus, baru aku join dan pasangkan kat blog. 

Aku rasa, macam tak patut je iklan sebegitu. Sebagai wanita, aku malu bila iklan mengeksploitasi wanita macam tu ada kat blog. Hmm.. tak perlu cakap banyak, takut ramai pula terasa nanti... tapi fikir lah sendiri... apa hukum beriklan dengan wanita yg mendedahkan aurat macam tu... Maaf jika ada terasa, tapi pilihan di tangan anda.. Tepuk dada tanya iman... Fikirkanlah... 

Buat pihak H12, harap diperbaiki perkhidmatan anda. Bukan niat aku nak jatuhkan sistem pengiklanan ni... tapi sekadar luahan aku sebagai blogger.

Punca Susu Ibu Boleh Berkurangan!

Secara teorinya, susu badan akan mengikuti keperluan bayi, tapi nyata ia tak semudah teori, bila dah mula bekerja, ramai ibu yang mendapati demand > supply, atau keperluan anak melebihi yang ibu dapat pam & bekalkan setiap hari.
Sumber: google images

Benarkah hal sebegini boleh berlaku? Dan kenapa? Jom kita tengok puncanya…

1- KEKERAPAN MENGEPAM

Biasanya bila dah mula sibuk, ibu yang dulunya mengepam 3-4 kali sehari di pejabat, akan kurangkan sesi kepada 2-3 kali, atau sekali, atau kadang2 tak sempat pam langsung!

Bila frekuensi mengepam dikurangkan, susu ibu akan berkurangan kerana signal menghantar pesanan kepada otak “Buat susu” sudah dikurangkan. Umpamanya dulu sorang beli kuih 4 ketul, sekarang sorang beli seketul je jadi makcik kantin pun tak buat kuih banyak2, nanti takde orang nak beli, membazir pulak.

Solusinya : Jangan skip pam. Kalau ada duit lebih, invest untuk pam yang boleh handsfree, so sambil2 buat kerja tu boleh mengepam.

2- CARA PENJAGA BAYI BERI BAYI MINUM

Ingat teori demand = supply tadi. Macam agak tak logik kan bila hantar pengasuh je tiba2 baby minum lebih banyak dari supply. Mungkin juga sebab cara si penjaga tu beri susu kepada baby. Asal nangis sikit, kasik susu. Yang si baby pula, disebabkan aktiviti sucking (menghisap) tu boleh tenangkan dia, so dia hisap telan je lah walaupun tak lapar.

Mana la tak jadi maknya pam 10oz, baby minum 20oz. Dah, asal “Ekk..” sikit, bagi susu. Sedangkan si baby nak dipeluk atau diagah je :)

Lagi satu, ada pengasuh yang terus panaskan sebotol penuh. Jadi walapun bayi minum sikit, yang lebih tu dibuang sajalah.

Solusinya: Educate pengasuh bayi tentang cara handling susu ibu.

3- CARA IBU SIMPAN SUSU PERAHAN

Ada kaitan sikit dengan no (2) di atas. Misalnya ibu jangka anak minum 10oz, jadi dia hantar 2 botol susu 5oz setiap satu. Anaknya minum 4 kali di rumah pengasuh.. Lalu pengasuh tu panaskan sebotol setiap sesi minum susu. Tamat sesi kedua, alamak, dah habis! Iya la, walaupun 10oz, tapi ibu hantar 2 botol saja..

Solusinya : simpan susu ikut keperluan bayi minum setiap sesi. Kalau tak dapat agak, simpam average 2-3 oz saja dalam satu container.

4- OUTSTATION

Bila outstation, kadang2 ibu tak bawa bayi bersama. Jadi, ibu kena tahu yang dia kena pam 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam sekali setiap hari untuk maintain production. Kadang2 ibu tak sedar sebab biasanya bayi minum direct pada waktu malam…

Solusinya : Pam siang & malam ikut time.

5- KEBERKESANAN PAM

Macam benda2 lain, pam susu ibu boleh hilang keberkesanannya bila dah lama dipakai. Misalnya valve jadi haus, longgar, etc. Ini akan menyebabkan pam tu gagal utk membantu ibu mengosongkan payudara.

Solusinya : Gunakan pam hospital-grade; lakukan Marmet selepas pam & dah tak keluar susu utk kosongkan payudara

6- PENGAMBILAN UBAT-UBATAN

Bila sakit, jumpa doktor & dia bagi ubat… Beritahu doktor yg kita tengah breastfeed & minta dia beri ubat yang selamat utk BF. Rujuk entry saya yang sebelum ni utk sedikit panduan.

Solusinya : Ambil tahu tentang kesan ubat2 terhadap penyusuan.. Ehem, vitamin bukan ubat ya!

7- PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Sesetengah pil perancang boleh mengurangkan susu. Rujuk entry saya yg sebelum ini.

Solusinya : Dapatkan nasihat pakar laktasi sebelum mengambil sebarang perancang keluarga.

8- MENGANDUNG

Mengandung boleh kurangkan susu.. Kerana hormon estrogen & progesteron meningkat menyebabkan prolaktin ‘tertekan’.

9- GROWTH SPURTS

Bila bayi mengalami growth spurts, harus dijangka perangainya berubah sikit, dan tabiat menyusunya pun berubah. Mungkin jadi semakin demanding.

Solusinya : sediakan stok untuk hadapi saat2 begini & tambah sesi mengepam.

10- STRESS

Bila dah banyak kerja, atau bayi makin lasak, ibu mungkin jadi stress. Stress boleh mengurangkan susu? Ya, kerana tubuh kita ‘sibuk’ buat benda lain dan ‘tak layan’ hormon2 penyusuan.

Solusinya : amalkan pemakanan sihat, minum air banyak, perancangan yang baik & teknik hypnobreastfeeding.

Jangan risau bila susu kurang, ia adalah asam garam biasa dunia penyusuan. Yang penting, kita tahu macamana nak selesaikannya.

Sedikit tambahan, kurang sokongan dari keluarga serta kurang semangat boleh sebabkan susu jadi kurang juga... Selain tu, period dan puasa tidak menyebabkan susu berkurangan! Yang penting konsep asas mind set dan juga disiplin serta amalan pemakanan yang seimbang. Insha Allah selagi kita usaha dan doa berterusan pasti Allah permudahkan segala usaha murni untuk menyusu anak hingga 2 tahun.. 

WW ~Testing~


Wahai diri...
Jika engkau memandang segalanya adalah dari Allah,
Yang menimpakan ujian;
Yang menjadikan sakitnya hatimu;
Yang membuatkan keinginanmu terhalang;
serta yang menyusah-nyusahkan kehidupanmu;
Pasti akan damailah hatimu...
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya;
terhadapmu untuk sesuatu yang sia-sia...
Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu;
tapi mungkin itulah yang DIA mahu;
mungkin untuk menguji sedalam mana,
CINTAMU kepada-NYA!

25 Mac 2014

7 Tanda Kurang Darah!

7 Tanda Kurang Darah!

Ramai yang menganggap tanda-tanda di bawah adalah perkara biasa apabila tidak mengambil pemakanan yang seimbang dan tidak cukup tidur. Hakikatnya, jangan ambil mudah kerana tanda-tanda di bawah adalah akibat tubuh anda kekurangan zat besi.

Sumber: google images
Keletihan melampau
Tubuh kita memerlukan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin, di mana sel darah merah membekalkan oksigen. Sekiranya anda tidak mempunyai sel darah merah yang sihat dan mencukupi, tubuh anda mula menunjukkan rasa keletihan melampau.

Semput
Masalah ini sering terjadi sama ada anda berada di gim atau sekadar berjalan menuju ke kereta. Hal ini kerana kurangnya zat besi di dalam darah menyebabkan tubuh kekurangan oksigen.

Kulit pucat
Usah berbangga memiliki kulit pucat ala-ala watak dalam filem "Twilight". Ia bukan petanda yang bagus! Kulit anda tiba-tiba pucat kerana kekurangan sel darah merah dalam tubuh.

Mengganggu senaman
Anda berusaha untuk bersenam lebih lama malangnya anda lebih cepat penat dan ia mengganggu rutin senaman anda. Sebenarnya, ia petanda tahap zat besi anda pada kadar rendah sehingga menyebabkan anda seperti mahu pitam.

Kesakitan otot
Sebaik saja anda keluar dari pusat senaman, anda mungkin merasa sakit otot yang berpanjangan dari sebelumnya. Tidak mempunyai zat besi yang mencukupi akan menyebabkan otot tidak berupaya untuk memulihkan kesakitan yang dialami.

Kuku rapuh
Meskipun anda cuba menyembunyikan masalah kuku rapuh dengan mengunjungi pusat kecantikan kuku, maaf kerana ia tidak mungkin dapat membantu anda! Selagi anda kekurangan zat besi, anda akan berdepan dengan masalah kuku yang mudah rapuh, patah dan tidak cantik.

Sering sakit
Jangan ambil mudah apabila anda sering demam atau jatuh sakit. Hal ini boleh terjadi akibat tubuh kekurangan zat besi yang diperlukan.

Tunggu apa lagi, banyakkan stok menu seperti bayam rebus, kerang bakar atau jus belimbing untuk menambah darah!

Kengkadang memang aku sendiri ada tanda-tanda ni... Memang keturunan anemia juga... Salah satu petua, amalkan makan buah delima atau nak lagi mudah amalkan pati delima gulsan, sesuai untuk semua peringkat umur... ibu mengandung untuk kekalkan Hemoglobin darah dan lepas bersalin pun elok tenaga dalaman. 
Mari Beraktiviti Dengan Si Kecil... (^_^)

Mari Beraktiviti Dengan Si Kecil... (^_^)

Bila si bayi dah berusia lebih semula, waktu tu dah mula teruja ada anak, jika yang bekerjaya dalam dilema dah, nak g kerja ke tak.. Hari pertama pergi kerja pasti dah mula tak keruan padahal anak relax saja, tapi maknye yang emo kan... Pernah rasa tak??? hehe... Aku pernah rasa.. ni sekali lagi rasa macam tu juga... Ada lebih kurang 20 hari lebih nak golek-golek dengan si baby ni... Walau pun dia tak reti nak buat apa-apa, sekadar senyum mengagah, tapi jangan bazirkan masa terluang itu begitu saja.. Mari beraktiviti bersama si kecil... 
Sumber: google images

Berikut adalah idea permainan merangsang perkembangan bayi yang mudah dan murah untuk dicontohi.

Bermain dengan haiwan
Sekiranya anda ada memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, anjing dan sebagainya, ajaklah si kecil berinteraksi dengan haiwan tersebut. Anak anda akan belajar menyayangi haiwan, bermain bersama dan belajar berkomunikasi. Jika tiada haiwan peliharaan, belikan teddy bear atau mainan berbentuk haiwan yang ada bunyi, pasti dia suka... 

Mengoyak kertas
Aktiviti ini paling digemari oleh si kecil. Mengoyakkan kertas bagi mereka satu perkara yang sangat menggembirakan. Mendengar bunyi kertas dikoyak dan dironyok sudah cukup membuatkan bayi ketawa. Bagaimanapun pastikan sisa kertas tidak dimasukkan ke dalam mulut si kecil. 

Mari menari
Mainkan muzik yang rancak dan ajak si kecil menari dalam dukungan anda. Dia pasti terhibur dan ketawa gembira. Selain mengeratkan hubungan, bayi juga dapat belajar kemahiran pergerakan otot badannya.


Setakat ni, aktiviti bersama adik dan kakak, kanan melayan kakak, kiri melayan adik.. kadang menyanyi dan menonton Upin Ipin serta rancangan di TViQ... Tapi aktiviti paling best, bangun pagi dia pasti senyum... tu yang buatkan aku angau tu.. hehe... dan suka dah bersembang bersama... Alhamdulillah... seronok nikmatinya... 

Ku doakan buat kengkawan yang belum merasai nikmat dan anugerah ni akan merasainya suatu hari nanti.. teruskan usaha, doa dan tawakallah kepada-Nya...