GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Elak Rambut Bercabang!

sumber: google images

PENGGUNAAN RERAPI RAMBUT
Perapi rambut digunakan selepas bersyampu bertujuan untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut.

RAJIN MERAPIKAN RAMBUT
Jangan biarkan rambut terus memanjang tanpa dirapikan bahagian hujungnya. Setidak-tidaknya, rapikan bahagian hujung rambut setiap 6 bulan sekali. Selain membuat potongan rambut kembali kemas, ia juga mengurangkan masalah rambut bercabang.

PENGGUNAAN MAYONIS PADA RAMBUT BERCABANG
Mayonis bermanfaat untuk melembutkan rambut dengan cara meletakkan satu sudu besar makan mayonis pada rambut. Kemudian, bungkus rambut anda menggunakan ‘shower cap’. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas menggunakan syampu hingga bersih.

PENGGUNAAN SIKAT
Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya ia dapat mengurangkan kecederaan kepada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Dengan ini, kulit kepala anda tidak mengalami sebarang kecederaan dan rambut anda tidak mudah rosak.

ELAKKAN PENGGUNAAN AIR PANAS SEMASA MENCUCI RAMBUT
Sememangnya selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Namun tahukah anda, rambut akan kehilangan lembapan dan mengakibatkan rambut kering serta bercabang jika kerap mandi dengan suhu air begini.

Sumber: Majalah RAPI

Biasa kalau MF kena rambut bercabang ni, pergi kedai gunting je potong... hehe.. masa anak dara memang rajin guna perapi, sejak dah beranak dua ni, dapat syampu rambut tu dah kira nikmat... hehe... Faham-faham je la ea... 

7Ulasan

  1. Masa sekolah rendah dulu ada problem ni..tak tau kenapa..sekarang dah ok...

    BalasPadam
  2. Guna mayonis pun boleh eh?? haha. Tak pernah tahu pun. Lepas ni beli mayonis lah cuba buat. hikhikhik..

    BalasPadam
  3. boleh guna mayonis . saya bab2 petua ni mmg suka ...

    BalasPadam
  4. tersangat faham cikgu...hehe
    bukan apa, kita tak dapat peluang nak urus diri sendiri

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ