GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kesalahan-kesalahan Ketika Membaca al-Fatihah!


Bacaan al-Fatihah adalah salah satu rukun bacaan dalam Solat. Jika salah sebutan, tak betul hukum Tajwid maka tak sah lah solat kita.... Membaca al-Quran perlukan seni... iaitu seni yang wajib dipelajari dalam membacaan al-Quran ialah TAJWIB... Mari kita semak, sama ada kita ada atau tidak melakukan kesalahan-kesalahan berikut ketika membaca al-Quran... 

  1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut “Ismillah…”
  2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana ‘Bismillah’ hendaklah disebut dengan ‘lam tarqiq’ (lam nipis)kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
  3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilahiRahmaan…”, yang sepatutnya “BismillahiRRahmaan…”.
  4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi “BismilillahirrahmaaniRahiim”, yang sepatutnya “BismillahirrahmaaniRRahiim”
  5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad ‘Aridh Lissukun.
  6. Huruf ﺡ digantikan dengan huruf ﻩ
  7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut “al-hamdulilah”. Sebutan yang betul adalah “Al-hamdulillah…”
  8. Sabdu pada huruf ﺏ ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi “Rabil” yang sepatutnya “Rabbil”
  9. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi “Iyaka”. Sebutan yang betul adalah “Iyyaka”.
  11. Sebutan huruf ﻉ tidak jelas.
  12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
  13. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil ‘isymam’.
  15. Menyebut “Ehdina…”. Sepatutnya “Ihdina…”.
  16. Huruf ﺹ tidak disabdukan.
  17. Huruf ﻁ ditukar menjadi huruf ﺕ
  18. Huruf ﻕ ditukar menjadi huruf ﻙ. Apabila huruf ﻕ berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
  19. Menukar huruf ﺫ kepada huruf ﺯ. Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
  20. Huruf ﺃ dulu, baru huruf ﻉ. Ramai yang membunyikan ﺃ , kemudian ﺃ. Ada juga membunyikan ﻉ, kemudian ﺃ. Tak kurang juga ada yang membunyikan ﻉ kemudian ﻉ
  21. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  22. Huruf ﺭ berbaris bawah disebut “Rel”, sepatutnya disebut “Ril”.
  23. Huruf ﻍ disebut dengan qalqalah.
  24. Huruf ﺽ tidak ditebalkan sebutannya.
  25. Huruf ﻉ ditukar menjadi huruf ﺃ
  26. Huruf ﺽ tidak disabdukan.
  27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat

Jom kita perbaiki bacaan al-Fatihah dan sentiasa mempelajari hukum tajwid... Sudah pasti ramai dari kita tahu membaca al-Quran, tapi belum tentu fasih tentang tajwid termasuklah diri penulis sendiri... Jom, sama-sama kita perbaiki dan pelajari... 

10Ulasan

  1. satu perkongsian yg menarik!..tq for sharing..:)

    BalasPadam
  2. Hmmm banyak jugak yang saya baca salah ni. Thanks untuk ilmu ni kak.

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Setiap hari membaca al fatihah saya perasan betul. Rupanya ada sebutan tajwid yang salah. Oleh itu, janganlah diambil mudah tentang soal hukum tajwid. Marilah sama-sama kita memperbaikkinya.

    BalasPadam
  4. Mohon share ilmu yg amat berguna ini di fb. Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ