GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kerjaya Pilihan Ramai!

Kajian yang dijalankan oleh Jobstreet.com... Menunjukkan lima syarikat yang menjadi rebutan pekerja di Malaysia... Maknanya ramai yang nak kerja di syarikat tersebut:

1. Petronas
2. Shell
3. Google Malaysia
4. Maybank
5. Sime Darby

Sebab utama syarikat tersebut menjadi pilihan pekerja:

1. Gaji... Memang kita tahu lima syarikat di atas, memang gaji lumayan kan... Siapa yang tak nak...

2. Reputasi... Lima syarikat ni memang terkenal dengan reputasinya... Susah nak jatuh sebab permintaan sentiasa tinggi...

3. Budaya kerja

4. Imbuhan dan intensif
Memang banyak manfaat pekerja yang kerja... Insurans dan perlindungan keluarga antara menjadi daya tarikan.

5. Latihan
Pihak syarikat menyediakan latihan untuk pekerja sebelum diserap masuk secara kekal... Untuk memastikan pekerja yang terlatih dan ini meningkatkan mutu dan kualiti kerja... Jadi produktiviti pun meningkat...

Kenapa ramai yang nak berhenti kerja???
Antara sebabnya... Ialah gaji yang susah nak naik... Majikan yang tiada daya kepimpinan... Tiada intensif...

Nampak gayanya kerjaya aku dan suami... (guru dan tentera) tiada dalam senarai... Namun, pengorbanan keduanya tiada nilai walaupun jarang orang hargai tambah kena kutuk ada lah.. 
Apa-apa pun kerja kita buat... Biarlah ikhlas kerana mencari redha Allah... Bab gaji... Jika bersyukur, gaji sedikit boleh jadi banyak..Yakinlah dengan rezeki Allah...

Biar tak banyak...asalkan syukur dengan apa yang ada kan... Rezeki seseorang tu berbeza-beza kan... Syukr dengan apa yang ada dan Allah tahu apa yang terbaik untuk kita...


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

9Ulasan

  1. betul tu kak...yang penting rezeki yang berkat...sikitnya cukup, lebih boleh berbahagi pada yang lain...

    BalasPadam
  2. mencari sesuatu kelainan di dalam kerjaya... :)

    BalasPadam
  3. salams maria, alhamdullilah kerja guru dan tentera sentiasa menolong rakyat, besar sungguh jasa kpd negara...:)

    BalasPadam
  4. kerja apa pun in sha allah ada jugak rezeki kita :)

    BalasPadam
  5. tepat! bagi nanie, ada juga pkerjaan yg namoak simple tapi tak ramai minat. kan? kan?

    tapi tang gaji tu, mmg punca org akan berhenti kerja bila majikan tak bayar sretimpal dgn apa yg dibuat. hihi

    nice entry

    BalasPadam
  6. kalau apply kat company besar ni apply banyak kali pun tak tersangkut..huhu..mungkin rezeki ditempat lain

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ