GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Memakai Pendakap Gigi!

sumber: google images
Sebelum ni, ada MF up kan entry pasal Hukum Mencantikkan Gigi... Namun ada pula pertanyaan, apa hukum memakai pendakap gigi atas sebab membetulkan gigi jongang bukan sebab-sebab kesihatan... jadi, ini penjelasannya:


Imam Nawawi menegaskan dalam menjelaskan hadith yang bermaksud, "perempuan-perempuan yang menjarangkan gigi dengan tujuan kelihatan cantik". Menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perbuatan tersebut untuk tujuan kecantikan semata-mata.Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya maka diharuskan (Syarah Sahih Muslim-Kitab al-Libas Wa-al-Zinah ). 

Jelaslah bahawa pendakap gigi (braces) tidak termasuk dalam mengubah gigi yang dilaknat Allah dan Rasulnya, kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah secara sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatangkan kesakitan pada fizikal tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Gigi yang tidak tersusun diibaratkan kecacatan. Sama seperti bibir sumbing yang diharuskan pembedahan memperelokkan agar  tidak merasa malu dan rendah diri.

rujukan : http://www.islamgrid.gov.my/qna/index.php?page=3&pop=1 (sumber: halaqah.net)

Penjelasan dari Imam Muda Asyraf:
Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat. Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama': halaman 105) [sumber]

Kesimpulannya:
Memakai pendakap gigi sebab nak membetulkan gigi yang jongang walaupun tak memudharatkan adalah diharuskan kerana rupa gigi jongang itu mendatangkan kecacatan dan membuatkan orang tak selesa dengan kita serta mungkin boleh jadi bahan ejekan... Wallahu'alam. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ