GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Mengelak Bayi Mudah Tersedak Susu!

sumber: google images

Banyak kes kematian akibat tersedak susu... Susu badan atau susu formula sama sahaja, kerana dua-dua boleh sebabkan tersedak susu... Namun, perkara begini boleh dielakkan jika tahu caranya:

Pemilihan puting susu
Sebelum memilih botol susu yang sesuai, pemilihan puting susu juga memainkan peranan. Pastikan lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam mulut bayi. Sebaiknya pilih puting sepadan mengikut usia bayi anda.

Sendawa kan bayi setiap kali menyusu
Selepas bayi anda kenyang menyusu, sendawa kan bayi anda secepat mungkin untuk mengeluarkan angin. Langkah ini juga untuk memastikan  bayi tidak muntah ketika tidur. 

Pastikan posisi bayi anda betul
Tatkala anda menyusukan bayi sama ada menyusu badan atau botol, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Manakala botol susu pula, mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 sehingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

Posisi menyusu badan
Posisi yang terbaik bagi ibu yang menyusu badan adalah memangku bayi seperti mana yang disarankan. Elakkan daripada memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai atau tidur mengiring.

Susukan dengan betul
Bagi si ibu yang menyusu badan, anda harus memastikan kawasan puting masuk sepenuhnya dalam mulut bayi bagi mengelakkan si manja anda tersedak susu. 
Sumber: Majalah MW

3Ulasan

  1. Ibu-ibu muda zaman sekarang perlu ambil lebih perhatian tentang ini. Zaman sekarang semakin banyak kes tentang bayi tersedak susu.

    BalasPadam
  2. Tips dan perkongsian yang baik kak Maria

    Semoga ibu dan bakal ibu mengambil pengajaran dan belajar mengenai cara menyusu yang betul

    BalasPadam
  3. Bapa-bapa pun perlu ambil tahu hal ini. supaya boleh menegur isteri yang menyusu cara yang salah

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ