GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Burger Bakar Ninety Nine (99) Yang Terlajak Kenyang!

Asal petang mula nak jenjalan.. eh.. tak sesaja keluar.. ada projek mega semalam... selepas realisasikan projek mega tu.. tekak teringin pula nak makan burger bakar.. Memula nak cari je burger bakar Abang Burn.. ala... mesti ramai hujan-hujan nih... Sekali teringat Gerai Burger yang biasa kami beli di Petronas Bt.6 Jalan Gombak tu ada jual juga burger bakar... So, menuju ke sana je lah.. Orang pun sure tak ramai.. 

Burger Ninety Nine (99).. gerai burger pilihan MF dan suami setakat ni...sebab ini je yang terbaik dalam banyak-banyak kedai burger area Gombak, Setapak, Danau Kota.. ini je kami pilih... Biasa kami pernah order Burger biasa... iaitu burger daging, ayam atau pun burger rusa.. Tapi kali ni nak rasa burger bakar... ada saiz burger bakar ni.. ikut saiz... dan harga lain-lain... Burger daging bakar saiz yang agak besar... Macam biasa... suami order, MF menanti dalam kereta je dengan anak-anak...


Tapau bawa balik je.. Ni lah rupa burger daging tu... bau nya sedap... Tebal betul burger daging ni... Paling best bila cubit rotinya.. lembut sangat... sedap pula tu... buat sendiri ni roti ni... Dagingnya tebal dan masak... takde bau hamis daging... MF makan tak habis... simpan dalam peti je... tak larat nak habiskan... kenyang kot.. 

Burger Bakar Ninety Nine (99) boleh juga la kalau nak mencuba... mungkin tak sama dengan Burger Abang Burn... tapi jika tak mampu nak menunggu lama... burger bakar 99 ni.. salah satu alternatifnya.. Tapi lain-lain burger 99 memang sedap... boleh request nak mayonis atau sos lebih... tapi biasanya memang lebih pun... 

Kalau area Petaling Jaya, gerai burger pilihan kami ialah di area Taman Sentosa PJ..dekat dengan Seven Eleven... memang sedap kalau dapat burger cheese... antara yang terbaik dan sedap... Burger, nampak mudah, tak semua orang mampu buat yang sedap hingga menjilat jari... 

9Ulasan

  1. Dah lama x makan burger bakar.
    Sedap nya.
    Waahh yang ni siap ada pilihan saiz.

    BalasPadam
  2. sedapnyaa tengok burger tu. telan air liur. hahhaha

    BalasPadam
  3. dari cara MF cerita burger ni memang betul2 sedap ni..kalau dekat saya nak cuba juga cari,,.sesekali makan burger kan..

    BalasPadam
  4. saya masih suka lagi dengan burger ramli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dagingnya mmg daging burger ramli... cuma nama gerai tu burger ninetynie... :)

      Padam
  5. Betol2.. Burger je pun.. Tapi tak ramai mampu yang buat sdp hingge jilat jari.. Mengancam burger tu.. Yumyummms!

    BalasPadam
  6. lama dah dengar tentang burger bakar ni tapi tak pernah berkesempatan pergi ke sana.

    BalasPadam
  7. buat tergoda pula dok temgok pepagi ni
    saya jarang dapat makan benda ni
    en suami kurang gemar

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ