GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

10 Langkah Bijak untuk Jimatkan Minyak


1. Periksa tekanan tayar
Periksa tekanan tayar regular.. buat jadual ke, atau seminggu sekali... tekanan tayar yang rendah menyebabkan lebih geseran dan meningkatkan penggunaan bahan api. 

2. Isi minyak sehingga tangki penuh
Yang biasa kami buat... Tinggalkan minyak dalam dua bar atau dah dekat nak merah, baru isi... penggunan minyak memang lebih jimat, jika kita isi sikit-sikit.. Tambah guna minyak Shell, memang jimat dengan pengisian penuh (Fuel Saver Shell). Contoh kete Proton Perdana enjin V6, jika isi penuh hanya RM120 (sebelum minyak naik harga la), tapi jika isi sikit-sikit atau separuh-separuh menelan belanja hingga RM200. Memang boleh nampak kat situ, jimat jika isi penuh tangki.

3. Tekan picu pam dalam kadar yang perlahan
Yang ni aku tak buat, suami yang isi.. tapi tengok dia isi minyak memang agak lama..dan relax... sebab tu suka isi minyak time orang tak ramai... sebab kalau orang ramai, kita jadi kalut la kan.. kang orang marah pula.. jadi, ambil masa untuk isi minyak ek. 

4. Ringankan kenderaan
Masalah bila balik kampung je la kan... kami ringankan beg, sekarang dah guna beg beroda, untuk empat orang, isi satu beg itu je... kalau dulu sampai tiga beg satu keluarga.. berat dan ruang pun makan banyak... sekarang ni, memang ringankan mana yang patut... 

5. Pandu pada kelajuan sederhana
Pandu ikut had laju dan relax. Tak payah kalut-kalut... sebab kalau pandu kalut, minyak pun kalut nak keluar. Sebab tu aku senyum je, kalau jumpa orang yang kalut.

6. Gunakan tayar dan rim mengikut saiz yang telah ditetapkan
Yang ni memang jarang la orang amik kisah... Tapi suamiku kadang dalam setahun berapa kali dia tukar rim... dan dia tahu rim mana ringan dan berat... Elakkan guna rim yang terlalu besar, sebab nanti berat, bila berat menambahkan bebanan pada tayar... dan ini menyebabkan minyak makin banyak digunakan... 

7. Letakkan kenderaan di tempat teduh
Letakkan kenderaan  di tempat teduh dan tidak panas. Ini bagi memastikan kenderaan tidak mengambil masa yang lama untuk sejuk sebaik sahaja anda mula memandu semula. Masa yang diambil untuk menyejukkan kenderaan selepas parking di tempat yang panas juga boleh meningkatkan penggunaan bahan api.

8. Tutup tingkap dan bumbung ketika memandu
Mungkin pernah mendengar bahawa penggunaan hawa dingin lebih banyak menelan bahan api jika dibandingkan dengan menurunkan tingkap kenderaan. Persoalannya, adakah teori ini benar? Jawapannya tidak sama sekali. Anda tidak boleh meninggalkan tingkap atau bumbung kenderaan anda terbuka kerana ia akan menambah berat dan rintangan pada kenderaan. Angin yang masuk ke dalam kenderaan sebenarnya membuatkan kenderaan anda lebih mahal untuk dipandu.

9. Pastikan enjin dalam keadaan baik
Mengekalkan enjin kereta anda dalam keadaan baik dan lancar juga dapat menyumbang kepada penjimatan bahan api. Pastikan anda menukar minyak anda mengikut jadual dan menggunakan gred minyak yang betul untuk kereta anda. Bersihkan penapis udara yang menghalang laluan udara ke enjin kenderaan untuk meningkatkan prestasi kenderaan. Sedikit penyelenggaraan boleh menjimatkan penggunaan bahan api sehingga empat peratus. (suami memang rajin bab ni... jaga kereta ibarat nyawa tu.. tapi kereta baik, kita pun jimat)

10 . Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk. Tips ni kurang orang tahu... sebab tu ada yang syak kata stesen minyak menipu.. walaupun memang ada yang betul menipu... tapi tengok waktu bila kita isi minyak... Jika kita isi minyak waktu tu panas tengah hari dan enjin masih panas... memang bukan sebab stesen minyak la.. tapi salah waktu kita isi minyak...


 Di olah dari sini dan sini

1Ulasan

  1. wow tips berguna ni.. dlu ada membe yang fussy gila. nak jimat nye pasal bukak tingkap. hahaha malam ok la jugak. ni tngh hari rembang adooiyai.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ