GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Trowback: Kenangan Selepas Ambil Keputusan UPSR!

sumber: Harian Metro

Alhamdulillah, UPSR dah berlalu... macam-macam cerita dan ragam dok baca kat laman sosial... ada yang kecewa, ada yang berjaya... ada yang dapat macam-macam hadiah dari ibu bapa diceritakan di laman sosial... Apa-apa pun MF teringat kenangan selepas MF dapat keputusan UPSR... Suka diceritakan untuk jadi motivasi untuk orang lain.. insha Allah...

MF ambil peperiksaan UPSR tahun 1998... Zaman kanak-kanak kan... debaran peperiksaan tu biasa-biasa je... tapi waktu cuma ada cita-cita tapi matlamat tu tak tahu lagi apa dia.. Cita-cita MF waktu tu nak jadi Doktor... Guru bukanlah cita-cita MF sejak dari kecil.. tiada terdetik nak jadi guru apatah lagi bergelar ustazah. Namun, perancangan Allah itu yang terindah. 

Sewaktu keputusan UPSR diumumkan, MF pergi sekolah ambil... Alhamdulillah... biasa sahaja keputusan UPSR MF waktu tu.. 3A 1B 1C... keputusan peperiksaan yang sederhana... 

Bila dah tiba keputusan UPSR, jadi perlu fikirkan untuk ke sekolah menengah, jadi tunggulah result untuk ke sekolah menengah, sekolah mana yang terpilih. Sekolah yang MF dapat ialah SMK Kuala Pegang, sedihnya tak dapat SMK Baling, sebab MF nak masuk aliran sains...nak jadi doktor lah katakan... MF tak nak pergi sekolah yang MF dapat tu sebab sesi petang.. maka bapa MF usahakan pula buatkan rayuan...lebih kurang dua minggu je nak mula persekolahan baru, dapat keputusan... MF tak layak juga masuk...rayuan ditolak... sedihnya... Dah fikir tak nak sekolah je masa tu... Tapi mak pujuk juga pergi je sekolah agama rakyat yang dekat pekan, kira tak jauh sangat la dengan rumah...sekolah tu satu sesi je... Mak kata nanti lepas PMR buatlah permohonan tukar... 

Dengarlah kata mak... MF pergi temuduga kat sekolah agama rakyat di pekan... dan alhamdulillah... MF dapat masuk sekolah tu... jadilah MF pelajar sekolah agama... rasa macam tak layak pun masuk sekolah tu... ialah MF tahu MF ni macam mana kan... hehe.. dengar kasar dan gaya tomboi pun ada masa tu... 

Tapi, MF belajar lah macam biasa... mula macam tak suka Bahasa Arab, tapi lama-lama suka pula... Ambil peperiksaan PMR kat sekolah tu, lepas tu buat juga permohonan tukar sekolah, tapi lambat keputusannya... sampai tiga bulan dah belajar tingkatan empat kat sekolah arab tu, jadi MF tak nak dah pergi sebab dah banyak belajar... jadi MF belajar je sampai habis SPM... 

Habis SPM, dengan result yang sederhana juga iaitu 3A je... MF jadi serba tak kena.. mohon Universiti tak lepas, nak kerja kilang pun tak lepas.. Jadi, bapa MF suruh ambil Tingkatan 6... Konon masa tingkatan 6 nak ambil aliran sains... cita-cita tetap nak jadi doktor kan... tapi, lepas jumpa kaunselor, dia suruh MF ambil aliran Syariah sebab MF dari sekolah agama... 

Masa tu usia dah matang, fikirkan masa depan dan ibu bapa.... Harapan mak bapa MF nak anak dia jadi cikgu... dari situ MF belajar betul-betul masa STPM... pulun sungguh.. Alhamdulillah...dapat 4 Prinsipal... dan top 10 STPM 2005... Alhamdulillah... nampak wajah kegembiraan bapa MF... Selepas tu baru MF kerja sementara nak tunggu keputusan masuk universiti... masa mohon dan isi borang UPU, memang MF mohon pendidikan demi merealisasikan harapan mak bapa MF... Alhamdulillah... sekali dua permohonan guru MF dapat... dapat dua tawaran ijazah pendidikan... yang pertama dari UTM Skudai, Ijazah Pengajian Islam dan satu lagi Ijazah Pendidikan Kanak-kanak dari USM Penang. Alhamdulillah... MF dapat di UTM... 

Alhamdulillah... selepas empat tahun berhempas pulas belajar di UTM, dan kini MF berjaya merealisasikan harapan ibu bapa MF... walaupun MF tak dapat realisasikan impian dan cita-cita MF dari kecil, tapi MF syukur dan bahagia sebab dapat tunaikan harapan mak bapa MF... alhamdulillah.. Alhamdulillah... MF jadi guru bergelar ustazah kini... harapan ibu bapa MF tercapai... Sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik untuk MF... 

Buat adik-adik yang baru lepas ambil result tu, jangan kecewa jika result UPSR tak gempak... gagal sekali tak bermakna gagal lagi... perlu lebih usaha untuk perbaiki diri... insha Allah, perjalanan adik-adik masih panjang... teruskan usaha dan jangan biarkan gagal lagi... 

3Ulasan

  1. Aliran pendidikan... Sama lah kita ;) By the way, semua kenangan masa kecik tu akn jadi memori paling berharga kan?

    BalasPadam
  2. Kisah yang boleh memberi semangat pada adik2 yang masih belajar tu..apa yang penting jangan putus asa..peluang ada kat mana2 je..nak dengan tak nak je..kan??

    BalasPadam
  3. Pengalaman mendidik jiwa menjadi matang & UPSR ini juga merupakan platfom pengalaman buat semua. Jadikanlah ia pencetus utk terus atau lebih berjaya, in shaa Allah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ