GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenapa Rasa Terpinggir???

sumber: google images

Girls, jangan mudah berkecil hati sekiranya ada orang di sekeliling kamu cuba menjauhkan diri dari kamu. Itu tidak bermaksud mereka benar- benar membenci kamu. Mungkin kerana ada beberapa pekara yang membuatkan mereka tidak selesa dengan sikap kamu.

1)      TERLALU SENSITIF
Cuba perhatikan sikap kamu, adakah kamu mudah beremosi ketika berbincang atau bergurau dengan sahabat ? Jika ya, itu bermaksud kamu memang seorang yang sensitif! Oleh kerana itulah rakan-rakan yang lain rasa kurang selesa dengan drama-drama kamu.

2)      MUDAH BERANG
Sikap baran juga boleh menyebabkan orang lain malas untuk merapatkan diri dengan kamu. Ini kerana, mereka takut untuk mengambil risiko seperti ‘bermain dengan api’. Untuk menyelesaikan masalah seperti ini kamu harus lebih bijak mengawal emosi dan perasaan kamu.  Jika berlakunya sesuatu yang menyakiti hati kamu lebih baik berdiam diri dan jangan keluarkan sebarang kata.

3)      COMPLAINER
Mungkin kerana mulut kamu yang sentiasa ringan memberi ‘pandangan’ membuatkan rakan-rakan yang lain mula rasa rimas dengan komen-komen kamu. Perlu di ingat, tidak semua berfikiran sama dengan kita. Adakalanya mereka lebih suka ‘berdiam diri’ berbanding meluahkan segalanya seperti kamu.  Oleh itu, cuba kurangkan sedikit memberi komen negatif tentang sesuatu, cuba biasakan diri untuk memuji berbanding membandingkan.

4)      SUKA MEMAKSA
Tidak semua orang suka di paksa, sama seperti kamu bukan ? Jadi, kurangkan sedikit sikap kamu yang suka memaksa orang lain mengikut telunjuk kamu. Lagi pula kamu bukanlah ibu bapa mereka, kamu hanya kawan sahaja.

5)      GEDIK
Ya, memang semua gadis ada cara ‘gedik’ mereka yang tersendiri. Namun jika terlebih gedik, ia akan membuatkan orang di sekeliling kamu naik menyampah dengan sikap kamu yang tidak matang itu! Mereka akan cuba sedaya upaya untuk bertembung dan apatah lagi meluangkan waktu bersama kamu. Kegedikan kamu mampu membuatkan rakan-rakan yang lain malu. Kerana itulah mereka lebih selesa tidak menegur kamu.

6)      MULUT LASER
Walaupun kamu bebas berkata apa sahaja, tetapi itu tidak bermaksud kamu boleh berkata hingga menyakitkan hati orang lain! Belajar mengawal perkataan. Mungkin kamu pernah menyakiti hati orang lain ketika berkata. Perlu di ingat, orang lain juga ada hati dan perasaan sama seperti kamu.

7)      SUKA BERGOSIP
Sikap kamu yang suka bercerita tentang keburukan orang lain itu boleh menyebabkan kamu hilang kawan. Mana tidaknya, pasti kawan-kawan akan terfikir mungkinkah kamu pernah berkata buruk tentang mereka juga ?

8)      PEMBOROS
Sungguh pun kamu berbelanja menggunakan duit kamu sendiri dan tidak meminjam, namun sikap boros kamu itu mungkin boleh berjangkit pada mereka. Kerana itulah mereka menjauhkan diri. Mungkin kamu perlu bijak mengawal pembelanjaan kamu. Cuba kawal nafsu membeli belah kamu. Tiada salahnya membeli barang tetapi berpada-padalah ya.

9)      PERAMPAS
Faktor utama mereka mengasingkan diri mereka pada kamu mungkin kerana sejarah kamu yang pernah merampas kebahagiaan orang lain. Mereka takut jika nasib malang itu terjadi pada mereka juga. Maka, jangan salahkan mereka jika mereka cuba mengasingkan diri dari kamu. Itu adalah salah satu langkah untuk melindungi diri mereka.

10)   PLAY SAVE!
Sikap kamu yang ‘baling batu kemudian sorokan tangan di belakang badan’ membuatkan orang ramai mula rasa tidak selesa dengan kamu. Girls, jangan begitu! Seharunya kamu perlu lebih bertanggungjawab atas segala yang kamu lakukan. Jangan sesekali cuba menyelamatkan diri kamu sahaja. Pekara seperti ini akan membuatkan orang lain rasa tertindas dengan perbuatan lepas tangan kamu.
sumber: Karangkraf

Kadang kita yang menyebabkan orang tak suka kita... jika rasa terpinggir, cepat-cepat renungkan diri sendiri...kenapa orang pinggirkan kita.... mungkin ada la tu yang tak kena yang orang tak suka... 

7Ulasan

  1. jom semak sama2...ada sebab atas segalanya...

    BalasPadam
  2. terlalu sensitif dan mulut laser mmg bahaya..

    BalasPadam
  3. sy rasa terpingir sbb terlalu behave..hehe..blh? sy xsuka menonjol, jrg memberi pendpt..

    BalasPadam
  4. rasanya lai orang lain cari dan sebab. be yourself. then you will find your own happiness. gituh aku berceramah. hahahaha. btw artikel kat atas tu bagus utk refleksi diri. tingtingting :)

    BalasPadam
  5. Try muhasabah diri.
    Mungkin ada sifat yang x disenangi.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ