GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenali 5 Rahsia Tangisan Bayi

Bagi ibu bapa yang berpengalaman, mungkin dapat kenal pasti rahsia disebalik tangisan bayi... bayi mengeluarkan tangisan yang berbeza untuk kehendak yang berbeza... Bayi tak mampu bercakap, jadi dengan mengeluarkan tangisan yang berbeza menjelaskan maksud kehendak mereka. Jadi, sebagai ibu bapa, kena kenal pasti maksud disebalik tangisan bayi... 

sumber: google images

Ada lima bunyi tangisan rutin yang dapat dikenal pasti menggunakan kaedah Dunstan Baby Language;


  1. “Neh”- Bayi kelaparan. Bunyi ini dihasilkan akibat ‘sucking reflex’.
  2. “Heh”- Bayi sedang tidak selesa. Mungkin kerana cuaca terlalu panas atau sejuk, lampin bayi  penuh dan sebagainya. Secara amnya, ia akibat tindak balas kerengsaan terhadap kulit.
  3. “Owh”-Bayi mengantuk dan ingin ditidurkan. Terhasil akibat refleks menguap (‘yawning reflex’).
  4. “Eh”-Bayi perlu disendawakan. Ia terhasil akibat kontraksi otot abdomen dalam cubaan menolak keluar angin.
  5. “Eairh”-Bunyi yang mewakili kembung perut. Terjadi bila angin terperangkap dalam perut bayi.

Mengetahui apa yang “dituturkan” bayi membolehkan anda memberi respon yang tepat dan cepat, mengelakkan bayi  memulakan tangisan menjerit dan melalak. Dengan itu, anda kurang stres, seisi rumah lebih tenang dan tidur anda lebih panjang!

Memahami bayi menyebut “Neh” dapat memastikan pencapaian berat badan dan pembesaran bayi yang sihat kerana ibu tidak terlebih atau terkurang menyusukan bayi. Ibu akan menyusukan setiap kali diminta bayi berbanding mengagak-agak sendiri. Lebih penting, pembaziran susu terutama stok susu ibu dapat dielakkan bila penjaga bayi anda juga memahami percakapan bayi.

Memahami sebutan “Eh” pula mengelakkan bayi disusukan dalam keadaan angin masih belum dikeluarkan. Susu akan berada dia atas angin dan bayi akan muntah selepas menyusu. Masa akan dibazirkan, baju akan dikotorkan, bayi tidak kenyang dan tidak dapat tidur.
Sumber: Majalah PaMa

Kalau kenal dan faham corak tangisan bayi, memang mudah... tak perlu bazirkan masa..kita dapat ikut rentak dan kehendak bayi dengan mudah... Dari hari ke hari, kena belajar bab tangisan bayi... supaya kita tak mudah panik bila bayi menangis secara tetiba... 

2Ulasan

  1. perkongsian yg berguna buat ibu2 muda dan bakal2 ibu di luar sana.

    BalasPadam
  2. Bila dah tahu pasal ni barulah tak stress sangat bila nak handle bayi yang masih kecil...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ