Google icon hari ni.. tengok pun dah tahu sebenarnya... mesti berkaitan kanak-kanak... 

Ya, hari ni ialah hari kanak-kanak sedunia... kebanyakan negara menyambutnya dan menjadikan hari ni sebagai cuti umum... 


Di Malaysia, hari kanak-kanak disambut di sekolah rendah dan tadika... 


Info:
Hari Kanak-kanak Sedunia
Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia." Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994. Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995. [Sumber: Wikipedia]


Seronok jadi kanak-kanak kan... zaman yang tak mungkin kita lupakan... sekali seumur hidup... zaman yang paling indah... memang sangat indah untuk dikenang. 

Sekarang, kita ada anak-anak..dan biarlah anak-anak kita nikmati alam kanak-kanak yang indah buat mereka... kanak-kanak patut disayangi bukan disakiti... Didiklah mereka dengan kasih sayang, bukan dengan melepaskan geram... 

Nota: 
Geram lihat kekejaman dan penderaan terhadap kanak-kanak kerana mereka masih belum mengerti erti kehidupan... 

1 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. saya perasan juga tadi
    teringat zaman sekolah dulu ketika sambutan hari kanak-kanak =)

    p/s - saya juga geram manusia camtu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama