GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Golongan yang Dikecualikan dari Soalan Kubur

sumber: google images

Secara umumnya semua manusia akan disoal dalam kubur berkaitan tuhan, agama, nabi dan sebagainya oleh dua malaikat bernama Munkar dan Nakir. Bagaimanapun ada juga golongan yang dikecualikan dari soalan kubur yakni:

1. Nabi-nabi a.s.

Menurut pandangan sebahagian ulamak (qila), golongan lain yang dikecualikan dari soalan kubur termasuklah:

2. Siddiqin.
3. Syuhadak.
4. Tentera yang menjaga sempadan negara (murabitin).
5. Orang yang melazimkan membaca surah al Mulk setiap malam sampai kepada hari kematiannya.
6. Orang yang membaca surah al Ikhlas dalam sakit yang membawa kematian.
7. Orang yang mati hari atau malam Jumaat.

Imam Sayuti turut menjazamkan pendapat bahawa golongan tidak mukallaf juga tidak disoal dalam kubur iaitu:

8. Orang gila.
9. Kanak-kanak belum baligh.
10. Orang kurang akal.
11. Ahli fatrah.

Wallahu a'lam.

Rujuk ms 263-264 kitab Syarah Matan Tauhid oleh Syeikh Muhammad Aid Abdullah Ya'qub al Husaini. Kitab ini dikuliahkan oleh ustaz Mahyudin setiap Sabtu 9 pagi kecuali Sabtu pertama di masjid Assalam, Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Nota di atas berdasarkan kuliah 8 November 2014.

Sumber: facebook

Selain senarai diatas semunya akan melalui soal dalam kubur... soalan dan jawapan dah pun bocor, cuma amalan sahaja yang menentukan kita boleh lulus dengan cemerlang atau tidak... 

3Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ