GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cara Rasulullah s.a.w Menegur Isteri!


Pada suatu hari, Saidatina Aisyah memasak sup untuk baginda Rasulullah s.a.w. Setelah siap memasak, beliau pun memanggil Rasulullah s.a.w untuk makan.

Kemudian apabila Rasulullah s.a.w menghirup sup itu, baginda mendapati bahawa sup yang isterinya buat itu terlebih masin. Maka baginda tersenyum kepada isterinya, kemudian baginda berkata :

"Wahai Aisyah, ingatkah kau semasa kita baru berkahwin dahulu? Pada waktu itu kita saling suap-menyuap semasa makan."
Maka Aisyah mengangguk tanda beliau masih ingat. Kemudian baginda berkata lagi :
"Mahukah kau jika kita mengulangi peristiwa itu?"
Lalu Aisyah mengagguk tanda bersetuju. Maka baginda berkata :
"Dahulu kau yang menyuap aku dahulu. kali ini, biar aku pula yang menyuapmu terlebih dahulu."

Aisyah bersetuju dan beliau pun duduk di sisi suaminya. Setelah baginda menyuapkan sup itu di mulutnya, barulah Aisyah menyedari bahawa sup yang dimasaknya itu terlebih masin. Beliau meminta maaf daripada Rasulullah s.a.w. Baginda hanya tersenyum.

Allahurabbi Indahnya akhlak Rasulullah.. 

Memang sebaik-baik akhlak... jom hidupkan sunnah dalam rumahtangga

8Ulasan

  1. Kan.. Sweetnye la.. Semoga keharmonian rumah tangga terus kekal.

    Jom follow n terjah entri papaglamz

    http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-melentur-buluh.html?m=1

    BalasPadam
  2. Rasulullah suami yg hebat..andai ada yg mencontohi rasullullah dalam melayani isteri dan sebaliknya, insyallah rumahtangga akan harmoni

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    BalasPadam
  3. sweet sgt..so dua2 takde rasa nak sakit hati atau merajuk kan

    BalasPadam
  4. Subhanallah.
    Andainya dapat kita lakukan sebegitu.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ