GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Memilih Jenis Kain Tudung


Nak pilih tudung, perlu tahu juga jenis kain, cara nak pakai ikut jenis kain... Kalau salah pilih kain dan salah pakai, memang tak selesa. Ada beberapa jenis kain/fabrik untuk buat tudung atau selendang. Jom kenali jenis fabrik dan cara nak gayakannya. 

1. Kapas (Bawal)
Apabila melihat selendang jenis ini kembali berada di pasaran, teringat pula zaman persekolahan. Selendang jenis ini mudah digayakan kerana daripada jenis kain kapas dan punyai gred. Ia mudah dibentuk pada wajah dan bersifat sejuk dan terletak kemas saat digayakan. Biasanya ia berbentuk empat segi sama dan boleh digayakan dengan pelbagai gaya.

2. Sifon
Wah, anda dikatakan seorang yang berani jika memilih untuk memakai selendang daripada jenis kain ini. Ia bersifat licin dan terlalu sensitif. Perlu dijaga rapi. Tetapi untuk memakainya, ada caranya. Pastikan anda gandingkan dengan anak tudung jenis kapas pada bahagian dalam agar selendang ini tidak mudah lucut daripada kepala. Jika rajin, gunakan pin yang lebih untuk kemasan. Selendang jenis ini sangat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.

3. Denim
Kain yang menjadi kegilaan sesetengah pemakai hijab. Ia kelihatan agak ranggi, namun masih sopan. Bersifat sejuk dan mudah digayakan.

4. Lycra
Ada satu ketika, kain selendang jenis ini menjadi rebutan ramai. Ia mudah dijaga dan tidak perlu digosok. Penggayaannya pun lebih mudah dan kerana kain selendang jenis inilah terciptanya ikatan tudung tanpa pin ataupun peniti.

5. Satin
Selendang jenis ini juga agak sukar untuk digayakan. Tetapi kelihatan mewah dan feminin. Jika dililit di kepada, akan kelihatan kemas dan terletak. Jadi, jadikan selendang jenis ini salah satu koleksi anda.

6. Kait
Lebih mudah jika memilih untuk menggayakan tudung jenis kait kerana tidak memerlukan penjagaan rapi dan penggayaan lebih ringkas dan bebas. Cuma perlu disertakan dengan inner neck agar tidak menampakkan rambut ataupun tengkuk ketika memakainya. [sumber]

Dalam banyak-banyak jenis di atas, kain dan jenis tak lapuk dek zaman ialah jenis bawal dan kain cotton... memang senang nak gayakan.. aku pun suka jenis yang cotton lembut... bidang 45 tapi boleh digayakan jadi shawl yang labuh depan dan belakang. 

Jenis fabrik yang takde dalam koleksi ku ialah jenis lycra, sebab walaupun kainnya sejuk dan lembut tapi melekat kat badan walaupun labuh tutup dada, kain satin cantik tapi licin, susah nak pakai. Jenis kait lagi lah xde, sebab rasa macam pakai jala je atas kepala.

Apa-apa pun terpulang kepada individu... tepuk dada, tanya iman.. pakailah apa sahaja, asalkan tutup aurat dan ikut syariat.. tak guna tudung mahal dan cantik tapi tak boleh tutup aset penting wanita di atas dada tu kan... renungkanlah... selamat beramal.. 

14Ulasan

  1. Suka tudung bawal.. senang nak pakai.. denim pun ok juga..

    BalasPadam
  2. kalau salah beli tudung,rugi kan.last2 x pakai.

    BalasPadam
  3. Tak suka tudung daripada kain lycra..bila pakai tudung tu melekat je kat badan..

    BalasPadam
  4. Ha'aa betul. Yang penting kita kena ikut keselesaan kita.Huda suka pakai tudung bawal. Paling suka bawal kangaroo tu (kalau nampak jarang pakai inner).
    Tp tengok keadaan juga,kadang bawal jenis cotton atau lycra huda pun pakai,hihi. Apa apa pun,huda lebih suka pakai tudung bawal berbanding shawl,huhu

    BalasPadam
  5. Lycra adalah salah satu selendang pilihan sha... kain dia sejuk :) sesuai untuk sha yang tak tahan panas ni :)

    BalasPadam
  6. Lycra memang tak lah, sebab melekap.
    Kait & satin pun tak.
    Sama ler kita..:p

    BalasPadam
  7. Asslmkm.. Klau sy selendang xbnyk.. Sbb xpndai pkai sngt. Skrng dh ada ank lg kna pndai pilih tudung..

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi pakai jenis kain lycra dan kait tu..

    BalasPadam
  9. Diana suka pakai tudung jenis halfmoon...simple dan menutup aurat terutama bahagian dada....apa2 pun jenis tudung yang kita gayakan haruslah yang menutup aurat...itu yang lebih baik...

    BalasPadam
  10. saya tak berapa pandai memilih kain
    pada saya asal selesa aje
    dah of course cuba mengikut hukum syariat

    BalasPadam
  11. Sama macam yana yani.
    And kalau nampak cantik at 1st glance,
    terus je grab.

    BalasPadam
  12. kain cotton untuk dijual..kualiti terbaik keluaran jakel..dalam 100 mtr..ade 8 warne..call me 0139798788

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ