GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Syukur Itu Bukan Sekadar Ucap Alhamdulillah

Bila sebut syukur, ramai akan sahut Alhamdulillah... Sebenarnya, syukur ada tiga jenis.... Dan sebaik-baik syukur ialah melakukan ketiga-tiga ini sekali...

1. Syukur dengan HATI
Iaitu yakin dengan sebenar-benar yakin bahawa segala nikmat kurniaan ini adalah dari Allah dan hak mutlak pinjaman Allah...

2. Syukur dengan LISAN
Iaitu mengucapkan Alhamdulillah... Serta zikir-zikir munajat... Serta menjaga lidah dari berkata yang sia-sia seperti memfitnah, dan mengumpat.

3. Syukur dengan PERBUATAN
Iaitu taat melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebagai contoh, Allah kurniakan cukup sempurna pancaindera, ke mana kita gunakan?? Allah kurniakan rezeki yang melimpah, adakah kita guna untuk kebaikan atau sebaliknya..

Syukur bukan sekadar ucap Alhamdulillah... Tapi syukur itu perlu dizahirkan dengan perbuatan...tapi bukan bermakna menunjuk-nunjuk... Contohnya, duit banyak beli pakaian yang menutup aurat...tapi bukan yang mahal untuk menunjuk-nunjuk walaupun kita mampu...

Mohon maaf atas kekurangan...
Sekadar pedoman dan renungan bersama... Kerana kita insan yang lemah dan leka... Moga kita diberi hidayah Allah untuk terus jadi hamba Allah yang bersyukur....


Posted via Blogaway: Entry Autopublish

9Ulasan

  1. Thanx for the reminder. ^_^ Semoga kita selalu tergolong dalam kalangan orang yg bersyukur.

    BalasPadam
  2. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bersyukur...setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya kan tak kiralah yang kita rasa ia tak baik untuk kita...tapi Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya...

    BalasPadam
  3. gud sharing kak. :)
    kalau diikutkan, setiap masa kita perlu bersyukur. tapi kadang, mulut still merungut bila tak dapat apa yang kita nak. lemah betul iman kita

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah...syukur di atas segala nikmat Allah...

    BalasPadam
  5. Kalau ada apa2 anugerah dalam tv untuk retis lah selalunya... mereka akan ucapkan alhamdulillah atas kemenangan.
    Tapi, cuba tengok pakaian dorang..terbelah atas, terbelah bawah. Ketat ikut susuk badan..
    Ermmm..
    Wallahua'lam..

    BalasPadam
  6. Semoga kita sentiasa menjadi manusia yg bersyukur dr hati,perbuatan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ