GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenapa Redha Suami itu Penting Bagi Isteri???

sumber: google images

Para isteri sekalian tolong baca sampai habis kemudian muhasabah diri sendiri .... Mengapa redha suami itu adalah syurga bagimu wahai para isteri? 
  1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yg mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri. 

  2. Suamimu dibesarkan sbg lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru sahaja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya .... 

  3. Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih perlu di hormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu berbanding dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah. 

  4. Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu & berusaha menyelesaikanny a sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian, padahal boleh saja di saat engkau mengadu itu, dia sedang mempunyai masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu di utamakan berbanding masalah yang dihadapinya sendiri.

  5. Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali. 

  6. Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka. kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri. 
Lapan pintu syurga terbuka bagi anda dan anda boleh masuk dari pintu manapun yg anda suka, cukup dengan dapat "RIDHA" dari suamimu, sedang suamimu tidak mendptkan kemuliaan semacam itu, kerana itu taat sabar padanya. 

-ustaz Al-mizi
sumber: whatsapps

12Ulasan

  1. sayunya baca nasihat ni...banyak betul nasihat-nasihat tu..seorang suami rupanya memang tidak mahu berkongsi masalahnya dengan isteri dan kalau boleh dia ingin selesaikan sendiri tanpa membebankan isteri..huhu..

    BalasPadam
  2. Nangis baca entry ni...tingat kat en hubby yg jauh di putrajaya...kita plak di kedah..huhu..

    BalasPadam
  3. Subhanallah..ayah mertua cn pernh ckp dia redha pemergian arwah mak mertua ke rahmatullah last year,then adik ipar pernh mmpi muka arwah berseri2 & bersih

    BalasPadam
  4. Insya Allah...semoga kita menjadi isteri yang diredhai suami :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih berkongsi ilmu rumahtangga :)

    BalasPadam
  6. Lelaki.& perempuan amat berbeza sifatnya.
    Itu yang selalu menyebabkan perbalahan..
    Ermmm..

    BalasPadam
  7. syahdunya baca! betul sangatlah tu kan
    biasa perempuan ni mudah mengeluh
    apapun nice sharing =)

    BalasPadam
  8. Sedih baca entry nih...betapa besar jasa n pengorbanan suami

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ