GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Gerhana Bulan Penuh Berdarah 8 Oktober 2014

Dapat info ni dari whatsapps group... Dan aku cari sama ada betul atau tak berita ni... Sebab faham-faham je la kat whatsapps kan.. Bukan semua boleh percaya..

Sumber

Rupanya, memang ada... Gerhana bulan penuh berdarah dijangka berlaku 8 Oktober 2014 (petang dan malam ni)... Gerhana bulan ni boleh dilihat oleh semua penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak...

Berikut ialah jangka masa yang dianggarkan berlakunya gerhana bulan tersebut...

Semenanjung Malaysia
Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.

Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
  • Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).


Sabah dan Sarawak
Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.

Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat

Sumber: falakonline

Jom pakat tengok malam ni.. harap.. cuaca baik la malam ni.. kat KL ni dari semalam dok jerebu je... kalau terlepas kena tunggu 4 April 2015 la pula dijangka berlaku lagi sekali...  

12Ulasan

  1. terima kasih kongsi
    jom join GA Acik..senang sangat syaratnya.
    http://acikwatie.blogspot.com/2014/10/giveaway-birthday-you-alls.html

    BalasPadam
  2. Baca dekat sini baru tau, thanks for info sis :)

    BalasPadam
  3. Balik keje boleh tengok...

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. harapnya berpeluang lah tgk kali ni..sblm2 ni xpnh dpt tgk.....

    BalasPadam
  5. Patutla warna bulan semalam pelik jer.. Warna jingga kemerahan macam warna matahari pulak.. Malam ni kena standby depan tingkap la ni nampak gaya.. Thanks for the info! ^_~
    Rosmiza Ali Official Blog™

    BalasPadam
  6. Mmg betul ada gerhana.. dr semalam dgr pembaca berita..x ingat tv mana...

    jom tgk kul430. Dan solat sunat gerhana... Subhanallah

    jemput dtg n follow

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    BalasPadam
  7. yea! dpt tgk tadi..ngee..subhanallah..sgt cantik ciptaan Allah..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ