GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cuti Seorang Guru

Wah, untung jadi cikgu, cuti banyak dan senang... 

Itu antara ungkapan keramat ramai orang yang tak bergelar guru sebenarnya... hakikat sebenarnya, bukanlah seperti yang di sangka... 

Kerjaya seorang cikgu bukanlah ada peruntukan khas cuti... sebenarnya cuti seorang guru adalah kerana muridnya bercuti... dah murid adalah klien utama seorang guru, takde murid, takdelah cikgu.. cikgu nak mengajar apa kan... jika dulu mungkin ya, cikgu betul-betul cuti tatkala pelajar cuti, tapi zaman moden ni, tidak lagi.. tatkala murid cuti tu lah, segala kerja-kerja disebalik tabir akan diselesaikan oleh cikgu...

Jika, kerjaya lain, setahu aku ada peruntukan cuti tahun sebanyak 30 hari setahun... cikgu tak nikmati cuti tu... cikgu hanya diberikan cuti rehat khas [CRK] sebanyak 7 hari setahun. JIka kecemasan, itulah jumlah hari yang ada untuk diambil... memang terhad. dan tujuh hari pun bukan hak seorang cikgu, perlu ada kelulusan dari ketua jabatan iaitu guru besar atau pengetua. CRK juga boleh dikumpulkan hingga akhir perkhidmatan...untuk dapat ganjaran wang tunai apabila pencen nanti... 

Cuti sekolah cikgu tak cuti sebenarnya..kerana pengetua atau guru besar berhak gunakan masa cuti ni untuk panggil guru-guru biasa ni kerja seperti buat kerja pengkeranian dan sebagainya. Jadi, cuti seorang cikgu bukan seperti orang lain fikirkan. cukup-cukuplah kata pasai cikgu lagi kalau anda bukan seorang guru... cikgu tak pernah nak kutuk kerja orang lain, sebab masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. 

Menurut pekeliling yang dikeluarkan KPM, berikut ada dua jenis cuti yang menjejaskan kelayakan naik pangkat dan gaji, dan ada cuti yang menjejaskan. 
Cuti yang layak dan menjejaskan gaji serta pangkat

Cuti yang layak dan tidak menjejaskan gaji dan pangkat.

Ringkasan cuti ni, sebagai panduan untuk aku yang bergelar guru untuk buat rujukan serta pengetahuan am bagi yang bukan cikgu... jangan ingat cikgu senang nak cuti... hakikat kerja makan gaji, mana-mana pun sama je... ada cabarannya... jadi, janganlah buruk sangka dengan sumber rezeki orang lain... 

Itulah hakikat cuti seorang cikgu... bukan mudah nak suka suki cuti sebenarnya... 


Sumber rujukan: KPM dan NUTP

14Ulasan

  1. kalau nama makan gaji ginilah kan
    setiap orang lain bidang kerjaya dia
    tapi kalau tengok senarai cuti tu, cuti saya lagi sikit =)

    BalasPadam
  2. cikgu sekranga banyak beban keje ditambah pula kerje hakiki dan ad hork.

    BalasPadam
  3. Ok ..Faham ..jgn ingat Cikgu senang2 jer nak cuti ya hehehe..

    BalasPadam
  4. Wah template dah berubah wajah la...Dah jadi warna hijau .Kita suka kita suka kita lagiiii suka ...

    BalasPadam
  5. Memang biasanya begitulah pandangan dan tanggapan segelintir orang ... Nampak macam kerjaya seorang guru ni asek cuti jer...

    Hakikat sebenarnya hanya guru2 itu sendiri yang tahu...

    BalasPadam
  6. inilah realiti seorang guru..

    p/s: wah ! blog berwajah baru, nice ;)

    BalasPadam
  7. Ada member jg cakap kt sy sis.. dia kata cikgu lagi susah nak cuti kan... huhu

    BalasPadam
  8. saya ada kakak dan abang yang jadi cikgu tapi memang mewah dgn cuti je diorang tu :)

    BalasPadam
  9. time cuti cikgu cuti la.time kerja tetap kena kerja..itu dah bahagian cikgu..buat apa nak pertikaikan nya..kan?kalau kalut sangat suruh la anak depa sekolah dari jam 9-5..tanya depa sanggup ke tak??..

    BalasPadam
  10. Ok...faham dah sekarang ni....walaupun 7 hari jer cuti cikgu tp cikgu tetap dapat cuti bila murid cuti....

    BalasPadam
  11. Setuju...CRK tu bukanlah hak mutlak seorang guru...tertakluk kepada kelulusan daripada Ketua Jabatan juga...

    BalasPadam
  12. kerja yang biasa macam saya ni pun susah nak bercuti maria. penuh aktiviti latihan

    BalasPadam
  13. Cikgu zaman sekarang makin banyak kerja kan..kalau cuti pun bukan cuti sangat pun

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ