GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bintik Putih Pada Mulut Bayi

Pagi ni, terkejut tengok mulut dan bibir adik ada bintik-bintik putih... adehh.. kena kulat susu pula dah... ni gara-gara adik kurang minum air dan kerap mengempeng di malam hari... kulat susu biasa terjadi pada bayi yang kerap menyusu, sama ada susu botol atau susu badan... Masalah ini, biasa tapi tak boleh dibiarkan kerana kulat susu boleh jadi ulser... Kalau dah kena ulser faham-fahamlah, memang sakit dan buatkan anak tak nak menyusu dan makan. 

Sumber: google images

Cara nak atasi masalah bintik-bintik putih ni mudah je... Ambil kain napkin atau kain cotton yang lembut basahkan atau lembapkan... sapu perlahan-lahan.. nanti bintik-bintik tu akan tanggal... boleh juga jika nak gunakan minyak zaitun asli atau minyak kelapa dara kerana sifat kedua-dua minyak tu sebagai antibiotik. 

Untuk elakkan dari berulang, untuk bayi yang dah makan iaitu lepas usia 6 bulan ke atas, bagi minum air secara kerap selepas minum susu atau makan... 
Macam ni je berus gigi adik.. memang dia suka siap gigit-gigit lagi.. 

Lepas ni kena keraplah gosok gusi adik, sebab adik takde gigi lagi... sebab adik memang kuat mengempeng terutama di waktu malam... jadi, risiko nak kena lagi tu ada... 

9Ulasan

  1. ank sy msa dlm pantang pn kena jgk benda ni.sy cume amik lampin basah then lap...mjr la hilang

    BalasPadam
  2. oh bahaya kan...so kena banyakminum air yea adik

    BalasPadam
  3. Saya selalu gunakan tuala basah untuk lap lidah baby saya. Kalau gosok gigi, telan ubat gigi ja kerja dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bayi lagi.. Mmg x digalakkan letak ubat gigi...gosok gitu je dgn air..

      Padam
  4. Gigi anak saya banyak karies sebab bottle feeding tengah tido.
    Ermmmm..marah doktor gigi.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ