GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adab Menerima Musibah

1.  Mengucapkan lafaz istirjaa’  dan membaca doa musibah.
“ Sesungguhnya kami ini adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami akan kembali,”

Ucapan ini dibaca ketika kita menghadapi musibah, atau mendengar orang lain menerima musibah, bukan terhad kepada orang sakit atau kematian sahaja. 

Kita juga digalakkan mengamalkan doa sunnah ketika menghadapi musibah
Yang bermaksud  “ Ya Allah, berilah aku pahala daripada musibahku ini dan gantilah dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,”

2.  Bersabar dan redha
Sabar dan redha, segalanya akan selesai mengikut waktunya.. hadapilah dengan sabar dan terima seadanya... kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar dan redha.

3. Meyakini Pahala ganjaran kesabaran setimpal dengan musibah yang menimpa.

Sabar dan redha pasti akan diberikan pahala.. lagi besar ujian lagi besar ganjarn pahalanya dan naik pangkatnya.. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan. Sesungguhnya jika Allah Ta'ala mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha maka baginya keredhaan (Allah). Sedangkan siapa yang murka maka baginya kemurkaan (Allah)." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

4. Melihat Musibah sebagai penghapus dosa dan pemberi peluang meraih pahala.

Musibah adalah penghapus dosa-dosa kecil.. Bersyukur dan sabarlah... . 
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidaklah seorang mukmin itu ditimpa kesusahan, kesakitan, kerisauan, malah terpijak duri sekalipun melainkan Allah akan menghapuskan dosanya (selagimana dia sabar)." (HR Bukhari dan Muslim)


5. Menyakini bahawa musibah merupakan sesuatu yang telah ditakdirkan.

Musibah juga adalah salah satu dari rukun iman keenam, iaitu qada' dan qadar Allah sepertimana firmannya:

"Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Surah Al-Hadiid: 22)

6. Musibah yang menimpa sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuannya. walaupun kita rasa berat dan tak mampu, tapi Allah tahu kemampuan kita..  Firman Allah s.w.t dalam ayat terakhir surah Al-Baqarah:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..." (Al-Baqarah: 286)

7. Berfikiran positif dan menyakini bahawa bersama setiap kesusahan datang kemudahan.

Hikmah disebalik ujian dan musibah hanya Allah tahu, tapi yang pasti setiap kesusahan pasti ada kemudahannya.  Allah berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5 -6:

"Oleh itu, maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Di sini ayat yang sama diulang dua kali, memberikan  penegasan bahawa sesiapa dan berusaha lebih, Allah akan memberikannya hasil yang setimpal atas usahanya itu selagimana Dia tidak berkehendak untuk mengujinya dengan kegagalan.

8. Musibah sebagai hasil kesan perbuatan sendiri.

Kadang-kadang kita tak perasan, sebenarnya ujian-ujian kecil dan kesusahan yang kita hadapi tu atas sebab dan kesalahan kita sendiri... mungkin, kita pernah mengata orang, pernah buat orang menyumpah pasal kita kan.. kerana itu Allah duga sebegitu untuk cuci dosa-dosa kita.. 

"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." (As-Syuura: 30)

Musibah itu sebagai tanda diberi keampunan oleh Allah s.w.t, tapi ini tidaklah bermaksud kita tidak perlu bertaubat. Di antara hikmah diturunkan bala dan musibah atas kesalahan sendiri adalah supaya kita dapat insaf sebelum terlambat. Allah telah berfirman:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah Ar-Ruum: 41)

9. Tidak berputus asa apabila ditimpa musibah.

Hadapi dengan tenang.. teruskan hidup dan jangan lari dari musibah... tempuh lah walau bagaimana pun dugaan tu datang... teruskan tanpa jemu dan putus asa. Allah telah berfirman:

"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)

Kita hendaklah berusaha mengatasi kelemahan dan memperbaiki kesilapan diri disamping bertawakal dan berdoa kepada Allah.

9Ulasan

  1. nice sharing maria..thanks ye. semoga menjadi peringatan bersama

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info dan peringatan berguna ni...
    Jemput join segmen ni.. http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    BalasPadam
  3. Musibah tanda Allah sayangkan kita...:)

    BalasPadam
  4. musibah juga salah satu tanda kasih sayang Allah pada kita kan??...

    BalasPadam
  5. Betul bacaan di atas bukan terhad kepada kematian sahaja.

    BalasPadam
  6. walau susah nak terima kita tetap kena redha dan sabar

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ