GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Disebalik Wangian Kegemaran

sumber: google images

Memandu sambil menghirup bau aromaterapi lavender pastu layan plak lagu kat Sinar.Fm, memang terbaik.. memang menenangkan... hehe... feeling love la tu, kalau lagu romantik plak time tu kan.. Aku dan suami, suka bauan yang sama... lavender atau bau bunga... rasa tenang je.. 

Kalau minyak wangi pun, jenis bunga-bungaan juga belinya... suami ku tak suka bauan minyak lelaki. sebab keras dan sakit hidung katanya... 

Menurut kajian psikologi, terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-

BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik. (lavender, roses termasuk dalam kategori ni)

BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat. (lemon, epal hijau)

OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.

HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !

ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.

KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Haha.. romantik kah kami?? hehe... sesaja je suka-suka, tapi mungkin ada betul nya cuma jangan terlalu percaya ya.. ini hanya kajian aja... 

Apa wangian pilihan anda???

9Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ