GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Larangan Jadi Pengintip a.k.a Stalker!

Sumber: google images

Zaman moden sekarang, terlalu ramai yang teringin nak jadi spy... pengintip tak berbayar. Paling mudah sekarang ialah pengintip online...atau lebih dikenali sebagai stalker. Stalker ni ialah mengintip profile, wall, atau blog seseorang kemudian dia bercakap-cakap pula hal orang tu dengan orang lain.. Sama ada hal kebaikan atau keburukan itu dikenali sebagai umpatan, dan jika sesuatu yang ditambah-tambah itu adalah fitnah.

Islam melarang keras perbuatan mengintip dan mencari kesalahan dan aib orang. 
Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasulullah Sallallahu ’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nûr:19)

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam lagi yang bermaksud:
“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim)

Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina.

Jadi adalah wajib bagi setiap Muslim, menutup aib saudaranya dan malah hendaklah menasihatkan secara sulit, lemah lembut dan penuh hikmah kerana bimbang saudaranya itu akan ditimpa celaka dengan sebab perbuatannya itu.

Dari 'Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau semua memaki-maki orang-orang yang sudah mati, sebab sesungguhnya mereka itu telah sampai kepada amalan-amalan mereka yang sudah dikerjakan dahulu -sewaktu di dunia, baik kebajikan atau kejahatan." (Hadis riwayat Bukhari)

Setiap orang mempunyai salah dan silap dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda,

"Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat."( HR Ahmad).

Maka, jika kita pernah mengumpat, mengata orang tu, mohon taubat dan minta maaf lah... Kadang kala hidup kita ni lebih baik berdiam diri, dari duduk bersembang perkara yang tidak berfaedah. Bohonglah jika dok reramai tapi tak mengumpat... memang susah nak elak... tapi cara terbaik, diam dan biarlah asingkan diri.. bila dengar orang nak mengata pasal orang lain.. kita elakkan dari duduk sekali... 

Moga diampunkan dengan dosa mengumpat dan mengintip serta dijauhkan dari perbuatan ini.. Cukup-cukuplah jadi stalker tak berbayar kan... Jangan bazirkan pahala... Ibarat kata Ustaz Kazim... "kita tak banyak pahala, jangan pula ditambah dosa"...

Renungkanlah bersama... 


Nota: 
Mohon maaf jika aku ada termengumpat sesiapa ya... Ya Allah ampunkanlah lidah dan telinga ku... Peliharalah lidah dan telinga ku dari mengata dan mendengar umpatan orang lain.. ameen.. 

Rujukan: SINI

14Ulasan

  1. btl tu sis...sy pn kdg2 tnpa sedar kn.ble bercerita tetibe terselit cete org lain jugak...semoga terampun la dosa2 ni..hmm....:-(

    BalasPadam
  2. bila berkumpulan... lebih kepada berdiam lah... itu je, kanh tak bercampur orang dok kutuk pulak.. manusia ni macam2...

    BalasPadam
  3. Thanks atas perkongsian. Stalker ada di mana2 sama ada kita sedar atau tak.

    BalasPadam
  4. Ya Allah, jauhkanlah sikap mendedahkan aib orang ni...aamiin

    BalasPadam
  5. Zaman moden ni fb, google semua boleh search dan keluar lah maklumat. Semoga entri ni memberi pengajaran kepada kita semua.

    BalasPadam
  6. timm pun suka stalkering jugak..tpi sekdar ow..xde la smpai nk guna umpat2 pulak org tu..hehe..

    BalasPadam
  7. teguran bermakna ni. ramai sangat stalker online.

    BalasPadam
  8. peringatan bersama..tula kan..kadang2 tu perasaan ingin tahu tu merbahaya..

    BalasPadam
  9. sapalah gerangan tue ya..pengintip bertauliah ker idak..huhuu

    BalasPadam
  10. sama samalah kita perbaiki diri..maafkan sesama insan dan jaga aib sesame manusia :)

    BalasPadam
  11. Betul tu sis,kdg2 tu kita terpksa jd kera sumbg dr bergaul dgn org utk mengelakkn mengumpt org..cn mmg kurang berckp dkt skolah smpai kena cop sombong..takpela..hubby dh warning jgm asyk duk mngumpt org

    BalasPadam
  12. btul tuh kdg kdg kite xsedar cara kite tuh de termengumpat termengata

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ