GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebaikan Merangkak untuk Bayi!


Ada ibu bapa yang rimas bila ada pandai merangkak sebab rajin mengutip macam-macam... Memilih jalan mudah dengan meletakkan anak di dalam walker... Kiranya itu satu tindakan selamat la bila anak tak mengutip lagi... Tapi sebenarnya, fitrah semulajadi bayi ialah merangkak... Jarang sangat ada bayi yang skip perkembangan ini... tapi sememangnya memang ada yang skip merangkak tapi peratusannya rendah. Sebenarnya, merangkak banyak beri kelebihan dan kebaikan kepada bayi... 
  • Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot. 
  • Menguatkan otot besar dan kecil, mengahaluskan kemampuan motorik kasar dan halus. 
  • Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan, kemahiran jari. 
  • Melatih kedua belahan otak. Gerakan menyilang saat merangkak merangsang mengukuhkan dan mengintegrasikan kedua belahan otak atau kawasan-kawasan yang berbeza pada otak. Sekaligus membantu mengoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak. 
  • Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang saat merangkak membolehkan kedua belahan otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat inderawi penting dengan lebih cepat. Merangkak meningkatkan pengeluaran myelin, bahan yang melapisi sel saraf, yang membantu otak menghantar dan menerima mesej lebih cepat da jelas. Merangkak akan merangsang pula bahagian otak 'menerima dan' ekspresif. '
  • Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, menganjurkan dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga, otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan. 
  • Membantu perkembangan dan pemahan bahasa, sebab bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga. 
  • Merangsang kepekaan sentuhan (sentuhan), kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh-dekat. [sumber]
Justeru, biarkan anak anda merangkak sebebasnya tetapi pantau pergerakannya sentiasa. Jangan sekat kebebasannya... Sebaliknya, kita yang perlu hati-hati... Pastikan persekitaran dalam rumah selamat... Lantai sentiasa bersapu atau mop... Jangan biarkan benda-benda kecil di atas lantai... Biarkan anak meneroka dunianya... Kerana itulah perkembangannya sekali seumur hidup... 

7Ulasan

  1. thanks for sharing...betul tu..mak ayah kene extra rajin jaga kebersihan demi anak2...

    BalasPadam
  2. Haaa.. betul ni... baby yg lama merangkak sangatttt bijak jg tau.... sangat baik kan untuk anak2...thanks 4 sharing dear

    BalasPadam
  3. Dah takde ank kecik nak tgk merangkak huhuhu...nice sharing Maria

    BalasPadam
  4. seronok sebenarnya kalau anak dah pandai merangkak ni kan..

    BalasPadam
  5. Haha..memang risau kalau anak mengutip macam-macam kat lantai..
    Sawang lah, syiling lah..ada je yang bersepah..

    BalasPadam
  6. Ank merangkak memg bgus tp memg kne pantau..nti abis sume dia kutip

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ