GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kebaikan Mandi Malam!


Memandangkan cuaca di Malaysia agak panas, kita digalakkan untuk mandi dua atau tiga kali sehari. Mandi malam adalah salah satu waktu yang disarankan agar tubuh menjadi lebih relak dan memudahkan seseorang untuk tidur. Anda tidak perlu mandi dengan air sejuk. Gunakan air panas untuk mandi kerana ia dapat mengelakkan serangan selesema. Entri kali ini menerangkan tentang kebaikan mandi malam.

Fikiran lebih tenang
Ketika mandi pada waktu pagi, anda cenderung untuk terkejar-kejar. Percayalah, mandi pagi tidak selalunya lengkap dan teliti. Pada waktu malamlah anda boleh mandi dengan lebih tenang dan dapat memanjakan diri. Tahukah anda, mandi pada waktu malam dengan air sejuk dapat menghilangkan stres?

Tekanan darah turun
Tahukah anda, mandi pada waktu malam dapat menurunkan tekanan darah? Untuk merehatkan tubuh, anda digalakkan untuk mandi dengan air suam. Dengan membasuh rambut, anda sekali gus dapat melegakan tekanan pada kulit kepala. Selain itu, air suam boleh membuka liang-liang roma dan membantu menghilangkan toksin.

Meregangkan otot
Bekerja dengan kuat pada waktu siang akan menyebabkan otot menjadi tegang. Mandi malam dapat membantu anda untuk megendurkan otot-otot ini dan membuatkan tubuh menjadi ringan. Mandi dengan air suam boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus untuk berfungsi dengan baik. 

Atasi insomnia
Mandi dengan air sejuk pula dapat memberi ketenangan kepada tubuh. Ia akan membuatkan tubuh menjadi segar dan memudahkan anda untuk tidur. badan yang bersih akan menggalakkan rasa mengantuk. Jadi mandi malam sekali gus dapat mengatasi masalah insomnia.

Sesetengah orang gemar mandi dengan air hangat kerana dapat mengelak rasa sejuk. Betul, ia memberi kesan. Tetapi selain menghindarkan rasa sejuk, air hangat juga sagat elok kepada tubuh anda. Berikut adalah tiga kebaikan mandi malam (dengan air hangat).

REHATKAN TUBUH
Mandian air suam sangat baik untuk merehatkan tubuh. Air hangat akan membantu mengurangkan keletihan serta melegakan otot yang tegang. Ia juga baik untuk mengatasi tekanan pada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh seperti bahu. Tubuh perlu berehat pada waktu malam kerana ia membantu seseorang untuk kekal fokus pada keesokkan harinya.

LANCARKAN PROSES DETOKS
Mandi dengan air hangat dapat membantu proses detoks. Setiap malam, tubuh akan menjalani tempoh pembersihan toksin bagi menghindari penyakit. Mandian air hangat dapat memudahkan proses detoksifikasi dan membersih secara mendalam. Air hangat akan meningkatkan suhu tubuh dan menggalakan pengeluaran peluh. Sewaktu peluh mengalir keluar, ketika itulah ia ‘membawa’ toksin bersama.

Info:- Apabila anda mandi air hangat, jangan terkejut jika keeseokkan harinya anda akan mengalami masalah gelung hitam bawah mata. Mata juga mungkin menjadi kemerahan atau bengkak. Ya, mungkin anda tidak suka. Tetapi ia menandakan toksin ada sudah dikeluarkan. Semakin hari, ia akan berkurangan.

MINDA DAN TUBUH BERGABUNG
Mandi malam bukan sahaja menanggalkan segala kotoran pada luaran tubuh, tetapi membantu menghilangkan emosi atau tenaga negatif dalam diri seseorang. Antaranya adalah seperti perasaan risau, marah, sedih, atau takut. Entah bagaimana, tetapi ia berlaku, air hangat mampu menghapuskan emosi negatif dan ‘mengosongkan’ minda.

Apabila semua emosi negatif ini dapat dihapuskan, seseorang itu akan menjadi lebih peka dan positif. Ia membenarkan tubuh dan minda untuk berhubung pada tahap lebih tinggi.

Memang tak dapat elak mandi malam, sebab balik kerja sampainya maghrib... nak solat tak selesa kalau tak mandi dulu... Tapi sebaiknya mandi selepas jam 12 tengah malam, memang terasa segar... 

12Ulasan

  1. Jarang mandi mlm,tp kalau panas sgt mmg terpaksa mndi mlm ni..wah! Byk kelebihan dia rupanya

    BalasPadam
  2. tapi ada jugak yg kata tak baik mandi malam..sebab air masuk dalam paru2..err..

    BalasPadam
  3. Dah jarang dpt mandi mlm.hari2 pun terkejar2..x kesah mandi pg atau ptg..

    BalasPadam
  4. Oh baru tau.. ingatkan tak berapa elok mandi malam. Thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  5. ikut antibodi badan org jugak kot klu tak silap pernah dengar pasal mandi malam ni kt tv..ada kebaikannya pada yg badan sesuai..sy ok je waktu pantang pun bantai mandi malam,dh musim panas..:)

    BalasPadam
  6. Tq for the info...sangat2 bermanfaat lah...

    salam perkenalan dr saya Sarah :)
    jemput ke blog sy www.ladysara84.blogspot.com

    BalasPadam
  7. ohhh.. byk plak kebaikan mandi malam ni kan sis.. ada info yg akak baru tau... TQ sharing

    BalasPadam
  8. saya bayangkan kalau saya dapat rileks dalam jakuzi..bathtab pon boleh la..

    BalasPadam
  9. In conclusion, better mandi dengan air suam lah, kan?

    BalasPadam
  10. kadang kadang sebelum tidur kalau panas suka mandi dulu baru selesa nak tidur :)

    BalasPadam
  11. Ada yang cakap tak elok mandi malam huhuhuu.........Thanks Sharing dear

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ