GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Hukum Suami Tidak Mengaku Anak yang Dikandung Isteri!


Pernah tengok satu drama, satu kes suami menuduh isterinya curang dan tak mengaku anak yang dikandung adalah anaknya.... Ini kerana si suami terdengar kata-kata fitnah dari orang yang terdekat. Dalam hukum Islam, bab munakahat, kes sebegini termasuk dalam kes LI'AN. 

APA ITU LI‘AN
  • Li‘an berlaku apabila terjadinya qazaf iaitu suami menuduh isterinya berlaku zina atau menafikan anak yang dikandungkan oleh isterinya sebagai anak.

  • Li‘an ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina tanpa mempunyai empat orang saksi kecuali dirinya sahaja, maka hendaklah dia bersumpah empat kali “bahawa dia adalah orang yang benar” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika dia berdusta”.

  • Sekiranya isteri menolak tuduhan tersebut, maka hendaklah dia bersumpah sebanyak empat kali “bahawa suaminya itu berdusta” dan pada kali kelimanya “bahawa dia akan dilaknati Allah jika suaminya benar”. 

  • Dalil Li'an:
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
“Adapun orang yang menuduh isterinya berzina sedangkan mereka tidak ada saksi (empat orang) kecuali hanya dirinya sahaja maka persaksian bagi orang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang benar. Dan sumpahan yang kelima bahawa laknat Allah akan menimpanya jika dia berdusta. Dan untuk menghindarkan seksa terhadap isteri yang tertuduh itu hendaklah si isteri bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sumpahan yang kelima hendaklah dia berkata kemungkaran Allah akan menimpa dirinya.” (Surah An-Nur, 24:6-9)

KESAN LI‘AN

  • Berdasarkan Seksyen 51 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 menegaskan bahawa:
“Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li‘an mengikut hukum syara‘ di hadapan seorang hakim syar‘i, atas penghakiman, maka hakim syar‘i itu hendaklah memerintahkan mereka difaraqkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-lamanya.”
  • Mengikut peruntukan hukum syara‘, sekiranya yang menuduh (suami) enggan bersumpah, maka dia akan dikenakan hukuman qazaf dengan sebatan sebanyak 80 kali rotan. Manakala jika isteri yang dituduh pula tidak menolak tuduhan suaminya, maka dia akan dikenakan hukuman sebagaimana orang yang berzina kecuali kedua-dua mereka bersumpah dan melakukan li‘an.
  • Apabila kedua-duanya bersumpah dan melakukan li‘an, maka ikatan perkahwinan mereka suami isteri akan terputus sama sekali dan mereka diharamkan berkahwin semula buat selama-lamanya.
Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
“Suami isteri yang melakukan li‘an apabila mereka berdua berpisah, kedua-dua mereka tidak boleh berkumpul (berkahwin) untuk selama-lamanya. (Riwayat Daruqutni)
Status Anak Li'an
Bacaan Penuh: https://ksradamksr.files.wordpress.com/2011/06/makalah-hukum-waris-anak-zina-dan-lian.docx

Sesekali, refresh semula apa yang dibelajar semasa kursus nikah kahwin kan... Dah beranak kadang dah lupa... Jadi, perlu recall semula bab-bab macam ni, sebab kadang kita tak sedar, ada yang berlaku di sekeliling kita..  Moga bermanfaat untuk semua, buat yang bakal berkahwin atau sudah berkahwin.

4Ulasan

  1. Nice sharing... baru tahu

    BalasPadam
  2. itu sebabnya diwajibkan hadir kursus kahwin sebelum kahwin :)

    BalasPadam
  3. Kalau takde ilmu kena la cuba belajar br la kita tahu hukum hakamnya...thanks sharing maria

    BalasPadam
  4. Sesekali kena refresh smla bab bab nih..sgt pntg kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ