GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Benarkah Sunnah Menutup Kepala Ketika Masuk Ke Tandas???

Ada yang mengatakan sunnah menutup kepala ketika menggunakan tandas. Benarkah??? Apa dalilnya???
Sumber: google images

Jawapan dari Jabatan Komiti Kajian Fatwa – Dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî.

Ini merupakan satu amalan tradisi, tidak terdapat bukti yang Sahih dari Sunnah untuk menyokongnya.

Berkenaan hadith dari Sunan al-Bayhaqî tentang menutup kepala apabila masuk kedalam tandas , Hadith(status) adalah seperti berikut:

Hadith pertama:
`Â’ishah berkata: “Apabila Rasulullah SAW masuk kedalam tandas , Beliau akan menutup kepalanya dan apabila mendatangi Isterinya , beliau akan menutup kepalanya.

Hadith di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan al-Dhahabî dalam al-Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#405).

Jalan periwayatannya seperti berikut:
`Abd al-Khâliq b. Alî al-Mu’adhdhin dari Abû Ahmad b. Hamdân al-Sayrafî dari Muhammad b. Yûnus al-Qurashî (al-Kudaymî) dari Khâlid b. `Abd al-Rahmân dari Sufyân al-Thawrî dari Hishâm b. `Urwah dari ayahnya dari `Â’ishah.

Setelah meriwayatkan hadith tersebut al-Bayhaqî sendiri berkata : “Hadith ini adalah salah satu yang perlu ditinggalkan oleh kerana Muhammad b. Yûnus al-Kudaymî.”
Al-Bayhaqî kemudiannya menyatakan bahawa Ibn `Adî berkata tentang hadith ini : ‘Aku tidak kenal orang yang meriwayatkannya selain al-Kudaymî dari sanad ini. Dan al-Kudaymî amat terkenal untuk perlu dipastikan bertapa lemahnya dia.

Al-Dhahabî juga berkata terhadap al-Kudaymî ketika meriwayatkan hadith ini: "Dia dituduh sebagai penipu” [al-Muhadhdhab (1/104)]

Ibn `Adî berkata tentang dia : “Al-Kudaymî telah di tuduh memalsukan hadith”

Ibn Hibbân berkata :’ “ Kemungkinan dia memalsukan lebih dari 1000 hadith”. al-Dhahabî, Mîzân al-I`tidâl (4/74 #8353).

Al-Bayhaqî kemudian berkata: “ Telah diriwayatkan dari Abû Bakr menutup kepalanya ketika masuk ke tandas . Ini adalah satu perkara yang benar tentang beliau.”al-Sunan al-Kubrâ (1/96)]

Hadith ke-2

Habîb b. Sâlih meriwayatkan “Apabila Rasulullah SAW memasuki tandas , Beliau akan mengenakan kasut dan menutup kepalanya”

Hadith ini di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan by al-Dhahabî dalam al-Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#406).

Jalan periwayatannya seperti berikut:
Abû `Abd Allah al-Hâfiz dari Abû Bakr Ahmad b. Ishâq al-Sibghî dari Ismâ`îl b. Qutaybah dari Yahyâ b. Yahyâ dari Ismâ`îl b. `Ayyâsh dari `Abû Bakr b. `Abd Allah dari Habîb b. Sâlih.

Al-Bayhaqî menjelaskan dari mula lagi bahawa hadith ini Mursal, bermakna ia telah diriwayatkan Tabiien tanpa menyebut Sahabah yang meriwayatkannya sendiri dari Rasulullah SAW. Habîb b. Sâlih adalah Tabiien yang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW.

Al-Dhahabî setelah meriwayatkannya , memberi komentar kepada Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam dengan berkata: ‘Abû Bakr adalah periwayat yang lemah” [al-Muhadhdhab (1/104)]
Ibn Hibbân berkata tentang Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam: “Dia seorang yang lemah dalam Ingatan. Apabila dia menyampaikan dia melakukan kesilapan dan perkara menjadi kesalahan yang teruk, oleh kerana itu dia perlu di tinggalkan.”

Abû Zur`ah ar-Râzî berkata: “Dia periwayat yang lemah dan Hadithnya palsu (munkar).”

Al-Dâraqutnî berkata: “Dia perlu ditinggalkan.”

Dia telah diumumkan sebagi lemah oleh kebanyakan pakar dalam kritikan periwayat termasuk Yahyâ b. Ma`în, Ahmad b. Hanbal, al-Nasâ’î, al-Âjurî, dan selainnya

Siyar A`lâm al-Nubalâ’ (7/65) and Tahdhîb al-Tahdhîb (4/490).

Ibn Hajar al-`Asqalânî berkata tentang dia: “Dia seorang periwayat yang lemah. Rumahnya di rompak dan kemudian periwayatanya menjadi celaru.” [Taqrîb al-Tahdhîb (1116 - #8031)]

Kedua-dua hadith ini tidak sesuai dijadikan bahan bukti. Hadith pertama adalah tertolak (mungkar). Hadith kedua adalah tersangat lemah..

Sumber: SINI

Kesimpulannya: Jelas bahawa hadis tersebut lemah dan tak sesuai dijadikan dalil sunnah... Jadi, janganlah kata ianya satu sunnah yang dituntut... tapi kalau nak buat dipersilakan dan tiada salahnya. Namun begitu, terdapat dalil-dalil lain mengenai adab-adab ke tandas. Secara ringkasnya, antara adab-adab ke tandas ialah:

Doa sebelum masuk tandas

Maksudnya : "Ya Allah aku berlindung denganMu daripada Syaitan Jantan dan Betina daripada sekalian syaitan yang direjam".

Adab ketika di dalam tandas
  • Tutup kepala ketika membuang air besar.
  • Jangan berada terlalu lama di dalam tandas
  • Jangan memandang keseluruhan tandas
  • Jangan bercakap atau menyanyi
  • Haram membaca ayat al-Qur'an di dalam tandas
  • Makruh memandang kepada kemaluan
  • Jimatkan air, jangan membazir.

Adab buang air besar
  • Hendaklah dalam keadaan duduk
  • Jika bertinggung, beratkan tubuh kesebelah kanan
  • Jangan terlalu lama ketika membuang air besar

Adab buang air kecil
  • Membuang air kecil (kencing) dalam keadaan duduk
  • Disunatkan bangun dan duduk beberapa kali untuk menyejatkan kencing
  • Disunatkan batuk-batuk atau berdehem untuk menyejatkan kencing


Adab mandi di dalam tandas/bilik mandi
  • Makruh mandi bertelanjang bulat.
  • Mulakan dengan niat samada mandi wajib (hadas besar) sunat.
  • Mandi sunat terdiri daripada:
  • mandi sunat hariraya
  • mandi sunat ihram
  • mandi sunat hari jumaat
  • mandi sunat selepas memandikan jenazah
  • dan mandi sunat biasa.

Mulakan menjirus air di kaki sebelah kanan dan diikuti yang kiri, kemudian naik ke atas tahap ke tahap dan akhirnya jiruslah di kepala. Amalan ini boleh mengelakkan dari penyakit kejang urat, sakit pinggan dan sakit kepala.
  • Jimatkan air. Haram membazir air.
  • Sunat menghilangkan segala kekotoran di badan.
  • Ratakan air keseluruh badan.
  • Makruh mengambil wudhuk di dalam tandas.

Doa keluar dari tandas
Maksudnya : "Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dariku kesakitan dan mengampunkan aku".
Sumber rujukan: SINI dan SINI

Untuk penjelasan dan dalil boleh rujuk kitab-kitab fiqh yang sahih.... Aku tak nyatakan disini kerana memang aku akui ada dalilnya dalam Sunan-sunan yang sahih... untuk yang ragu-ragu boleh cari dalam kitab fiqh... ini hanya ringkasan untuk kefahaman dan amalan bersama... Mengamalkannya mendapat pahala, tapi sesiapa yang tidak mengamalkannya bukanlah satu dosa...Cuma kurang adab sopannya. 

9Ulasan

  1. Alhamdulillah...terima kasih berkongsi kak...kadang banyak yang kita terlepas pandang...

    BalasPadam
  2. Islam itu indah..setiap perkara pasti ada sesuatu disebaliknya

    BalasPadam
  3. T kasih atas perkongsian & pencerahan ini. Semoga bermanfaat utk kita semua.

    BalasPadam
  4. ohhh... baru plak tau... TQ berkongsi sis..

    BalasPadam
  5. Owh..saya pun ada pernah dengar pasal tutup kepala masa masuk toilet tu..
    Tapi, x pasti kesahihannya.

    BalasPadam
  6. Thanks Sharing .. Akif kan dia selalu cakap ngan Kak Lya ..Umi kalau Umi nak pergi buang air besar tak tutup kepala nanti syaitan berak atas kepala uMi ...hehehe .......

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ