GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bahana Cemburu Lelaki: Simbah Isteri dengan Air Panas!

sumber: google images

Cemburu lelaki lagi teruk dari perempuan... 

Cemburu buta menyebabkan seorang lelaki tergamak membelasah isterinya sebelum menyimbah air panas ke tubuh mangsa menyebabkan wanita itu menggelupur kesakitan.

Lebih teruk apabila lelaki berusia 48 tahun itu mengambil wang tunai dianggarkan RM1,400 milik mangsa sebelum melafazkan cerai selepas menuduh isterinya berlaku curang.

Kejadian dikatakan berlaku jam 4.30 petang kelmarin, ketika mangsa berusia 40 tahun berada di restoran miliknya di Jinjang di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang berkerja didatangi suaminya dalam keadaan marah dan terus menarik mangsa ke ruang dapur.

Menurutnya, suspek mengambil kayu dan memukul isterinya itu dan memaki hamun mangsa selepas menuduh wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan pekerja restoran itu.

“Mangsa menafikan perkara itu namun lelaki berkenaan tidak mempercayainya dan memukul mangsa sehingga terjatuh.

“Dia memijak kepala mangsa berulang kali menyebabkan isterinya itu mengerang kesakitan dan merayu dilepaskan,” katanya.

Sumber berkata, suspek tidak mengendahkan rayuan isterinya malah menyimbah air panas ke belakang tubuh mangsa.

“Pekerja restoran melihat lelaki itu menuju kaunter pembayaran dan mengambil wang jualan milik isterinya.

“Suspek melafazkan cerai kepada mangsa sebelum beredar pergi,” katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa yang melecur di belakang badan dan tangan tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Sumber: Harian Metro

Itulah, kalau dah marah memang tak waras dah jadinya... tambah dengan iman yang lemah... Moga kehidupan wanita itu lebih baik selepas ini... Dunia belum berakhir... itu lebih baik daripada hidup bersuamikan lelaki begitu... 

Cemburu itu fitrah dan tanda sayang, tapi  cemburu buta membawa banyak kemudharatan daripada kebaikan... Pandai-pandailah kawal cemburu itu dengan iman.. 

7Ulasan

  1. Hmmm...mohon dijauhkan Allah kejadian yang macam ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum dan singgah sabtu dear....kerana cemburu buta manusia sanggup melakukan apa saja....

    BalasPadam
  3. betul tu.. sokong,lelaki kalau bab2 cmni mmg lagi teruk dari perempuan..
    laki kalau da majok ke cemburu ke sedih ke terasa ke memang mengalahkan kaum hawa

    BalasPadam
  4. ada orang macam tu ye
    macam-macam perangai manusia akhir zaman sekarang

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ