GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Rahsia Makanan Korea yang Simple Tapi Sedap!


Pernah makan makanan Korea??? Siapa suka makan??? Aku pernah nak cuba kimchi, tapi tengok pun dah semacam, tak jadi nak beli... Ada rahsia disebalik makanan orang Korea ni yang kita tak tahu. 

Makanan umpama UBAT
Masyarakat Korea berpendapat, ‘kita apa yang kita makan’. Bagi mereka, makanan adalah sesuatu yang harus memberi kebaikan kepada fizikal dan mental seseorang. Mereka juga percaya keharmonian sesebuah sajian itu adalah apabila semua ramuan digabungkan, seimbang dengan aspek yin-yang. Tahukah anda,  Korea antara negara yang mempunyai makanan tersihat paling banyak di dunia?

Nasi yang terbaik!
Bagi masyarakat Korea, nasi sangat penting. Hidangan Korea tidak lengkap tanpa semangkuk nasi kukus. Selain beras pendek yang mempunyai tekstur seperti beras pulut, orang Korea juga suka makan beras perang. Kekacang, barli atau biji jagung juga digunakan dalam bubur mereka.

Semua dalam SATU
Mereka tidak suka makan berasingan. Bagi orang Korea, makanan terbaik adalah apabila menikmati semua hidangan dalam satu masa. Setiap orang akan makan semangkuk nasi kukus bersama sup atau stu. Biasanya dalam satu keluarga, mesti hidang antara lima ke 12 jenis hidangan lauk yang berbeza. Barulah meriah!

Tiada KUAH?
Masyarakat Korea memang tidak sukakan lauk-pauk atau makanan yang berkuah. Selain sup atau stu, hidangan Korea yang lain tidak mempunyai kuah. Bahkan ‘juk’ (bubur) mereka, tidak berair. Ia pekat dan lembut (hanya ada sedikit air di dalamnya). Mereka banyak menghidangkan ‘banchan’ iaitu hidangan sayur yang direbus atau digoreng bersama pelbagai jenis sos atau rempah.

NO dessert!
Mereka tidak makan pencuci mulut ya! Selesai makan, mereka akan minum teh hijau atau ‘sikhye’ iaitu air beras yang diproses, ‘hwachae’ (air buah yang dicampur madu) atau ‘omija’ iaitu teh rasberi lima perisa dengan kacang pain.

Simple betul makanan orang korea. Agak-agak boleh tak makan macam diorang... Pernah juga tengok dokumentari citer pasal makanan di Korea, diorang banyak makan sayur dan makanan masakan stim atau rebus.. Takde goreng-goreng macam kita, sebab tu kulit diorang cantik dan tak tumbuh jerawat macam kita kan... Haiii... boleh ke nak ikut macam diorang nih???

9Ulasan

  1. Kadang kadang bila tengok RunningMan macam sedap je tengok diaorang makan terutama Yoo Jae Suk. Hihihi. Tapi takut tak halal je sebab orang orang Korea pun makan babi juga.

    BalasPadam
  2. Ni kalau kawan saya memang tak boleh makan ni.. Banyak sangat sayurnya,, Hehehe... Tapi sayur la berkhasiat.

    BalasPadam
  3. teringin jugak nak makan dgn restoran korea tu..,
    tapi tak berapa nak yakin
    takott tak termakan and xtau yang mane nak makan...

    BalasPadam
  4. menarik jugak ni...diorang mesti tak makan benda-benda manis macam kek dan pastry.bukan macam kita

    BalasPadam
  5. Apepon..tetap suka mkanan jepun..hihi..

    BalasPadam
  6. simple dan sihat.... :) bibimbap tu sha paling suka dan boleh pergi laaa... hihi

    BalasPadam
  7. saya tak pernah makan
    dan tak teringin nak makan =)

    BalasPadam
  8. Mknan yg simple n shat..ptutla diorg cntik..erm rsenye kita pun bleh kot tp kne kental la kan

    BalasPadam
  9. betul kan..kalau sekali masak banyak hidangan..lepas tu makanan xde berkuah sangat..memang bagus :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ