GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 Cara Ajar Anak Hargai Duit!

Sumber: google images

Bila tengok pelajar sekolah sekarang, aduhai... borosnya membeli... kasut, beg sekala benda memang kejap aje rosaknya... Aku pun dalam proses mendidik si kakak menghargai barang walaupun murah. Pernah dia rosakkan barang mainan dia, memang kena lah sekolah dengan aku dan suami... Sedari kecil dah kena ajar hargai duit walaupun nilai lima sen!... Ajar dia erti kesusahan dan nilai duit.. Melalui pembacaan ku di sini... Ada lima cara untuk kita ajar anak hargai duit:

1. Jangan memberi wang belanja terlalu tinggi
Sudah pasti kita mahu yang terbaik untuk anak kita. Ada kalanya kita memberi wang saku berlebihan kepada anak supaya mereka dapat berbelanja dengan selesa. Sememangnya tanggungjawab ibu bapa memberi yang terbaik, namun mengajar anak menghargai wang juga satu tanggungjawab. 

Sekiranya kerap memberi wang berlebihan, tindakan ini mungkin akan memberi impak negatif terutama kepada anak apabila mereka tidak menghargai wang kerana berasa wang sentiasa ada. 

Kurangkan pemberian sejumlah wang yang besar. Kurangkan juga kekerapan memberi wang. Jangan berikan wang setiap masa apabila diminta untuk mengelakkan mereka berfikir bahawa wang sentiasa ada. Mungkin anda boleh berikan wang pada waktu tertentu saja apabila anak-anak berhak menerimanya. 

2. Beri barangan permainan sendiri 
Ketika kecil dan remaja, pasti pelbagai permainan diingini si kecil kita. Mungkin mereka teringin memiliki permainan yang dilihat di iklan televisyen atau daripada rakan sebaya. Seperti wang, kurangkan pemberian barangan kemahuan anak anda. 

Perkenalkan konsep menyimpan kepada anak dan membeli barangan kemahuan mereka melalui wang simpanan sendiri. 

Tentu anda perlu memperkenalkan satu sistem yang mana bukan semua wang simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan. 

Mungkin juga anda boleh menggalakkan anak anda menyimpan sebahagian daripada harga barang yang ingin dibeli dan anda menambah bakinya sekadar memberi penghargaan bahawa anak berjaya menyimpan. 

Pada masa sama, anda boleh mengajar anak anda untuk melakukan kerja kecil untuk mendapat upah. Ini juga dapat mengajar anak anda konsep bekerja dan berusaha untuk menjana pendapatan. Wang yang diterima boleh dikumpul untuk membeli barangan permainan yang diinginkan. 

3. Galakkan anak menderma 
Tanamkan sifat membantu mereka yang memerlukan kepada anak-anak. Langkah pertama dengan menunjukkan contoh yang baik kepada anak. Sering mencari peluang untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan bersama anak. Kemudian, jelaskan kepada mereka mengenai konsep bersedekah. 

Mereka perlu memahami bahawa wang bukan hanya untuk memuaskan kemahuan sendiri tetapi juga untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik. Semaikan tabiat memberi dan menderma supaya mereka rasa seronok apabila membantu dan bukan kerugian apabila memberi wang. 

Bukan saja anda akan berjaya mengajar anak menghargai wang, malah anda akan menjadikan anak anda insan yang prihatin dan berhati mulia. 

4. Buka akaun bank 
Apabila tiba masanya, bantu anak anda membuka akaun bank dengan namanya sendiri. Apabila anak semakin bijak dalam perihal kewangan, ajar mereka konsep menyimpan dan melabur. Fahamkan mereka mengenai keuntungan daripada simpanan yang boleh diterima apabila wang disimpan untuk satu jangka masa tertentu. 

Dari semasa ke semasa, bincang mengenai simpanan yang dilakukan dan sentiasa menjejak simpanan mereka. Beri dorongan supaya fikiran anak anda lebih terbuka apabila bercakap mengenai wang. Tidak seperti dulu, berbincang dan bercakap mengenai wang sering dikaitkan sebagai sesuatu yang dilarang dalam keluarga. 

Dengan membuka minda anak kita terhadap wang, mereka akan lebih berbincang, bertanya dan memahami perihal kewangan. 

5. Menyimpan untuk pendidikan 
Apabila usia anak semakin meningkat, perbincangan bersama mereka boleh menjadi lebih mendalam. Perkenalkan mereka dengan kepentingan kewangan seperti pelaburan, insurans, simpanan kecemasan, simpanan persaraan dan simpanan pendidikan. 

Mungkin anda boleh bermula dengan simpanan pendidikan dan jelaskan kepada anak kepentingan ilmu pengetahuan sekali gus keperluan wang untuk ke kolej dan universiti. Sering berbincang mengenai kedudukan kewangan dan pentingnya berjimat cermat untuk masa hadapan. 

Hakikatnya, pendidikan kewangan perlu diterapkan sejak kecil. Dengan memperkenalkan anak kepada perihal kewangan sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian umur, semakin anak membesar, dia akan lebih menghargai wang. Apabila mereka menghargai wang, mereka akan lebih memahami cara berbelanja dan menyimpan wang untuk masa depan.

Alhamdulillah, kakak suka menabung... sejak umur dia setahun setengah dah ajar dia masukkan duit dalam tabung. Jumpa duit kat mana-mana, masukkan dalam tabung. Barangan memang tak pernah ajar yang mewah-mewah. Ajar juga dia hidup berkongsi dan tidak kedekut dengan orang lain. Walaupun bebudak memang ada sifat memiliki tu, tapi kita boleh ajar secara konsisten supaya tak kedekut dan belajar bekongsi.. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

11Ulasan

  1. Thanks for sharing dear, memang kita kena galakkan mereka menabung dari kecil. lagi satu, amalan menderma tu juga baik untuk anak-anak kita, melatih mereka jadi seorang yang suka bersedekah :)

    BalasPadam
  2. InsyaAllah boleh di praktikkan nti... TQ berkongsi tips....:)

    BalasPadam
  3. husband saya suka suruh anak masukkan duit dalam tabung, sebagai permulaan nak ajar dia menabung...^_^

    BalasPadam
  4. akaun bank anak memang dah ada tapi saya tetap ajar anak menabung untuk beli mainan yang dia suka...selalunya duit yang dalam akaun bank tu datang dari duit raya,atau simpanan ayah dia pada anak2 setiap bulan..

    BalasPadam
  5. yang penting tu lah kan..jangan bagi duit lebih dan kena ajar berjimat.

    BalasPadam
  6. Melentur biar dr rebungnya..kena mendidik anak dr kecil lg

    BalasPadam
  7. mak dan ayah dah ajar menabung dari kecil sampai sekarang.. dah terbiasa.. :)

    BalasPadam
  8. Melentur buluh biar dari rebungnya kan.. :)

    BalasPadam
  9. Betul tu.
    Saya pun.ajar anak bukan senang nak dapatkan sstu tanpa usaha.

    BalasPadam
  10. Kak Lya mmg peruntukkan tiap2 bulan simpanan utk anak2 dalam Tabung Haji SSPN dan jugak BSN anak2

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ