GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Saya Nak Jadi Telefon Pintar!!!

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah telefon pintar.

Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.
Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.
Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.
Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya.. 

Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 disekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita.. insyaALLAH"

Meh baca org2 yang ada smart fon, we chat, fb, twitter, wasapps, etc2

xkisah sama ada ia benar atau rekaan, sama2 kita jadikan ia sbg pengajaran dan peringatan daripada Allah..wasilahnya melalai saudara n sahabat skeliling..jazakallahu khairan ats perkongsian.

Sumber: fb

Realiti bukan fantasi... Itulah yang terjadi... Dihadapan mataku pernah terjadi satu situasi sebegini...sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dalam lingkungan 3-5 tahun datang ke Pizza Hut, untuk nikmati makan malam...

Malangnya, selesai buat tempahan makanan, si suami asyik mengadap telefon, si ibu pun sama... Si anak-anak yg tiga orang ni masing-masing dengan hal sendiri yang termenung... Ketara si kakak menongkat dagu di meja... Situasi ini diperhatikan aku dan suami... Mungkin si ibu perasan keluarganya diperhatikan, cepat-cepat dia alihkan perhatian dan panggil anak-anak untuk ambil gambar...

Dalam hati kecil ini cukup sayu... Renungan buat aku juga... Kadang aku juga terleka begitu...Tapi tidak setiap masa aku hadap telefon... Kerana telefon boleh dibeli tapi anak-anak dan keluarga tiada galang gantinya...

Itulah realiti,
Setiap masa hendak selfie
Tapi ada yang makan hati
Kasih sayang dipandang sipi...
Bukan gambar yg nak dibawa mati
Tapi doa anak soleh/solehah bekalan akhirat nanti...
Renungkan dengan hati yang suci
Buat pedoman diri dan semua yg menghayati...
Mohon maaf jika terasa hati...
Teguran ini tanda anda masih sahabat yang mengingati...


Posted via Blogaway

8Ulasan

  1. entri ni memang benar dan sangat mendalam.... hu hu hu, tapiii...akak pegang phone bila ash tidur jer...hik hik hik...

    BalasPadam
  2. salam singgah. kisah ni memang menusuk kalbu! terharu baca kat fb. tak ingat bila tapi rasanya dalam bulan ni jugak +_+

    BalasPadam
  3. urmm... sedihnya hati membaca posting ni Maria.. memang bukan pandangan asing lagi sekeluarga yang leka dgn gadget di tangan.. *Muhabah diri sat

    BalasPadam
  4. kurangkan bergadget ketika bersama family..

    BalasPadam
  5. Ye..mari sama-sama kita ubah situasi begini.
    Sian kat anak2 kan?

    BalasPadam
  6. entri nih memg terkesan di hati...sbb kdg kdg kite lupekan ank ank ..sbb tuh kalo de mse kuar sedaya upaya akak sprnd gime ngan diorg

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ