GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Rahsia Disebalik Lukisan!

Ditugaskan menggantikan kelas orang lain...memang salah satu rutin guru... Bila ada rakan sekerja tak hadir atau ada kerja luar, maka guru lain akan menggantikannya, bgitu juga sebaliknya...

Bila ganti kelas yang aku tak ajar, kita kena kreatif... Tak boleh straight atau ajar subjek kita... Tapi boleh gantikan dengan aktiviti lain yang menarik...

Semalam aku ganti kelas yang agak kebelakang... Dari awal, aku dah fikir nak buat apa... Tapi macam takde idea.. Tapi bila masuk kelas tu, baru aku tahu aku ganti waktu pendidikan seni... Pelajar request nak melukis... Aku memang dah standby kertas A4 kosong...

Tercetus idea nak buat lukisan yang ada rahsia disebaliknya.. Lepas edar je kertas.. Aku bagi tugasan... Dalam lukisan tu mesti ada GUNUNG-GANANG, RUMAH, ULAR, SUNGAI, HUTAN, BURUNG, POKOK, MATAHARI, dan yang lain-lain boleh ditambah ikut kreativiti...

Jadi aku bagi masa dalam 15 untuk diorg lukis... Sebenarnya aktiviti ni aku pernah buat masa aku ikuti kem motivasi... Dan setiap benda yang dilukia ada makna tersirat... Jom kita lihat apa makna disebalik lukisan itu...

1. Gunung melambangkan cita-cita dan impian anda. Setinggi mana gunung yang anda lukis, setinggi itulah impian dam matlamat, dan cita-cita anda ! 

2. Adakah matahari anda bersembunyi di sebalik gunung? Jika begitu anda seorang yang pemalu dan kurang berani berhadapan dengan orang ramai! Jika sebaliknya , tahniah ... kerana anda berani menyarakan pendapat, dan berani bersemuka dengan sesiapa pun . ( tapi janganlah over-over ye ! ) 

3. Ok, sungai . Sekiranya anda melukis sungai dari puncak gunun, bermakna , apabila anda ditimpa sebarang masalah, anda akan mengkaji apakah sebenarnya punca masalah anda itu. Ringkasnya, anda seorang yang teliti. 

4. Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional! hehe.. relak lah... dan jika sebaliknya, andalah penyeri seluruh alam! 

5. Jika sawah padi anda nampak luas dalam lukisan, ini bermakna anda seorang yang berpandangan jauh. 

6. Rumah yang anda lukis melambangkan diri anda sendiri! Sekiranya rumah anda nampak ... well... kurang elok, so, muhasabahlah diri anda ok? good luck! 

7. Apabila anda melukis pokok lebih tinggi dari rumah, ini bermaksud, anda seorang yang sangat pentingkan keluarga! 

8. Sekiranya anda melukis bunga, setangkai demi setangkai, dan bukannya sekuntum-sekuntum, anda seorang yang setia! 

9. Ok, jika anda melukis burung lebih dari 4 ekor, ini bermakna anda ialah seorang yang mementingkan persahabatan . 

10. And finally, ular . Itulah jodoh anda!!! Jika ular yang anda lukis berdekatan dengan rumah yang anda lukis tadi, ini bermakna, jodoh anda berada dekat dengan anda ? jadi, hehe... siapakah dia?

Lepas diorg lukis aku kutip... Dan aku tafsir setiap lukisan diorg.. Tersenyum sendiri bila lihat lukisan diorg... Diorg memang berbakat dan penuh pengertian... Pelajar kelas belakang, bukan pelajar bermasalah cuma mereka perlukan lebih perhatian dari seorang guu yang perihatin...

Sekian coretan dari seorang guru... :-)

9Ulasan

  1. tak pernah taw pulak ada makna tersirat..hehe

    BalasPadam
  2. Wahh.. dulu saya selalu lukis permandangan sawah dgn gunung di belakangnya.. mata hari selalu sembunyi separuh di belakang gunung tu.. :D

    BalasPadam
  3. timm dlu pun prnh terkena dgn kwan psal lukisan ni..hehe..hampeh..

    BalasPadam
  4. dulu zaman sekolah penah buat benda ni
    masa cikgu tafsirkan tu
    tersengih aje memasing
    tapi seronok

    BalasPadam
  5. pernah buat dulu masa PRS..lupa dah..hehe

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ