GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Punca Resdung dan Petua Merawatnya!


Rimas muka merayap je kan.... lepas tu kena pantang makanan laut macam kerang, udang, ketam kan... Tak rasa lanikmat steamboat kalau ada resdung ni... 

Punca Resdung
  1. Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  2. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  3. Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  4. Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  5. Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  6. Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Jadi, ada tiga petua tradisi untuk atas masalah resdung ni... 

Petua 1
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Petua 2
Ambil beberapa helai daun tembikai yang sudah kering. Kemudian gulung seperti rokok. Bakar di hujungnya dan hisaplah seperti menghisap rokok. Hembuskan asap melalui hidung beberapa kali. Amalkan petua ini sekali seminggu.

Petua 3
Petua yang ketiga lebih ringkas dan mudah, caranya adalah tumbuk tiga sudu jintan. Kemudian, bungkus dalam kain putih dan hidu setiap kali sebelum tidur. 
Sumber: SINI dan SINI




Nota: Alhamdulillah... dengan izin Allah, sejak amalkan Minyak Kelapa Dara, aku dah sembuh dari masalah ni... Kalau dulu aku ada masalah Sinus + Bronkitis + Resdung memang menyesakkan dada dan selalu dapat asma je... Alhamdulillah.. dengan izin Allah tiada lagi masalah tu... 

9Ulasan

  1. ada resdung ..nak kena cuba tips kat atas..tq share.. :)

    BalasPadam
  2. Masalah resdung ni memang sllu kan skrg ni..mgkin sebab faktor pemakanan.. tapi Alhamdulillah akak tak kena... :)

    BalasPadam
  3. Kene try ni, tp bhn2 agk susah nk dpt kt econsave;)

    BalasPadam
  4. dulu saya ingat saya resdung, tapi dah xde plak skrg...xtau mane menghilang dia nye... :D

    BalasPadam
  5. Betul Maria. When our sinus are exposed to certain allergens, it will get inflamed. But, this will only occur among people with hypersensitivity.

    BalasPadam
  6. Minyak Kelapa Dara tuh Maria amalkan minum ke??leh x review..akak de resdung n sinus

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ