GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Baju T-Shirt Muslimah untuk Ibu Menyusu

Sudah lama aku tak shopping online... tapi baru-baru ni aku terjebak semula dalam kes shopping online ni... pantang ada lebih sikit la kata kan.. takpe..reward untuk diri sendiri kan... 

Sebenarnya, dah lama juga dok usha-usha baju menyusu... memandangkan baju t-shirt aku dah lama tak diperbaharui, aku mula mencari baju t-shirt menyusu yang baru... kalau secara online bukan masalah nak cari... sebenarnya aku dah ada satu 'kedai online' tetap untuk beli baju t-shirt ni... sebabnya aku memang berpuas hati dengan cara dia melayan pelanggan, sistem yang cekap dan cepat serta mudah... 

Ini kali ketiga aku beli baju t-shirt muslimah di TshirtMuslimah Rancak. Kali pertama dan kedua aku beli masa promosi beli satu percuma satu dengan harga RM50... Jadi, kiranya harga sehelai baju RM25sahaja. Kali ni aku memang cari baju t-shirt muslimah khas untuk ibu menyusu... Memula, memang aku belek je kat album dia.. tapi akibat nak belek katalog yang banyak tu... akhirnya aku PM ownernya untuk tag kan nama aku untuk baju yang aku nak cari tu... Lepas dia tag, aku pilih aje lah... 

Alhamdulillah... selesai pilih, buat pembayaran online, dan bagi detail kat FB aje... dalam dua hari dah sampai barang yang diorder... memang cepat dan mudah... 
Antara fesyen baju yang ada dijual

Tshirt Muslimah Rancak juga menjual baju T-shirt muslimah biasa, jubah menyusu, jubah biasa, serta baju muslimah untuk kanak-kanak dan handsock dengan harga yang berpatutan... Setiap kali aku beli ada je diskaun aku dapat... rasanya bukan regular customer, tapi memang dapat kot diskaun tu... 

Baju yang ditempah

Perkhidmatan yang terbaik, buatkan orang suka nak beli lagi dan lagi... Kalau rasa nak cuci-cuci mata... bolehlah berhubung dengan pemilik TshirtMuslimah Rancak di Facebook. 

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ