GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Kekalkan Kelembapan Bibir Ketika Berpuasa!

Sumber: google images

Seharian berpuasa memang membuatkan bibir dan kulit menjadi kering. Ini kerana,  apabila kita tidak makan atau minum, kandungan cecair dalam badan semakin berkurangan.

Oleh itu jangan biarkan bibir kamu kekeringan kerana bukan sahaja menghilangkan seri kecantikan kamu, malah ia juga akan menyakiti kamu!  Jadi, jom kekalkan kelembapan bibir saat di bulan Ramadan.

1)   SENTIASA OLESKAN LIP BALM / PETROLEUM JELLY
Saat kamu mula rasa kulit bibir mengering dan kasar, segera oleskan lip balm atau pertoleum jelly agar bibir terus basah dan lembap. Oleh itu, pastikan salah satu item ini sentiasa bersama kamu walau di mana sahaja kamu berada ya!

Hukum Memakai Lip Balm Ketika Puasa
Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang hukum menggunakan krim bagi orang puasa, untuk menghilangkan kekeringan di bibir.
Beliau menjawab, “Diperbolehkan bagi seseorang untuk melembabkan bibir atau hidungnya dengan menggunakan krim, atau membasahinya dengan air, dengan kain, atau semacamnya. Namun, perlu dijaga, jangan sampai ada bagian yang masuk ke perutnya. Jika ada yang masuk ke perut tanpa sengaja maka puasa tidak batal. Sebagaimana orang yang berkumur, kemudian tiba-tiba ada bagian yang masuk ke perut tanpa sengaja, puasanya tidak batal.” (Majmu’ Fatawa Ibnu Utsaimin, 19:224) [Sumber]

2)   JANGAN JILAT BIBIR
Ini kesalahan yang sering di lakukan. Hanya kerana bibir kering ada sesetengah individu menganggap ia perlu dibasahkan. Sebagai cara penyelesaian paling senang mereka akan menjilat bibir mereka agar ia terus basah. No! Ini bukan cara yang betul. Teknik ini akan membuatkan bibir kamu bertambah kering kerana air liur! Jadi cuba elakkan tindakkan seperti ini.

3)   BANYAK MINUM AIR
Sewaktu sahur atau berbuka pastikan kamu minum air putih dengan kuantiti yang mencukupi agar kandungan air dalam badan tidak hilang hingga menyebabkan kulit menjadi kering.

4)   JANGAN LUPA MAKAN BUAH-BUAHAN
Sama seperti air, buah-buahan juga sebenarnya bagus untuk badan dan kesihatan kulit. Vitamin yang terkandung dalam buah-buahan mampu mengekalkan kelembapan kulit dan mengekalkan awet muda. Jadi, jangan lupa ya sebelum makan makanan yang berat makan dahulu buah-buahan sebagai suplimen semulajadi untuk tubuh badan kamu.

5)   JANGAN MINUM TEH ATAU KOPI
Saat bersahur, elakkan dari minum dua minuman ini kerana kefien yang ada dan masih melekat di bibir mampu membuatkan bibir kamu kekeringan lagi pula ketika berpuasa. Jadi sebaiknya gantikan minuman berkefien ini dengan minuman yang lebih sihat dan berkahsiat.

6)   GABUNGAN GULA DAN MADU
Sebelum tidur, apa kata kamu amalkan petua orang dahulu. Campurkan gula dan madu, titiskan sedikit minyak zaitun dan kacaukan ia hingga sebati. Kemudian olekan di bibir dan biarkan ia sehingga kamu bangun sahur. Teknik ini bukan sahaja mampu menangalkan segala sel mati dan kurangkan kekeringan pada bibir. Malah ia juga dapat menambahkan warna merah secara semula jadi di bibir.

Tips yang bagus untuk manfaat bersama!

7Ulasan

  1. Kurang pulak bibir kering masa berpuasa kali ni. Memang satu kesilapan kalau kita suka jilat bibir, boleh menyebabkan bibir bertambah kering.

    BalasPadam
  2. setuju sangat, jilat bibir memang buat bibir lagi kering... :D

    BalasPadam
  3. tips menarik ni. boleh dipraktikkan :)

    BalasPadam
  4. CN mesti pakai lips balm sbb bibir senang kering

    BalasPadam
  5. Bibir lya selalu dtg kering bertambah je thnks akak share

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ