GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sunnah Tidur Di Siang Hari!

Sejak bulan puasa nih... Memang terhad betul nak tidur... Beribadah dengan bangun menyusukan anak... Ibadah bagi seorang ibu... Moga dikira ibadah oleh Allah... Tambah pula si adik demam pula.. Maka, terasa sungguh kepenatannya... Siang mulalah menguap aje... Ingat nak tidur aje.. Tapi bulan posa nih... Tak boleh banyak sebab makhruh... Tapi satu je tidur siang yang dapat pahala... Moh kita belajar tidur siang yang dapat pahala...
Sumber: google images

Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahanhari yang disertai dengan niat.

Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada‘Qailullah’ tersebut.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Nabi Muhammad ﷺ telah menjadikan amalan Qailullahsejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam (Qiamullail).

Sabda Rasulullah ﷺ :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Waktu Qailullah

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja. Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.

Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”

Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).

Niat Qailullah

Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.

Cara Niat Qailullah

Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”

Atau:~

“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”

Amalan Solehin

Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.

1.  Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”

2.  Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.

3.  Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).

Syaitan Tidak Tidur

Sebenarnya tidur sebentar di pertengahan siang adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan Islam dalam meningkatkan keimanan kerana syaitan tidak pernah tidur disebabkan mereka sibuk melekakan manusia agar keletihan dan liat melakukan ibadah malam.

Sabda Rasulullah ﷺ ;

قيلوا فإن الشياطين لا تقيل

“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Sumber rujukan: Shafiqqolbu

Jadi, sunnah tidur siang bukan main taram je ea.. Kna de niat utk bangun malam beribadah kepada Allah...baru dapat pahala... Jom kita berQailullah... Zzzzzzzzzz......

8Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ