GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa!


Sesekali relief kelas, maka terus aplikasikan pengetahuan pelajar dengan bulan puasa dan juga peta pemikiran i-Think. 

Tajuk perkara-perkara yang membatalkan puasa. Menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar... Dari jawapan yang diorang bagi, ada betul ada juga yang kurang tepat. 

Jadi, apa perkara yang membatalkan puasa?

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka hingga sampai ke halkum atau perut... Jadi, korek hidung dan korek telinga batal ke tak??? 

2. Keluar haid atau nifas.

3. Gila. Bukan buat-buat gila.

4. Murtad. Keluar daripada Islam sama ada melalui perkataan, perbuatan atau hati.

5. Bersetubuh siang hari di bulan Ramadhan. Bukan setakat batal tapi kena denda (kifarah).

6. Pengsan sepanjang hari. Bukan buat-buat pengsan.

7. Melahirkan anak. Jika melahirkan secara pembedahan, batal puasa atau tak???

8. Muntah dengan sengaja. Jadi, kalau gosok gigi, atau bau busuk yang menyebabkan muntah adakah batal puasa?

9. Mengeluarkan air mani dengan sengaja. (Onani), kalau bermimpi sehingga keluar air mani batal atau tak??? 

Saja aku wujudkan persoalan untuk uji pengetahuan kita bersama... Ni soalan budak tingkatan dua je ni... Mudah je kan... Sesiapa yang rajin, jawablah ea.. Moga bagi manfaat kepada semua.

13Ulasan

  1. peta pemikiran tu teringat pulak mind map masa subject Sejarah kat skool dulu... anyway great piece of reminder Maria...

    BalasPadam
  2. yang pasti..korek hidung dan korek telinga tak batal puasa..hehe

    BalasPadam
  3. Eheh.. ada lah pulak belakangnya ye.. bukan buat2 gila :)

    BalasPadam
  4. Maria, nak mtk tolong ttg widget top commentator :
    1. Saya guna tarikh macam Maria ajar tu. Tapi, knape bila comment yang kluar tu x ikut tarikh. Total Semua comments kluar dari yang awal sampai yang akhir. Tapi, tak ikut tarikh yg saya pilih.
    2. Ada comments yang ter autodeleted. Maria boleh tolong ke masalah saya?

    BalasPadam
  5. Semua batal.
    Kecuali yang korek hidung /telinga tu ada ustaz kate x batal. ape pendapat yg lain?

    BalasPadam
  6. korek hidung/telinga tak batal. haa, tu je tahu, haha

    BalasPadam
  7. Keluar mani sebab mimpi tak batal puasa ...Thanks Maria sebab sudi sharing ..

    BalasPadam
  8. perkongsian yg bagus utk mengingatkan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ