GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Menunjuk-nunjuk dalam Beribadah!

Isu ni, biasa dah dalam kalangan masyarakat kita, tambah sejak ada smartphone yang sentiasa boleh online dan juga boleh bergambar, menyebabkan setiap pergerakan ke mana saja, orang lain boleh tahu termasuklah beribadah. Sebenarnya, aku menulis entry sebagai menjawab persoalan "Anonymous" tentang selfie:


Soalan ni buatkan aku tersenyum... Jika aku, bersangka baik sajalah kan.. Tapi bagi menjawab persoalan tu, aku sendiri pun tertanya.. apa motif buat macam tu kan.. apa tujuannya buat begitu??? hmmm...

Sebenarnya, bab ni senang dikatakan sebagai menunjuk-nunjuk. Walaupun tujuannya bukan nak tunjuk kat orang, tapi kenapa perlu dipost pada facebook atau laman sosial yang lain. Sebab perkongsian di laman sosial ialah untuk tujuan menunjukkan sesuatu kepada orang lain. Melainkan post kat facebook tapi setting privacy la kan.. orang lain tak boleh tengok. Itu baru betul tak menunjuk, tapi kalau setting post public atau friend... bukankah untuk menunjukkan sesuatu kepada rakan dan orang lain??? 

Sumber: google images

Menunjuk-menunjuk sangat dilarang dalam Islam. Islam tak meraikan perbuatan ini. Dalam beribadah atau apa sahaja perbuatan baik, ISLAM MELARANG umatnya MENUNJUK-NUNJUK.

Terdapatkisah tentang Menunjuk-nunjuk a.k.a RIAK (kisah ni popular, tapi aku sendiri kurang pasti kesahihannya, jika ada yang tahu status kisah ni, mohon maklumkan ea)
Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka." 
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hadapan Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit." 
Sumber: google images
Riak memusnahkan pahala baik yang kita buat. Bukan sahaja beribadah, apa sahaja perbuatan tetap dilarang untuk menunjuk-nunjuk kerana dalam hati manusia ada perasaan cemburu dan iri hati. Apa sahaja kelebihan yang kita ada, usah tunjukkan tetapi berikan manfaat kepada yang lain. Kebahagiaan juga tak harus ditunjukkan kerana tak semua kawan kita berhati mulia boleh doakan kebahagiaan yang kita tunjuk itu. 

Hal peribadi kita tak semua boleh dikongsikan. Jadikan hidup peribadi sebagai satu privasi yang orang lain tak tahu. Jika segalanya hendak ditonjolkan, apa makna hidup peribadi???. Jadi, pasti tahu had batasan untuk berkongsi hal peribadi.

Usah menunjuk dalam beribadah...kerana ianya adalah sia-sia. 
dalam dakwah, KITA MENGAJAK ORANG BUAT BAIK, BUKAN TUNJUK KEBAIKAN YANG KITA BUAT!... 

#muhasabahdiri
#renungan bersama.


entry autopublish

12Ulasan

  1. bagus entry ini :) biarlah ikhlas kerana Allah

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum..

    Buat yang terbaik dalam beribadah tanpa perlu tunjuk2... moga terhindar sifat riak. Insaallah...

    mselim3

    BalasPadam
  3. ana setuju dengan entry nie..xpayah riak2..biaq kita dgn allah sahaja yg tahu..

    BalasPadam
  4. Ni mmg jelas, terang dan nyata, kadang2 dia siap create dialog menunjukkan dia dgn suaminya berlumba membaca Quran... Kononnya, sweet sangat.. Tapi sebenarnya, nak menunjuk yang dia dan suaminya kuat beribadah..

    BalasPadam
  5. saja mai singgah blogwalking dari blog MiaLiana.Selamat Menyambut ramadhan ke 23 naa..MiaLiana rajin kumpul LINK blogger2 lain.membuatkan kita semua lebih dekat antara satu sama lain... ;-)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..thanks mengingatkan..:)

    BalasPadam
  7. Semoga perkongsian ini berguna untyuk kita semua ........

    BalasPadam
  8. menunjuk2 pn ade yer..kalau betul2 byk pahala dapat..kan, bila selfie dgn betul2 buat ibadah tu dah dpt byk pahala sbb sharing kat umum betapa seronoknya beribadah tnpa dsuruh :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ