GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ibu Dera Anak: Tak Benarkan Anak Berbuka Selain Dipukul!

Hasishh... geram pula bulan-bulan posa dok dengar kes dera ni... Kali ni kes mak kandung dera anak berusia enam tahun  pula... 

*****************************************
Subang Jaya: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menjadi mangsa penderaan ibu kandungnya apabila mangsa kerap ditampar dan dipukul berulang kali.

Mangsa turut tidak dibenarkan menjamah makanan ketika berbuka puasa oleh ibunya di rumah didiami di Putra Height, di sini. 

Sumber berkata, dalam kejadian terbaru jam 6 petang Isnin lalu, suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai kerani itu bertindak memukul mangsa kerana mendakwa anaknya didakwa sering menipu. 

“Kecederaan dialami mangsa bagaimanapun menimbulkan tanda tanya guru taska tempat mangsa belajar di Seksyen 27, Shah Alam sebelum memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sumber itu berkata, sepasukan pegawai dan anggota JKM yang bergegas ke rumah mangsa mendapati kanak-kanak malang itu ditinggalkan sendirian.

“Kanak-kanak itu dibawa ke JKM dan satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya. 

Susulan laporan itu, suspek yang bekerja di Shah Alam ditahan di rumahnya kira-kira jam 5 petang kelmarin selepas pulang dari kerja. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan suspek direman empat hari.
[Sumber: Harian Metro]

Aduhai.. sia-sia puasa ko mak oi... eee.. tak nak bela bg je orang lain... ramai lagi sanggup nak anak tu... enam tahun... pandai ke menipu????

12Ulasan

  1. ish,keji betul.anak tu kan kecik lagi..didik la dia.

    BalasPadam
  2. ada ibu mcm ni? ishh tak sayang anak ke?

    BalasPadam
  3. menipu cara budak2 ada sebabnya..xkan nak siksa ank paksa puasa mcm tu sekali..ada banyak lg cara untuk mengajar dan mengasuh anak untuk berpuasa..sedih >_<

    BalasPadam
  4. memang tak berhati perut mak macam nie..kanak-kanak kekadang ada yang tahan berpuasa,ada yang tak..apalah salah mereka...tak jadi masalah pun mereka tak berpuasa..yang penting solatnya..

    BalasPadam
  5. pada saya kalau ye pun anak tu menipu, cerr fikir sape 'guru'nya? budak2 biasa akan buat ikut org yg paling hampir dengan dia...so.... fikir2 kan lah.... dari mana anak tu belajar.... kann? apesal nak didik ajar sampai camtu plak kan? budak oii..... bukan reti fikir pun!

    BalasPadam
  6. kepala hotak mak dia laa..kalau tak bagi berbuka, jangan kata anak..orang dewasa pun boleh mati...isk..isk...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Isk... kesian kat budak tu... bukan tau berfikir lg mcm org dewasa..

    BalasPadam
  8. Alahai, kesiannya! Baru 6 tahun pun apalah yang budak tu tahu. Nak ajar anak pun berpada-padalah, sampai lebam birat, tak bagi makan lagi memang melampau.

    BalasPadam
  9. budak budak ni selalu berckp benar.
    apa la yg ditipunya tu..
    betul tu..

    BalasPadam
  10. Ermmm..ramai jugak budak kecik dah pandai menipu sekarang. Walaupun begitu, janganlah didera. Memadai rotan yang bertujuan memberi pengajaran. Yang paling bagus ialah kat tapak kaki. Budak kecik bukan paham pun ko pukul teruk2 buat ape?

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ