GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Awas! Orang Cakap Tak Serupa Bikin!

Sumber: google images

Semua orang bebas sebarkan kebaikan.. tapi pernah kah kita fikirkan setiap amalan kebaikan yang kita sebarkan tu, sebenarnya untuk diri kita untuk lakukan dan mengubahnya... bukan cakap tak serupa bikin... Cakap aje lebih, tapi buatnya tidak... 

Ada beberapa dalil berkaitan dengan orang cakap tak serupa bikin ni.. 
ALLAH Ta`ala berfirman:

أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ 
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab ALLAH, tidakkah kamu berakal?”
(Surah al-Baqarah, 2:44)

ALLAH Ta`ala berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٣)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!  Amat besar kebenciannya di sisi ALLAH – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
(Surah as-Saf, 61:2-3)

Dari Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radhiAllahu `anhuma berkata, saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

” يُؤتى بالرجل يومَ القيامةِ . فيُلقى في النارِ . فتندلِقَ أقتابُ بطنِه . فيدورُ بها كما يدورُ الحمارُ بالرَّحى . فيجتمع إليه أهلُ النارِ . فيقولون : يا فلانُ ! مالَكَ ؟ ألم تكن تأمرُ بالمعروفِ وتنهى عن المنكرِ ؟ فيقول : بلى . قد كنتُ آمُرُ بالمعروفِ ولا آتِيه ، وأنهى عن المنكرِ وآتِيه “

“Didatangkan seorang lelaki pada Hari Kiamat, lalu dicampakkan dia ke dalam Api Neraka.  Maka terkeluarlah usus dari perutnya.  Lalu dia berputar-putar dengannya sebagaimana berputarnya seekor keldai di dalam penggiling.  Lantas penghuni neraka berkumpul dan bertanya:

“Wahai fulan, kenapa kamu begini?  Bukankah kamu dulu menyuruh kepada kebaikan dan menegah kemungkaran?”

Maka lelaki itu menjawab:

“Ya, bahkan benar.  Saya dulu menyuruh kepada kebaikan tetapi saya sendiri tidak melakukannya.  Dan saya menegah kemungkaran tetapi saya sendiri melakukannya.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

Jadi, berhati-hati dalam menyampaikan kebaikan.... Jadikanlah apa yang kita sampaikan itu sebenarnya peringatan untuk diri kita sendiri... Jangan jadi seperti "Ketam ajar anak jalan betul"... Cakap tak serupa bikin ataupun... "Kata Dulang paku serepih, mengata orang dia yang lebih".

Sebarlah kebaikan, tapi INGAT... pastikan kita boleh buat kebaikan itu... Contoh mudah, kita dakwah orang menutup aurat, tapi kita sendiri pun tak tutup aurat... Begitulah seumpamanya... Dari hadis Nabi s.a.w tu, jelas kan.. Jika nak ajak orang buat baik... Kita sama-sama buat baik... Jika orang smpaikan pesanan boleh amik tapi agak-agaklah kan... Kalau mak kita suruh pakai tudung tapi mak kita tak pakai... Memang kita wajib taat suruhan mak sebab tak suruhan tu baik... Tapi secara alami, apa persepsi kita kan. Fikirlah sendiri... Org cakap tak serupa bikin ni Allah dan Nabi s.a.w sendiri pun tak suka... Renungkanlah dalil nas di atas ea... 

Beringatlah... dan berpesan-pesanlah... 

Entry ni juga sebagai peringatan buat penulis... 

14Ulasan

  1. tapi kalau sejahat mana pun org tu jika dia berikan nasihat yg berguna kita boleh ikot...
    kita ambil kata-kata nasihatnya..bukan perangainya ..

    allahualam..

    BalasPadam
  2. pasal cakap tak serupa bikin ni akak pernah up entri tentang ni...

    BalasPadam
  3. Allahu..banyaknya kesilapan dan khilaf kita... :'(

    BalasPadam
  4. semoga diri ini dielakkan menjadi seorang yang cakap tak serupa bikin ini...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. TQ sharing... malu juga sebnrnya kalau jenis cakap tak serupa bikin ni...huhu

    BalasPadam
  6. bila bercakap agak2 lah kan cikgu...apa yang penting..bercakap ikut kemampuan diri..jangan nak banggakan diri...geram pula kalau ada yang cam nie kan cikgu...

    BalasPadam
  7. Banyak je di luar sana yang cakap tak serupa bikin. Yang rasa diri terlebih baik tapi yang sebenar, sebaliknya berlaku. Pernah juga terjadi kepada saya disuruh bertudung oleh seorang hamba sampai tidak ingin dipandangnya kita yang tidak menutup aurat ketika itu. Rupa-rupanya, keluarga paling dekat dengannya pun tak bertudung juga. Susah nak kata orang begini.

    BalasPadam
  8. tq for sharing..
    apa2 pon pndang diri sndri dulu kan..

    BalasPadam
  9. Mudah-mudahan Maria...kita mengharapkan yang terbaikkan...

    BalasPadam
  10. Penilaian yang berbeza.
    Ambillah yang paling afdhal iaitu Penilaian Yang Menciptakan kita.

    BalasPadam
  11. senaag cerita mcm nih la...org yg ckp xseruoa bikin nih just dnga aje..yg baik kita ambil yg xbaik xpyh ikut

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ